Posts Tagged ‘yacht’
Pre-Monsoon Cup 2011
Menghilangkan kepenatan & stress di Kuala Terengganu sambil layan perasaan, sambil nak tengok training Monsoon Cup. *excited* .. Sambil nak privacy actually. Biasala, Kota Bharu tak privacy. huhu.. Susah juga hidup macam ni.
I went there on 8 October 2011. The day after friendly match with Songkhla FC. Lepas je game malam tu, lepas je penat handle event untuk players, esoknya terus pergi berjalan-jalan berehat-rehat di KT. hoho.
Actually dah bertolak lambat je juga pun to KT. Biasala, I kan suka bangun lambat. Sorry. Harap maklum. Hanya yang mengerti yang boleh terima I macam mana although have to wait for me hoho.
About 10am++, terus bertolak to KT. Sampai dalam pukul 12pm++ .. Terus lunch kat Nasi mamak Mayang Village kat Mydin Mall. Ohhh I likeeeee. Double like. My fav. Nyum ! weeheehee…
Then, I went to TTI saja lepak-lepak. Ambil angin tengah hari yang panas. Pastu meet Rais; staf TTI. Kawan lama I la. Ok, Selamat Pengantin Baru to him on 15 September. Masa tu I dekat nak convo, so tak dapat nak pergi. Thank you again sebab bagi kami naik Cruise free lagi. wohooo.. He is a nice friend. Dah banyak kali I naik cruise. hoho.
On TTI Cruise
Walking around, having some talk. How I love this situation. Kan ! How I wish Kota Bharu pun ada tempat lepak macam ni. So boleh lepak-lepak with beloved one ! weeheeheee..
Next; we went to Bytes Cafe Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa. I just miss our memories last three weeks erm. Just a simple hi-tea there. Nice view & I really love that. Tenang.
Bytes Cafe, Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa
Quite Sunny day. Hot. But I really enjoy this place. Capture some photos. Sorry, tak boleh la kan nak publish semua. ahah. Macam biasala, private & confidential.
In front of Marina Building, RYH Marina Resort & Spa
Petang dalam pukul 6pm++ terus balik KB.
errr… I ni kan, kalau sebut pasal KT, sangatla excited. Sangat suka. Tak tahu nak cakap macam mana tapi macam itula. So how ? hehe. Suka bila pergi tempat yang kita suka dengan orang yang kita suka juga. Means, double *suka*
Family Fun Time
Just a family short visit to Kuala Terengganu including TTI, Monsoon Cup at RYH, Pulau Duyong.
Ok fine. Family saya jarang datang KT sebab dah tak payah datang ambil & hantar saya kat campus. So before I leaving KT for good (for good lah sangat), diaorang pun datang ambil saya & barang-barang saya yang bertimbun kat campus tu. ahah.
Firstly, I’ve showed them my favourite place. Ahah. Tempat yang selalu-selalu saya lepak & apa-apa je yang saya buat. Ahah.

Mom & Dad
Oryte, Pulau Warisan is quite new place in KT. Jadi pergi la sini. Macam memang mesti pergi. Furthermore, Pulau Warisan ni kan pulau buatan manusia, so contractor yang menambak pulau ni adalah kawan daddy jugak, En. Shaari ke apa nama dia saya lupa. Jadi daddy pun nak survey jugalah apa rupa punya pulau ? ahah
Next, TTI. Mana lagi kalau bukan sini. Macam kena pergi juga walaupun dah berpuluh kali datang tak pernah puas. Saya lagi la, that week entah berapa kali ulang-alik pergi TTI. We had our lunch there at B’Benteng Restaurant. Ahah.
Third version of TTI River Cruise…
Cruising with family. Cruise lagi ? ahah. Yeay dapat jumpa dia lagi. I mean it, the cruise boss. Thanks for everything. Thanks for treat my family well.. What can I say is, he’s nice. Let it be. Hehe. He’s belong to someone else. We are just friends. Best friend maybe ? ahah..
Relaxing My Mind
Dalam minggu tu, dah tiga kali naik cruise. Macam kepala otak saya kurang betul lah sikit kot kan minggu tu. minggu pengakhiran segalanya. Minggu paling pressure. Ah lupakan. Sekarang dah lepas semuanya. Ahah.

View of Crystal Mosque.. I Love This
Cruising over Terengganu River, around the islands. How nice it is can you imagine ? ahah. Live Monsoon Cup, can snap photos near the yachts.

Monsoon Cup Match. View From TTI River Cruise
Monsoon Cup 2010 :

People there…
Monsoon Cup 2010 at Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Evening at Verandah Restaurant, RYH. Had some pizzas & guess what ! met someone there. He is the owner of aizatShafiq.com .. masa tengah makan kat Verandah, suddenly he called. Then he came to me, meet me & my family. ok mummy daddy, ini satu lagi kawan blog ok. ahah.
Then, proceed to the garden & Marina building.. layan je tengok kapal layar tu bergerak. Dengan saya sekali macam khayal macam tu je. haha. feeling habis tak pasal-pasal.

The Skippers
Inside Bytes Cafe, Marina Building RYH
Lama gila lepak Pulau Duyong. Night : had some Dim Sum at Bytes Café, Marina Building RYH. Really nice ! Menu baru kat Bytes Café not bad lah. Yang penting ada Dim Sum. Serious best. Tak tahu nak cakap macam mana.

Gonna miss Dim Sum at Bytes café with the cold wind~ weeeee…
Malam ada prelude concert kat Exhibition Centre Marina Building. Saya tak layan pun. Layan kejap je. macam bosan mix with people, pastu bising pula tu. entah. Unstable feelings lah. So lepak luar je kat Marina ambil angin luar & bla bla bla.. phew~
Setia KasihKu
Tika aku menaip entry ini, aku sudah pun berada di rumah. Weeee Alhamdulillah. Rasanya dalam coursemates aku, aku yang paling awal kot sampai rumah ?
Baiklah, hari ini hari Khamis, 2 Dec 2010. Selesai segalanya. Report pun dah siap pergi hantar kat supervisor.
Aku tak nak story pasal report, tapi nak story pasal satu lagu ni. ini entry yang berkaitan dengan cruise hari tu. ehem. Sebenarnya, dah lama suka lagu ni sejak kawan kepada roommate aku bagi. Lagu ni selalu dengar dalam kereta sebab dalam mp3 aku ada lagu ni ahah. Bila nak post, tak jadi-jadi nak post. Kali ni, aku nak post juga ahah.
Masa hari isnin lepas yang aku nak cruise sebab ketua cruise invite tu, masa tu suddenly ada lagu ni. memang feeling habis lah. Dahla masa tu aku tersipu-sipu tengah malu. Dengan cruise berayun-ayun sebab baru nak gerak lagi, dengan angin sejuknya, dengan orang tu betul-betul kat depan aku duk sama-sama kat depan. Masa aku tengah type entry ni pun aku still rasa suasana malam tu bersama dengan lagu ni. ehem. Tak dapat nak describe macam mana suasana & perasaan masa tu. ya Allah.. hebatnya ! Tenang, kosong~
Setia Kasih by Haleeda
Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah… yang jadi ikutan…
Dan juga bualanTapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma… adalah pasir saja…
Penghujungnya muaraHati ingin berbicara
Hati ingin merasai… nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada TerlaksanaDahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminyaSetiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan… jasad atau pun nyawa…
Aku tetap setia
Dengan starting music lagu ni, dengan starting lyric ada sebut ‘sungai’, dengan masa tu aku berada kat atas sungai, laaaaaaaaaagi la feeling habis phew~ ahah.. Memang sesuai habislah. adei, macam mana nak gambarkan dengan kata-kata ni. isk.. Lagi-lagi masa tu aku sorang, aku tak pergi dengan friends. Memang tenang sangat.
Meaningful.. sila tengok part yang aku highlight tu. Yang betul-betul meaningful untuk aku lah. Tak pasti lah nak tuju exactly pada siapa. Malas nak fikir..
Tak sampai 24jam di rumah, pagi esok aku akan kembali ke Kuala Terengganu semula. hehe..
Gelora di Sungai Terengganu
Sungai pun bergelora ke ? Bukan laut je ke bergelora ? ke hati aku yang memang tengah bergelora sekarang ni ? haha.
Gelora silam tak bisa terpadam Namun harapan menggunung di hati.. Gelora kasih tak mungkin terluput Kerna hatiku merantau jauh Ingin bertemu denganMu oh kasih.. –Salju KasihNya by Siti Nurhaliza
29 November 2010 : Alhamdulillah, dah selesai semuanya. Paper of Special Issues adalah pengakhiran untuk kali ini. lepas ni aku dah tak perlu duduk mengadap paper exam lagi. Pada malam ni, aku rasa tenang sangat, freedom. Sebab exam dah lepas, report pun dah siap, dah siap tunjuk kat supervisor, dah siap pergi hantar jilid kat kedai pun. Aku pasti, orang lain mesti tengah buat report lagi kan ? hahaha.. aku siapkan awal-awal bukan sebab aku rajin, tapi sebab aku nak balik rumah awal. Weeee.. balik rumah awal sebab nak datang KT balik sebenarnya. Duk main ulang-alik gini dah.
Pada malam sebelum exam, aku tidur kejap je, bangun awal konon nak study pastu pergi exam, pastu balik exam, collapse. Sebab tak makan seharian. Makan sikit-sikit je.
TTI River Cruise Version two..
Haaaaa ini second version. First version adalah dalam entry Hembusan Angin Malam. Bila aku dah penat, tak larat, tak selera nak makan, suddenly dapat invitation pergi naik TTI River Cruise. Thanks ketua Cruise di atas jemputan ini sejak beberapa hari yang lalu. Aku sangat menghargainya. Mana engkau kenal ni Evi ? erk, aku ada kawan di mana-mana sahaja. Itu je aku boleh jawab. Haha.

Hye ! Saya di Pulau Warisan lagi.. Jom Naik Cruise..
Bukan sekadar jemputan, tapi dapat free lagi. Nak berapa round pun boleh. Macam bolehla, aku sekali round pun dah cukup, pusing-pusing kepala ni. staff TTI semua baik-baik. Ehem. masa mula-mula tu segan juga sebenarnya sebab ramai sangat orang. Full. Parents bawa anak-anak ramai.
Aku duk depan sekali lah, seat macam full, malas nak mix dengan orang lain. nak layan perasaan je rasa, betul-betul nak buang semua-semua dalam kepala ni ke dalam sungai. Sebab bulan November ni memang bagi bebanan berat pada aku. Bulan exam, bula presentation FYP, bulan siapkan report FYP.
Bila dah duk depan sekali, suddenly datang la staff TTI lain tegur. “macam pernah nampak awak, awak kerja mana ey ?” Staff sorang lagi jawab “dia tak kerja…” terus aku jawab “awak jangan bagitahu saya sape…” hahaha… sumpah aku segan mana nak letak muka ni kalau orang tahu aku student UniSZA, mujurla dia simpan rahsia tak bagitahu aku siapa. Segan sangat ok.
Jalan malam ni lain sikit. Ehh jalan, laluanlah. Pergi Shahbandar, pastu kan, pergi dekatttttt sangat dengan RYH Marina. Dekat sangat dengan yacht, dekat semua-semua. Seronok lah awak ! thanks. Haha. pastu macam biasala, pergi TTI tengok Masjid Kristal lagi.
Masjid Kristal Version Malam Lain
The last one, balik ke Pulau Warisan balik. Baru dapat lalu canal. Before this tak boleh sebab air pasang, bridge tak lepas. Ni pun tadi ngam-ngam je lepas. Ok sila menghayati gambar, keindahan malam di Pulau Warisan.

Macam kat Venice, Italy kan…
Masa kat atas cruise ni rasa macam kosong je kepala. Tak tahu kenapa. Rasa dah buang segalanya. Layan je perasaan. Lagi la bila ada sentimental songs. Ohhh~~

Pandangan Dari Cruise
Aku tak ambil la gambar sendiri. Tak banyak pun ambil gambar sebab segannnn.. haha ! ok fine then. Ini je yang aku sempat ambil. Layan sajala yang mana ada. Ehem.
Jambatan Goyang di Pulau Warisan.. haha
Thanks for everything. Thanks buat saya happy, thanks memahami aku suka air, thanks dapat naik cruise free. Orang lain tak boleh, aku je boleh ok. engkau orang jangan nak mengada-ngada mintak free. Hahaha..
Saya dah kurang pergi RYH. Sekarang lepak sini pula naik cruise haha..
The RYH Marina
Marina bukan nama orang.
Bila lepas buat entry pasal naik cruise, terlintas di hati nak buat entry pasal benda ini pula.
Baiklah, ini kerja adik & ayah. Saya tak tahu menahu. Belek-belek album, jumpa ini punya photos. Tak, tak. Curi dari album facebook dia saja. haha.
Masa ini saya di mana ? rasanya sedang menikmati hidangan cakes bersama ABC sambil menadah telinga layan sentimental songs sambil mencuci mata tengok pemandangan serta membiarkan angin bayu petang menghempas diriku. Ceyceycey. Melankolik ke apa ini ? boleh jadi seorang penulis juga la ey kiranya ahah.
Ok sambung; Marina ini, di Pulau Duyong. Tak payah cakap nama tempat, semua dah tahu. Sekarang nak cakap pasal marina je. Marina saja ok !

Saya pun buat tak tahu saja macam mana mereka boleh masuk dekat marina ini. kalau setakat tengok dari jauh tu semua boleh. Tapi di marina ni memang private place. Yang berkenaan saja boleh masuk macam orang yang parking boat/yacht kat situ.. Kalau engkau saja-saja masuk memang kena halau dengan pak Guard Ri-yaz. Ahah. Tapi. Mereka ini apa kaitan ? haha
Sebab orang RYH pernah bagitahu, lagi-lagi mat salleh tak suka strangers masuk dekat this place, tak suka ganggu mereka, tak suka kalau ada orang usik boat/yacht mereka. Phew~ Memanglah, kalau aku pun tak suka orang lain kacau barang kita yang mahal-mahal.

Ini encik Hasyim, juga boleh panggil abang Hasyim kot kalau nak lembut sikit. Wakaka. Abang Hasyim ni yang in-charge kat Marina. Kiranya pape urusan boleh refer pada dia lah. Nak parking boat/yacht ke, nak itu ke, nak ini ke, apa-apa yang berkaitan dengan Marina lah.

Tak silap aku, nak parking sini ikut size boat/yacht. Berapat cost untuk parking kat Marina ni ? Kiranya, RM1.20/feet untuk sehari. Murah kan ? taaaaaaaaaapi… itu per feet. habis, ada ke boat/yacht berukuran a feet je melainkan boat mainan ? hehehe.

amboi adik, bukan nak ajak kakak posing sama kat sini !
Standard boat paling kecil nak parking sini pun dalam 25 feet kot. Paling kecil lah. Kalau belas-belas kaki tuh memang buat malu saja nak parking sini, nanti tenggelam dengan boat/yacht yang lagi besar.
Errrr dia pun ada boat & pernah parking sini. Hehe. “a’ah, g tengok muto hari tu di teganung” .. Siapa dia ? ehem..
Hembusan Angin Malam
Berhembus angin malam.. Mencengkam menghempas… Membelai wajah aku… Itulah kenangan yang terakhir darimu… (Angin Malam by Broery Marantika)
Baiklah, baiklah. Kali ni slot pasal angin malam pula. Angin malam yang sejuk, angin malam yang mendamaikan, angin malam yang segala-galanya. Mari Menikmati angin malam di Sungai Terengganu..
TTI River Cruise at Pulau Warisan.
Kesian kan diri aku ni, sejak awal October hari tu mengidam nak naik cruise kat Pulau Warisan tapi tak jadi-jadi di sebabkan masalah tertentu antaranya :
1. Masa Sua Rasa hari tu sebab ramai sangat orang, queue panjang sangat.
2. Cuaca yang tak berapa ok sejak baru-baru ni.

Sangat tension bila asyik SMS orang TTI River Cruise, jawapannya hampa. Bukan sekali dua, tapi banyak kali aku SMS. “sorry, cuaca tak berapa elok lagi, TTI River Cruise di hentikan buat sementara waktu..” phew~
Jadi, untuk kali ini, Alhamdulillah aku berpeluang juga. Hahaha. Orang lain dah lama dah dapat naik cruise ni. Aku je yang jadi macam jakun macam tak pernah naik boat. Nak naik boat yang tak gerak kat rumah tu bolehla. Haha. Actually ni kali kedua aku naik TTI River Cruise. Yang first tu, erk. Lupakan kenangan lalu. Masa tu April 2009, naik kat TTI masa petang hari. Kali ni kita tukar angin, naik pada waktu malam di Pulau Warisan.
Kalau awal-awal dulu harga promosi RM5, tapi sekarang dah naik jadi RM10. Takpe, next time boleh discount kan abang Rais ? haha. Laluannya tetap sama. Duk pusing-pusing Pulau Duyong, Pulau Wan Man, Pulau Besar, Pulau Tengah, Pulau Tok Hakim.
Kalau orang lain duduk diam-diam dekat seat, tapi kami tak berapa nak duk diam-diam lagi-lagi aku. Bukan setakat tu, aku pergi duduk depan sekali kat muncung boat yang takde seat. Sikit lagi nak jatuh pun takpe.

Photo edited. Ini aku, duk depan sekali. Erk. Thanks abang TTI sebab tolong ambil gambar. haaaa kat belakang tu Masjid Kristal.
Masjid Kristal pada waktu malam yang mengeluarkan tujuh warna berlainan secara bergilir-gilir. Di keempat-empat menara tu, ada yang original punya crystal yang mana kita akan nampak ianya berkilau sangat-sangat, tapi sikit je, kecil je. Haaaa sejarah Masjid Kristal boleh tanya aku sikit-sikit sebab tempat lepak rahsia aku selama ini hahaha ooppsssss.

Next : kesian tak makan satu hari di sebabkan gangguan kesihatan selama dua hari, jadi jom pergi makan. Killiney sajala, first time bawa mereka sini. Dah bosan pergi tempat sama like Waterfront and Bistro Batu Burok. Macam dah suka pulak kat Killiney nih.


Sarah punya

Lisa & Ma punya
Next : Let’s have supper at Anjung Bistro Primula Beach Resort. Bosanla foods kat sini. Erk.

Balik.. Exam…








