Posts Tagged ‘Song’

Twin Towers @Live 2013

Saturday, March 24, 2013 – yeah, I went for this concert Twin Towers @Live 2013 KLCC. First of all, thanks to my friend, Nadea for the ticket !

Rasa macam tak percaya pun ada actually. And of course I went there for Backstreet Boys. Tu je yang paling nak tengok. Hello ! Backstreet boys depan mata kot. How excited I am kan ! Been adore them since I was 8 years old you know ! Haaaa berbelas tahun lepas kot. Tapi lagu-lagu diaorang still in my mind.

Actually this concert sempena Formula 1. Memang penat sangat sebab tak cukup tidur hari Sabtu tu. tapi kuatkan juga sebab BSB punya pasal.

IMG_2539

 Our happy faces..

Petang tu pergi lepak KLCC, makan-makan, cuci mata. Ehem ! Ramai Mat Salleh & Arab guys handsome-handsome weh ! haha. biasalah, nak buat macam mana. Memang taste & berkenan dengan orang macam ni. Simpan dalam hati sajala. Kehkehkeh.

After Maghrib baru kitaorang masuk concert tu. Masa tu memang dah ramai semacam la. Sabar saja la. And yeah, KL is hot ok ! mula-mula tu takdela best sangat. Ada la few shows, pastu baru start artis yang best. Ada One Nation Emcees, Miss Nina & 2NE1 I tak kenal. Haha.

Masa BSB part yang paling best. Don’t know how to explain. Started with Incomplete. OMG ! Melting habis. Macam tak percaya tengok diaorang depan I haha. also all others songs yang memang feeling habis. Tahu saja la kan BSB punya songs macam mana. I pun tak tahu macam mana I boleh tahan berdiri dalam keadaan panas macam ni dengan ramai orang. Haha ! enjoy.

Drowning.. My favorite song when I was 14 years old. Ok I ingat ok bila I suka all those songs..

I can’t imagine life without your love.. ~~ Keeping drowning in your love.. :D

And yeah, we sing together & memang sakit tekak habis. Suara pun dah serak. Kalau part yang sweet tu, lagi la kuat nak menjerit. OMG OMG OMG. I’m wet, I’m sweating, lack of energy ! haha. Mana yang tak dapat tengok tu, boleh search kat YouTube BSB Twin Towers 2013. Almost all video ada.

IMG_2541

Brian !

And of course Brian ! Dalam BSB memang I paling minat Brian. Tak boleh nak explain macam mana bila Brian yang nyanyi. Haha. Half crazeyh kot that time.

Tapi sekarang, Nick lagi handsome. Sorry to say but it is the fact. Makin tua makin handsome. Melting habis tahu tak tengok Nick. Memang most of the concert dalam kepala ni asyik ingat Mr. White Polar Bear yang jauh di sana. Haha. Ini baru Nick depan mata. Tak tahu kalau Mr. White Polar Bear depan mata I nanti. Pengsan terus kot. LOL. Excited semacam !

IMG_2538

Nick BSB

Other songs :

As Long As You Love Me; I don’t care who you are, where you’re from, what you did, As Long As You Love Me..

Quit Playing Games With My Heart, I’ll Never Break Your Heart, Show Me The Meaning of Being Lonely, Larger Than Life, Everybody & etc.

IMG_2540

Kali ni, semua yang asal ada. Brian, Nick, Kevin, Howie D & AJ ! complete ! actually memang I berdiri dekat sangat dengan stage tu. macam hanya 1.5metres from them. Memang boleh tengok sangat clear. Huwa Huwa. That’s why la dapat photos yang sangat clear macam ni. haha.

Filed under Uncategorized

Separuh Aku..

Ahh haaa.. It’s been two weeks I tak update blog kan. Maka, hari ini, Selasa 19 March 2013 pukul 2pm, mari kita update blog. Haha.

Actually last weekend balik my hometown, Kota Bharu, Kelate. Attended the wedding of my two cousins. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Happy for them. :)

IMG_2420

3pm, Tue, March 18, 2013. Subhanallah. Nice view of Pantai Sabak, Kota Bharu from airplane during take off. Till we meet again, my hometown Kota Bharu. Gonna miss my hometown badly. Don’t know when will go back again :(

Mood sekarang ni; banyak nak fikir dalam kepala ni. Banyak benda penting nak kena settle. InsyaAllah, the time will come. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen. Doa banyak-banyak. Tak sabar untuk itu. Yes, I’m ready for it.

Dan mood sekarang juga dengar lagu ni. Feeling habis. Jom layan dulu. Sentimental habis. Huwa Huwa..

Separuh Aku by Noah..

Dan terjadi lagi
Kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani
Aku ingin kau merasa
Kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu…

Ku ada di sini
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu di dekatmu saat engkau terjatuh
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau pahami cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku
Menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Karena separuh aku dirimu

Actually masa mula-mula dengar this song, takdela suka sangat. Tapi start perasan masa naik flight from KB to KL, pastu flight KL to Surabaya on last January, dua dua flight pasang lagu ni. Masa tu dah la mood nak travel, nak pergi jauh & nak holiday kan.

Pastu yesterday flight from KB-KL lagi sekali ada this song. Haha. Memang jodoh habis la dengan lagu ni kan. Tak tahu nak cakap macam mana feeling masa tu. Sekarang pun rasa lagi. Syahdu habis. Memang mood nak pergi jauh & pergi holiday. Semua mix up.

Well, yea. Going for holiday again out of Malaysia in next few weeks. Ohh can’t wait for that. And also will fly again later. yay ! Alhamdulillah.. Syukur di atas rezeki Allah. I love my life.

IMG_1957

Mood : *wink*wink*

If you need someone, you will go for it. If you love someone, you will never ever be far away from him/her. Will you sacrifice yourself for your true love ? Will you ? I would say “yes, I will” .. Go for what you want. Don’t ever turn back. :)  You deserve of what you want..

Kerana separuh aku.. Dirimu..

Thousand miles separated, when two hearts beats together, will always feels the love together..

Filed under Song

Keajaiban Cinta

Sempena cuti Chinese New Year yang sangat panjang ni, I hanya rest kat rumah tak pergi mana-mana. Tak terfikir nak pergi holiday biarpun semua kecoh untuk pergi holiday. Tak suka pergi vacation masa public holiday. Damned ramai orang & takde privacy.

By the way. Duduk rumah. Masak favorite foods, maintain diet, pergi jogging sampai sakit urat, baca novel english love story, dengar lagu, pastu update blog. Ok mari sini nak update blog.

Bila dengar lagu-lagu yang I suka; adala certain songs ni I teringat dan terbayang kat certain places & certain people. Ehem.

Bila time macam ni, start la nak layan perasaan. So this time I pilih lagu ni. Ehh cinta tu ajaib eh ? At this time, specifically at this age, I don’t think so I have much time nak cakap lebih-lebih dari hati ke hati. Hello ! Masa muda-muda zaman remaja tu boleh la kot. Kehkehkeh

Takpelah. Kita layan lagu ni dulu. Sweet habis. Auwww !

Keajaiban Cinta – Aliff Aziz Ft. Adira

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu

Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Tak di nafikan la. Semua orang suka tengok benda yang cantik-cantik, indah-indah. Kan kan ? Allah juga suka pada keindahan dan kecantikan. Same with me ! Salah satu wish adalah dapat boyfriend & husband yang muka banyak punya handsome. Haha ! Yang ni tak boleh tipu la. Seriously. Walaupun orang kata rupa paras tu tak penting, tapi still kena consider. Tak lalu nak tengok tak boleh juga. Tak semestinya tunggu semua orang cakap handsome baru betul dia handsome. Tapi cukupla kita rasa di mata kita dia ni handsome. Tapi kalau orang lain tolong cakap dia handsome laaaaaaagi bagus.

Tak salah untuk memilih pada benda yang cantik. Asalkan yang cantik tu bagus. Kalau cantik tapi tak bagus tak boleh juga kan. For me, pergi dapatkan apa yang korang nak. Bila korang memang nak sesuatu tu, bila korang dapat, korang akan lebih hargai & betul-betul sayangkan sesuatu tu. Sebab tu yang memang kita nak kan. Perasaan ni bukan boleh nak paksa, nak buat-buat.

IMG_1775

Yang ni handsome tak ?

Ok lah, kalau yang macam ni, memang susah nak jaga sebab nanti ramai perempuan akan duk kejar dia. haha. Nanti kita asyik jealous & tak tenang je. Mana tak nya, yang tak berapa nak handsome pun boleh jadi kaki perempuan kan. Kalau yang handsome macam ni tak jadi kaki perempuan pun, nanti mesti perempuan yang cari dia. Huwa Huwa Huwa. Tapi kita akan rasa lucky sangat bila dia jadi rebutan ramai, tapi dia pilih kita. 

IMG_1774

26 January 2013. Dinner @ Golden Jade Chinese Restaurant.

Cinta tu Ajaib ehhh ? Ni soalan I. Sometimes it can be happened. Sometimes yes. Feelings tu nice & best. Rasa best bila kita ada feelings kat orang tu. Normal la manusia nak rasa rindu-rindu kan. Haha. Jangan jadi angau sudah. Kalau lagi handsome, lagi kita suka tengok. Huwa Huwa Huwa.. Bonus tau dapat yang handsome ni. Isk ! haha.

Sometimes bila kita cakap dengan dia & sambil pandang dia, kita akan terpana, terdiam, terkaku kejap. Erk. Yes. I pernah mengalami benda yang sama. Terkhayal kejap sambil cakap & tengok dia. Haha gila malu. *sobs*

Oh my Pretty pretty boy I Love U. Like I never ever love no one before you. Pretty pretty boy.. Just tell me you love me too..

Kesetiaan tu yang penting…:) Cheers babeh !

Filed under Song

Dalam Hati Ada Taman

Dalam Hati Ada Taman.. A drama. Bukan I nak cakap Dalam Hati I ada Taman. hehe !

Well, selalu tengok ada dalam Astro Ria promote drama Dalam Hati Ada Taman ni. Tapi di sebabkan I busy kerja dan masa yang tak menentu, so memang I tak sempat la nak ikut semua episod drama ni. Takpe, YouTube ada walaupun tak berapa lengkap.

Tentang pelakon dalam drama ni, for me Randy memang handsome ah ! Dan semua mengimpikan boyfriend @ husband yang handsome. Well, mamat Indon memang handsome what ? Ok, I suka !

dalam-hati-ada-taman

Well, drama ni shooting kat Paris kan. Ok lah, berangan kejap macam mana rasa duk overseas macam Paris ke, UK ke. Pastu dengan orang tersayang. Ouch ! *berangan*

Yang paling best OST drama ni that is Selalu Milikmu by Randy Pangalila Ft. Marsha. OMG bestnya lagu ni and the lyric itself. Pada siapakah bakal I dedicate this song ? haha !

Selalu Milikmu – Randy Panglila Ft. Marsha


Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memilikimu anugerah untukku
Meskipun ku tau
Tak pernah kau menjadi milikku

Mencintaimu sepenuh jiwaku
Memiliku bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu

Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

Akankah kita akan bersatu
Jalani cinta ini…

Don’t you think that this lyrics ni macam sweet habis ? Auuww.. Memang I suka sangat.

Mood : Paris with Love.. *berangan*

Mood : Leaving Malaysia for vacation Next Week !

Filed under Song

Ku Akui – Hafiz

Salam people and friends ! I was so busy lately. Very busy. I’m not available during weeked. I even cannot touch my blog. Cannot keep the latest update and so on. And I just need some more rest for myself. Busy with work, busy with family & friends, and busy with bla bla bla. Hehe. Whatever la kan.

Sometimes I rasa I memang lebihkan benda lain dan orang lain dari diri sendiri. And of course I spent my time a lot in office. More time in office. Or maybe around office, hang around, had some meals around office, lepak with colleagues around office & semua tu la.

And guess what, I can go to office at 5.30am and go back home at 9.30pm. Haha ! That’s the craziest thing I did. It doesn’t mean that I spent my time the whole day in office. However, I went out for lunch, hi-tea and dinner, and came back to office. Maybe because that day I have a very long conference calls and I even do not want to handover to other shifts as I think I need to manage it until it is finished.

Ok nevermind. Because I know myself, I know which makes me happy & comfortable. I know what I like & what I dislike. And that’s the reason why I adore Workaholic Guy !

And this song; Ku Akui by Hafiz.. Jom layan dulu..

Katakan padaku kekasih

Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu

Ternyata aku yang harus di persalahkan

Ku akui

Aku leka dengan kerjayaku

Mengejar kekayaan di dunia ini

Betapa hancurnya hatimu laluinya

Ku akui

Jika dapatku mengulangi Perjalanan cintaku bersamamu lagi

Akan ku jaga Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan

Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi

Yang selalu ada

Yang selalu rindu

Terhadap diriku

Jangan jangan Jangan ku ulangi lagi..

Ok, sorry to say. Bila I dah ada masa nak update blog ni, I akan update panjang-panjang. Too much story just wanna share & give some opinions.

Biar I story pasal this song dulu. Well, masa dengar lagu ni mula-mula dulu, I rasa macam kenapa lagu ni macam slow sangat. I even cannot catch the lyrics itself. Lama-lama bila lagu ni selalu ada kat radio, I baru macam realized what exactly the lyrics. Ok now I know.

Lagu ni pasal seorang lelaki yang sangat Workaholic, yang sangat focus pada kerja/kerjaya/masa depan sampai dia abaikan girlfriend dia. Sampai girlfriend dia sangat sedih, kecewa & makan hati dengan apa yang si lelaki ni buat. Finally lelaki ni sedar & dia tahu yang dia dah hancurkan hati this girl. Dia dah rasa dia hilang that girl, dia rasa sunyi, dia baru sedar yang macam mana pentingnya this girl untuk di rindui, di sayangi. That’s why dia cakap kalau dia boleh ulang balik masa mereka jalinkan perhubungan tu dulu.

That’s just a summary. Sorry ey Hafiz kalau I silap tafsir your song. haha ! Tapi tu apa yang I faham la. Even this song gave 1001 meanings to me and yes, it quite related to me. That’s why I understand the situation itself. Hehe.

By the way, seriously I ni memang suka Workaholic Guy. Yes, I minat orang macam ni, I really adore this kind of guy. I just don’t know why. And I akan lagi bagi semangat, lagi support this kind of guy. And of course la, kalau you suka orang macam ni, you kena terima & faham yang dia ni gila kerja. For me, I lebih rela lelaki ni gila kerja dari gila perempuan. Kan ? What if your husband tak peduli kat you sebab dia gila kerja ? Tak rasa sakit hati sangat kan. Taaaaaaaapi; kalau your husband tak peduli kat you sebab gila kat perempuan lain, I just don’t know what to say. It’s really hurt !

And in my situation; at first memang I rasa macam terbiar kejap bila dia ni memang focus habis kat kerja. Bukan setakat tu, sebab memang banyak kerja & memang banyak commitment. Come on, when you are working under one roof, working in same building even though different floor & different wing, mesti you rasa nak tengok, nak jumpa kan. And one more thing, you akan faham bila you kerja sama bidang, which is mine is IT Services juga in rotational shift. Of course we both understand each other. Even though I am in IT Management, I’m not a Technical Person (for the time being), and dia Technical Person.

But still, I understand it. Because of what ? Because I am the one yang akan manage if the issue is relate to his work. And of course I know how busy they are, which team got issue. But, bila I dah pernah kena sekali rasa macam tak di peduli lagi-lagi bila out station out of Malaysia, after that it makes me better.

And the most happiest thing when dia cari kita balik once his work is done. Cannot describe how I felt that time. That’s it ! It’s moreeeeeee sweet you know ! And for me, kalau dia buat lagi sekalipun I doesn’t care. Sebab kita dah terbiasa dengan this situation.

Sebab I pun macam tu juga. I also cannot give the full commitment. Bila I busy, dia tak busy. Bila I tak busy, dia busy. Juga ada one time tu, we are planning to go for breakfast at 9am & he asked me to go to his office first. However, I was so busy. I kept postponed it and he keeps asking me am I busy that time. Bila dah pukul 10am++ nak pergi breakfast tu, I pula yang stress. He got the conference call at 11am and keep pushing me to eat faster ! haha !

I tak ambil hati pun. Tak kisah. Sebab I pun kena rush juga. Thank god my break time is Flexible, can go anytime as long as one hour. Well, it was fun kot. Hehe.

So for now, I don’t want any commitment. As long as understand each other. Yea la, kalau dah focus pada kerja, of course you will do not have time to flirt with others right. But only one. Same with me lor. Finally I rasa macam I loyal. Haha !

Kalau I, I suka..

So guys & girls outside there, be positive. Be happy. Focus apa yang korang perlu focus. Jangan terlalu focus pada cinta kalau masa depan pun entah ke mana. You know what, kalau korang terlalu focus pada cinta, memang korang takkan dapat apa sangat pun. Sometimes, Love will only give you hurt rather than happy.

Well, wanna share another thing. Macam mana ciri-ciri workaholic guy ni ? Ahh haa.. Korang jangan ingat bila dia gila kerja, dia ni langsung takde feelings. Jangan ingat diaorang ni tak pandai nak flirt. If he normal, he know how. haha. You will never know until you try. Sometimes kan, diaorang ni lagi sweet, lagi caring, lagi romantic dari orang-orang yang biasa. And of course, non-Malay are much gentleman than Malay. Trust me. Like I said; you will never know until you try. Memang I suka bila tengok Workaholic guy ni focus habis masa kerja, pastu bila habis kerja, he will act like so sweet. Focus during working hours & Play during out of Office hours. I’m very sure that most girls love to be loved & love to be Pampered. Am I right ? hehe. Bagus juga tau, kalau asyik nak flirting 24hours, bosan juga lah.

Stress tak if your partner macam ni ? Haha ! 

And I just love my life, my working life, my social time with family, friends and bla bla bla.. :) .. ya Allah, thanks for everything. Alhamdulillah.. Permurahkan rezekiku, semoga masa depanku semakin elok. Permudahkan urusanku ya Allah. Jika itu yang terbaik untukku, maka tunjukkan padaku ya Allah.

People, please pray for me. At the age of 24, I really wanna keep up my work, my future. Please pray for me. Hope I will get “that”.. The things that I really want. I want to be success in my work ! Really hope for that. Ameen, ameen, ameen.

Just wait yea !

Filed under Uncategorized

Aku yang Berdosa..

Salam Jumaat people. Semoga kita sentiasa memuhasabah diri kita. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Kita di uji oleh Allah dengan pelbagai cara. Lain orang lain kemampuannya. Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kemampuannya. Jangan salahkan takdir. Jangan salahkan manusia lain. Kerana, Allah menguji kita dan manusia lain di jadikan asbabnya.

Hari ni, Jumaat 14 September 2012; Dan setahun yang lalu, Wednesday 14 September 2011. Teringat kisah setahun yang lalu. ya Allah, terima kasih di atas segalanya. Ampunkan segala dosa dan kesalahanku.. Kerana hanya Kau yang mengetahui, mengerti dan memahami. Cukuplah aku pernah merasai nikmat itu.

Lagu yang menyentuh kalbu dan jiwaku. Benar, cinta Allah tu sangat menenangkan. Hanya dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mengingati Allah hati dan jiwa kita menjadi tenang.

Aku yang Berdosa – Shahir

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Kadang-kadang langkah kita pergi terlalu jauh dan melampaui batas tanpa kita sedari yang kita pergi jauh dari Allah. Allah bagi kita nikmat macam-macam. Tapi kita sering menyalahgunakan nikmat tu.

Masih tak terlambat untuk kita kembali dan memohon ampun padaNya. Selagi pintu taubat masih terbuka, Allah itu maha Pengampun.

ya Allah. Terima kasih di atas segalanya. Kau sangat Adil ya Allah. Kau maha penyayang. Alhamdulillah. Kerana kau sentiasa memberi nikmat dan rahmatMu kepada kami. Ku mohon ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku. Nikmat ujian dariMu manis sangat ya Allah..

*di saat menulis entry ini, mengimbau kembali sesuatu, tiba-tiba dapat message. ya Allah, petunjuk apakah kali ini ? Adakah ianya kebetulan atau memang benar dua hati ini terdetik benda yang sama ? hanya Kau yang mengerti.. ya Allah, jika sesuatu itu bukan untukku, tapi kenapa ia masih dekat padaku ? kenapa ianya tak pernah jauh ? ya Allah, kerana hanya Engkau yang mengerti.. Dan hanya yang merasainya memahami.. ;)

Cukuplah hanya diri ini menyimpan segala 1001 benda yang tersirat dari dulu, sekarang dan selepas ini. Cukup hanya Allah yang tahu.. Syukur Alhamdulillah..

Suka sangat-sangat lagu ni. Good performance Shahir !

Filed under Song

Biar Sampai Ke Bintang

Hello July 2012.. Masa.. Cepatlah berlalu.. Agar semuanya pantas berlalu.. Agar ianya berlalu sekelip mata..

Hello people. How are you ? How’s your day anyway ? Well, saja nak update pasal lagu ni. Lagu ni takdela baru sangat tapi aku kot yang baru tahu sejak sebulan yang lalu ?

Macam biasalah, mesti menghayati lyrics habis-habis pastu try to put me in that situation. Hoho. Yang tak sedih pun jadi sedih. Saja nak create story.

Asmidar – Biar Sampai Ke Bintang

 

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus iniAku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita iniJangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Allah Maha Adil. Allah banyak bagi nikmat kat kita. Tapi Allah tak bagi semuanya perfect, Allah bagi nikmat sebahagian je daripada tu. Kalau Allah bagi kelebihan pada kita kat sini, nanti ada kurangnya kat situ. Dalam banyak-banyak nikmat yang kita dapat tu, ada Allah uji kita. Jadi jangan sangka life kita ni akan selamanya senang, tenang & bahagia. Ada Allah uji benda kecil-kecil tapi banyak, ada Allah uji benda besar tapi sikit. Bersyukur bila kita di uji, tandanya Allah sayang kita. Bersyukur bila di uji, tandanya Allah ada nak tegur kita. Bersyukur bila di uji, ada la tu Allah nak balas balik kesilapan yang pernah kita buat.

Dalam pada kita di landa pelbagai masalah, bermacam-macam benda datang kat kita, masa tu baru kita betul-betul ingat Allah. Betul tak ? Kalau tak, takdela setiap apa yang kita hadapi ni kita salahkan manusia lain. Adakah kita benar-benar redha menerima sesuatu takdir tu ? Tanya diri sendiri. Tak guna mulut je cakap “terima dan redha” tapi dalam hati tak ikhlas terima ujian, takdir dan ketentuan Allah. Allah lebih tahu apa ada dalam hati manusia.

Manusia lain tu asbab je Allah turunkan untuk menjadi masalah pada kita. Hakikatnya datang dari Allah. Bila kita menyalahkan manusia lain, ibarat kita pun menyalahkan takdir Allah.

Sometimes memang aku pun tak faham dengan segelintir manusia ni. Dia rasa dia berkuasa. Dia rasa dia betul je. Percayalah, siapa pun kita kat dunia ni, zuhud & tawaddhuk macam mana pun kita kat dunia ni, kita tetap manusia biasa yang tak sempurna & ada silap. Hanya Rasulullah saw yang suci dari dosa. Jadi jangan la rasa kau tu berkuasa sangat. Kuasa apa je yang kau ada ??? Setakat kuasa perangai macam setan, samseng, kurang ajarm tak tahu malu dan tak educated ?

Doalah yang baik-baik saja untuk orang lain. Kalau doa yang buruk-buruk, Allah tak makbulkan juga, malah Allah balas balik kat kita. Ingatlah, setiap doa yang kita lafaz tu, ada malaikat yang ameen kan doa tu. So be careful. Aku pun jenis tak berani nak doa yang tak elok untuk orang lain. Takut nanti Allah bagi benda yang tak elok kat kita. Kalau tak kat kita pun, nanti kat sedara-mara kita. Siapa tahu kan ?

Tiada gunung yang terlalu tinggi… Tiada laut yang terlalu luas…

Memanglah, dunia ni rasa besar bagi orang yang cinta pada dunia je. Tapi hakikatnya dunia ni sangat kecil nak di bandingkan dengan alam semesta ni. Sangat kecil. Kalau dunia ni kecil, kita ni lagi kerdil. Maka, apa kuasa kita ? Besar mana kuasa kita ?

Percayalah, yakinlah, kuasa Allah melebihi segala-galanya. Hanya Allah yang tahu apa ada dalam hati kita. Kalau manusia yang konon berkuasa tu nak jatuhkan kita, serahkan saja pada Allah. Allah lebih tahu, Allah lebih berkuasa. Kita hanya mampu berdoa supaya Allah melindungi kita. Ameen.. Ameen.. Ameen.. Doa saja moga-moga Allah bagi mereka yang macam ni biar insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Kuasa Allah meliputi segalanya.. “Kalau kau minta benda tak elok dengan Allah dengan niat tak elok, Allah tak bagi juga..”

Filed under Uncategorized

Astrid – Tentang Rasa

Lama tak post songs kan kat blog. Ye lah, update pun jarang-jarang, banyak benda nak update tapi tak update juga. Nak post lagu lagi la macam tak sebab entry yang tertangguh dalam draft pun bertimbun. Haih.

Ok lah, last two weeks on Friday 27 April 2012, something happened lah. Errr tak boleh nak explain la kan. Macam sedih la juga. Ala-ala nak bawa diri dah (konon). Hope it will not happened again anymore. No more. Please.

Ok lah, tak nak ingat benda sedih ni. Masa on the way nak pergi somewhere on Friday evening tu, suddenly ada lagu ni. Masa tu tengah driving, so layan sajala. Cepat-cepat SMS orang tu suruh dengar lagu ni kat radio Era. Dengan harapan orang tu faham la lyric ni kan. Ye lah, macam kena je dengan situation at that time. Ok hanya kami yang tahu. !@#$%^&*…

Tentang Rasa by Astrid

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Suka lyric ni. Paling suka part yang I highlighted with the pink color.

Ok lah, penat nak cakap pasal feelings, love & relationship ni. Benda sama je. Pape pun, hanya Allah yang tahu & biar Allah yang tentukan segalanya.

My hopes are :

Please be with me all the time.. Sayangi saya macam saya sayang awak @ sayangi saya lebih dari saya sayang awak. Jujur pada saya, setia pada saya, layan saya special dari lain yang lain. Terima saya seadanya baik buruk saya. That’s all.. Yang penting kejujuran & kesetiaan. Bila jujur, semua akan jadi ok.

Thanks for everything Love. Thanks for all your sacrifices.. 

Filed under Song

I Wish You Were Here

Really Love This Song. Sesuai dengan situasi sekarang ni..

Kalau la ada orang betul-betul faham with this song. Hope so..

Bila nyanyi lagu ni, my housemate cakap I gila. haha.. Memang ada gilanya sekarang ni. Gila semacam. Errr.. What kind of Gila ? Errr.. Adalah.

Wish You Were Here by Avril Lavigne

I can be tough
I can be strong
But with you, It’s not like that at all

Theres a girl who gives a shit
Behind this wall
You just walk through it

And I remember all those crazy thing you said
You left them running through my head
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn’t think about it just went with it
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
Here, Here, Here
I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
Near, Near, Near
I wish you were here.

I love the way you are
It’s who I am don’t have to try hard
We always say, Say like it is
And the truth is that I really miss

No, I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
Let go, Oh, Oh,

Selalunya kita kuat, kita ok. Tapi kenapa bila dengan certain people @ someone, kita terus rasa lemah semacam. Kenapa ? Kita ke yang salah ?

Walaupun dia takde depan kita, tapi kita selalu terbayangkan dia. Gila bayang ke apa ?

*I wish You were Here*I wish You were Here*I wish You were Here*

Even though he’s no longer here anymore..

Kenangan. Hidup dalam kenangan. Sampai bila kita nak hidup dalam kenangan. Kenangan hanya tinggal kenangan. Kenangan takkan kembali pada kita. Kalau kembali pun, takkan sama. Kita tak boleh nak harapkan ianya akan sama..

Allah lebih tahu. Kita kuat sebab Allah bagi kita kekuatan. Banyak-banyak doa. InsyaAllah, apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu, sebab Allah yang menciptakan kita. Berharap pada Allah, hanya pada Allah..

*nik.eviSoraya* .. 

Filed under Song

Sudah Cukup Sudah

Two days ago; masa nak pergi kerja tika dinihari, suddenly ada this song kat radio. Macam sesuai dengan jiwa kacau sekarang ni. Ehh jiwa kacau ? errr..

Kalau dulu, (dulu); dengar je lagu, then boleh la nak dedicate lagu-lagu macam ni, boleh la nak share this song. Tapi sekarang, tak sama macam dulu, (dulu) lagi.

Takpelah, kita share kat blog sudah. Memang rasa sesuai sangat dengan current situation. First time dengar, terus faham lyric lagu ni yang membawa maksud apa. Sayu pula dengar awal-awal pagi macam tu. *pagi yang hening* .. Jom layan dulu..

Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali ku coba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu

Macam I cakap, kalau dulu boleh terus dedicate kat siapa kita nak dedicate. Tapi untuk kali ni biarlah. Biar dedicate kat blog ni saja. Kalau ada sudi yang nak dengar, maka dengar sajala. Tak paksa, tak minta, tak suruh.

Sabar manusia ada batasnya. Sabar manusia ada hadnya. Sabar manusia ada tahapnya. Mengalah pun mengalah juga, lembut pun lembut juga. Tapi ada limit lah.

Tak nak cakap banyak, tak perlu cakap banyak. Cukup itu je. Selagi tak nampak depan mata, selagi tu kita taktau macam mana keadaan sebenar orang tu. Jangan anggap macam ni, macam ni, macam ni sesuka hati. Doa banyak-banyak pada Allah.. insyaAllah..

Ok lah, so addicted with this song. Dengar banyak banyak banyak kali. :P .. Ulang-ulang kali dengar. hoho..

Filed under Song