Posts Tagged ‘woman’

A Novel; It Started With A Kiss

Ahoj ! (greetings in Czech language) .. hehe..

Well, I should update this entry since February. Tapi macam biasala, tak siap-siap nak update. Title je siap save. Tapi takde apa yang dah siap untuk update.

I ni bukan la jenis rajin sangat nak membaca ni. Bukan malas, tapi kurang rajin. Haha. teringat masa study dulu pun, hanya Allah yang tahu betapa tak rajinnya nak baca buku & notes. Sangat tak rajin. Tak tahu la I rajin apa je ? haha.

Dulu masa form 1, form 2 sangat rajin baca novels. Berlambak novels. Tapi sekarang, bagi la novel apa, memang tak rajin nak baca & memang tak sempat nak baca. Maka, lupakan saja hasrat untuk pergi books fair & beli buku banyak-banyak. Memang tak tersentuh la jawabnya. Kehkehkeh.

So last February, my colleague yang sangat suka membaca ni bagi la satu novel ni untuk I baca. Kononnya masa tu dalam 4 days akan boleh habis la baca novel ni. tapi hakikatnya tidak. Sebulan lebih baru habis baca. OMG. How bad I am kan ?

And the novel is… It Started With A Kiss. The main cover says : “How Far Would You Go To Find The Man Of Your Dreams ?” Also, on top of summary says : “Sometimes Love Happens When You Least Expect It” masa baca novel ni, memang berangan habis. High imagination you know ! haha !

IMG_1977

Novel summary :

Romily Parker & her friends ada band sendiri. So diaorang selalu buat performance masa events like Wedding & etc. Dalam band tu, she is very close to a guy named Charlie. So semua orang macam ingat Charlie & Rom ni couple. One day before Christmas, Rom suddenly luahkan feelings dia kat Charlie. Charlie was very surprised & how come she fall in love with him ? based on Charlie’s response tu, Rom jadi malu, sad & hurt. She ran away to a Christmas Market & suddenly hit the things at this one toy shop. At the same time, ada one guy ni datang tolong & said “you’re beautiful” .. belum sempat Rom nak cakap apa-apa, suddenly that guy kena pergi sebab kawan dia panggil. Before he left, he gave a kiss to Rom. OMG. So sweet.

From that, Rom rasa macam dah fall in love with that guy which is she doesn’t know what is his name ? starts from that, Rom macam bertekad akan cari that guy. Dia buat blog story pasal ni, she asking for help from her friends & family as well. She decided to find him & the estimation time is one year.

Sampai nak dekat Christmas the next year tu, she still unable to find that guy. Seems like dia macam dah give-up & at the same time Charlie macam nak rapat & nak get serious with her. So she just accept Charlie because she thinks that she will not find that guy anymore.

Until one day before Christmas, they need to make a performance during Wedding Reception. At that time memang dia dah rapat dengan Charlie & macam nak start a relationship. Before the show started, she is sitting alone outside the hall & is like melayan perasaan. Suddenly she saw a man, which is the man that she is searching for. She just can’t believe it. And when she saw how that man dress-up, she’s hurt. That man is getting married & this is his wedding reception. At the same time, that guy also is starring at her & wanted to go near to her. Unfortunately, there’s a people back there called that guy & that guy needs to go inside the hall.

Masa show tu, Rom tried to perform well. After that, Rom went outside the hall & sitting on the bench. How hurt she is, yes she is. She spent for one year for searching this guy. And exactly one year, she met that guy in this way. After that, suddenly that guy is standing in front of her. Yes, she is very sure that this is the guy she is looking for the whole year. That guy recognized her as well.

What a sweet moment. The guy asked her, “why are you look sad & why are you want to run away from me ?” and yes, what Romily thought was wrong. This is not his wedding reception, this is his sister’s wedding. How happy Romily that time !

They both are searching for each other. And finally, they meet after one year they met at Christmas Market last year. Happy ending story..

How far Would You Go To Find The Man Of Your Dreams ? Well for me right, I will go for what I want. I will go to the man of my dreams. I will try to get what I want. Only for what I really want. Yes, because he is the man of my dreams. He got what I want.

Sometimes Love Happens When You Least Expect It; yes, I agreed. You will never know until you get it. You don’t have to go to find the love. Trust me, let it happens naturally which is you never think about it, you never plan of it. I trust that. No matter who he is, if he is meant to you, he will be yours.

My summary; yeah, I never think of that I will know a man like you. I never think about it. Maybe we knew each other by name few months before we really know each other. And I’m even did not noticed that you are already in my contact list. Until about 5 months after that, suddenly we had some conversations on July 2012 & I can’t believe your response & how you treat me at first. What you’ve sent to me, it was a very sweet thing I got. At that time, I don’t think of any feelings towards you.

How can I Love When I’m Afraid to Fall ?

Until now, what can I say, thanks for everything. Thanks for made my day.. You are the one that I called White Polar Bear @ Mr. Bear @ Bily Ledni Medved (Czech language) @ Monsters ! LOL..

Can’t tell much. When the time will come, I will show to the world.. and you are different with others. Different…

Filed under Uncategorized

Come Shopping Come ~ FashionValet.net

STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR THE NEW ENTRIES..

Ok, kali ini. Nak promote. Bukan setakat promote, bukan setakat belek-belek tengok-tengok. Tapi kena beli ! haha.. By the way, you can visit FashionValet.net for more designs.

This is local brand, that is by Malaysian Designers if I not mistaken. Actually my cousin; Nona asked me to promote this website. heeee.. Saya pun tak try lagi, tapi sekarang dah survey tengok-tengok belek-belek. Oh k. I loveee the designs ! heee..

Bukan setakat tops, dress; tapi juga ada mobile covers, necklaces, earrings, bags, skirts & macam-macam accessories for women.. The price not bad lah. Not so expensive, not so cheap, but more to cheap lah.

Ok, this two photos.. My cousin wearing the tops from fashionvalet.net.. :)

Tops by fashionValet.net

Nanti ada tudung worth RM29..

Ok, Lets Visit fashionValet.net hoccayy~~

Filed under Uncategorized

Happy Belated Mother’s Day 2011

Happy Belated Mother’s Day. Ada ke belated ? haha. Sebab kan, aku terlepas nak update. Come on lah, sikit lagi nak !@#$%^&* last week sebab busy with the internship report. hoho. Pastu rasa bersalah sebab banyak blog update pasal mother’s day tapi aku tak update pape. Update pasal lain ada ah.

8 May 2011.. Clap clap to all mothers in the world. Serious rasa bersalah that day pergi sana sini settle benda lain tapi tak ingat walaupun nak wish hanya SMS pada mummy. Aduhs. Tak guna betul Evi ni.

February 2011; New Pacific Hotel Kota Bharu

Takde pape nak bagi pun kat mummy sebab mummy yang banyak bagi aku. haha terbalik. Tak tahu nak bagi apa sebab rasa semua benda mummy dah ada tinggal saja aku yang takde semua benda & mummy yang perlu bagi hoho. Demand.

err juga tak tahu nak merepek apa untuk wish kali ni. Just nak cakap, sorry for everything because I know that I’m the naughtiest daughter on earth aaa ? Sorry sorry sorry. Serious nakal gila, tak dapat control, ligat and whatever. haha.

Dear Mummy; Nik Fauzimah Bt Dato’ Nik Jaafar; thanks for everything mummy although selalu kena membebel. Thanks for the bebelan. Ok lah, padan muka sendiri siapa suruh nakal sangat. Thanks semua semua semua sebab tak tahu nak cakap thanks macam mana kat mummy sebab rasa mummy selalu memenuhi kehendak saya, jaga makan pakai saya elok-elok walaupun saya dah besar & patut saya yang jaga mummy aduhs.

I LOVE YOU MUMMY :)

Filed under Uncategorized

Red Warriors; IS 26..

Haip ! kan dah kata, dah separa blog pasal bola, bola bola. Sampai tengok bola pun, diri sendiri rasa dup dap dup dap tak tentu arah hoho.. Ok sabar. Mari kita story..

Apa yang IS 26 ni erm ? ok lah. Kali ni nak story pasal Izuan Salahuddin yang pakai jersey number 26. Hehe. New player lah, muda lagi. Umur 20 baru. tapi tak payah cakap lah, very the ligat. Haha

Izuan ni naik nama dia masa lawan dengan Felda United hari tu sumbat 1 goal, pastu dengan Perlis pun 1 goal. So sekarang dah collect 2 goals la kan untuk Liga Super.

Furthermore, ayah Izuan ni pernah kerja sekali ngan my dad, pastu her mom pula staf USM, kawan my boss.. hoho

Ada one day ni bising-bising bila Izuan sumbat goal kan. Pastu, suddenly bos cakap, Izuan tu anak staf USM. So saya macam “ohhh yeke ?” .. macam excited juga sikit-sikit hoho..

Hari tu ada hal sikit kat PPKT, pastu pergi dengan bos. On the way balik tu singgah kat campus pastu….

So, presenting.. hoho.. Izuan Salahuddin punya ibu..

Me with Ibu Izuan Salahuddin

Oklah, his mom is so nice. Seriously. Memang baik habis ah. Mula-mula macam segan la juga kan. Ye ah, sebab jumpa mak pemain bola tu.. hehe

I called her ‘mok’ sebab mok yang suruh panggil macam tu. pastu borak-borak pasal Izuan, (nama rumah; Chik), sebab anak ketiga dari tujuh orang adik beradik. Pastu Tanya-tanya pasal Izuan & macam-macam. Lama juga la lepak sama.

After that, balik office. Pastu mok called me. Dia cakap dia dah bagitahu Chik and dah bagi phone number. Aduhs. Memang sporting habis la mok ni.. hehe.. ok tak boleh nak bagitahu lebih-lebih. Sikit-sikit sudah la heee…. Secrets ! Mok, thanks for treat me well.. :)

Ok hope dapat jumpa lagi. Ala, habis semua pemain bola pun saya suka sekarang heeee… ada rezeki boleh jumpa lagi. Cukup sekadar kenal-kenal.

All the best, Izuan Salahuddin.. keep it up.. naik dan naik lagi…

Filed under Uncategorized

Jangan Sibuk Boleh Tak ?

Jangan sibuk pasal orang boleh tak ? Jangan ambil tahu pasal orang boleh tak ? Jangan buat cerita dari mulut tu boleh tak ? Jangan Perasan Boleh tak ? OK complete. Jangan, jangan, jangan. Please don’t hoho

Susahla hidup kalau ada orang macam ni. Is like, bila la orang macam ni nak !@#$%^&*.. Ok fine. Come here lah, nak story ni. tapi kalau tak suka tak payah bacalah.

Kenapa perlu sibuk hal orang ? I mean, saja nak cari bahan nak sakitkan hati si mangsa tu, saja nak jatuhkan orang lain. aduhs.

Fine lah. Actually benda ni kat mana-mana pun ada. Dan aku dah terbiasa dengan benda macam ni. dulu-dulu masa belajar pun ada. Lepas tu dengan takde niat & takde perasaan pape aku akan cakap, “come on lah. Kenapa kisah sangat dengan apa aku buat, aku pergi mana, aku dengan siapa ? aku eviSoraya je pun” lepas tu ?

Aku tak kisah kalau nak ambil tahu just minat or suka cara aku ke. Ehh mestila suka kalau orang suka kita pastu minat kita haha. tapi tak perasan pun hoccayy. Then why my blog punya visitors 100++ per day ? hoho. Memangla tak tahap 1000++ per day sebab macam aku kata aku bukan superstar pun ? I’m just an ordinary blogger je pun.

Pastu kan, jangan buat cerita dari mulut yang tak berapa comel tu. serious tak comel walaupun asalnya comel. Di sebabkan mulut tu dah bawa nahas kat orang, terus jadi tak comel dowh. Hoho.. Pasal mengumpat & mengata orang. Mesti nak juga, ibarat diri tu macam tak sedap kalau tak mengumpat & mengata orang. Macam rutin harian gitu. Macam tak complete hidup dia kalau tak memburukkan orang lain, menjaja story sana sini. Kepoh betul.

Sila rujuk surah Al-Hujurat ayat 11.. banyak-banyak la insaf hoccayyy..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sometimes ada orang perasan. Lagi susah bila ada orang perasan konon aku ni ambil tahu pasal dia, cara hal dia. Ohhh please ! tolonglah jangan perasan sedemikian. Nanti aku muntah hijau wekkk.. sebab kan, aku ni jenis tak heran dengan orang; tahu bukan ? jadi siapala kau tu yang aku nak ambil kisah & nak ambil tahu ? sikit punya banyak pun aku tak pandang heh. Sometimes rasa nak tergelak kot kalau orang macam ni syok sendiri. Is like, kau tu siapa ? kau tu best sangat ke ? aku rasa macam zero je pun ? takde benda yang best aku nak tahu pasal kau. Lain lah kalau kau ni macam vogue & gorgeous gila kot ?

Tolong sedar diri sikit before perasan lebih-lebih. Depan orang mulut manis tapi belakang macam !@#$%^&*.. Actually bila dia macam ni, dia terperasan sebab dia sendiri yang buat benda tu. Umph.

Come on lah, aku takde masa kot nak cara hal ni. Even 24 hours a day pun rasa macam not enough for me. Lagikan aku nak buang masa cara pasal orang yang entah pape. Bukan setakat perasan macam tu tapi siap sangka buruk kat orang pula kata orang tu macam ni orang tu macam tu. Pandai pula dia tafsir suka-suka hati macam la dia boleh baca hati orang. Aduhai Syok Sendiri ! erk.

Lepas tu kan, Surah Al-Hujurat ayat 12.. Baca, baca..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Aku kesian orang macam ni sebab hati dia tak tenang, hidup dia tak bahagia sebab asyik akhir fikir pasal orang lain dengan busuk hati umph ! pastu telinga selalu panas & hati macam nak pecah. baik aku bahagia buat hal sendiri hoho.

Last but not least, Al-Hujurat : 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Sorry lah. sebab aku kalau berbahas aku suka sertakan Dalil sekali. Ikutla dengan sesiapa pun, even dengan mummy atau sesiapa je, mesti aku sertakan dengan dalil mahupun hadis. Bukan nak tunjuk pandai atau tunjuk alim, tapi dua benda ni of course orang tak boleh nak argue. Tapi tak tahula kalau ada orang berani argue benda ni.

Sebab bagi aku, kalau orang yang selalu explore tafsir, pastu amalkan semua ni, of course tak akan buat benda-benda macam ni.

Ni aku ambil dari FB Naqibah Usrah aku masa kat Kuala Terengganu dulu :

Kita berusaha membicarakan yang baik-baik tentang saudara-saudara kita dan berusaha mengurangkan pembicaraan tentang aspek negatif tentang saudara-saudara kita. Para salafus soleh, sangat jarang membicarakan kekurangan sahabat dan orang-orang yang mereka kenali. PETIKAN ARTIKEL UST WAN AHMAD – PTUBUHAN IKRAM.

So, pandai-pandai la nak hidup.. Korang nak hidup ni nak collect enemies or what ? Entry umum. Tak specifically tuju pada sesiapa. Tak pasal-pasal ada yang perasan lagi. haha. Siapa makan garam dia lah yang terasa masinnya. ehem..

Filed under others

Susahla Ada Perempuan Macam Ni

Jaga-jaga baca ni. Takut ada yang sakit jantung bila baca. *entry yang fire orang* .. Sebab dah lama tak fire orang dalam blog. Entry ni patutnya dah lama nak publish tapi tak sempat. Dah lama tak buat entry kontroversi macam dulu-dulu. Tapi bila ada yang try nak interfere life aku, adala ada yang aku nak buat juga. Kau rasa kau hebat ? uhhh..

Susahla kalau ada perempuan macam ni. Perempuan macam mana ? Perempuan yang akan aku cakap lepas ni hoho. Actually dah banyak je aku jumpa perempuan macam ni. Tapi walaupun ada perempuan macam ni, at least benda lain dia ok. Tapi perempuan yang ni macam semua tak berapa ok. Macam complete. hoho

Susahla kalau ada perempuan rasa yang “aku cantik, aku cun, aku hebat, aku ada tu, aku ada ni, aku complete, aku perfect, aku taraf mana, aku keturunan mana, family aku siapa & aku aku aku” ok FINE ! Sebab aku pun menyampah dengan perempuan yang rasa macam ni.. Pastu dia rasa dia patut bersama dengan orang yang gila punya perfect ah.

Sometimes aku rasa nak je heret perempuan macam ni, pergi depan cermin pastu cermin diri dia betul-betul. Kalau dia tak pandai nak cermin dia, mari sini aku tolong cerminkan. phew~

Perempuan macam ni nampak je ok, sopan, tak social dengan guys sebab nampak dia macam susah nak dengan guys. Ok fine. Hakikatnya kan, dia memang pandang rendah to guys. Maybe dia rasa anak raja je yang sesuai dengan dia. Tapi bagi aku kalau dah perangai macam ni lagi kan anak raja yang nak ? Memangla at first orang akan tertarik & nak masuk line kan. But once bila dah kenal, orang pun lari umph !

Rasa macam bangga kot when many guys nak dekat dengan dia. Pastu dia suka collect guys, collect peminat. Playing with people’s hearts. Suka kot tengok guys macam duk gila kat dia. Come on lah, masa muda-muda awal remaja dulu boleh la nak buat macam ni. Tengok aa zaman sekarang macam mana. Takkan nak keep playing kot ? Tapi bila orang lain ada orang lain, dia pula yang sibuk nak cakap macam-macam.

Entah bila nak sedar nak kata tak matang, macam matang, lagi matang dari aku. Dia rasa dia hebat ? Rasa nak je heret dia pastu datang compare dengan aku. Tang mana hebat sangat & perfect sangat tu ? haaa kan aku dah start buat perangai macam ni. Bukan apa, nak bagi orang macam ni berpijak pada bumi yang nyata.

Kalau kau rasa kau cantik, cun sangat, kau tu miss World ke ? Perfect ke muka, kulit, body kau ?

Kalau kau rasa kau educated, educated sangat ke ? Kau ada berapa PHD ? Kalau PHD yang satu lagi tu memang tak masuk list ah. Kau graduate Harvard, Oxford ?

Kalau kau rasa kau punya taraf tinggi habis ah, kau rasa family kau ni, siblings kau ni. Ohh kira the whole family datuk nenek moyang cousins uncles aunties semua hebat-hebat ahh ? Kau relate dengan semua Ministers ke ?

Kau rasa kau ada everything harta benda. Semua best, semua branded, semua paling mahal ? Kau ada semua branded things like LV, Gucci & etc. semua ke ? Baju duk rumah pun Christian Dior ke ? heh. Memang semua overseas punya stock ah ? Macam ah.

Kau rasa kau dah berdamping dengan orang macam-macam, orang hebat-hebat, orang high class. Kau rasa kau hebat sebab dah kenal macam-macam orang, kira banyak contact ah. Macam tu ? Ok, tell me now besar mana sangat cable kau tu ?

Kau rasa ramai ah laki suka kau, teruja dengan kau & bla bla bla ? Kau rasa kau tu memang menggoda ah ? Orang laki tengok kau macam cair eh ? Heh, berapa ramai dah yang kau jatuhkan ?

Kau rasa kau banyak tahu semua benda ? Kau rasa kau ni universal, flexible & boleh buat multiple task ? Kau rasa kau serba boleh ? ok apa yang kau boleh ?

Ok lastly pasal agama. Memang aku pun tak nak comment banyak pasal agama sebab aku punya ilmu pun still cetek. Tapi kau perfect ke pasal agama ? Apa kalau berbahas dengan kau, kau boleh bagi dalil-dalil sebagai bukti @ kau memang dah hafal sebiji Al-quran dengan tafsirnya sekali ? Kira kau perfect ah bab ilmu agama ni ?

Kalau setakat rasa lengkap hal dunia je aku tak heran, Allah pun tak heran. Kalau perfect bab agama baru perfect semuanya.

Oklah, no ones perfect. Aku pun tak perfect. Aku tak rasa aku perfect. Dan aku tak kata aku perfect bila aku cakap macam ni. Aku pun ada kurangnya. Ni pun aku nak ingatkan diri aku sendiri supaya aku keep low profile & minta jauh la rasa diri hebat semuanya. Aku takut dengan apa yang aku ada jadi buat aku lalai. Tapi aku selalu ingatkan diri apa yang kita ada hakikatnya itu ujian dari Allah, nak tengok sejauh mana kita manfaatkan apa yang Dia bagi.

Sorry la kan kalau entry ni memang sakit hati sangat. Sebab bila dah banyak sangat aku jumpa orang macam ni, pastu jumpa yang lebih dari ni, tu yang jadi aku nak bercerita. Sebab kalau nak face to face tu memang takkan sampai maksud juga. Sebab tiada siaran ulangan. Kalau sini, orang lain nak baca beratus kali pun boleh.

Tapi, kalau dah gaya macam tu, buat macam tu, dah dah dah macam tu, memang something wrong~ phew~

Filed under Uncategorized

Jatidiri Wanita; Pembangun Ummah

Last Saturday ada macam seminar/ceramah pasal Jatidiri Wanita Pembangun Ummah kat MGU Firdaus kat KB. Actually benda ni terbuka untuk semua. Saya pun sebab kak Fid (Dr Hafidzah) yang SMS invite datang. Syukran ya ukhti. So pergi la dengan group usrah; medical students from USM.

So far good lah. Banyak di bincangkan pasal wanita. Ciri-ciri wanita solehah, isteri yang solehah, ibu mithali serta peranan wanita dalam membangunkan masyarakat.

Islam mengangkat tinggi kedudukan wanita. Tanpa wanita, siapa nak lahirkan zuriat, nak menambahkan umat. Kita pun pernah dengar kan, di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. Kasih sayang wanita tinggi tau. Jadi janganlah mempermainkan perasaan wanita. Sekeras mana pun seorang wanita itu, tapi percayalah; ia boleh di lentur, boleh di lembutkan jika kena dengan caranya.. Dan lelaki, jagalah wanita sebaik mungkin, bukan mengkhianati, mengkasari dan menganiayai wanita..

Antara penceramah pada hari tersebut ialah : Ustazah Maznah Bt Daud yang merupakan Ketua Wanita IKRAM Malaysia dan juga Dr. Hafidzah Bt Mustakim yang merupakan Ketua Wanita IKRAM Daerah Kota Bharu serta Ustaz Dr. Mohd Sha’rani Bin Mohd Naim yang merupakan YDP Pertubuhan IKRAM Daerah Kota Bharu..

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah At-Taubah : 71

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Surah Ar-Rum : 21

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah An-nur : 26

Kalau kita tengok ketiga-tiga surah tersebut, lelaki dan wanita sama-sama penting, sama-sama memerlukan antara satu sama lain. Wanita di ciptakan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi, bukan dari kepala untuk di junjung, tapi dekat di hati untuk di cintai, di kasihi, di belai.. Tanpa wanita, sunyilah lelaki. Suram lah dunia. Kerana seindah perhiasan adalah wanita solehah..

Wanita, jagalah dirimu untuk dirimu, untuk ibu bapamu, suami serta zuriatmu.. Jagalah segala kehormatanmu hanya untuk suamimu. Jangan tambahkan dosa suami, peliharalah segala-galanya yang ada pada dirimu. Semoga kita semua menjadi wanita yang solehah yang menjadi impian setiap lelaki yang soleh. Ameen..

Dengan 4 syarat ini, maka; Pasti Syurga yang menunggumu di sana nanti., insyaAllah..

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Filed under Uncategorized

Lelaki Patut Bersyukur

Wahai lelaki.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu apa yang kamu patut bersyukur pada Allah di atas kurniaan seorang Mujahidah Solehah untukmu..

Wahai wanita.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu Muslimah bagaimanakah yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt.

Kelak; aku, engkau serta zuriat-zuriat soleh yang akan menuju ke JannahNya.. Destinasi kita sama, hanya satu, hanya itu.. berusahalah.

Kita tak sempurna, tiada yang sempurna. Ye, semua orang tahu itu. Sama-sama kita cuba menuju ke arah kesempurnaan.

Lelaki, terimalah seseorang wanita itu seadanya. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kekayaan, kebijaksanaan, kelebihan serta kehebatan dari wanita tersebut. Cerminlah diri, berpijak pada dunia yang nyata. Apakah kita sudah cukup semua itu untuk memiliki wanita sempurna seperti itu ?

Tetapi lelaki; jika kamu memperolehi ciri-ciri seperti berikut, bersyukurlah. Walaupun diri kamu tak seperti itu, walaupun kamu tak ada seperti yang si wanita itu ada, tapi sebenarnya; itu hadiah terindah dari Allah untukmu.

Bersyukur apabila wanita itu beragama Islam. Bukan sahaja Islam pada nama, bukan sahaja Islam kerana keturunan, malah, yang mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.

Bersyukur apabila wanita itu menjaga solat lima waktu dengan baik tanpa meninggalkan satu pun tiang agama tersebut serta menjaga solat di awal waktu. Bertambah kesyukuran bila wanita itu mencantikkan ibadatnya dengan solat-solat sunat seperti Solat sunat Dhuha, Solat sunat Hajat, Solat sunat taubat, Solat sunat Tahajud, solat sunat rawatib. Bertuahnya si lelaki bila mendapat wanita seperti ini.

Bersyukur apabila wanita itu boleh membaca Al-quran, mempunyai ilmu tajwid, dapat mengalunkan alunan Al-quran dengan merdu dan baik, faham isi kandungan Al-quran, tahu terjemahan serta tafsir Al-quran tersebut dan sentiasa membaca Al-quran setiap hari. Ramai yang pandang remeh dalam hal ni, ramai yang tinggalkan Al-quran.

Bersyukur apabila wanita itu menutup aurat, menutup kepala, menutup kulit dari terdedah pada mereka yang bukan muhrim sekalipun; sepupu, abang ipar, bapa saudara, adik beradik angkat, jiran, tetamu. Ada wanita yang menutup aurat hanya di luar rumah, tapi memandang remeh tentang aurat dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang masih suci, masih perawan, masih dara. Ye, ramai wanita zaman ini yang belum berkahwin, tapi mahkota kebanggaannya sudah hilang di ragut oleh lelaki durjana. Lagi malang bila mereka saja suka-suka merelakan menyerahkan dirinya pada lelaki yang bukan suaminya.


Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang berilmu, yang mempunyai ilmu. Benar ilmu bukan hanya pada segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD, tapi segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD itulah sebagai bukti seorang yang berilmu. Bukan setakat itu, tapi teramat bersyukur bila wanita itu juga tinggi ilmu agamanya serta mengamalkannya dengan sempurna. Bertuahnya seorang lelaki bila dapat wanita yang bijak, pandai, cerdik & ilmu agama yang mantap. Lengkap untuk kehidupan dunia akhirat. Ilmu ni bukan untuk kerja je, tapi juga untuk mendidik anak-anak & menguruskan rumahtangga kelak.

Bersyukur apabila wanita itu seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana, tidak meminta berlebih-lebihan dari seorang lelaki & faham akan kemampuanmu. Dalam kata lain, tidak materialistik. Bertuahnya seorang lelaki bila mendapat wanita macam ni kerana kelak; dia tidak akan membebankanmu, tidak menyusahkanmu kerana dia tahu menguruskan perbelanjaan untuk dirinya & juga keluarga walaupun hanya sebanyak itu wang yang ada untuk keluarga. Akan tetapi, ada wanita yang mementingkan diri menghabiskan duit untuk membeli barang kemas & pakaian untuk dirinya saja. Elakkanlah dari wanita sebegini.

Bersyukurlah apabila wanita itu tidak kedekut dan suka bersedekah. Makin banyak duit yang dia ada, makin ringan tangannya memberi kepada orang lain. Sekalipun sikit harta yang dia miliki, bila memandang orang yang lebih memerlukan, dia rela menghulurkan setakat yang termampu walaupun sedikit. Kerana baginya, apa yang dia ada adalah milik Allah, kurniaan Allah, maka seharusnya dia berkongsi kepada orang lain juga.

Bersyukur apabila  wanita itu pandai memasak. Pada zaman moden ini, ramai wanita yang bekerjaya yang tak berminat nak masuk dapur & memasak. Tapi wanita, memasak itu salah satu asset berharga untuk kita mengikat kasih sayang seorang lelaki bergelar suami.

Biasalah insan yang bergelar hamba Allah, tak lari dari kesilapan. Jika kat situ dia lebih, mungkin kat satu bahagian lagi dia kurang. Walau apa pun, saling melengkapi di antara satu sama lain. terima seadanya.

Apa yang saya cakap kat sini, benda yang paling penting, yang basic yang perlu seorang wanita tu ada. Fikir-fikirkanlah. Dan lelaki, sekali lagi; bersyukurlah. Bila dah dapat yang macam ni, jagalah wanita itu sebaik mungkin, suntinglah wanita itu dengan cara yang sebetulnya, hargailah wanita itu serta berusaha mencapai akhlak setanding wanita ini.

Wahai wanita sekalian, kita di tahap mana sekarang ini ? Apakah kita sudah sama seperti di atas ? atau apakah kita masih jauh lagi ? Kita tahu apa yang kita perlu buat kan ?

Ada sesiapa nak tambah ?

Filed under Uncategorized

Aku Wanita & Cinta Sekufu

Assalamualaikum pembuka bicara.. Topic kali ni, saya rasa taklah hot mana. Suam-suam kuku gitu kot ?

Cinta sejati tak memandang pada duit, tapi duit penting untuk memelihara cinta- Hukamak .. Cinta tak kenal siapa, ia hadir tanpa di paksa. Kalau dah cinta tu, tak nampak pun kekurangannya. Menerima sesuatu itu dengan seadanya, tidak mengira walaupun sejuta kekurangan.

Sebelum itu, banyak saya ambil maklumat dari forum ni : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=10176 , lepas tu saya hurai ikut suka hati saya, lebih-lebih tambah pada yang tak patut. Ahah

Apakah yang dimaksudkan dengan sekufu?

Sekufu ialah keadaan di mana bakal suami dan isteri adalah sama dari segi kedudukan keluarga kedua-dua belah pihak, darjat, akhlak, kedudukan kewangan, taraf pendidikan, taraf keturunan serta taraf pekerjaan.

Sekufu ni taklah diwajibkan, tapi di galakkan. Sebaik-baiknya suami lebih tinggi taraf, sebab suami tu kan ketua keluarga. Bimbang nanti isteri yang naik kepala pula kalau taraf dia yang lebih tinggi. Ya, Islam mengakui taraf suami isteri. Tentulah tidak sama orang yang berilmu & tidak berilmu, sangatlah berbeza orang yang solat lima waktu & tak solat lima waktu, semestinya tak sama dengan mereka yang berbuat maksiat dengan mereka yang warak.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu’ dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. Contoh :

Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu.

Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu itu penting dalam perkahwinan.

Sekian untuk sumber dari forum tersebut.

******************************************************************

Sekarang, dari perspektif saya pula;

Baiklah, saya sebagai wanita. Apa pendapat saya, apa kata saya pula tentang cinta & perkahwinan sekufu ?

Memanglah, kalau dah betul-betul cinta tu, tak kisahlah dia tu tak handsome ke, dia tu kurus kering ke, dia takde duit ke, dia tak educated ke, dia cacat sikit ke, dia tak tinggi ke, dia gelap ke, muka dia penuh jerawat ke, apa ke, semua dah tak kisah sebab cinta punya pasal.

I am the type of can accept people just the way they are. For me, kita semua ni sama di sisi Allah, beza kita hanyalah keimanan & ketaqwaan kita pada Allah. Jadi, semestinyalah saya pernah menerima orang yang jauh kurang dari saya. Ini bukan suatu penghinaan. Tapi sila baca betul-betul dulu.

Bila saya berkomunikasi dengannya, automatically I’m not respect him as a man. Bukan saya dah mengira apa kekurangannya dari saya, but it happens naturally. Memang kita akan rasa diri kita ni berilmu, I’m a university student, compares to you that never enter the college,  who is my family, who is your family, where I live, where do you live & all those things.

Saya tak menyedarinya sebenarnya, sebab dalam kepala saya ni, saya memang boleh terima seadanya. Tapi saya tak sedar dalam masa yang sama, saya di kaburi oleh sikap saya tu sendiri. Orang boleh cakap, “kalau rasa tak boleh terima, jangan terima awal-awal” ..

Bila saya fikir balik, renung balik, orang jenis macam mana yang saya patut bersama ? iyerlah, kalau hati kita ni boleh terima seadanya segala kekurangan serta perbezaan taraf, tapi adakah sikap serta layanan kita itu sendiri nanti melambangkan bahawa kita ni respect pasangan kita ? mesti kalau nak buat keputusan pape, nak ikut kita je sebab kita rasa kita lebih dari dia. Kalau decide nak beli pape, mesti kita yang nak decide sebab kita rasa kita lebih tahu dari dia. Lepas tu, mesti kita malu nk tunjukkan dia pada friends kita sebab dia tak sehebat orang lain.

Conclusion :

Bagi saya seorang wanita, sekufu itu penting. Ini untuk masa depan kita, demi kebahagiaan serta ketenangan dalam sesebuah rumahtangga tersebut. Cukuplah sekali sahaja pernikahan dalam hidup saya, bukan nak nikah banyak kali dengan banyak orang. Nikah bukan sekejap, tapi untuk selama-lamanya selagi hayat di kandung badan. Syurga di bawah telapak kaki suami. Semestinya saya sebagai seorang isteri nanti perlu patuh pada suami, hormat suami. Tapi kalau nanti dah memandang rendah pada suami, tak hormat suami, jadi mana suami tu sebagai ketua keluarga ?

Memang pada dasarnya saya tak kisah, saya boleh terima seadanya. Tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku satu hari nanti bukan ? saya bimbang, saya gusar. Saya takut satu hari nanti saya tak menyenanginya, saya takut saya terungkit benda sebegini. Jadi, bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, lebih baik awal-awal lagi saya pilih yang sekufu atau lebih dari saya. Cukuplah kisah lalu memberi 1001 pengajaran pada saya.

Memang kat dunia ni tiada yang sempurna. Memang tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Saya tak kata saya mengharapkan kesempurnaan. Bukankah pasangan itu saling melengkapi. Ye, maybe ada sesetengah ciri tu dia kurang dari kita. Saya masih boleh terima, asalkan yang lebih itu di lebihkan. At least, takdela kurang semua dari kita kan. Maksudnya, ada lagi benda yang seorang suami itu lebih dari isteri.

Pada saya, terpulang pada individu tersebut nak yang macam mana. Saya tak kisah apa orang nak kata, Sebab saya tahu diri saya macam mana. Malah, Allah lebih tahu tentang diri saya & apa yang terbaik buat kita. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan dan mengizinkannya.

Apa-apa pun, agama juga saya letak paling atas. Wallahualam..

This is another story;

Saya dengar, ramai yang nak tackle dia. Ialah, maybe sebab apa yang dia ada, telah mengaburi mata-mata awak semua kaum hawa. Tindakan saya ? biarkan saja. Sebab saya terlalu percaya pada takdir & janji Allah. Kalau memang dia untuk saya, sejuta kaum hawa berdamping dengannya sekalipun, mereka takkan bersama dia juga. Sebab saya tak macam awak-awak semua yang tergilakan dia sebab tu. Perasaan ini hadir sejak 13 tahun yang lalu. Pada umur 9 tahun yang saya tak tahu apa-apa, tapi Allah dah campakkan dia dalam hati saya sejak itu. Saya pun tak boleh nak fikir kenapa pada usia 9 tahun tu dia juga jadi pujaanku. Hahaha.. pada masa itu juga, he is nothing. Dia bukan macam dia yang sekarang, dia takde apa yang dia ada macam sekarang pada masa tu. Beza saya dengan awak-awak semua; perasaan ini tanpa sebab, tapi perasaan awak semua bersebab; sebab apa yang dia ada sekarang. Jadi, perasaan saya lebih suci bukan ? bermula dari bawah, mengambilnya tanpa dia adalah sesiapa pada masa tu.

Bukan saya tak berusaha untuk memenanginya, malah saya dah berusaha berdoa untuk masa depan saya. Habis, takkan saya nak pergi melutut depan dia cakap “tolonglah kawen dengan saya” . saya masih waras. Cukuplah kiriman salam berbalas doa di antara kami. Tak guna pertahankan sesuatu yang selamanya tak akan menjadi milik kita. Yakin dengan janji Allah.

Orang kata, cinta ni ibarat benih. Kalau tak semai, maka tak bercambahlah. Bagi saya, selagi belum halal, tak semai pun takpe, sebab ia akan tersemai sendiri kalau ianya memang untuk kita. Dan saya, saya tak pernah semai benda tu sejak 13 tahun yang lalu, tapi semakin bercambah pula. Macam mana ?

Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni pelbagai benda yang mendatang yang menguatkan lagi ikatan hati saya ni. Thanks doakan saya.

Cuma buat masa ni, saya nak menikmati keindahan hidup sebagai teenagers, nak kebebasan yang tak lari dari syariat agama. Lepas ni saya janji, nak kurung saya dalam gua pun takpe asalkan anda bersama saya di dalam gua tersebut nanti.. erk.

Sekian.

Filed under Uncategorized

Happy 51st Birthday; Mummy

Ratu hati sayalah; Hjh. Nik Fauzimah Bt Dato’ Haji Nik Jaafar

Wajah Seorang Ibu yang Penuh Kasih Sayang & Pengorbanan

Orang yang paling dekat dengan saya, paling rapat dengan saya, tiada rahsia antara kami, orang yang paling memahami saya, orang yang dapat tahu, dapat rasa segala gerak geri saya, orang yang boleh tahu keinginan hati saya dan segalanya..

Dalam hidup saya, mummy orang paling teratas yang saya letak kat hati saya selepas Allah dan rasulNya. Sesuai dengan agama kita yang menyarankan ibu, ibu, ibu dan barulah bapa.

Mummy & Daddy – at KLCC

Saya & mummy; ada iras. Cuma perwatakan kami je berbeza. Mummy jauh lebih lemah lembut dari saya, sopan, bercakap dengan nada suara yang halus. Berbeza dengan saya yang terlalu daring, kasar, active. Dulu arwah datuk selalu tertukar saya dengan mummy kalau tengok dari jauh. Sebab ketinggian kami lebih kurang, body pun lebih kurang kot ? ahah..

Saya selalu nak jaga hati mummy. Saya selalu nak buat mummy happy. Sikit pun saya tak sanggup sakitkan hati mummy. Saya lagi tak sanggup kalau sesiapa yang buat mummy sakit hati or sedih. Mummy jantung hati saya, mummy is everything for me. Sebab itu kalau sesiapa ganggu mummy, buat mummy sedih ke, apa ke, automatically saya benci mereka yang buat mummy macam tu. saya pula yang lebih-lebih akan fight all that for mummy walaupun mummy berdiam diri. Ganas kan saya phew~

Mummy selalu nak bagi yang terbaik untuk saya & anak-anaknya. Mummy selalu cuba penuhi apa yang saya demand. It’s not that mummy bagi semua apa yang saya nak, tak semua mummy bagi. Tengok pada kemampuan mummy jugalah.

Mummy with her 3 Kids.. -Sentosa Island, Singapore.

Mummy is the best teacher for me. She teaches me a lot. She teaches me from wrong to right. Mummy selalu bagi advices, tegur itu ini dengan cara yang baik. I can accept her advices well.

Mummy punya instinct kuat sangat. Sikit pun saya tak berani nak tipu pape. Mummy akan dapat kesan punyalah. The way I talked, the way I act, she can detect what happened to me.

Kalau kat rumah, mummy la orang yang paling saya banyak cakap. We shared everything. There are no secrets between us. Kalau mummy pergi kitchen, saya akan ikut pergi kitchen. Kalau mummy pergi masuk toilet jap, saya akan tunggu mummy kat tepi toilet. Kalau mummy pergi rumah grandma, cepat-cepat saya pergi rumah grandma juga. kat mana mummy ada, situlah saya ada. Semua orang tahu saya akan ikut mummy ke mana saja mummy pergi. We are too close. Sekalipun saya buat jahat, buat perangai apa-apa sekalipun, saya akan jujur bagitahu mummy. Saya tak sorok pape dengan mummy.

Pantai Bachok

Saya & mummy selalu terdetik benda sama. For example, macam nak makan apa, nak pergi makan kat mana, nak pergi mana, nak buat apa, selalu macam tu. macam dalam hati saya teringin nak makan satay, suddenly mummy ajak pergi makan satay. Selalu je macam ni. ahah..

Mummy, thanks for everything. You had sacrificed a lot for me; you had spent a lot of money to me. I knew that. Sorry for everything if that I hurt you. Didn’t mean to do that. Thanks for always forgive my mistakes. Thanks for gave me everything what I want. The newest; a week before raya, thanks for bought me a set of that. I’m wearing that all the time mom. I really love that cute flower.

On her birthday, saya tak mampu nak bagi present pape kat mummy sebab saya pun takde duit sendiri. Saya rembat duit mummy adalah. Haha. Saya tahu, mummy pun tak minta apa-apa hadiah mahupun wang dari anak-anaknya. Apa yang saya mampu, buat mummy happy, bagi kejayaan saya pada mummy, serta doakan kesejahteraan mummy 5 waktu setiap hari. Hanya itu yang saya termampu. Tapi mummy, last but not least, boleh tak saya nak minta ini dengan mummy : Beri Hitam. Bolehhh la ok  mummy ? haha thanks mummy !

Ya Allah, sekalipun aku nak balas jasa mummy satu hari nanti, aku pasti tak sama nilainya dengan jasa mummy padaku. Tak ternilai ya Allah. Aku serahkan mummy dalam jagaanMu ya Allah.. tolong jaga mummy untuk aku. Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mummy, semoga di permurahkan rezeki, panjangkanlah umur mummy, ampunkan dosa-dosa mummy, kurniakanlah sakinah, mawaddah serta rahmah kepadanya. Hanya engkau sahaja ya Allah yang dapat membantu hambaMu ini. Ameen..

Banyak sangat. Tak larat dah nak story. I love mummy, only that I know..

Siapapun dia, dia tetap ibu kita. Burukkah dia, kurangkah dia, cacatkah dia, jahatkah dia, dia tetap ibu kita. Sayanggg, dia tetap ibu kita. Setiap orang hanya ada seorang ibu dalam dunia ni. Maka, yang satu inilah kita patut menyayanginya, menghormatinya, menghargainya.. Takde ibu yang tak sayang anak dia. Kembalilah… Ibu pasti gembira… ;)

+++ <3 Happy Birthday Sayangss… <3 you for ages ago; with all my heart. Congratulations.. Happy to hear that.. Always pray for you .:. 6 October.. Meaningful ;) In my eyes, you are perfect !
Filed under Family