Posts Tagged ‘UDM’

My Convocation

Hello hello.. Ramai yang tanya kenapa tak update blog pasal convo ? OK ok. Sorry. Baru sempat nak update, baru sempat nak tengok-tengok photos. Sorry. Busy kan lately ni. Busy kerja.

17 September~ My Graduation Day. Hey graduation people ! ahah. *excited* ..

Thanks to my family. Ehh of course la family datang kan. All of us stayed at Ri-Yaz Heritage. So I have to be there at DABS UniSZA at 7.30am kan. So from Ri-yaz, driving alone to UniSZA pagi-pagi buta pukul 6 lebih. hoho.

Sampai sana jumpa friends. Lain sikit la rasa. Tapi buat biasa je la. Tapi serious rasa lain. Nampak macam matured dah semua.

Permaisuri ada kat atas sana hehe

Ok, tak tahu nak describe macam mana feelings ni. Feel ke tak nak convo ni? Asyik cakap pasal feel feel feel. *aling* la ajar semua ni, ayat dia. haha. Ok, sambung;

Menunggu & terus menunggu. Macam lama juga. Pastu ada ucapan sikit-sikit, pastu maka; bermula la ia..

Tak sampai seminit pun, semuanya berlalu macam tu. Auw. Alhamdulillah. Cuma entah. Boleh tak, tak ingat step. haha. Slumber. Teruk betul. Aku duk *koya* apa entahnya. Tapi rasa bertuah sangat dapat senyum & tengok secara dekat Permaisuri Agong. hehe.

Next; keluar DABS. Jumpa family & friends. Ada lagi yang tak jumpa. By the way, thanks to jejaka-jejaka yang bagi I flowers & teddy bear. auw sweet. Thanks a lot. Terkejut juga. hehe..

Dad, mum, Adik

So hot. Dah la I’m not feeling well sangat. Berpeluh-peluh & muka pun tak bermaya. Pastu fikir nak balik lagi. Macam-macam. Dah la muka bagun sejak pukul 5am tak tidur-tidur. wohhooo…

ex-classmate ex-coursemate

Thanks to all of you yang wish congrats to me for my convocation. Thanks a lot. Terharu derr.. Night before convo tu, ada two Red Warriors players wish congrats for me. Sorang called, sorang SMS. Thanks Mr. R & Mr. S . hoho. Lepas convo, Mr. R called kata dah ada kat UniSZA. Saja dia mainkan I. haha. Nak kena ni. hish.

Thanks to all my customer TRW Station. Sebab diaorang tercari-cari mana I cuti lama 4 days der. hoho. Pastu wish me & wanna treat me nak celebrate nanti. ok insyaAllah..

Thanks to my Big Bro Abang Ji staf UniSZA. Sebab dia bagi semua my family masuk DABS. hehe. Asalnya satu kad jemputan untuk dua orang je kan. Special for me, so my adik pun boleh masuk. Thanks a lot. Tapi tak sempat nak jumpa lepas tu sebab abang Ji busy.. :(

Matching pula color. I don’t know. Surprise juga ni mum, dad & adik

And it’s me, with mummy. Ok, ini saja nak tunjuk my convo dress. hoho. Surprise ? Surprise la sangat. Tak sempat pilih, tak sempat nak pergi terjah semua boutique. Alhamdulillah, ok lah. Ramai yang kata cantik, macam princess. I pun rasa cantik. haha. Pakai ambil je. Ni pun my staf juga yang tolong pilih. My advice is; pilihla baju yang sesuai untuk convo sebab rugi je tak nampak pun baju korang, tapi jubah convo je lebih. haha. *over*

My tudung; thanks to one of my customer ni sebab sponsor this tudung sempena my convo. Thank you so much. I love this tudung. Actually I juga yang pilih sendiri.


Congratulations to myself. Rasa lega. Rasa entah. Dah settle semuanya. Takde terikat dengan UniSZA dah. haha. Takdela, but I miss UniSZA. I really do.

Ramai yang tak percaya I dah grad. haha. Sebab diaorang cakap macam budak-budak lagi. wakaka. Mummy cakap “budak ni nakal-nakal pun, mujur la menjadi juga.. “ .. hehe..

Ok, congratulations to all of you friends & others.

Me; I’m a Bachelor of Computer Science (Software Development) holder. Alhamdulillah..

Filed under Uncategorized

Pesta Convo UniSZA 2011

Dah convo. Alhamdulillah. Maka akan update pasal convo dalam entry selepas, selepas ini.

Owner blog tengah pening. hehehe.

Oh k, ini story pasal masa kat campus UniSZA hari tu. Walaupun kejap kat sana, tapi rasa macam happy sangat. Rindu life dulu-dulu. ya Allah.. Boleh tak kembalikan my student life ?

Ok, sambung pasal masa raptai convo. Kan I story sikit je kan. Kali ni, I sambung story.

Ini DABS. Tempat kami nak convo lah. Antique sikit. Tapi; dewan ni la yang banyak bagi kenangan. Di sini kita bersatu masa mula-mula masuk orientasi, di sini kita convo, di sini jugalah tempat pengakhiran kita. :( .. Goodbye.

Tercipta Kenangan

Jumpa ramai yang kenal. Cam muka, tapi tak ingat nama. Bad memory. Ada yang I buat-buat tak kenal. Err jalan straight je. Tak nak jumpa sesiapa. huhu.

Ini baru balik dari DABS. Saja. Nak juga capture photo with kak Ika senior. Takde kerja. Sambil tunggu Sara datang. So tunggu dalam car, capture photos. heee.. Memang student life macam ni. Cuma sekarang je tak berapa capture photos. ehhhh..

with Kak Ika

Next; petang tu pergi Pasar Malam Pak Tuyu & pergi Pantai Tok Jembal. wakaka.. ehh really miss all these activities. kan ! Standard lah. Pergi pasar malam beli foods, pastu lepak pantai. weehehehe..

ya Allah, I need my life back.. I need them. Ok, with my ex-housemates. weeheheee..

 With Ila & Jannah

Can you see my happy face ? Muka tenang macam ni. Muka menanti debaran convo. Ahh muka apa-apa je la. Muka tak malu juga. haha. Muka yang desperate nak kebebasan. Apa lagi kamu mahu ? Ehh dah lama ke saya tak rasa macam ni kat hati saya ? And how I Love Terengganu so much.

 Love My Life dulu-dulu

I senyum ikhlas kan. Tak macam senyum sebelum, sebelum ni. Ada yang tak ikhlas. Ehh perlu ke ?

Balik pantai, tidur. Slumber tidur kat bed Jannah. haha. Tidur tak sedar-sedar tak boleh blah. aras 4 pula tu. Wow tinggi you ! Tapi kan, ahah. Bila I bangun je, rasa something. Rasa satu feeling ni. Tak tahu nak cakap macam mana. Lebih kurang macam tenang sangat, privacy sangat. Takde orang ganggu. Sunyi. ya Allah, tenangnya di bumi UniSZA ni..

After that, pergi Pesta Convo. Pesta Convo kat Padang Golf. Bukan kan tepi masjid macam dulu-dulu. Auw you. Ada persembahan nasyid. Ehh dah lama tak layan benda macam ni. hehe. Teringat zaman gedik-gedik dulu. Wakaka. Sekarang I datang dengan penuh kematangan. haha

lalalala

Pastu kan, raaaaaaamai lepak sana. Rasa macam. Ehh korang-korang ni student. I bukan student dah. haha. Jumpa junior dulu-dulu. Ramai jugala yang kenal. Malu. Dah la muka baru bangun tidur & tak mandi sehari, tak tukar baju. Ahah. Macam biasa, yang tu yang ni tegur tapi tak ingat nama. Aduhs. Juga ada yang SMS nak jumpa, SMS kata nampak saya tapi tak tegur la. Macam-macam.

Angin yang sejuk malam-malam macam ni

Pastu kan. weehee… Lama dah nak makan ni. Murtabak Maggie. Nyummy ! Sedap. Thanks gerai Usuluddin. Juga dapat makan cendawan goreng. Aloooo.. Sukanye life gini. ahah. Lepak-lepak with friends sambil mata melilau sikit-sikit tengok orang-orang. Ala sayangnya. Jejaka-jejaka ni semua adik-adik je budak-budak je. Lupa dah senior sangat dah I ni. ahah

Murtabak Maggie

Bila fikir balik. errmm.. Nak life macam ni. ya Allah, help me. ermm.. Pastu, entahla. Teringat zaman-zaman baik-baik dulu. Sekarang, tak macam dulu lagi. Rasa macam jauh dari dulu.

I miss old things. Rindu ketenangan, kedamaian UniSZA. Rindu suasana Islamic gitu. Rindu… :(

Filed under Uncategorized

Rindu Campus Life

Campus life. Tak lama, sekejap saja. 3 tahun setengah di UniSZA dan setahun di Matrik Melaka dah banyak bagi saya pengalaman hidup berdikari, semua kena manage sendiri, cari makan sendiri, basuh baju sendiri, nak bebas nak buat apa pun buatla, sebab takde orang tua yang akan kawal kita kecuali warden asrama. hoho. Tapi warden pun takde masa la nak kawal sorang-sorang anak buah diaorang.

Night View from my Block F

Now nak story pasal campus life kat university. Saya rindu keempat2 bilik yang di tukar setiap tahun. Masuk tahun baru, tukar bilik, tukar blok, tukar kolej. Tapi yang paling best sebab masa final year, dapat stay kat apartment. Ala-ala apartment lah sebab semua complete macam sebuah rumah. Beza stay kat asrama lama sebab bilik semata-mata dan toilet pun kat luar share dengan berpuluh orang. Tapi kat apartment ni toilet share pun 10 orang je.

Living hall + Dining Hall

Kat apartment ni juga ada pantry, living hall bersama dining hall. Kalau dulu nak makan, makan atas meja tempat kita study. Tapi kat sini tak dah. Memang ada dining table, pastu boleh makan sama-sama dengan house mate lain. Kat living hall pula boleh lepak-lepak gelak-gelak sama-sama pastu nak study sama pun boleh.

Hujung sana Pantry

Bila nak compare dengan apartment and asrama lama, rasa macam apartment ni banyak bagi benefits lah walaupun yuran kolej mahal sikit dari yang lama. The things I like the most is sebab ianya boleh mengeratkan silaturrahim. Kita lagi mesra dengan kawan-kawan sebab stay satu rumah kan. Kalau dulu duk sebilik-sebilik jadi tak bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang satu sem pun tak tegur dengan orang bilik sebelah, tak kenal pun. hoho

My room paling hujung

About my room; rindulah. Rindu nikmat tidur, nikmat study kat bilik (study lah sangat) haha. Rindu my single bed, rindu semua la suasana that room. My roommate pun, saya rindu awak la Sara. haha ! Saya ni takdela tidy sangat kan saya punya room. Heh, itu rahsia girls room. Jadi jangan bagitahu orang. hoho.

Beloved Bed..

Time exam tak payah cakapla. Memang berserabut habis. Bukan setakat time exam, tapi yang final project baru ni. Tengoklah saya serabut habis, pastu dengan mini table naik atas katil, buat kerja situ, tidur pun seciput je. Books, papers, stationery, files bersepah entah pape. Sebab bila time macam ni, kita akan rasa selalu nak berdamping dengan all those notes. Berdamping je, bukan baca. haha

Exam mood :P

Lepas itu kan, saya punya study table tak guna pun. Saya tak study kat study table pun. Tapi letak barang-barang je kat atas study table ni. haha. Ye lah, saya bukan the type yang study sangat kan. Banyak tidur, banyak online, banyak hang out, banyak makan, pastu banyak blogging. Jadi memang untidy jugalah study table ni hoho.

Our Study Table

Block saya ni memang agak jauh la dari kelas dan faculty. Lepas tu kan, selalu ponteng kelas lagi-lagi yang pukul 8am sebab ngantuk sangat selalu tidur lambat. Haha slumber je kan ? itulah, sebab lena sangat tidur kat sini. erm

Sekarang dah tak sama macam zaman muda-muda zaman study dulu. Boleh borak-borak, bergurau senda dengan kawan-kawan. Sekalipun nanti kita jumpa diaorang balik pun, still tak akan sama.

So, hargailah waktu korang jadi student. Nikmatilah sepuasnya. Memang kadang-kadang rasa malasnya nak belajar lagi, nak kerja je. Hakikatnya kerja lagi pressure la kot. Pastu dah takde cuti dua tiga bulan masa macam zaman belajar. hoho.

Filed under UDM

You Make Me Cry

23 November 2010 :- Dear Housemates; Kak Yat, Mun, Lisa, Ma, Amy, Zati, Jannah, Ila & also roommate; Sarah.. Juga bukan housemate; Kitty. Thanks buat saya menangis pada malam itu..

Thanks for the surprise. Ohh how I Love Surprise.. Surprise ~~~~ !!!!!! yeaaahaaaaa..

Surprise pada malam itu. Memang betul-betul surprise. 5-stars surprise for all of you. Memang saya di tipu habis-habis, memang saya di perdaya habis-habis. Banyak je hint, tapi saya ni yang buta tak nampak. Haha.

This surprise were planned by them since study week, means that before Hari Raya Aidiladha. Sedangkan, banyak punya sikit pun saya tak tahu, saya tak dapat detect langsung.

Bermula dengan petang tu, Sarah suddenly nak keluar dengan Ila kata nak pergi beli barang tanpa mengajak saya. Sedih juga. tapi think positive lah kan, maybe diaorang taknak ganggu saya nak exam dan diri dah berserabut macam orang gila bila air takde.

Sampai maghrib, saya nak pergi Masjid sebab dah terdesak sangat takde air. Tapi macam serba salah nak tak nak pergi ke tak. Berbekalkan air yang ada, cukup-cukup je untuk ambil wudhuk. Bila ajak Lisa & Jannah pergi masjid, diaorang macam teragak-agak je. suddenly tengok Jannah bersiap-siap nak keluar dengan Zati pula. Bila Tanya nak pergi mana, mereka kata nak pergi jumpa kawan. Lepas tu, Jannah beria cakap kat café makcik dah tak ambil order makanan sebab air takde. Saya macam, ohh k fine.

Lepas Isyak, saya terfikir macam tak boleh nak hidup dalam keadaan macam ni. terus nak pergi rumah cousin sebab nak pergi mandi. That time saya dah siap pakai tudung dah nak keluar.  Bila saya nak keluar, Lisa dah start sekat-sekat saya tak bagi keluar, pastu suddenly hujan lebat. Saya ingatkan sebab dia risau hujan lebat. Memang boleh dikatakan mereka ni memang caring macam ni. tapi malam tu caring sangat. Haha

Sesi tadah menadah air hujan. Saya macam dah ready nak mandi hujan lah kiranya, tak jadi nak keluar. Bila ajak Amy mandi hujan sama, dia macam tak nak pula. Yang Lisa ni tak payah cakapla, asyik mengekori saya. Sampai saya nak pergi rumah sebelah pun dia tak bagi. saya macam pelik, kenapa jaga saya sangat ni ? Takkan sebab lantai licin kot ?

Bila hujan dah reda, saya nekad nak keluar juga. sekali, semua sekat. Ehh macam kenapa ? Sampaikan Amy terjatuh kat pintu sebab nak tutup pintu tak bagi saya keluar. Erk. Kesian sakit bontot dia. Haha. saya macam dah dapat syak something. Tapi suddenly Lisa cakap, nak buat surprise untuk birthday kak Yat. So saya macam ohh k. takpela, kejap je nak pergi mandi. Tak tahan.

Bila sampai je campus, Ila dah tunggu depan rumah. Apesal la korang ni bersemangat sangat. Saya terus masuk bilik letak barang semua. Pastu dengar diaorang jerit-jerit sebut nama kak Yat. Masa tu camera saya dah tak tahu kat mana. Tengah cari-cari camera nak masuk bilik Lisa, sekali sarah terus heret pergi living room and…

“Surpriseeeeeeeeeeeeee”

Waaaaaaa terkejut gila. Ambil feel kejap pastu terus menangis. Finally boleh menangis sikit depan orang ramai. 10 orang menyaksikan saya menangis. Ahah..

Foods tak payah cakapla. Baaaaaaaaaaaaaaanyak sangat. Rupa-rupanya Sarah, Ma & Ila keluar pergi beli semua ni. Jannah & Zati pula pergi ambil nasi yang order kat café. Ohhh kelentong saya rupanya.

Wrote “ Just 4 u kak Evi”

Got two cakes, chocolate cake & icing cake. Asal cake, mesti sedap. Telan sedalam-dalamnya. Juga ada ice cream yang dah cair. Sorry saya buat korang tunggu lama. Ada ayam KFC juga. Sweets, sumi jelly, junk foods, sausage buns, root beer float. Ya Allah, banyak sangat. Berapa la cost korang habis semua ni ? sedangkan akhir-akhir sem ni semua budget dah kurang. rasa terharu sangat saya di raikan macam ni sekali. Terasa nikmat kasih sayang, ikhlasnya mereka.

Sambil makan-makan, borak-borak seakan-akan kami semua terlupa ada exam esoknya. Tak terkata saya dengan sambutan macam ni. rasanya sambutan kali ni paling happening dari friends. Walaupun dulu-dulu ada birthday party surprise from school friends, tapi yang ni lagi happening.

Next, dapat hadiah video sedih. Sedih. Lagu sedih. Tengok semua gambar yang kami hang out. Laaaagi sedih. Menangis lagi, terlerai semua airmata.

Speechless. Saya tak tahu nak kata apa. dalam hati ni, hanya Allah yang tahu. Saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Saya juga seorang yang memendam. Saya simpan dalam hati. Jauh tersemat di sudut hati. Ukhwah yang terbina selama lima bulan ni seolah-olah dah bertahun-tahun lamanya.

Segala gelak tawa, suara, tingkah laku korang semua akan saya ingat sampai bila-bila. Sekali saya sayang orang itu, selamanya saya sayang. Juga sekali saya benci orang itu, selamanya saya benci. Tapi takde perasaan benci pada mereka. Setiap hari makin sayang, makin berputik cinta di hati ini.

Sahabat-sahabatku, kakakku, adik-adikku, hati ni dah sayang sangat kat korang semua. Sekalipun kita terpisah di dunia, moga nanti kita bertemu di akhirat kelak. Semoga ukhwah ini sentiasa dalam redhaNya. Terima kasih untuk segalanya, terima kasih kerana pernah menerima saya seadanya, menerima segala kekurangan pada diri saya. Saya tahu, hanya ucapan terima kasih dari saya tak cukup untuk apa yang korang dah buat, pengorbanan korang semua.

Hayatilah… Doa Perpisahan by Brothers

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan”

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

saya akan sentiasa mendoakan korang.. semoga kalian semua sentiasa di lindungi Allah. Saya serahkan kalian semua di dalam jagaan Allah. Ya Allah, jagalah mereka untuk aku. Sediakan tempat yang paling indah untuk mereka nanti ya Allah..

Filed under UDM

FYP Presentation

Draft saved on 11/11/10

Masa type ni pun tak hilang lagi debaran ni. Debaran buat report pula. Ahah

Alhamdulillah, 11/11/10. I’ve done. Aku punya presentation paling biasa-biasa kalau nak compare dengan orang lain punya lagi hebat. Sebab memang aku tak bersungguh mana pun. Tapi at least aku tak treat lecturer macam kawan. Means that takdela nak kurang ajar nak main-main masa presentation. Kan ? haaa because En. Khalid mentioned that : “don’t treat your lecturers like you treat your friends” .. ahah..

Kalau nak story symptoms nak present ni macam-macam lah kiranya. tak cukup tidur atau lebih tepat tak tidur langsung pun ada. Ini bukan ‘bijok’, tapi sebab buat kerja last minute. Biasalah. Aku punya tahap kerajinan tu kan kurang. Tahulahkan.

First day of Presentation

First of all, aku nak thanks pada semua yang terlibat, yang tolong aku, yang bagi idea, bagi semangat & apa-apa sajalah yang berkaitan dengan ni. err to lecturers, thanks a lot. Hanya Allah dapat balas jasa lecturers semua. Tak perlu mention la kot apa, siapa, macam mana. Biarlah semuanya menjadi kenangan yang manis untuk aku. They treat me very well, bagi nasihat, semangat, and problem solver. Ehem.

My BFF; Syuzana.. (err muka ngantuk)

Seminggu before presentation tu memang dah tak berapa lena nak tidur, tak berapa lalu nak makan (betul ke ni ?) , tak berapa syok nak buat itu ini. Kemana aku pergi, apa aku buat, sekalipun masa bersuka ria, mesti fikir FYP. Sebab aku macam dah buntu nak buat macam mana bila testing tak jadi. Memang give-up pun bercampur dengan; malas dah. haha. Ini memang masalah diri sendiri. Tak melibatkan orang lain.

Malam sebelum presentation; aku bangga bagitahu aku menangis. Haaaa sebab sangat di ketahui yang aku susah nak nangis. Paksa punya paksa, tak menangis juga. kalau nangis pun, dua tiga titis airmata, terus takde. Tak keluar-keluar.  Malam tu boleh termenangis sebab cakap dengan mummy, jadi nangis. Tu pun sikit. Bila housemate tengok, dia kata “macam tak menangis pun” haha.

During presentation tu aku pun tak sedar apa aku cakap, cara aku cakap. Just go with the slides flow gitu. Last-last sedar bila ada satu slide hilang. Haha. Siapa curi entah. Mujur dalam handouts yang dah bagi panel tu ada slide tu.

Soalan-soalan power; memang power pun. Terlebih power sampai lari dari topic aku. Bila aku buat comparison pasal AES tu, means memang aku compare dengan AES lah. Nak propose something yang dari AES. Tapi entah. Itu masalah diri sendiri lah tu.

Sampai satu tahap give-up, aku Cuma harap lulus pun takpe. Tak expect A pun sebab memang jauh sekali. Sebab aku tahu diri aku macam mana, performance aku macam mana, usaha aku takat mana, level kesungguhan aku tu sampai mana. Sebab aku tahu apa aku buat.

Dewan Persidangan Bangunan Akademik UniSZA

Apa benefits yang aku dapat ? erm dari segi benefits, memang la dapat gain knowledge kan. Lagi faham apa itu cryptography. Rupa-rupanya banyak sangat di sebalik tu. dalam pada tu juga, rasa macam banyak lagi yang tak tahu pasal ni. memang luas, sangat, besar sangat. Baca research papers sampai muak. Tapi tak habis sangat pun baca semua ni. haha.

Pape pun, thanks to Allah sebab permudahkan segala urusanku. Report pula report.

Filed under UDM

Where to Park ?

Nak make complaint sikit. Sikit je. Tak banyak. Car park di blok asrama baru agak sempit. Harap maklum. Bukan aku sorang cakap, tapi ramai je cakap gitu. Takpe, my car kecil je. Muat je Cuma kena slow-slow la kan. Small car is easy to manage. (memangla kecil, tak kata besar. Kesian pada mereka yang mengata-ngata small car padahal mereka sendiri pun takde car tapi cakap je lebih.) chupp tak menghina sesiapa, Cuma pada mereka yang suka mengata dulu, takde pape tapi cakap lebih. Phew. Faham bukan ? susah bagi orang yang terlebih pandai ni, dia punya kefahaman tinggi, lebih apa dari yang kita cakap.

Semua kalau boleh nak park kat tempat teduh, yang berbumbung, bawah pokok ke, pape je la. Tapi campus ni tak provide tempat yang berbumbung lagi-lagi kat asrama baru. Yelah, they have their own reasons, takkan nak demand lebih-lebih kan. Apa yang aku nak cakap kat sini, kat mana nak parking.

Ok first, suka parking kat depan blok ni, macam porch la kalau kat rumah-rumah kita. Pastu makin ramai parking, jadi kita share la, ambil space sikit-sikit, bagi orang lain juga. Muat-muat untuk empat je. Tapi ada yang kelima datang. Okla, ni bukan kita punya tempat kan, so kalau ada yang dah ambil that place biarlah kan. First come first serve. Takkan nak pergi serang cakap jangan parking situ kan. Takdela, tak kisah pun. Ada rezeki, parking la kat situ. Takde, parking kat lain.

Sebenarnya dah lama berkenan dengan parking kat blok E ni. terus nampak dari my room. Dekat lagi, senang. Pagi teduh kejap, petang teduh juga kejap sebab lindung dengan blok F ni. parking banyak situ tapi tak berapa nak gemar bila hanya untuk two cars je. Selebihnya, besi-besi entah pape yang landing situ.

Selain tu, berkenan sebab tak sempit, tak payah masuk lorong-lorong macam kat depan blok F ni. tak payah pusing-pusing. Nak kena bajet kiri kanan lagi. Kalau nak cepat, lagi la ?

tapi kat tepi blok E selalu full, yelah. Sebab two cars je kan boleh muat. Full lah. Jadi beberapa hari lepas, aku telah memberanikan diri ambil tempat tu. Wahh sorry untuk pemilik white car yang aku pun tak tahu siapa pemiliknya. Maybe yang duk blok E juga ? jangan marah.

Jadi, harap besi-besi yang entah pape ni tidak lagi landing di situ. Kitaorang nak parking. Tak nak berebut-rebut..

Kalau aku parking kat mana-mana, kalau my car ada ke tak, kenapa perlu kisah ? Suka hati la aku nak keluar ke, nak pergi mana ke, nak pergi blok depan sana dengan car ke, itu hak aku. Aku pelik la orang yang concern gila aku pergi mana, menyibuk je. Aku pun tak pernah ambil tahu korang ni ada ke tak, tak pernah nak siasat korang punya car ada ke tak, korang pergi mana ke ? Pelik. Kalau my car takde kat sini pun, mana tau aku pergi blok lain pergi ziarah friends aku ke ? ….. :: ……

Filed under Uncategorized

Convocation UMT & UniSZA

Hye ! we meet again here. Ok, aku dah ada masa nak update sekejap. Baru bangun tidur nih. So tired + sleepy. Tu pun bila kak Huda datang menjerit kat bilik aku panggil aku. Rumah aku ni kan kat aras bawah, bilik pula paling hujung, kira macam dekat gateway lah. Orang keluar masuk blok, nak pergi mana-mana mesti aku boleh usha. Phew~

Tak dapat tidur sangatlah petang ni. kejap-kejap terjaga. Sekejap ada orang SMS, sekejap ada orang datang kat tepi bilik, kat tingkap ni panggil aku. Macam-macam lah. Aku ok je. Tak marah pun. Cuma nak tergelak. Haha

25July2010 : Kita story pasal hari semalam dulu. All lectures cancelled. Alhamdulillah. Susah pula aku nak pergi sana sini kalau terikat dengan lectures kan. Terbangun lambat macam takde hal. Aku pun tak tahu macam mana boleh terbangun lambat. Lunch tengah hari pun orang lain tolong belikan & hantar kat bilik aku. Kan aku dah cakap, senang. Pass ikut window je. Tak payah aku susah-susah pergi bersiap keluar dari rumah. Haha.

Then petang aku tertidur lagi. Serious tak larat. Dan memanglah, aku start tak sihat sejak malam semalam sampailah sekarang ni. sabar-sabar. Get well soon Evi. Dalam pukul 4pm++ aku pergi tapak pesta Convo UniSZA. Sebab nak jumpa someone lah. Orang luar lah. Bukan terpaksa jumpa, Cuma tak suka dengan cara mendesak macam ni. memang aku nak jumpa, yelah datang dari jauh kan. Then borak-borak kejap pastu pergi UMT sebab nak pergi wish congratulations to my bestfriend lah, Ainni. Her convocation. Aku pergi dengan kak Iqa.

congratulations sayangsss~

Lambat pula convo sesi petang nih habis. Dapat jumpa Ainni, her mom & her sister kejap je. Terharu rasa sebab yelah, gila punya bestfriend kan dengan dia since 2005. Last week pun dia stay dengan aku, kat bilik aku, tidur dengan aku, bedtime story dengan aku. Haha. So close lah.

with her mom & her sis

Then, balik campus. Aku terlantar terbaring sampai maghrib. Ya Allah, serious tak larat. Then hujan lebat. Ingat malam tu nak pergi pesta Convo UniSZA lagi. Yelah ye. Nak pergi. Then nak dinner. Keluar dinner jap kat Seberang Takir (tak best sangat pun. Kedai dia bukan standard aku lah), then terus pergi pesta Convo UniSZA. Tak syok pun. Sebab entah. Macam takde pape. Ada show dikir barat mula-mula tu.

Dah la hujan rintik-rintik. Macam duk mandi hujan gitu je aku ni. then jalan-jalan teman budak-budak ni nak beli itu ini. Aku tengok je la. Tak tau nak beli apa. bukan taste aku lah. Then suddenly aku rasa macam best je dengar macam music macam live band gitu. Ceyceycey pantang dengar. Terus heret budak-budak ni pergi kat stage. Ohh lupa. Semalam aku kuar dengan Angah , her roommate & kawan roommate dia student Usuluddin. Universal betul, dengan siapa-siapa pun aku boleh hang out.

Owh, sekali, Ana Raffali rupanya. Aku tak kenal pun siapa dia. Tapi memang cun lah. Phew~ cantik lah. Gorgeous lah. Best je dia main guitar. Ohh one of the guitarist is Aidit Alfian. Lagu macam underground gitu pun, aku takde suka sangatlah. Tapi layan je. Pastu ada la junior sorang ni SMS nak jumpa la, apa la. So layan je dengan dia, kawan dia. Ehh handsome juga kawan dia. Haha. Adik-adik je la semua.

Ala tertinggal camera. Tak dapatlah capture gambar Ana Raffali. Takpe, saya grab photo ni dari facebook staf PTM UniSZA. Staf PTM, minta halal eh hehe.

26July2010 : awal-awal pagi aku dah bangun pergi airport. Pergi ambil senior aku punya parents. Yelah, dia kena pergi DABS awal pagi lagi, so aku lah yang pergi ambil. With this one aku langsung tak berkira sebab dia baik sangat dengan aku & memang banyak tolong aku pun selama ni. then, hantar his parents kat DABS & aku balik sambung tidur.

Plan dengan kak Iqa & Angah dalam pukul 10.30am nak pergi DABS, nak pergi jumpa seniors yang Convo lah. Then tukar pukul 11am, sekali pukul 10.30am kak Iqa datang kejut & aku pun baru bangunlah bersiap nak pergi DABS.

Dengan muka mengantuk, aku jalan-jalan macam tu je. Dahla tak pasal-pasal bangun-bangun, ada orang tengah tension & SMS marah-marah kat aku. Padahal aku tak bersalah pape. Biarlah. Ikutlah kan kalau rasa nak lepaskan marah pun. Aku ni jenis tak fragile, jadi macam biarlah kan. Tapi try kalau aku buat gitu kat dia, sumpah seminggu gaduh tak akan contact. Tapi kalau dia buat, takpe pula.

Ok, meet the graduates. Tapi sorrylah, tadi memang aku mengaku aku agak sombong tadi. Malas nak tegur sesiapa. Ada yang aku buat tak tahu je. Bukan apa, aku macam mamai lagi. Mengantuk lagi. Sorry bila aku dah start buat muka sombong aku. Phew~

Sabir Senget haha

ohh Ejattt

Malas nak explain banyak. Tengok photos dah la. Korang pun malas nak baca banyak kan. Korang mesti asyik nak tengok photos je hehe. kat Facebook lagi banyaklah.

Next, lepak depan DABS. Macam-macam oranglah jumpa tadi. Secret admirer dulu-dulu lah macam-macam. Then, adala sorang ni berdiri depan aku sambil pegang Nikon DSLR dia. Oklah, photographer campus kot. Aku pun takdela nak perhati sangat sebab kat seberang sana ada abang aku kan, abang Ji. Tengah tungguh abang Ji nak jumpa. Abang Ji kan pegawai tadbir UniSZA kat Campus Kota.

Sekali, aku pun macam terpandanglah photographer depan aku nih. Dia pun macam pandang juga. Aku pandang lagi. Jeling-jeling senyum-senyum. Cey ! macam nak flirt orang pula aku ni. sekali, 3 kali pandang baru aku macam terperasan siapa. Tak tahula macam mana boleh tiba-tiba teringat secara spontan aku terjerit nama dia “nikkkkkk !!!” .. haha. Mujur aku dah tak pergi tampar-tampar lengan dia depan orang ramai. Haha.

Oklah, nikwafdi. Photographer yang aku ter kenal masa aku lepak Ri-yaz hari tu. Yelah, nak cam macam mana, hari tu costume lain, hari ni costume lain. hari ni nampak lebih handsome sampai tak cam dah. Boleh pula dia siap perli-perli nak ambil gambar kitaorang. Yelah, macam perli kitaorang ni photo mania kan. Ahah

Then di pendekkan story, masa nak balik tu, abang Ji pula SMS nak ambil gambar. Aku pun patah balik la sebab nak ambil gambar jugalah. Cuma aku segan tadi. Yelah, tadi kan depan orang ramai depan staf UniSZA, depan orang-orang besar UniSZA. Takkan aku nak menggedik kat situ. Then ambil gambar, siap dengan photographer staf PTM lagi. Ok lah, ok.

with Abg Ji.

Then pukul 1pm++ baru pergi lunch. Lewat dah. Aku dahla macam tak sihat sangat kan. Balik jalan kaki je from DABS sebab my friend used my car and went out with his family. aku ok je. Macam aku kata lah, dengan dia sorang ni aku tak berkira, walaupun dengan certain people aku memang berkira pun. Ahah.

Petang pukul 3pm pergi hantar dia pergi airport dengan family dia. Fly to KL. Goodbye, thanks for everything. Adala something dia bagi yang buat aku terharu jugalah. Aku tak boleh nak story kat sini, hanya friends terdekat je tahu.

Thanks for everything & congratulations to graduates of UniSZA. Next year turn aku pula insyaAllah. Ameen..

Filed under Uncategorized

Majlis Taaruf Freshies 2010

Sem 1 = Freshies

Sem 3 = Junior

Sem 5 = Senior

Sem 7 = Super Senior

Sem 9 =  Super Duper Senior

hahaha. sumpah bukan aku yang bagi nama Super Duper Senior pada student sem 9. Aku pun terkejut bila dengar diaorang tanya mana “super duper senior” haha.. pandaila sangat diaorang ni.

ok freshies, welcome to UniSZA. Welcome to our club, Bachelor Degree in Computer Science (Software Development). ahah.

some of my classmates. we are super seniors

Last night ada majlis taaruf freshies. When Seniors meet Freshies. Jeling-jeling dari jauh je la. Tak terkecuali aku. haha. Tapi budak-budak kan, so takde nak excited sangat. Not bad lah. Tapi ada sorang ni~ phew. sebijik muka macam !@#$%^&*. ok mereka-mereka je tahu. Tak boleh nak story kat sini. Masa tu aku dah cuak habis. Aku tak boleh nak pandang pun. Kesian dia, tak bersalah pun. haha..

Ni last dapat join Majlis taaruf with course mates. next year tiada lagi..~

Nak cepat. Nak kena study untuk final year project (FYP). current mood : resah. huhu

Filed under Uncategorized

Sem 7. Final Sem, Final Year.

Ohh hye ! I’m a final year student ler ! macam tak percaya sangat. Bukan setakat final year student, tapi final sem dah kat sini. Sem depan dah takde kat campus. Dah tak perlu buat assignments, dah tak perlu ambil final exam. Sebab sem 8 nanti dah industrial training. Macam best !

Ok, sem 7. Kita story pasal sem 7 je. Sem 8 January nanti kita story. Bila dah masuk sem 7 ni, rasa macam senior sangat dah. Yelah, banyak course sampai 6 sem je. Hanya beberapa degree courses yang 8 sem termasuklah my course. 4 years tu. Macam lama. Tapi tak pun sebab masa berlalu dengan begitu pantas. Macam tak puas aku duk sini lagi haha.

New sem, sem 7. New year, fourth year. Bukan nama UDM lagi, tapi dah tukar nama jadi UniSZA. Boleh main tukar-tukar nama pula. Haha. Biarlah. Dah tak kisah lagi sebab dah final year kan. Haha. Tak habis-habis dengan final year.

Oklah, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) -> Universiti Darul Iman Malaysia (UDM Campus KUSZA) -> Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Ok sekarang UniSZA ok. Sebab dah terbiasa sebut UDM kan.

Dapat hostel baru. Asrama baru. Apa lagi baru ? roommate baru, housemate baru. Boyfriend baru ? ceyceycey takdelah. Macam mana nak ada, semua junior masuk semua budak-budak, lagi adik dari aku. Haha. Asrama jauh dengan class. Memang jauh pun. Tapi agak dekat dengan café baru. Boleh lah. Tapi takde nak lepak café sangat. Pergi beli, bungkus, balik makan kat bilik.

16 credit hours. Boleh la tahan. Four subjects + a final year project. Phew~ Another four subjects are :

TKE4243 Data Mining

TKS4173 Web Secure Application

TKS4183 Formal method in Software Development

TKS4193 Topik-topik Khas

TXF4994 Final project

My roommate course Usuluddin. haha first time dapat roommate FKI. Usuluddin sem berapa, dip or degree ? Tak boleh bagitahu. yang penting, boleh jugala korek rahsia sikit-sikit. haha.. Memang relate lah dengan story dulu-dulu.

New sem, new hopes. Awal-awal sem dah buat perangai dah. Memang pun. rahsia. tu last kot aku buat ? haha tak tau. banyak nyamuk blok ni. nak tidur pun susah~~~

All The Best Friends !

Filed under MyLife

Mentor Mentee FIT

Last night saya tidur agak lewat, dekat-dekat pukul 3am. Kenapa lambat ? Sebab siapkan assignment Software Project Management kat bilik Syu. Sampai sakit-sakit badan. Siap dalam pukul 1am++ macam tu la. So bajet balik bilik terus tidur la kan. After that, rasa nak YM pula. haha. Yang ni macam tak boleh mengawal rasa nak YM. YM dengan siapa je pukul 2am macam tu kan ? Mesti la ramai yang dah tidur. Well, mestila saya YM dengan orang yang bukan duk kat Malaysia. Masa tu diaorang pukul 8pm macam tu la.

First, saya YM dengan adik sedara saya yang kat Jordan tu yang selalu busy dah sekarang. ok kakak sedara dah merajuk-merajuk. haha. Bila dah YM tu, tak payah cakapla kan. Macam-macam saya akan share cerita dengan adik sedara ni. Dalam pada masa tu juga, saya pun ter YM dengan someone, that is presiden……kat Jordan juga. ok adik sedara, senyap sajala, rahsia kita. haha. Actually, just nak tanya pasal pemergian Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi. Al-fatihah. Then, jadi macam ter YM lama sikit & macam-macam.

Pagi ni bangun, boleh pula macam mamai marahkan alarm clock kenapa awal sangat. padahal dah pukul 6.30 dah masa tu. haha. adehh. Saya dah agak, memang saya tak boleh tidur lambat dah sekarang ni. Kalau tak, mesti akan ada je yang tak kena pada saya. Jadi, lepas ni kena jaga la bedtime story ni. As usual, pergi lab pukul 8.15am. Sampai kat lab, sibuk duk upload assignment nak submit kat lecturer, lepas tu sibuk pula nak siapkan assignment CS (quiz 2), special assignment untuk beberapa orang seperti saya yang tak buat quiz 2 before CNY hari tu. Di sebabkan saya balik awal, lepas tu tak pergi kelas CS & tak buat quiz 2. haha.

Petang tadi pukul 2 ada sukaneka yang macam budak-budak, yang di anjurkan oleh Faculty of Informatics la kan. Di sebabkan saya kurang sihat & mengalami masalah stomachache, jadi saya tidur je after lunch. Rasa macam nak operate je my stomach ni nak tahu apa yang tak kena dalam ni sebab sakit-sakit. haha. Terlanjur tidur sampai pukul 2, saya tak sedar langsung & di fahamkan my roommate yang merupakan my junior Computer Science juga telah pergi buat report kat Syu kata saya tak bangun lagi. Baik punya roommate sebab tak kejut, tapi pergi report kat Syu. haha. Suddenly Syu datang kejut dengan gaya memang mengejutkan.

Sukaneka ni macam untuk suka-suka sajala kan. Tiada pemenang, tiada juga pengKALAH. tiada tiada. So divide group ikut mentor mentee la kan. Sem ni mentor saya ialah En. Kamir iaitu lecturer saya masa sem 4 yang teached subject Human-computer Interaction. En. Kamir yang berbaju biru dalam gambar bawah ni. Sukaneka ni mula-mula nak buat kat Padang Memanah sebelah jalan blok saya ni je. Sekali pergi tukar tempat buat kat padang belakang cafe Halimatun Saadiah. Acara pass balloons la, masukkan getah dalam piring, makan watermelon, minum nescafe pahit, cari kertas dalam tepung, gigit & buat puzzle. Not fair sebab mentor saya sporting habis main tipu. haha.

After that, ok dah menang dapat hamper dah ! Then terus pergi makan-makan dengan mentee lain. Borak-borak. Lepas tu extra borak dengan Ain & kak QB.. Fun time & tonight mesti tidur lambat lagi sebab nak buat Cluster Computing~~ lalala~~

Masih berfikir pagi esok nak pergi ke tak nak pergi Family Camping kat Sekayu esok. dari usrah JIM. adehh. 3 hari lepas baru dapat SMS dari junior, Izhar Syafawi. Pening pening. Dengan kerja banyak lagi. Rasa nak pergi, nak bersama ahli usrah lain. Tapi entah… Ahad ada quiz lagi. adehh

Filed under Uncategorized