Posts Tagged ‘shopping’

Bali : Kuta Square

Ok lah, I promise, this is the last entry for my Bali vacation. Apalah I ni. Sebulan hanya untuk Bali entries. Dasyat betul haha.

Actually expect dalam two weeks je akan finish all entries for Bali. But I was very very very busy lately ni. Nak duduk diam-diam relax kat rumah pun tak sempat. Haih.

Ok lah, tempat shopping yang best & happening malam-malam kat Bali ni adalah kat Kuta Square. Rasanya memang glamour kat sini & memang banyak sangat shops.

Kuta Square

Kat Bali ni kan, banyak sangat-sangat boutique Quiksilver, Roxy, Rip Curl, Billabong & seangkatan dengannya that is surf dive & swim.

Memang bersepah all those boutiques. Haih. Kalau korang yang gila dengan with all these brands memang korang pun akan nak jadi gila tengok banyak sangat these shops. Boleh kata 1km ada 1 shops ni. Termasuk dengan shopping complex lagi, kat tepi jalan lagi. Bertimbun.

So Many !

Kat Kuta Square ni pun ada shopping complex nama apa entah tak ingat. Nak lepak-lepak cuci mata ok la.

Ok, this is the last entry for Bali; insyaAllah..

People, have a nice vacation in Bali !

Filed under Vacation

Bali : Discovery Mall & Mall Bali Galeria

That day masa kat Bali, I sempat pergi dua je Big Shopping Complex kat Bali. Rasanya ada lagi shopping complex lain macam kat Denpasar. Tapi tak sempat pergi.

Discovery Mall & Mall Bali Galeria ni memang kat Kuta town. Oklah, let me story about Discovery Mall first.

DISCOVERY MALL

Mall ni dekat sangat kat tempat hotel I stay yang I story dalam previous entry. Memang boleh jalan kaki je pun from hotel tu. Mall ni memang tepi laut. Main entrance facing road, but back entrance facing sea. Sangat cantik view sini. Tapi tak sempat ambil gambar belakang Mall ni siang hari sebab panas sangat.

Main entrance

Mall ni agak besar la. Macam-macam juga ada such as branded stuff like Guess, La Senza, Polo Ralph Lauren, Marks & Spencer & macam-macam. Tak shopping pun, cuma sempat grab body wash Marks & Spencer. haha. Macam takde kat Malaysia je. Apelah. Saja je. Macam gatal juga nak beli.

Fast foods pun banyak sini like KFC yang mana Krushers KFC sini lagi murah compared to Malaysia. Juga ada Burger King, Domino’s Pizza juga ice-cream yang best macam Haagen Dazs also Baskin Robbins. Lain-lain cafes & restaurants pun banyak la. Pastu ada macaroons juga kat mall ni. Terliur sangat, beli je. haha.

Inside Mall

Satu lagi kat Bali ni kan kalau perasan la, memang semua tempat yang jual souvernirs mesti ada jual benda ni. I pun hairan. Shape sama, cuma size lain-lain, colour pun lain-lain. Nak colorful pun ada. Haha. Lucah betul la.

Jangan tengok lama-lama

Ada sesiapa terangsang ke tengok benda ni ? Rosak pemikiran. Nanti budak-budak tengok dia fikir apa la nanti. Haih. Bahaya betul. Tapi yang lelaki punya je ada. Yang perempuan takde pula ? Haha. Ok lah, don’t forget to buy. haha.

Oklah, we move to :

MALL BALI GALERIA

Mall ni juga kat Kuta. Specifically, kat roundabout kat Ngurah Rai By Pass. Kat sini juga ada Planet Hollywood. Mall ni lagi besar dari Discovery Mall. Juga brand lagi high class macam Cartier semua tu.

Mal @ Mall ?

Mall ni quiet unique sebab concept jenis open macam tu. Pastu ada garden kat tengah-tengah. Kat sekeliling tu baru ada shops. Agak panas la. Sebab tu pergi kejap je & tak rasa nak shopping pun. Nice concept tapi macam tak sesuai dengan weather kat sini.

Garden inside Mall

For me, Bali bukan tempat shopping. Nak shopping, pergi Bandung. Yang tu memang sangat best nak shopping. But still, if you want to shopping, boleh pergi these both malls.

Souvenirs pun banyak. Cuma kalau kat Mall ni mahal la sikit kan & tak boleh nak tawar menawar. Kat mana banyak souvenirs kat Bali ni ? I will story in next entries. Tunggulah. Memang banyak entries lepas ni. hehe.

Filed under Vacation

Johor Premium Outlets

Entry kali ni, nak ajak pergi tengok tempat shopping.

Suka shopping ? Semua suka shopping lagi-lagi kalau ada duit. No money, no talk. No money, no shopping.

Baiklah, Factory Outlet. Yang I pernah pergi factory outlets paling best adalah kat Bandung. Indonesia. ahah. Tak sangka sekarang kat Malaysia pun dah ada factory outlets juga. Baru-baru ni kecoh pasal outlets kat Johor. So hati pun rasa nak pergi juga. Maka, “mummy, jom pergi Johor Premium Outlets kat Johor” .. Tak sangka, sebulan selepas itu, maka sampaila I di sini. Thanks mummy & ayah.

JPO

I went to Johor Premium Outlets (JPO) on Sunday, 22 January 2012. Baru lagi la. Tak sampai seminggu. Tapi express betul update blog kali ni. ahah. Hari tu from PD, terus pergi JPO. JPO ni kat mana ? Kat Kulai. So kalau highway PLUS, just exit Kulai Jaya. If I’m not mistaken la. This is new place, so kalau dalam GPS @ map sekalipun, still takde road. haha. Very new place. Google tak sempat update maps lagi kot.

Sampai je kat sana, memang agak teruja. Ohhh ini rupanya JPO. Nice. Besar, cantik. Tempat parking pun banyak. So you don’t have to worry about parking.

*excited* face

Masuk je sana, concept dia bukan macam Mall @ Shopping complex yang kita pergi tu. Tapi macam kat London yang Chesire Street. Haaa macam tu la concept kat sini walaupun sebenarnya bukan kat street. Nak kata dalam building pun tak juga. Entah. Susah nak explain. Kena pergi & tengok sendiri.

Inside

Antara branded stuff yang ada kat sini : Guess, Salvatore Ferragamo, Burberry, Polo Ralph Lauren, Calvin Klein, La Senza, Coach, Gap, Evita Peroni, Clarks, Tommy Hilfiger & baaaaaaaanyak lagi. Tak larat nak list out semua.

Ok, barang kat sini murah ke, mahal ke, biasa je ? Baiklah, ada yang murah sangat-sangat, ada yang harga standard macam kat boutique kat shopping complex yang lain. Depends la. For example, that day I tengok Coach. Ada yang 50% discount, sama juga kat Coach Sunway Pyramid hari tu, ada yang 50% discount juga. Means that tu yang stock clearance la. Macam La Senza Lingeries, two for RM100. So hari tu I beli pun lebih kurang tu juga kat La Senza Mid Valley Gardens.

Raaaaamai sangat !

Tapi yang murah sangat-sangat memang ada. Tapi yang stock lama, kira fashion yang dah out-dated. If korang tak kisah that thing is not new arrival, pastu korang nak murah, yes you can grab it. Macam Coach hari tu, ada banyak discount sebab tu stock clearance from US. Even kat boutique kat KL pun dah takde semua all those fashion.

Well, kat sini barang macam mana ? Rejected items or what ? Ok, my mummy asked the sales girl kat Coach. Dia cakap ni bukan rejected items, but this is stock clearance direct from factory. Macam kalau factory outlets kat Bandung tu rejected items kan, but still got new arrival.

Banyak la kalau I nak explain. Tak larat. Kalau ada masa, korang datang la sendiri. But for me, I maybe tak pergi dah kot kalau saja nak shopping. Better shopping kat KL lagi banyak juga. ahah. Dah jauh satu hal. Johor tu. South Malaysia dah. Kalau korang memang stay dekat-dekat situ ok la. Tak pun, kalau kebetulan dah pergi sana, singgah je la.

I tak beli pape pun. Sebab takde yang betul-betul berkenan. Rasa nak pergi KL je shopping. Juga banyak choice. Lagipun that time, kedai asyik full je. Raaaaaamai sangat-sangat. Macam mana nak pilih barang ? Nak pilih pun takde mood. Nampak orang dari barang. haha. Biasala, that day kan weekend & long public holiday. That’s why ramai. Even nak masuk Coach, Burberry pun kena queue. Haaa sabar je la.

Just enjoy your shopping time there ! :)

Filed under Vacation

Berdua Bersatu

In relationship, biasala ada naik turunnya. Macam juga air laut, ada pasang surutnya. Bukan senang nak kekalkan sesuatu hubungan tu. Whatever it is, tanya pada hati kita sendiri. Kita sayang @ tak. Kita cinta @ tak ? Tanpa kasih, sayang & cinta, memang takde makna pada sesuatu perhubungan tu. Kalau sayang, kena sama-sama sayang. Kalau cinta, kena sama-sama cinta. Kalau sebelah pihak je sayang & cinta, memang takkan menjadi. Buat apa meneruskan sesuatu hubungan tanpa perasaan kasih, sayang & cinta ?

Macam-macam kita akan lalui dalam menjalani sesuatu perhubungan tu. Nak capai kebahagiaan bukan senang. Banyak kita kena berkorban. Banyak kena sabar. insyaAllah.. akan berdua bersatu..

This song. Memang ingat nak dedicate untuk dia. Tapi sebab dah lama tak ok, so tak sampai maksud nak dedicate this song. But suddenly; on our way from KLCC to One Utama that day, I still remember, masa tu lalu kat Smart Tunnel, suddenly ada this song kat radio. Get the lyrics !

Berdua Bersatu by Forteen..

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Kita selalu di uji. Kita di uji sebab Allah sayang kita.. Allah selalu uji sesuatu perhubungan tu. Jangan rasa terbeban dengan ujian yang Allah bagi. We have to be tough & strong. Kita kena teruskan, kita kena tempuhi juga apa-apa halangan.

Aku selalu fikir. Kenapa kita selalu macam ni ? Kenapa ? Apa yang tak kena sebenarnya ? Di mana silapnya ? Apa yang kurang ?

Kita kena sama-sama kuat. Walaupun hubungan tu pernah hampir sampai penghujungnya, pernah terkeluar “ok, sekarang kita putus, lepas ni kita dah takde pape” .. Walaupun pernah sampai macam tu sekali, gaduh gila-gila, macam dah takde harapan nak baik semula, tapi sebab kita sama-sama kuat, sebab sama-sama sayang, kita tetap bersama.

Jangan rasa down kalau relationship kita ada problem, walaupun problem besar sangat. Berusaha untuk baiki balik semua tu. Usaha bukan sekali, tapi berkali-kali. Banyak-banyak minta doa pada Allah. Macam aku cakap tadi, hanya boleh ok semula kalau sama-sama betul-betul ikhlas sayang & cinta. Kalau takde perasaan tu, memang tak dapat bersama. Sebab perasaan tak boleh di paksa. Kita tak boleh paksa orang sayang & cinta kita.

Jangan sesekali sayang & cinta sebab kesian. Jangan sesekali sayang & cinta sebab semata-mata nak jaga hati. Sejauh mana je kekal semua tu ? Kalau tak nak, terus terang je cakap tak nak. Jangan berterusan mainkan perasaan orang.

For me, aku dah lalui semua tu. Susah senang pun kita sendiri yang kena lalui. Alhamdulillah. Getting better. Walaupun memang dah tawar hati habis-habis, walaupun rasa macam dah tak boleh bersama, tapi Alhamdulillah. Masih ada jalan untuk baiki balik semua ni. Sama-sama sedar kesilapan masing-masing, sama-sama berubah untuk lebih baik & sama-sama jaga hati. Berdua Bersatu ;)

Last but not least, 25December2011. Merry Christmas & Happy 5th* Anniversary. Kali ni lebih baik. Very different with previous one. Maybe sebab dah lama tak ok, dah lama makan hati, dah lama berperang, so for this celebration, Alhamdulillah. Sangat ok. The number 5; It’s 5 !

Thanks for everything. Saya dapat balik awak yang dulu, sejak dulu. Rasa tak percaya pun ada. Whatever it is. Just go with the flow. Thanks for the celebration. The best celebration I ever had. Thanks for the gifts; Thanks for the Marks & Spencer, Padini, Seed, La Primavera, Esprit, Hush Puppies, Ariani & macarons kat Empire Subang. haha. I love when I force you to eat. hehe. Masa kat Ariani sweet sangat kan. Sale half price la Ariani that time. Rasa nak semua ! haha

26 December 2011; Masa dinner kat The Manhattan Fish Market, dengan ada pond lagi kat depan tu. Suddenly aku sebak gila. Aku ingat lagi masa tu. Tengah makan tapi entah macam mana rasa sayu. I said that “kalau di takdirkan awak bukan untuk saya lepas ni, saya terima, saya redha. Tapi cukuplah saya pernah sayang awak, pernah merasai kebahagiaan bersama awak selama ni & sekarang  ni..” Masa tu memang dah tak boleh tahan sebak ni.

This is just the time for us untuk tebus balik kesilapan lalu. Sama-sama tak nak ulangi lagi kesilapan yang lalu insyaAllah.. Sama-sama pujuk each other. Thanks for treat me very well just like a princess~ Thanks ubatkan balik hati ni..

Again; Happy 5th* Anniversary.. Can’t wait for the 6th* Anniversary.. :) insyaAllah.. We are dreaming the same things kan ! ;) .. Pavilion the 3 floors ! hehe

Happy New Year People~ :) Goodbye 2011.. Hoping for better life, forget all those stupid & saddest things in 2011.. Hoping for something miracle.. Ameen..

ya Allah, please give me more strength to face all new things ahead. Ameen Ameen Ameen~

Welcome 2012 ;)

Filed under Uncategorized

Just One Day Shopping ~ KL

Alhamdulillah. I’m so happy. Tak semua benda boleh story. Just a little. Aku akan filter story kali ni. Banyak sangat surprise ! Memang lain kali ni. Berjuta-juta surprise di sediakan untuk aku hari ni. How lucky I am kan ?

20 August 2011; aku off-day. I went to KL. Just for shopping, jalan-jalan tenang fikiran. Macam takde pasal kan aku ni ? Memang pun. Sanggup tinggal kerja kejap walaupun tahu banyak benda nak kena buat & ada function buka puasa from KL on Monday. Tapi aku fly entah pape. haha.

Well, nak kata plan sangat pun tak juga. Kira senang, last minute punya plan. Bukan apa. Semuanya terletak pada aku. Aku nak pergi ke tak ? Itu je.

So bila kepala aku dah penuh, banyak sangat date aku decide nak pergi, dan tanpa di sangka sangka terus buat keputusan pada Khamis malam Jumaat 18August2011, buat keputusan memang nak fly to KL on Saturday 20August just for one day, pergi pagi balik malam. Sedangkan dah 2 weeks kot aku tak buat-buat keputusan bila nak pergi.

So, one day before fly baru book tickets pergi & balik. Can you imagine the ticket price kan ? Tapi bukan price yang bermain dalam fikiran aku masa tu.. Aku jadi serabut benda lain. Suddenly aku macam tak nak pergi. Serious aku sangat stress hari Jumaat tu. Teramat. Sampai tak boleh nak cakap kat sesiapa pun. Hanya Allah yang tahu apa yang bermain dalam fikiranku. Juga staf aku sorang ni yang tahu pasal ni. Kat dia je aku story keresahan hatiku. Malam tu pun aku tak dapat tidur sangat.

Saturday morning. Bangun sahur, aku still duk fikir nak pergi ke tak ? Kalau aku tak pergi, means burn macam tu je ticket. Aku pening. Lastly, aku kuatkan kaki aku melangkah macam tu je. Memang korang takkan faham kenapa aku macam ni sebab korang tak tahu keadaan macam mana, tak tahu apa yang aku fikir. Haha.

Sampai je kat airport dalam pukul 6am, sebab flight MAS 6.45am KB-KL. Favorite time, favorite flight. Memang tak full pun flight, memang sunyi. Thank you so much MAS service, thank you. Memang dari dulu sampai sekarang MAS sangat faham kehendak aku & ikut je apa aku demand. Cuma; pagi-pagi aku dah malu kat staf MAS kat counter. Tapi mujurla dia faham. Sebab aku tanya “dah check-in belum” .. Dan dia seolah-olah faham, senyum & dia seolah-olah dapat baca fikiranku. Lega. Yeap, this is the first surprise. Thank you.

Boarding; This is the second surprise. Yeah. Tak tahu nak cakap macam mana, hanya Allah yang tahu. Syukur sangat. Hati ni happy sangat-sangat. Tak boleh nak cakap apa second surprise. dush dush. Then, Alhamdulillah safely arrrived @ KLIA.

KLIA pagi-pagi sunyi & tak boleh nak usha handsome man. haha. Went to KL Sentral by KLIA Express. The journey quite boring la. Sabar je. But that’s the beginning. Ohhh aku seolah-olah dapat kesan the third & forth surprise.

The third & forth surprise ni tak boleh nak story sangat. But I was bring to one place by my friend. Masa ni aku dah start rasa something. ya Allah, memang sangat-sangat surprise. I was treated very well kan.

Take some rest, lepas tu pergi KLCC for shopping ! This is the fifth surprise. You know what ? Ok fine. Susah betul berjalan, shopping dengan orang glamour & ramai kenal ni. I’ve been controlled, tak boleh jalan sama dekat-dekat sebab takut orang tengok, pastu siap ada bodyguard. Can you imagine how special I am today kan ? Nak teman shopping, nak tolong pilih things for me, tapi tak boleh nak sama-sama sangat. I’m just like a princess today. Bodyguard akan tanya aku nak pergi mana & dia akan bawa aku bersama dengan orang glamour tu ke tempat tu. Dia kawal aku, dia kawal the boss. ya Allah, I was treated very well.

Ok, dia bukan artis, dia bukan pemain bola, tapi dia lebih dari tu. Memang macam tu. Ramai kenal dia. Even masa kat sana pun, ada orang siap tegur & tanya his bodyguard; “what is he doing there in Harrods ?” haha ! padahal kena tunggu aku nak shopping. Sorry. Dengan mata aku sendiri tengok ramai tegur dia. Sangat tak boleh nak bagitahu dia siapa. Sebab aku dah janji nak rahsia. Aku cuma nak share happy story je.

Shopping kejap, pastu dia tak boleh lama-lama. Aku just jumpa kejap je. Pastu aku continue shopping sorang-sorang. hoho. Siap ada show raya lagi kat KLCC. wow. Ramai sangat orang. ahah. Layan je la. Mat salleh pun layan show raya ni tau.

Raya Show @ KLCC

Ok, dah puas shopping. After that, I went to Pavilion to meet my cousin, Nona. Ramai gila kot kat Bukit Bintang. Kalau tadi elok-elok aku datang KLCC naik kereta ada driver/bodyguard hantar, tapi lepas tu naik LRT & Monorail je pergi Pavi. Haha. Kesian. Itula, mengada nak shopping lama padahal driver/bodyguard dah tak available untuk aku that time.

My dear cousin; Nona

Lepak Pavi kejap, pastu terus balik ke one place ni. Rest, take a nap, shower, pastu terus nak ready pergi airport Subang. Going back with Fireflyz at 9.15pm. I thought the driver/bodyguard will send me kan. haha. Tapi not available. Eceh perasan. Orang bagi betis, nak peha. Haha.

The sweetest thing happened when aku nak balik, nak masuk kereta yang akan hantar aku ke airport. Yeah, so touching. Tak dapat nak story. But I was really shocked. Rasa di hargai. Tak tahu nak cakap macam mana. Ramai orang kat situ. That’s the thing. Saying goodbye to you. Tak boleh nak cakap masa ni kat mana, apa..

 *21*24* SPH* Breathless by Kenny G~

I am a happy girl, happy woman going to be. haha ! ya Allah, thanks for everything. Thanks to you.

Thanks for treat me very well, thanks for respect me. I know that, awak bukan sembarangan orang, thanks sudi jadi my friend. Even just a friend. Walaupun saya tak boleh nak biasa macam orang lain dengan awak, saya terima. Sebab saya tahu awak siapa. Rasa terharu sudi berdamping dengan saya orang biasa. Thanks sebab jaga saya sebaiknya, complete with the bodyguard to take care of me, where I’m going. Seriously, I’m just like a princess today. Saya rasa selamat.

Tak shopping banyak sangat tapi boleh la. Very special thing is; I got this. Purple Harrods. Really love it. Rasa nak melompat-lompat kat situ. ahah. Tapi sabar. haha. Very sweet kan ?

:)

:) .. Sampai sekarang still teringat the sweet moment.. Like seriously.. Memang buat kerja agak gila lah pergi KL hanya untuk shopping, pergi sehari & menghabiskan duit macam tu je. Aaahh tak perlu fikir the cost. Buat sakit kepala.

Filed under Uncategorized

Come Shopping Come ~ FashionValet.net

STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR THE NEW ENTRIES..

Ok, kali ini. Nak promote. Bukan setakat promote, bukan setakat belek-belek tengok-tengok. Tapi kena beli ! haha.. By the way, you can visit FashionValet.net for more designs.

This is local brand, that is by Malaysian Designers if I not mistaken. Actually my cousin; Nona asked me to promote this website. heeee.. Saya pun tak try lagi, tapi sekarang dah survey tengok-tengok belek-belek. Oh k. I loveee the designs ! heee..

Bukan setakat tops, dress; tapi juga ada mobile covers, necklaces, earrings, bags, skirts & macam-macam accessories for women.. The price not bad lah. Not so expensive, not so cheap, but more to cheap lah.

Ok, this two photos.. My cousin wearing the tops from fashionvalet.net.. :)

Tops by fashionValet.net

Nanti ada tudung worth RM29..

Ok, Lets Visit fashionValet.net hoccayy~~

Filed under Uncategorized

Kartikasari Dago

Welcome to Kartikasari. Apa benda Kartikasari ni, apa ada kat sini ni ? Ok, mari kita story. Best ke tak sini ? Ok, mari kita story lagi.

Kartikasari ni aku tak sure lah kan nama orang ke, apa ke, tapi yang paling famous Kartikasari ni sebab cake dia. Haaaa special tau cake dia. Yang aku tahu ada dua Kartikasari kat Bandung. Ni yang aku tahu je la. Maybe ada yang aku tak tahu yang lain.

Kartikasari Dago

Yang first punya tapak Kartikasari adalah kat Kebun Kawung. Ni kira dekat sangatlah dengan hotel yang aku stay hari tu, Hotel Guci. Juga dekat dengan Hotel Cemerlang & hotel apa entah lagi kat sini. Dekat-dekat je. Jalan kaki pun boleh. Dengan Paskal Hypermarket pun tak jauh, cuma aku tak sempat pergi aaa.. Banyak je tak sempat pergi, juga Istana Plaza Bandung. *sob*sob*..

Oklah, yang ini aku pergi Kartikasari kat Dago. Bukan setakat cake, nenek punya cakes pun ada. Bukan setakat tu, ada restaurant yang sangat best dalam ni, juga ada tempat shopping. Takdela besar mana Kartikasari ni, tapi ok je. Not bad lah. Lagipun Kartikasari ni special sebab cakes kan..

Teramat bermacam-macam jenis cakes sampai rasa nak semua. Tapi tak boleh la tamak. Aku macam biasa, bila dah tengok cakes banyak sangat, terus takde perasaan nak cakes mana. Ahh biar mummy pilih je la cakes semua tu.. Brownis la, cake lapis legit, Cheese cake, Mocha cake & segala macam jenis cake entah nama pape aku pun tak tahu.

Bukan setakat cakes, tapi macam almond biscuits by Kartikasari pun ada, pastu bread, puff pun ada. Macam sebuah kedai roti & kek yang saaaaangat happening.

The Cakes

Kalau nak cakap pasal harga cakes ni memang dah confirm la aku tak ingat kan. Yang aku ingat, puluh puluh ribu rupiah. Haaa tu aku ingat. Pastu nak kena convert lagi, baru tau berapa harga ikut RM kan. Tapi bagi aku, harga cake kat sini memang berbaloi la. Takdenya nak cekik darah. Sesuai la dengan harga cake, tempat & taste of the cakes. Nyummmyy..

Ok, jangan risau kalau lapar bila ada kat Kartikasari ni. Sebab ada restaurant named Madame Sari dalam Kartikasari ni. Jadi, bukan setakat engkau orang boleh makan cakes, tapi macam-macam jenis foods lagi boleh makan, ada Indonesian Foods, European & Oriental..

Madame Sari Restaurant

Di sebabkan terlalu banyak berjalan, so aku mestila nk kena makan nasi kan. Sebab asyik lapar je duk sana. Serious asyik lapar, pastu rasa nak makan macam-macam. phew~

Nasi Goreng Seafood + Ice Lemon Tea

Calamari Basket

Iced Cincau kot namanya. Tak ingat

Dan ini, dalam Kartikasari. Ada macam garden pula kat tengah-tengah. Memang cantikla design dalam Kartikasari punya building ni. Ada kedai baju, kasut, tudung, bag, jubah & macam-macam..

Teringat masa flight from Bandung to KLIA hari tu, hampir semua orang mesti ada hand luggage yang Kartikasari punya paperbag. Mesti ada cakes. Haha. Mummy hari tu tak payah cakapla, dua bag yang berbelas kotak cake kot dalam tu kena hand luggage.

Kalau cakes macam ni, korang kena ingat la. Jangan masuk cargo. Hancur la cakes korang. Berat macam mana pun, mesti korang kena sabar hand carry. Tapi kena ingat, satu hand carry must be less than 5kg for MAS. AirAsia saya tak tahu rules dia macam mana. ok that’s all for now..

Selamat shopping di Kartikasari.. hehe

Filed under foods

The Factory Outletsss

The Factory Outlets. Setahu aku, kat Malaysia takde kot berderet sepanjang jalan macam kat Bandung ni. Paling aku jumpa pun macam Reject Shop & F.O.S. je. Haaa itu je la. Atau ada macam ni yang aku tak tahu ? Tolong bagitahu, tolong ! Nak shopping sama..

Ok lah, kalau kat Bandung memang famous dengan factory outlets kan. Macam entry aku sebelum ni aku dah story pasal Rumah Mode kan. Sekarang kita story pasal factory outlets yang berderet yang korang tengok pun sampai pening tak tahu nak pilih masuk yang mana satu.

Blossom Dago

Kalau kat Bandung ni, factory outlets banyak kat Dago & Jalan Riau. Memang tempat factory outlets berdiri dengan megahnya lah. Engkau imagine, dengan jalan yang panjang tu, sepanjang jalan tu factory outlets. Memang sah lah tak dapat nak explore semua. Macam aku, lastly aku yang pening tak tahu nak masuk yang mana. Jadi, takde maknanya lah aku nak jelajah semua. Aku pilih-pilih je yang glamour & berkenan di hati.

Factory Outlets  ni sebab terlalu banyak dan pelbagai size. Ada besar, ada kecil. Untuk tak merugikan masa, kita pilih yang gila punya besar je lah phew~

Oklah, gambar kat atas, caption dah sampai kat bawah dah. Tengok gambar first dalam entry ni. Tuuuuu Blossom Family Outlet. Blossom ni kat Dago. Sebenarnya aku suka kat Jalan Riau lagi. Di sebabkan that day, lepas balik Rumah Mode, terus pergi lepak kat Dago. Dalam banyak-banyak kat Dago tu, entah macam mana tersinggah kat Blossom. Not bad lah. ok je. Cuma di sebabkan aku dah pening tengok banyak sangat factory outlets, pastu banyak sangat clothes dalam tu, lasty aku yang senyap tak buat pape. haha.

Oklah, sekarang kita proceed pergi story pasal factory outlets kat Jalan Riau pula. Jalan Riau ni tak jauh pun dari Dago. Dekat je. Nak jalan kaki pun boleh. Tapi aku malas nak jalan kaki sangat, jadi aku tahan je Taksi. Haaa kat sana bersepah tau Taksi. Tak susah transport kat sana. Cuma kena pandai-pandai tengokla, jangan sampai kena tipu. Tapi ada juga yang jahat charge mahal, haaa masa tu aku dah start la bergaduh-gaduh dengan dia. “Kalau charge macam ni, saya tak mau naik Taksi ini !” haaa.. jangan main engkau. Mak ayah adik semua senyap. Aku je yang control semua benda. haha

Mari kita cakap pasal factory outlet yang berahsia iaitu The Secret Factory Outlets. Yang ini aku bagi four stars punya lah after Rumah Mode. The Secret ni memang glamour, dia punya signboard besar habis kat airport. Bukan setakat tu, memang design kat dalam pun cantik. Di kira high class factory outlet jugalah sini.

Inside The Secret Factory Outlet

Ini kat dalam factory outlet. Mula-mula masuk aku dah menempuhi Topshop & Zara. Amboi kau ! Betul-betul menguji keimanan aku. Tapi aku tak ambil lagi sebab konon nak pergi tengok kat belakang ada apa lagi. Bukan setakat baju-baju, pants, skirts, bags, tapi sleepwear pun ada tau. Haaa Victoria’s Secrets punya sleepwear pun ada. Tapi sedih bila takde size & tinggal gedabak punya size je phew~

Kat tengah-tengah bangunan tu ada macam garden, tempat relax, tempat makan & pond. Relax betul sini. Lagi-lagi bila aku dah penat pusing-pusing. Haaa tengokla muka aku yang takde mood nak posing. Ehh datang sini kan, takde maknanya nak ambil gambar posing situ posing sini banyak-banyak. Korang dah takde masa nak pegang camera, sebab korang hanya focus nak tengok clothes.

Penat, lesu bila tengok Clothes banyak sangat. Pening haha.

Next, still kat Jalan Riau lah, that is The Oasis Clothing Outlet. Yang ni not bad lah. Boleh tahan la. Kat dalam The Oasis ni ada tempat alter pants, jeans. Jadi kalau nak alter memang senang lah. Haaaa aku suka tempat macam ni sebab tak perlu aku nak pergi cari kedai lain nak alter. bagus betul sediakan service macam ni.

Next, juga last lah kot. Ehh takkan gila sangat nak pergi jelajah semua kedai kan ? Berpada-pada susah. Haip ! Jangan membazir. Shup ! Selalu aku remind diri aku. Takut lah terlebih-lebih. Sedangkan banyak lagi kita nak guna duit kan. Takkan nak habiskan duit untuk shopping je. Not nice not nice hoccayyy..

Ok, Heritage Factory Outlet. Cantik kan this building. Mana tak nya, Bandung ni kan bekas jajahan Belanda. So, banyak building kat sini peninggalan Belanda. Bangunan, even rumah-rumah pun still design macam orang Belanda punya. Bagusla mereka kekalkan peninggalan sejarah macam ni. Berharga betul kan benda macam ni..

So, that’s all about factory outlets. Baaaaaanyak lagi ada. Bagi mereka yang gila habis dengan shopping, confirm tak nak balik bila duk sini. haha. Aku ok je, sebab aku tak gila shopping sangat pun..

Ok, next entry ada lagi tau, pasal lain pula.. do come again :)

Filed under Vacation

Rumah Mode Bandung

Hello Rumah Mode ! Rumah Mode ni apa ? Mari dekat sini sikit nak story pasal Rumah Mode.

Rumah Mode ni salah satu factory outlet yang glamour habis lah. Serious glamour. Serious. Rumah Mode ni tak mix dengan factory outlet lain macam kat Jalan Riau atau Dago. Ok, yang ni kita story kat lain punya entry ok.

Gambar kat atas ni dia punya statue. Hebat statue. Cantik pun cantik. Ehh takpe ke puji statue ni ? Takpela kan, takde niat lain. Puji, bukan puja. Tak lebih-lebih pun. Boleh kata ia pun sebagai landmark juga lah. Memang menjadi tumpuan orang la this statue/landmark. Semua orang datang sini mesti tertumpu kat sini pastu posing & snap photos banyak-banyak.

Actually nak ambil gambar dalam Rumah Mode ni tapi tak boleh. No cameras inside please. Alah, aku yang bawa compact camera pun orang dia dah nampak, inikan lagi nak bawa yang badak punya DSLR. haha.

Cantik ke tak baju kat Rumah Mode ni, best ke tak shopping sini ? Sumpah best ! Engkau tak akan rasa nak keluar dari sini. Memangla tak besar sangat Rumah Mode ni, tapi akan rasa ralit stay dalam ni. Branded tak payah cakapla. Aku mampu tengok & telan air liur je. Takdenya nak mampu nak borong satu kedai.

Yang gila-gila punya brand lagi la. First masuk lepas main entrance je pun terus aku nampak Guess bertimbun. Kalau Guess punya shirts dua tiga ratus, tapi kat sini yang original punya Guess cuma rejected, tapi boleh dapat tak sampai RM100. Best kan ? Tapi bagi orang yang nak jaga standard, jaga class, high class, maybe tak layan kot factory outlet. Tapi bagi aku, sama je. Sebab yang asal juga, cuma reject sebab ada tak kena itu ini sikit-sikit.

Model Rumah Mode. Lepas tak ? hahaha :P

Antara brand yang ada kat sini selain Guess, ada Burberry (bukan Blackberry) haha. Pastu ada Giorgio Amani, Armani Exchange, Gap, Zara, Esprit dan entah apa lagi aku pun tak ingat dah. Sebab aku bukan shopping banyak pun kan. phew~

So, anyone yang nak branded clothes, you may come here. Babies punya clothes pun baaaaaaaanyak. Cute sangat. Baby Gap la, Osh Kosh la, Baby Ralph Lauren pun sama hoccayyy… ok, dah beli baju for my future niece heeee… geram geram. Comel sangat..

That’s all for Rumah Mode punya story. Tunggu next entry pula hoccay…

Filed under Vacation

Paris Van Java Mall Bandung

PVJ aka Paris Van Java Mall, Bandung. Lebih kurang standard Mid Valley Megamall la kot. Tapi bukan standard macam KLCC atau Pavilion atau Plaza Indonesia kat Jakarta. Taaaaaaapi, sangatla cantik Mall ni. Apa yang cantik ?

ok, yang paling cantiknya adalah kat Ground Floor, sebab banyak restaurants and cafes. Serious banyak sampai engkau pun tak tau nak makan yang mana. Restaurants and cafes yang pelik-pelik pula tu yang jarang kita jumpa, dan memang tak jumpa langsung pun ada kalau kat Malaysia sekalipun. Lebih kurang macam kat The Gardens, Mid Valley.

Masa ni aku kat Katjapiring. Kat depan tu The Duck King

Kita tengok kat dalam Mall pula. Memang banyak shops, boutiques. Standard lah ada MNG, Guess, Marks & Spencer, Charles & Keith dan paling tercengang buat aku adalah La Senza. Engkau tahu tidak La Senza tengah sale masa tu pastu aku terus pergi masuk borong ! waa… Dahla banyak design cantik-cantik for night pants. Rasa nak borong satu kedai pun ada walaupun my dad dah macam tak berapa berkenan aku beli La Senza semata-mata untuk nightwear. phew~ Apa itu La Senza ? Sila pergi Google.

Dalam Mall tak macam dalam Mall. Ohh, ada Carrefour juga dalam tu. Dalam Mall ni kadang-kadang rasa macam kat luar je sebab dia punya concept bukan macam dalam bangunan padahal memang dalam bangunan pun. Entah, susah nak explain.

Inside Mall

Yang uniknya lagi, tengok toilet dia. Ala-ala open gitu. Bukan open apa, sink area dia yang open, pastu boleh je nampak yang sebelah pria punya sink area. Sink area ni macam dalam pond. Dalam pond pula ada fish, juga macam small waterfall. Cantik betul design toilet macam ni. Memang aku jakun habis sebab tak pernah jumpa toilet macam ni haha !

Unique  toilet..

PVJ ni agak besar la. Bukan agak, tapi memang besar lah juga. Tak ingat berapa lantai ada. Sebab kat sana panggil lantai, bukan panggil tingkat berapa. Shape of the building pun macam unique juga. Haaa ni yang kat luar, tengoklah. Starbucks pun ada. Jenis Mall yang high class juga lah.

So kalau sesiapa pergi Bandung, mesti kena singgah sini. Like is a must. Salah satu tempat shopping menarik jugalah. Ohh lupa, cake Mayasari pun ada jual kat sini. Aku tak ingat dah shops apa lagi ada kat sini. Tapi banyaklah. Jadi tak ingat sebab banyak sangat tempat aku pergi haha !

Filed under Vacation