Posts Tagged ‘sharing’

A Novel; It Started With A Kiss

Ahoj ! (greetings in Czech language) .. hehe..

Well, I should update this entry since February. Tapi macam biasala, tak siap-siap nak update. Title je siap save. Tapi takde apa yang dah siap untuk update.

I ni bukan la jenis rajin sangat nak membaca ni. Bukan malas, tapi kurang rajin. Haha. teringat masa study dulu pun, hanya Allah yang tahu betapa tak rajinnya nak baca buku & notes. Sangat tak rajin. Tak tahu la I rajin apa je ? haha.

Dulu masa form 1, form 2 sangat rajin baca novels. Berlambak novels. Tapi sekarang, bagi la novel apa, memang tak rajin nak baca & memang tak sempat nak baca. Maka, lupakan saja hasrat untuk pergi books fair & beli buku banyak-banyak. Memang tak tersentuh la jawabnya. Kehkehkeh.

So last February, my colleague yang sangat suka membaca ni bagi la satu novel ni untuk I baca. Kononnya masa tu dalam 4 days akan boleh habis la baca novel ni. tapi hakikatnya tidak. Sebulan lebih baru habis baca. OMG. How bad I am kan ?

And the novel is… It Started With A Kiss. The main cover says : “How Far Would You Go To Find The Man Of Your Dreams ?” Also, on top of summary says : “Sometimes Love Happens When You Least Expect It” masa baca novel ni, memang berangan habis. High imagination you know ! haha !

IMG_1977

Novel summary :

Romily Parker & her friends ada band sendiri. So diaorang selalu buat performance masa events like Wedding & etc. Dalam band tu, she is very close to a guy named Charlie. So semua orang macam ingat Charlie & Rom ni couple. One day before Christmas, Rom suddenly luahkan feelings dia kat Charlie. Charlie was very surprised & how come she fall in love with him ? based on Charlie’s response tu, Rom jadi malu, sad & hurt. She ran away to a Christmas Market & suddenly hit the things at this one toy shop. At the same time, ada one guy ni datang tolong & said “you’re beautiful” .. belum sempat Rom nak cakap apa-apa, suddenly that guy kena pergi sebab kawan dia panggil. Before he left, he gave a kiss to Rom. OMG. So sweet.

From that, Rom rasa macam dah fall in love with that guy which is she doesn’t know what is his name ? starts from that, Rom macam bertekad akan cari that guy. Dia buat blog story pasal ni, she asking for help from her friends & family as well. She decided to find him & the estimation time is one year.

Sampai nak dekat Christmas the next year tu, she still unable to find that guy. Seems like dia macam dah give-up & at the same time Charlie macam nak rapat & nak get serious with her. So she just accept Charlie because she thinks that she will not find that guy anymore.

Until one day before Christmas, they need to make a performance during Wedding Reception. At that time memang dia dah rapat dengan Charlie & macam nak start a relationship. Before the show started, she is sitting alone outside the hall & is like melayan perasaan. Suddenly she saw a man, which is the man that she is searching for. She just can’t believe it. And when she saw how that man dress-up, she’s hurt. That man is getting married & this is his wedding reception. At the same time, that guy also is starring at her & wanted to go near to her. Unfortunately, there’s a people back there called that guy & that guy needs to go inside the hall.

Masa show tu, Rom tried to perform well. After that, Rom went outside the hall & sitting on the bench. How hurt she is, yes she is. She spent for one year for searching this guy. And exactly one year, she met that guy in this way. After that, suddenly that guy is standing in front of her. Yes, she is very sure that this is the guy she is looking for the whole year. That guy recognized her as well.

What a sweet moment. The guy asked her, “why are you look sad & why are you want to run away from me ?” and yes, what Romily thought was wrong. This is not his wedding reception, this is his sister’s wedding. How happy Romily that time !

They both are searching for each other. And finally, they meet after one year they met at Christmas Market last year. Happy ending story..

How far Would You Go To Find The Man Of Your Dreams ? Well for me right, I will go for what I want. I will go to the man of my dreams. I will try to get what I want. Only for what I really want. Yes, because he is the man of my dreams. He got what I want.

Sometimes Love Happens When You Least Expect It; yes, I agreed. You will never know until you get it. You don’t have to go to find the love. Trust me, let it happens naturally which is you never think about it, you never plan of it. I trust that. No matter who he is, if he is meant to you, he will be yours.

My summary; yeah, I never think of that I will know a man like you. I never think about it. Maybe we knew each other by name few months before we really know each other. And I’m even did not noticed that you are already in my contact list. Until about 5 months after that, suddenly we had some conversations on July 2012 & I can’t believe your response & how you treat me at first. What you’ve sent to me, it was a very sweet thing I got. At that time, I don’t think of any feelings towards you.

How can I Love When I’m Afraid to Fall ?

Until now, what can I say, thanks for everything. Thanks for made my day.. You are the one that I called White Polar Bear @ Mr. Bear @ Bily Ledni Medved (Czech language) @ Monsters ! LOL..

Can’t tell much. When the time will come, I will show to the world.. and you are different with others. Different…

Filed under Uncategorized

Kisah Hati – Alyah

Hello people. Hows your day ? Me ? Just fine. Just like this~

And today is Sunday.. 11.12.11 ~ Tomorrow will be 12.12.11.. The day after tomorrow will be 13.12.11~ Is there something sweet happened today ? Yes..  Alhamdulillah.. Memang sweet.. Apa yang sweet ? Perlu ke aku bagitau semua ?

I’m very sure that a lot of people love this song. Kalau dulu aku tak suka sangat this song. Tapi tak tahu kenapa lately ni suddenly suka. Is there anything relate to you Evi ? haha.. Kita tengok je la. Mungkin sekarang ni mood nak cakap pasal perasaan..

Kisah Hati by Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Bila cakap pasal hati & perasaan ni, memang susah. SUSAH. Kau tahu SUSAH ? Siapa faham SUSAH macam mana ?

Aku selalu pesan kat diri aku. PESAN PESAN PESAN. Dari dulu sampai sekarang aku PESAN kat diri aku. Aku PESAN macam ni;

Evi, tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Evi, kalau kita sayang orang tu, cinta orang tu sangat-sangat pun, kalau dia bukan jodoh kita & kita tak ditakdirkn untuk bersama dia, kita takkan bersama dengan dia juga. Evi, cintailah & sayangilah orang tu bersederhana, jangan bagi seluruh hati perasaan tu kat orang tu, kerana kita tak tahu masa depan kita macam mana. Evi, sayang & cintalah orang yang sayang & cinta kat kita, jangan kita je lebih-lebih terhegeh-hegeh kat dia. Evi, hargailah orang yang sayang kita, cinta kita, jaga kita.. Evi, jangan paksa orang sayang & cinta kita, biar dia sayang & cinta kita sebab dia sendiri yang nak.. Evi, kalau dia tinggalkan kita & tak sayang kita lagi, lepaskan dia je, jangan merayu-rayu supaya dia kembali pada kita, jangan mempertahankan sesuatu yang bukan milik kita..”

Ok, dah habis ke pesanan untuk aku kat diri aku sendiri ?

 

Biarlah orang lain tak tahu, tapi hanya Allah yang tahu macam mana kita sayang seseorang tu..

Perasaan. Salah ke ? Siapa kata perasaan cinta, sayang, kasih tu salah ? Perasaan tu tak salah. Tapi cara kita gunakan perasaan tu salah. Perasaan atas dasar iman @ nafsu ? Sendiri jawab la. Kau tahu kau cinta & sayang orang tu sebab apa kan ? Aku pun tahu aku sayang seseorang tu sebab apa.

Kalau aku sayang dia sebab dia kaya, aku akan selalu minta duit dari dia.. Kalau aku sayang dia sebab dia handsome, aku akan tayang & tunjuk kat semua orang muka dia yag handsome tu.. Kalau aku sayang dia sebab pangkat & kuasa dia, mesti aku dah tumpang guna kuasa dia.. Kalau aku sayang dia sebab dia glamour, mesti aku ikut je dia pergi mana-mana sebab nak jadi glamour juga. Kalau aku sayang dia sebab mulut dia manis, mesti everyday aku nak dia ucapkan kata-kata sayang, cinta kat aku.. Kalau aku sayang dia sebab nafsu, mesti tiap-tiap hari aku main dengan dia..

TAPI; aku sayang dia sebab dia, diri dia sendiri.. Sebab tu aku tak minta duit dari dia, aku tak tayang dia kat orang lain, aku tak gunakan kuasa dia, aku tak ikut dia pergi mana-mana, aku tak minta dia cakap sayang & cintakan aku everyday, aku tak main dengan dia. TAK. I just Love him just the way he is..

People, readers.. Jangan risau kalau cinta kita tak bersatu di dunia ni. Jangan bersedih.. Kalau itu ketentuanNya, redha & terima. Ada yang lebih baik Allah nak bagi kita. Maybe kita tak bersama dia di dunia, tapi insyaAllah nanti kita akan bersama dia di alam akhirat nanti, di syurga nanti.. Dunia hanya sementara, bukan ke di sana nanti alam yang abadi ? Kita nak yang sementara @ nak yang kekal selamanya ?

Memang sakit & perit bila terputus di tengah jalan. Nak capai kebahagiaan bukan senang (ayat ex-bf). Allah akan uji macam-macam pada setiap perhubungan tu. Kalau Allah tak uji masa tu, maybe Allah akan uji selepas tu..

Manusia.. Maybe pada dasarnya mereka boleh memisahkan & memutuskan perhubungan dua insan. TAPI ingat, selagi kau manusia biasa, selagi itu kau tak boleh pisahkan dua hati perasaan ni. Zahirnya kau boleh pisahkan. Tapi, hati & perasaan kedua-dua insan ni kau tak dapat leraikan.. Walaupun kau boleh guna bomoh, guna sihir untuk pisahkan orang lain & seksa orang lain, tapi ingat, kau takkan terlepas. Maybe sekarang kau senang. Maybe sekarang kau boleh lepas di dunia yang sementara ni. Tapi di hari pengadilan nanti, kau tak akan terlepas.. Kau nak kesenangan yang sementara @ kesenangan yang kekal selamanya ?

Bagi aku, selagi aku ada agama, bukan sekadar agama, selagi ada Iman dalam dada, Iman dalam diri, selagi aku waras & tak gila, aku takkan buat macam tu kat orang.

Segalanya aku serah pada Allah swt. Dia yang memberi, Dia yang berhak mengambilnya semula. Aku tak kisah kalau aku tak bersama orang tu sebab orang lain nak pisahkan aku dengan dia. Aku tak kisah. Sebab Allah lebih tau. Apa gunanya Allah yang mencipta kita kalau bukan pada Dia kita memohon ampun & meminta pertolongan ?

Istikharah.. insyaAllah Allah akan bagi kita petunjuk.. Yakin dengan hati. insyaAllah, apa pun keputusan aku lepas ni, semuanya kerana Allah yang bagi petunjuk kat aku. Aku hanya minta tolong Allah selesaikan dalam hal ni, aku hanya minta Allah bantu aku buat keputusan, aku hanya minta Allah untuk menentukan aku buat pilihan yang mana 1.. Tak susah, tak senang. Tapi Allah ada..

Just sharing.. Thanks for reading ;)

I’m Just Evi.. ;)

Filed under heart

Biarlah Rahsia

Salam people. How are you today ? It’s 4th December 2011 already ! 27 days more to go to new year. New year ? ;)

Apa yang Biarlah Rahsia ? Sekarang baru I faham why Siti create this song. Yes. When too many people wanna know about you, till the time you will feel that; Let it be Secret..

Jom layan dulu..

Biarlah Rahsia by Siti Nurhaliza..

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

Kalau ada yg di antara korang rasa aku ni takde rahsia pun sebab semua benda aku cakap kat blog. Yes. Korang je rasa macam tu, korang fikir macam tu. Hakikatnya banyak lagi yang korang tak tahu. Tak semua benda aku cakap kat blog. Aku banyak update pasal foods, vacation, event & songs. Tapi, ada aku update pasal LOVE ? Takde kan. Kalau orang lain bukan main lagi tayang gambar pakwe/makwe secara besar-besaran tak kira gambar sopan ke tak. Tapi; ada tak aku update pasal semua tu ? Takde kan. Bukan sebab aku nak kata aku ni baik, tapi sebab memang bagi aku, biarlah my LOVE story tu menjadi rahsia aku saja. Cukup.

Memang ramai tertanya-tanya aku ni single ke, not single ke, available ke, not available ke ? Soalan yang biasa di tujukan padaku. Paling tak pun orang akan tanya, “awak dengan yang mana 1 ?” Pun aku biasa dengan this question. Sampai dah lali, dah tak kisah. Yes. I’m a tough girl enough. Whatever it is, memang kita kena tough. Kalau bukan kita, siapa yang boleh buat kita tough ?

Case 1 : Kalau aku jawab Single, of course orang tak percaya. Mesti orang akan cakap “takkan la orang macam awak ni single, takde sesiapa ? Mesti ramai nak dekat dengan awak. You have everything” .. Yes. Itu korang yang cakap. Aku tak rasa aku macam tu. Malah, aku rasa diri aku ni banyak kekurangan dari lebih. Mesti orang akan cakap “awak ada rupa, takkan la takde orang pandang awak” .. Err kejap. Aku tak nak orang sayang @ cintakan aku sebab rupa, sebab apa yang aku ada. Buat apa kau nak sayang aku sebab tu ? Aku nak kau sayang & cintakan aku sebab diri aku sendiri, boleh terima aku seadanya baik buruk aku.

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja – Stacy

Case 2 : Kalau aku jawab aku dah ada yang punya, mesti orang akan tanya lagi siapa orang tu, orang tu kat mana, nama apa & bla bla bla. Panjang pula ceritanya. Tapi bila orang dah tahu siapa orang tu, ada je comment macam-macam. Ada kata tak sepadan dengan aku la, aku patut cari lebih lagi la, dia ni macam itu la, macam ini la. Macam-macam. Sampai aku pun pening. Siapa yang nak siapa sekarang ni ? Mulut orang; memanglah. Kau boleh tutup mulut orang lain ? Sampai ada la sorang veteran ni cakap kat aku; “siapa dapat awak, ibarat menang loteri..” Why ? “because you have everything. Cukup untuk buat seorang isteri. Malah lebih dari tu lagi. Bonus..” Aku tak minta & tak expect pun pujian sebegini.

Maka, biarlah aku putuskan; biarlah semuanya rahsia. Aku single @ dah berpunya.. Siapa yang aku rapat, siapa teman tapi mesra, siapa yang aku selalu contact, siapa aku selalu BBM, YM, Gtalk, Skype, SMS, Calls, siapa, siapa, siapa ?Memang korang takkan dapat trace. Korang takkan dapat tahu. Memang aku ramai kawan, tapi kawan tak semestinya cinta. Sayang tak bererti cinta. Itu korang kena faham. Siapa yang aku sayang, siapa yang aku cinta ? Itu hanya Allah & aku yang tahu. Sebab aku yang rasa feelings tu. Bukan korang, bukan orang lain.

Sometimes, orang tu rapat gila dengan kita pun belum tentu kita rasa cinta kat dia. Kita sayang gila kat dia, tapi bukan cinta. Memang aku tak dapat nak describe with words macam mana rasa cinta tu. Orang yang kawen; tak semestinya cinta. Sehinggalah dia bertemu yang dia betul-betul cinta. Dan juga kita kena selalu ingat; tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Aku selalu pesan ni kat diri aku so that aku beringat & tak mudah serahkan cinta hati pada orang lain.

Biarlah Rahsia.. Dalam sehari ada 24jam. Dan memang korang tak tahu aku pergi mana, buat apa. Kalau aku pergi keluar dengan sesiapa pun, jumpa sesiapa, tak semestinya orang tahu sebab aku tak bagitahu. Lagi-lagi aku ni kalau keluar jumpa orang tertentu, aku ni bukan jenis lepak kat tempat orang ramai macam Mc D, KFC, KB Mall @ tempat-tempat yang biasa aku lepak & familiar with others. Tidak. Aku lebih suka tempat yang privacy. Kat mana privacy tu tak boleh la nak bagi pecah lubang kan. So, lebih tenang makan minum borak-borak relax kat tempat macam ni. Of course. Aku pun kena jaga standard. Sorry.

Let it Be secretssss… Selagi aku boleh simpan semua ni. Dan memang takde orang expect pun aku dengan siapa, siapa & siapa. Sebab korang tak nampak & tak tahu. So no need to do your own assumption. No. Tak payah. 1001 things you don’t know.. Habis, takkan la aku nak pergi heboh kat semua kan aku rapat dengan siapa, siapa, siapa. Even I’ve got calls, SMS everyday yang orang nak kenal dengan aku ke, approach aku ke, apa ke, perlu ke aku bagitahu ? Tak kan. Sekalipun contact dengan ex-bf lama ke, apa ke. Ahah. Biarlah semuanya rahsia.

Aku tahu, kalau ada orang tahu aku tak single, mereka memang tunggu aku single. So that, maybe diaorang ingat maybe akan dapat aku. Sorry. Kawan tetap kawan. Ada yang masih boleh terima aku walau apa pun aku buat, walau aku pernah dengan sesiapa pun. Aku hargai semua tu. This doesn’t mean that aku suka hati je nak buat apa sebab aku tahu ada orang still boleh terima, still nak aku. Tak. Aku still careful dengan apa yang aku buat.

By the way, that’s why aku pernah cakap pasal something ni kat blog. Pernah cakap banyak kali kot dalam past few entries. Bila kita banyak pilihan, bila kita pilih sorang ni, means that dia sangat special. WHY ? Sebab dalam ramai-ramai kita pilih dia, dia pun dah dapat kita. So, aku harap sangat siapa pun aku pilih tu, hope dia tak sia-siakan aku, hope dia appreciate & jaga diri aku sebaiknya.. Kenapa perlu aku bagi hati perasaan & diri aku pada orang yang mensia-siakan aku sedangkan ada lagi orang lain di luar sana yang boleh jaga aku lebih dari tu. So please. Jangan sia-siakan aku. Jangan ingat senang nak dapat aku. Maybe senang untuk berkawan dengan aku, tapi untuk memiliki aku lebih dari kawan bukan semudah tu. Do you still remember ? Because; you are too special ~~~

Aku lebih suka rahsia macam ni. Tak siapa yang tahu. Lagi suka bila orang tertanya-tanya aku ni rapat dengan siapa, contact dengan siapa, contact lagi ke, jumpa lagi ke, keluar lagi ke, sejauh mana & bla bla bla. Padan muka. Siapa suruh over sangat nak ambil tahu hal orang ? Kan dah menyusahkan diri sendiri, meresahkan diri sendiri, menyerabutkan diri sendiri. Apa kata kau tak payah fikir pasal aku ? Buang masa kau je. Jangan jadi stupid lah. Kesian.

Sorry lah. Tak perlu fikir pasal aku. Tak perlu ambil tahu pasal aku lagi-lagi pasal relationship ni. Siapa kau nak menentukan hidup aku ? Siapa kau nak melawan kuasa di atas sana. Siapa pun bersama aku, itu hak aku.. Biarkan korang dengan kepala korang, biarkan korang dengan segala persoalan korang.

~Biarlah Rahsia~

Filed under Song

Facebook; In a Relationship

Belek-belek Facebook, sekali terjumpa ni. Baru ku tahu. Ye lah, sometimes kita rasa benda ni takde apa sangat kan. Now I realized~.. Hukum meletakkan status in a relationship di Facebook..

“Seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu.. Ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah.. Kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya.. Seperti istiharkan kemaksiatan… Tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah ??? Dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa ??? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri…

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan nabi saw sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan… Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram… Tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana sabda nabi s.a.w:

“rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (hadith riwayat ahmad dari abdullah bin zubair radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-albani di dalam irwa’ al-ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja… Nak selamat dan elak diri difitnah… Halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat…

***********************************************************

My Opinion :

For me, memang dari dulu lagi  aku tanak buat status relationship ni kat FB, sebab takut jatuh saham. Wakakaka.. Tapi baru-baru ni dalam bulan April 2011 ada aku buat “in an open relationship” with someone ni. Lepas tu tak buat dah. Tak kisahla kan hal ni hal lama. Dah kalau statement macam tu dah kata macam tu, dah bawa maksud macam tu, maka siapala kita nak bangkang-bangkang kan. Terpulang pada individu la.

Reason aku tak buat status relationship ni sebab takut nanti suddenly tak jadi & terputus di tengah jalan, maka buat malu je. Sedangkan dah habis tunjuk kat orang dah pape kemesraan tu. errr Privacy please. hehe. Sometimes orang buat relationship ni ada akan rasa bangga sebab dia nak tunjuk la dia ada pakwe/makwe. Macam aku cakap, terpulang pada individu. Aku jenis tak masuk campur pun.

***********************************************************

Just sharing. Thank you. I prefer Single. hehe

Filed under Uncategorized

Cinta Muka Buku

Aku macam ni juga ke ? hehe..

Comelllllllllll kan lagu ni. Selalu dengar lagu ni time dalam kereta. Memang ! Suka sangat. hehe. Sweet je. Jom layan dulu lagu ni..

Cinta Muka Buku by Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Salah ke Cinta Muka Buku ni ? Aku tak rasa salah. Kalau dah jodoh, mana pun boleh jadi. Sebab Allah dah tentukan elok semuanya..

Cuma biasala, manusia suka pandang serong kat manusia. Manusia selalu tak berapa nak terima takdir Allah..

Tapi bagi aku, apa pun yang berlaku pada sesiapa, semuanya ketentuan Allah. Allah atur elok dah. Terima & redha sajala..

Jika benar jodohku macam tu @ macam ni, maka aku redha..

Jika aku tak dapat bersama pun, aku redha. Ada Allah nak bagi yang lebih baik..

So tak kisahla korang jumpa cinta korang macam mana pun, biarlah apa orang nak kata pun, yang penting kita kuat. Sebab kita yang nak hidup, sebab tu cinta kita. Peduli apa orang nak kata. Yang penting berani.. 

Tapi bagi yang mengata, ingat-ingatlah. Maybe kali ni sedap mengata orang. Tapi lain hari kita tak tahu kan ? Maybe berbalik pada kita.

Jangan harapkan sesuatu yang sempurna, sesuatu yang indah sepanjang masa. Jangan suka dengan kejatuhan orang lain~

*Cinta Muka Buku Aku.. hehe..

Filed under Song

My Dear July 2011; Pressure Month

Starting; not bad lah.

Sekarang; week 4.. end of July. Macam tak bagus. Sebab; di saat aku main tulis-tulis blog ni, di saat ni aku sangat pressure. Bertimpa-timpa. Bukan aku saja yang merasainya, tapi orang yang tengok aku pun merasainya sampai ada orang offer aku kerja kat office dia sebab kesian tengok aku penat manage cafe. ok. Aku masih boleh bersabar di sini, insyaAllah niat nak kerja untuk uncle.. untuk family.

Memang kerja bukan kepentingan untuk aku buat masa ni. I still can eat, mummy ayah still can afford me, boleh bagi apa aku nak. Ikhlas, aku kerja semata-mata untuk jaga business uncle, jaga TRW. Itu je.

Memang aku pressure. Today aku sangat pressure. Last night aku tak cukup tidur. Last night ada final Piala Presiden 2011, lawan dengan MP Muar kat stadium sini. Lepas tu player datang makan situ. Memang terjadi lagi masalah macam terjadi masa Lawatan Coaches from Cardiff City.

Macam ni ceritanya; Diaorang booking contoh untuk 30pax. Sekali, yang datang 50 pax dan memang confirm tak cukup foods & drinks. Adakah kami yang salah ? Ya, sebab ada yang tak di undang yang suka makan free. Dah dua kali terjadi kat aku macam ni. So, memang tak kira kau siapa, aku sembur balik. eleh, buat-buat nak marah, & aku lawan balik. Aaahh memang aku pressure. Last night pun jadi macam tu, maka aku masih dapat mengawal temperature aku supaya tak high sangat. Paling tak suka bila tekan-tekan kitaorang prepare cepat-cepat. Come on lah, !@#$%^&* .. ok sekian.. Lebih-lebih nanti susah jadinya. Bukan apa, tak nak buka aib orang je. Nanti ada yang malu. Aku masih ingat ajaran agama. 

Last night aku balik lepas closing semua pukul 2am. Engkau bayangkan ? Tidur pukul 3am, bangun Subuh & pagi pergi kerja lagi. Can you imagine macam mana ? Dan kau akan rasa sangat terkilan kalau dalam satu team tu lepas tangan & tak bekerjasama. Tak adil. Bukan ? Tapi sabar. Aku boleh tutup mata kalau sikit-sikit. Tapi aku tak boleh nak tutup mata kalau dah banyak sangat.

Tapi walaupun penat, aku akan berasa lega bila aku total up sales, Alhamdulillah. Banyak. Aku lega. Memang aku lega. Tu usaha aku, itu yang dapat. Syukur bukan ?

Pagi ni aku kerja. I went to Tesco, went to bank, bank-in duit sale last night lagi. Balik cafe, can you imagine, kiri kanan menekan aku. Lunch hour; ramai orang. Sampai petang. Tak sabar nak balik, tapi tak dapat balik bila customers makin ramai. Hah ambik kau, Lamb Chop, Chicken Chop, semua chop diaorang order & macam-macam. Lastly, aku lembik & lembik, tapi aku masih kuat bekerja di kitchen. Aku masuk kitchen lastly. Maghrib balik. Sekian.

Aku ada invitation dari kawan-kawan nak pergi makan itu, ini. Tapi ada ke aku dapat tunaikan ? Aku hanya dapat pergi breakfast sekali tu je dengan staf HUSM dulu, Dim Sum sekejap dengan gang aku & selebihnya, takde lebih. Tak cukup masa.

Life aku di cafe; aku takde masa nak pegang phone. Dan memang aku akan dapat bertimbun missed calls & SMS. Ada juga tak dapat langsung. Hampa tengok phone. Maybe kawan-kawan dah boring dengan aku sebab aku tak macam dulu boleh hang out sama-sama, spend time together. Takde. Tak banyak tweets, Facebook dah macam “hidup segan mati tak mahu” .. eh betul ke ? Blog pun juga sama. Apa nak jadi ?

Memang aku mengeluh. Aku murung sikit hari ni. Aku nak marah kat orang lain tapi aku lepaskan kat orang lain, aku luahkan kat orang lain. Thanks friend sebab sudi datang jenguk aku kat cafe, ada yang sanggup singgah banyak-banyak kali walaupun aku tahu semua busy dengan kerja masing-masing. Di sini la tempat aku marah, di sini la tempat aku suka, di sini la tempat aku meluahkan perasaan. Tapi di sini bukan tempat aku bercinta. Bukan. Aku tak tahu. Aku takde masa nak fikir.

Mesti orang cakap; “best la kerja sini, glamour, tempat orang business, orang high class meeting, mesti ramai kenal” .. Ok, aku mengaku. Memang aku mengaku, memang aku tahu, sesiapa kerja sini memang akan glamor, akan ramai contact. Tapi aku sikit pun takde niat macam tu. Bukan. Glamour ke, apa ke, bukan satu kepentingan aku di situ. Bukan. Aku low profile. Walaupun hakikatnya memang ramai kenal sebab “anak sedara tokey” ..

Aku tak heran dengan semua tu. Sebab selama ni pun aku dah ramai kawan, ramai contact. Cuma aku tak tunjuk, aku cover. Tak semua benda kita tahu, banyak lagi yang tersirat. Yes I Like ! Aku suka. Memang itu yang aku buat sekarang. Act like nothing happened di khalayak ramai.

Yeap, bila orang kenal kita, memang kita kena treat them well. Kena jaga customer. Orang cam aku, tapi aku tak cam orang. Dan aku tak suka show off sangat aku kenal orang tu orang ni. Kalau ada orang datang nak ngorat, nak borak, ok fine. Setakat di cafe ni je. Kalau sampai nak keluar-keluar ajak kat luar, ok sorry. Sebab focus aku kerja. Bukan focus aku nak cari buaya darat. Aku tak nak jadi gundik pada seiapa. Di situ dah nampak ketegasan aku. Bukan ?

Memang sekarang banyak dah ubah life aku. Kalau dulu aku macam ni, macam ni; tapi sekarang aku dah tak gitu. Seriously. Maybe sebab bila kita dah jumpa ramai sangat orang, macam-macam orang, jadi kita dah tak heran. Aku macam lantaklah kau handsome ke, kau kaya ke, kau macho ke, tu semua bukan tarikan pada aku dah. Sampai aku pun takut kenapala aku macam ni, takde perasaan ? Maybe sebab kesetiaan aku tu sangat mendalam. hahahaha :P

Dan aku tahu. Aku akan merapu-rapu lagi kalau di biarkan aku di sini. Bagi aku rehat.

Aku cuma nak cakap, nak luahkan. Aku sangat-sangat pressure today. Since last night maybe ? Dan malam esok ada live bola lagi. Tunggulah tengok apa akan jadi pada aku lagi ?

ya Allah, ampunkan aku, kuatkanlah hati ni, permudahkan segala urusanku. Ameen..

ya Allah, semoga aku tak tergoda dengan nikmat dunia semata-mata. Di mana saja aku berada, semoga aku sentiasa mengingatiMu. ya Allah, jagalah hatiku supaya aku terus kuat, tabah, supaya aku tak mudah jatuh cinta, supaya aku tak tergoda dengan keindahan & kesenangan di dunia semata-mata.

Memang banyak dugaan di sini. Aku percaya, selagi Iman di dada, Selagi itu kita mampu untuk mencegah perkara mungkar. Aku takut, takut aku kalah dengan nafsu. Selagi aku mampu bertahan, aku harap aku dapat jaga peribadi aku sebagai seorang muslimah, menjaga maruah diri & batas pergaulan.

Aku perlukanMu ya Allah, kerana hanya engkau satu-satunya penolongku. Aku bersyukur di atas nikmat kurniaan yang engkau kurniakan. Kerana terlalu banyak pertolongan, nikmat rezeki dariMu. Kerana engkau, aku masih mampu bernafas di sini.. ya Allah, peliharalah diriku ini… Ameen…

~Nik E S…

Filed under heart

Jangan Sibuk Boleh Tak ?

Jangan sibuk pasal orang boleh tak ? Jangan ambil tahu pasal orang boleh tak ? Jangan buat cerita dari mulut tu boleh tak ? Jangan Perasan Boleh tak ? OK complete. Jangan, jangan, jangan. Please don’t hoho

Susahla hidup kalau ada orang macam ni. Is like, bila la orang macam ni nak !@#$%^&*.. Ok fine. Come here lah, nak story ni. tapi kalau tak suka tak payah bacalah.

Kenapa perlu sibuk hal orang ? I mean, saja nak cari bahan nak sakitkan hati si mangsa tu, saja nak jatuhkan orang lain. aduhs.

Fine lah. Actually benda ni kat mana-mana pun ada. Dan aku dah terbiasa dengan benda macam ni. dulu-dulu masa belajar pun ada. Lepas tu dengan takde niat & takde perasaan pape aku akan cakap, “come on lah. Kenapa kisah sangat dengan apa aku buat, aku pergi mana, aku dengan siapa ? aku eviSoraya je pun” lepas tu ?

Aku tak kisah kalau nak ambil tahu just minat or suka cara aku ke. Ehh mestila suka kalau orang suka kita pastu minat kita haha. tapi tak perasan pun hoccayy. Then why my blog punya visitors 100++ per day ? hoho. Memangla tak tahap 1000++ per day sebab macam aku kata aku bukan superstar pun ? I’m just an ordinary blogger je pun.

Pastu kan, jangan buat cerita dari mulut yang tak berapa comel tu. serious tak comel walaupun asalnya comel. Di sebabkan mulut tu dah bawa nahas kat orang, terus jadi tak comel dowh. Hoho.. Pasal mengumpat & mengata orang. Mesti nak juga, ibarat diri tu macam tak sedap kalau tak mengumpat & mengata orang. Macam rutin harian gitu. Macam tak complete hidup dia kalau tak memburukkan orang lain, menjaja story sana sini. Kepoh betul.

Sila rujuk surah Al-Hujurat ayat 11.. banyak-banyak la insaf hoccayyy..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sometimes ada orang perasan. Lagi susah bila ada orang perasan konon aku ni ambil tahu pasal dia, cara hal dia. Ohhh please ! tolonglah jangan perasan sedemikian. Nanti aku muntah hijau wekkk.. sebab kan, aku ni jenis tak heran dengan orang; tahu bukan ? jadi siapala kau tu yang aku nak ambil kisah & nak ambil tahu ? sikit punya banyak pun aku tak pandang heh. Sometimes rasa nak tergelak kot kalau orang macam ni syok sendiri. Is like, kau tu siapa ? kau tu best sangat ke ? aku rasa macam zero je pun ? takde benda yang best aku nak tahu pasal kau. Lain lah kalau kau ni macam vogue & gorgeous gila kot ?

Tolong sedar diri sikit before perasan lebih-lebih. Depan orang mulut manis tapi belakang macam !@#$%^&*.. Actually bila dia macam ni, dia terperasan sebab dia sendiri yang buat benda tu. Umph.

Come on lah, aku takde masa kot nak cara hal ni. Even 24 hours a day pun rasa macam not enough for me. Lagikan aku nak buang masa cara pasal orang yang entah pape. Bukan setakat perasan macam tu tapi siap sangka buruk kat orang pula kata orang tu macam ni orang tu macam tu. Pandai pula dia tafsir suka-suka hati macam la dia boleh baca hati orang. Aduhai Syok Sendiri ! erk.

Lepas tu kan, Surah Al-Hujurat ayat 12.. Baca, baca..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Aku kesian orang macam ni sebab hati dia tak tenang, hidup dia tak bahagia sebab asyik akhir fikir pasal orang lain dengan busuk hati umph ! pastu telinga selalu panas & hati macam nak pecah. baik aku bahagia buat hal sendiri hoho.

Last but not least, Al-Hujurat : 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Sorry lah. sebab aku kalau berbahas aku suka sertakan Dalil sekali. Ikutla dengan sesiapa pun, even dengan mummy atau sesiapa je, mesti aku sertakan dengan dalil mahupun hadis. Bukan nak tunjuk pandai atau tunjuk alim, tapi dua benda ni of course orang tak boleh nak argue. Tapi tak tahula kalau ada orang berani argue benda ni.

Sebab bagi aku, kalau orang yang selalu explore tafsir, pastu amalkan semua ni, of course tak akan buat benda-benda macam ni.

Ni aku ambil dari FB Naqibah Usrah aku masa kat Kuala Terengganu dulu :

Kita berusaha membicarakan yang baik-baik tentang saudara-saudara kita dan berusaha mengurangkan pembicaraan tentang aspek negatif tentang saudara-saudara kita. Para salafus soleh, sangat jarang membicarakan kekurangan sahabat dan orang-orang yang mereka kenali. PETIKAN ARTIKEL UST WAN AHMAD – PTUBUHAN IKRAM.

So, pandai-pandai la nak hidup.. Korang nak hidup ni nak collect enemies or what ? Entry umum. Tak specifically tuju pada sesiapa. Tak pasal-pasal ada yang perasan lagi. haha. Siapa makan garam dia lah yang terasa masinnya. ehem..

Filed under others

Watch Your Mouth, Watch Your Words

Entry campur aduk macam-macam story nak cakap. Campur punya campur maka jadilah macam ni. hoho.

Watch your mouth, watch your words. Manusia ni lagi-lagi perempuan (tak semua perempuan) lelaki pun ada juga, selalu cakap lepas ikut suka hati tanpa fikir perasaan orang lain. kalau boleh nak cakap, nak tunjuk kat orang la dia ada ayat power, dia la yang hebat boleh cakap macam-macam dan lebih tepat untuk menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata sindiran dia dengan lebih tepat lagi orang Kelate cakap ‘nyekik’.

Bagi aku, orang macam ni tak lain tak bukan dia lagi sengaja nak tunjukkan perangai kebodohan dia & low public relation. Lagi nak tunjuk keburukan dia, kelemahan dia. Maybe dia ingat puas hati la cakap itu ini, dia rasa orang akan takut dengan kata-kata dia, tapi hakikatnya orang lagi menyampah & pandang rendah dengan orang macam ni. Nak bergaul sama-sama dia yang jenis cakap macam tu boleh la.

Benda gini, hal gini tak lain tak bukan sebab takde kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang tu. Assobru minal iman; Kesabaran separuh dari iman. Come on lah, apa yang kita dapat kalau kita cakap tak elok dengan orang, marah-marah, kasar-kasar, tinggi suara, tengking, lagi teruk kalau makin hamun ? apa yang kau dapat ? kau fikirla sendiri.

Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 2

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Aku pun pernah kena kata macam-macam dengan sorang lelaki ni sebab kononnya aku tak balas cinta dia. Erk. Hakikatnya memang aku tak pernah cintakan dia. Ok fine aku tak salahkan dia kalau pun dia berperasaan macam tu kat aku. Cuma aku dah cakap awal-awal aku takde perasaan kat dia, hanya kawan. Bila lama-lama, dia konon nak aku takut, nak aku terima dia juga, pastu dia start la kata macam-macam kat aku kasar-kasar. Pastu dia minta maaf cakap nak kembali balik, pastu dia kasar balik. Ohhh maybe dia ingat aku akan terima dia. Hakikatnya, aku lagi nak jauh dengan orang macam ni.

Apa yang kau cakap, setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut kau, dengan nadanya sekali, dengan grammar semua tu, dengan raut wajah cara penyampaian, tu dah menunjukkan macam mana diri kau sebenarnya. Kalau rasa tak pandai nak berbahasa dengan orang, pergi gam mulut tu. takut nanti kena lempang dengan orang lain. belum jumpa belum tahu la. Jangan ikut sedap je keluar dari mulut tu. apa banyak cantik sangat mulut tu ? Orang yang tak rasa pape dengan kau tapi bila jadi macam ni orang akan jadi benci kat kau.

Biasanya orang yang jenis low PR ni jenis yang tak mix with people sangat and must be family dia & seangkatan dengannya jenis cakap macam tu juga. Hidup dalam cara cakap macam tu. Senang cakap, ibarat bawah tempurung je. they didn’t know how to treat people. Dia ikut meter angin dia je. tak ikut meter angin orang lain. that’s why orang macam ni akan bergaduh sana sini dengan orang lain. dan orang bila tengok muka dia pun jadi macam menyampah tak nak cakap. Come on lah, tak baik gaduh-gaduh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 9-10

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Lagi-lagi perempuan. I think, beware lah. Come on lah, please change your attitude. Aku dah banyak dengar orang laki selalu cakap, diaorang kalau nak pilih perempuan, dia ambil kira kata-kata yang keluar dari mulut perempuan tu serta cara seseorang perempuan tu cakap. Kalau tak, memang dia reject lah. Sebab diaorang cakap, nanti kalau dah hidup bersama, mesti asyik lawan je suami. Tak boleh buat kira dengan perempuan macam ni. Kalau perempuan jenis macam ni, memang orang laki pun tak ingin nak dekat & terus lari. Tapi tak tahula kalau dia pun akan dapat lelaki jenis mulut gini juga. nasiblah. Sebab kau pun macam tu.

One more thing, bila bercakap tu, kena sedar-sedar apa yang kita tengah cakap. Sebelum bersuara tu fikir dulu. Guna akal, bukan guna nafsu. Sometimes, manusia ni jenis cakap lepas sedangkan belum tentu hal tu betul atau salah. Lebih malang jika orang yang mendengar tu jenis pak turut je ikut je dengar apa tanpa selidik sejauh mana kebenaran kata-kata serta cerita yang di bawa oleh orang lain.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat : 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Aku suka surah Al-Hujurat ni. Kita patut suka semua surah dalam Al-Quran kan. Macam kat blog ni, kat atas sebelah kanan ni pun aku letak ayat ke-6 dalam surah Al-Hujurat. Sebab aku rasa mendalam sangat maksud ayat tu.

Jaga mulut, jaga kata-kata, jaga perangai. Jangan buat orang menyampah dengan kata-kata yang keluar dari mulut tu. Aset yang penting tu. Tak guna kalau diri tu cantik, handsome tapi mulut hampeh. Itupun kalau cantik, handsome. Kalau tak ? lagila macam buruk semua benda.

Aku jenis tak suka bergaul dengan orang yang jenis tak pandai cakap ni. Tak suka berurusan jauh sekali nak buat kawan dengan orang yang jenis suka cakap perli, sindir, nak jatuhkan orang lain, nak sakitkan hati orang lain. Aku laaaaagi tak heran dengan orang macam ni. Sebab aku pun jenis tak heran dengan orang lain, tak heran dengan sesiapa. Melainkan aku hanya heran dengan orang yang jenis complete attitude serta agamanya. Tak main ikan bilis, main jaws terus hoho.

ok goodbye April, welcome May.

Filed under Uncategorized

Mainan Perasaan

Perasaan. Susah nak di jangka. Sama ada perasaan yang mengawal kita atau kita yang kawal perasaan ? Kalau kita dapat kawal perasaan takpela, mujurla. Tapi kalau kita kalah dengan perasaan ? ermm sakit tau.

Jangan kalah dengan perasaan, jangan tewas dengan perasaan, jangan jadi hamba pada perasaan. Kita yang patut kawal perasaan sendiri. Kalau tak, habislah, nahaslah kalau kita sendiri yang tak boleh nak kawal perasaan sendiri.

Perasaan.. Susah nak jangka kan. Sometimes, kita sendiri termain dengan perasaan sendiri. Kita terlayan perasaan tu sampai memakan diri sendiri. Dan akhirnya… ?

Perasaan saya. Susah lah nak predict perasaan sendiri. Kalau saya sendiri pun susah nak predict perasaan sendiri, apatah lagi orang lain. Jadi orang lain jangan sibuk-sibuk nak main predict, nak bernujum tentang perasaan saya. Paling tak suka orang interfere dalam personal life saya. Means that, hati saya, perasaan saya, suka hati sayalah, hanya Allah yang tahu. Yang kau terror sangat nak predict ni, kau tu siapa ? erh..

Susahla kalau ada orang terlebih pandai, terlebih boleh menyelami hati saya lebih dari saya menyelami hati perasaan sendiri. Ehh tak boleh pakai betul prediction orang macam ni. pergi jaga hal sendiri la before jaga hal orang lain.

Pandangan mata kasar tak sama dengan hakikatnya. Memang orang nampak saya ni macam ni, saya berkawan dengan sesiapa yang saya nak, saya rapat dengan sesiapa yang saya nak. Tapi rapat tu doesn’t mean saya ada feelings. Kena pandai differentiate lah. Jangan nak main hentam je buat assumption sendiri. Sometimes saya pun tak boleh nak fikir dengan orang yang suka buat assumption sendiri. Ehh hebat kau ! hoho

Ever heard that; ohh I’ve been repeating the same words for many times. Sampai rasa muak, sampai rasa nak tulis kat header besar-besar kasi orang buta pun boleh baca. Berapa kali saya nak ulang lagi SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA. Aduh. Itu prinsip saya. Tak tahula prinsip orang lain macam mana.

Ok fine then I have a lot of friends, went out with a lot of them. Orang tua ke, muda ke, siapa pun dia, saya tetap kawan. So what ? itu life saya. Saya tetap sayang diaorang, tapi saya tak kata saya CINTA kan sesiapa. Saya mengaku saya sayang diaorang, tapi tak sampai tahap cinta.

Saya mudah untuk sayang orang, mudah untuk menyayangi sesiapa yang rapat dengan saya, yang baik dengan saya, yang melayan saya selagi tak sekat angin saya. Tapi perasaan sayang tu hanya sayang sebagai kawan, bukan cinta untuk hidup bersama.

Walaupun saya mudah untuk rapat dan menyayangi seseorang, tapi saya sangat susah untuk jatuh cinta. Sila baca betul-betul, jangan silap faham. Mudah sayang, tapi susah untuk jatuh cinta. Dan memang saya takut pun untuk berlama-lama dengan seseorang. Takut betul-betul terjatuh cinta. Habislah, habis. Sangat takut untuk jatuh cinta. Takut untuk rasa perasaan tu kembali, walaupun hakikatnya perasaan tu indah sangat. Bimbang jika dah jatuh cinta, pape jadi nanti, nanti kita yang gila. Minta jauh. Saya takut. Seboleh mungkin saya tahan, saya kawal untuk tak rasa cinta tu. biarlah cinta tu rasa selepas ianya betul-betul sah menjadi milik saya. Cukuplah.

Am I single or not ? saya tak nak jawab. Bosan dengan soalan ni. kalau saya cakap single, memang 98% tak percaya saya single. Terpulanglah. Sebab semua orang pandai bernujum dan cakap tak mungkin orang macam saya takde boyfriend. Ok fine then. Kenapa pula ? saya orang biasa juga, manusia biasa juga. apa yang peliknya kalau saya single pun ? too many scandals around me sekalipun, tetap single. Sebab tu bukan special boyfriend pun. Ramai kawan pun, tak semestinya saya jatuh hati kat mereka. Susahlah typical malay punya minded. Saya pun malay. Phew~

Ini kemuncaknya; rasanya tak perlu saya nak declaire dalam blog ni siapa di hati saya, saya ada perasaan kat siapa, siapa dan siapa. Biarlah orang sibuk nak tahu, sibuk nak Tanya “siapa dengan eviSoraya sekarang ?” .. eh bercakapla nak bercakap pun. Sikit punya banyak pun saya tak heran. Sebab saya pun tak ambil tahu pasal Korang. Fuh…

Mainan perasaan; memang saya tengah bermain dengan perasaan sendiri, tengah melayan perasaan sendiri. Ibarat kata, tengah try-try la ni. hoho. Fine then you Evi ! tersilap try, masuk mulut ikan jaws habislah. Ehh am I playing with the jaws now ? hoho. Come on Evi, come on. Sekali jaws ngap, habislah.

At the same time, ini salah saya. Saya seolah-olah bermain dengan perasaan sendiri dan memainkan perasaan orang lain. ya Allah, saya tak expect langsung benda ni. besarnya ujian dari Allah. Pada masa saya dah fikir untuk masa depan, dah plan, tapi ini pula yang datang. Saya memainkan perasaan orang, bermain dengan perasaan sendiri serta ada yang tengah mainkan perasaan saya sekarang ni.


Whatever it is, I need more time to settle this thing. Serious saya buntu sekarang ni. siapa yang bermain dengan perasaan siapa saya pun tak faham. Itulah mainan perasaan saya. Tersepit. Jangan bermain dengan api, nanti kita yang terbakar. Memang saya pun hampir terbakar kot dua tiga hari ni.

Maybe ni balasan kot. For how many times dah saya buat perangai tak reply, tak response, tak layan some of them. Seolah-olah menyeksa perasaan orang lain. And finally, saya yang terseksa bila orang yang saya harap tu pula tak berapa respon kat saya. Fine then. Macam ni rasanya bila orang tak berapa nak layan kan. Macam mana damn nye saya buat kat orang, itula yang saya rasa sekarang. Its ok then. Saya terima. Tapi saya letak benda tu as I understand your life. fullstop.

Memang perasaan tu hebat. Even though perkenalan yang singkat, layan sikit-sikit, contact for certain time, sometimes memang merubah nearly the whole our life cycle. Like seriously. We’ve been waiting of what happend for past days even a day. How cruel this feelings isn’t it ? sedangkan dah berapa lama kita hidup tanpa orang tu, ok je. tapi kenapa kehadiran dia walaupun baru pun, terus buat kita layan perasaan ni. sampai bila nak bertahan ?

But, before anything happen, the only thing I want you to know, tolong tahu yang saya pernah sayang awak (walaupun tak sampai tahap cinta, maybe akan cinta when both get respond), pernah risau pasal awak, pernah take care pasal awak. Dan apa yang awak tahu tak sama dengan lebih apa yang tersirat.

Ahh cukuplah. Entry ni untuk semua. Sebab saya maksudkan banyak orang dalam ni. hoho merepek-repek. Feeling better then. insyaAllah. Ameen..

Filed under Uncategorized

Sayangilah Seadanya

Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?

Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.

Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..

Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..

Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

Bagi saya, saya menyayangi semua orang, saya sayang kawan-kawan saya, sayang orang yang baik dengan saya. Tapi sayang tak bermakna cinta. Cinta hanya satu, tak mudah untuk jatuh cinta walaupun mudah untuk menyayangi. Sebab bagi saya, cinta tu terlalu tinggi nilainya. Cinta tak boleh di paksa, tak boleh buat-buat cinta, tak boleh di jual beli, tak boleh cari di mana-mana. Ia hadir sendiri tanpa di rancang. Ramai orang keliru dengan cinta, sayang dan suka. Cinta adalah untuk hidup bersama dengannya selama-lamanya, tapi sayang dan suka cukuplah untuk menemani kita sahaja.

Cinta tak harus memiliki. Benar. Walaupun kita cintakan dia, mengimpikan untuk hidup bersama dengannya, tapi tak semestinya impian kita tu akan tercapai. Dalam perjalanan untuk hidup bersamanya, maybe kita akan terjatuh, tergelincir sekaligus impian untuk hidup bersamanya tu hancur. Jangan biarkan kehancuran cinta tu menyebabkan kita menghancurkan tanggungjawab diri kita yang lain. Bangkit semula dan terima hakikat. Sebab itulah, berikan cinta kasih dan sayang kepada orang lain dengan bersederhana, sekadar secukup rasa.

Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar. Suka yang jenis gentleman, cool, relax je. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga. Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.

Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Macam saya pernah cakap dalam entry sebelum ni. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.

Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan. Kalau dulu-dulu masa zaman kat matrik, selalu di beri pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal. Indah kan..

Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak. Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..

Filed under heart