Posts Tagged ‘mood’

Separuh Aku..

Ahh haaa.. It’s been two weeks I tak update blog kan. Maka, hari ini, Selasa 19 March 2013 pukul 2pm, mari kita update blog. Haha.

Actually last weekend balik my hometown, Kota Bharu, Kelate. Attended the wedding of my two cousins. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Happy for them. :)

IMG_2420

3pm, Tue, March 18, 2013. Subhanallah. Nice view of Pantai Sabak, Kota Bharu from airplane during take off. Till we meet again, my hometown Kota Bharu. Gonna miss my hometown badly. Don’t know when will go back again :(

Mood sekarang ni; banyak nak fikir dalam kepala ni. Banyak benda penting nak kena settle. InsyaAllah, the time will come. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen. Doa banyak-banyak. Tak sabar untuk itu. Yes, I’m ready for it.

Dan mood sekarang juga dengar lagu ni. Feeling habis. Jom layan dulu. Sentimental habis. Huwa Huwa..

Separuh Aku by Noah..

Dan terjadi lagi
Kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani
Aku ingin kau merasa
Kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu…

Ku ada di sini
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu di dekatmu saat engkau terjatuh
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau pahami cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku
Menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Karena separuh aku dirimu

Actually masa mula-mula dengar this song, takdela suka sangat. Tapi start perasan masa naik flight from KB to KL, pastu flight KL to Surabaya on last January, dua dua flight pasang lagu ni. Masa tu dah la mood nak travel, nak pergi jauh & nak holiday kan.

Pastu yesterday flight from KB-KL lagi sekali ada this song. Haha. Memang jodoh habis la dengan lagu ni kan. Tak tahu nak cakap macam mana feeling masa tu. Sekarang pun rasa lagi. Syahdu habis. Memang mood nak pergi jauh & pergi holiday. Semua mix up.

Well, yea. Going for holiday again out of Malaysia in next few weeks. Ohh can’t wait for that. And also will fly again later. yay ! Alhamdulillah.. Syukur di atas rezeki Allah. I love my life.

IMG_1957

Mood : *wink*wink*

If you need someone, you will go for it. If you love someone, you will never ever be far away from him/her. Will you sacrifice yourself for your true love ? Will you ? I would say “yes, I will” .. Go for what you want. Don’t ever turn back. :)  You deserve of what you want..

Kerana separuh aku.. Dirimu..

Thousand miles separated, when two hearts beats together, will always feels the love together..

Filed under Song

I Need Some More; Privacy

Privacy; Please.

P&C .. Private & Confidential.

Rasa tak bebas pergi mana-mana, dengan siapa, buat apa sekarang ni.

Banyak mata-mata memandang, ramai orang kenal.

Sometimes bukan kenal sebab saya, tapi sebab dengan siapa saya keluar.

Susahnya ! Tolong.

Pressure. Tension.

Paling terbaru; 11 September 2011. Pagi; lepak kat kedai depan Stadium with the players. 5 orang semuanya. Tak sedap. Orang sekeliling pandang. Nak turun dari kereta pun segan. Aduhs.

Then, I went to KB Mall with dear. Double geram. Dah la lama tak pergi KB Mall. Ni first time pergi KB Mall dengan dear. Dah kena. Siap ada orang capture gambar kami. Saya kenal orang tu. Pastu tunjuk kat saya. ya Allah. Sibuk betul manusia ni.

13 September; Pagi. I went to Kopitiam Kita with Dyla. Tempat ni very glamour la nak breakfast. Ramai ! Dah tahu siapa ada sana. Pastu, baru je duduk kejap, terus ada orang kenal. Customer saya juga. Pastu sudah makan, nak pergi bayar, ada orang dah bayarkan. Ehh memang best life macam ni. Tapi, tak privacy. Suddenly ada sorang ni juga kata “ooo u la anak sedara Nik Din yang jaga TRW sekarang ni” ahah.. ok.

Sekarang nak pergi mana-mana kena fikir. Wau Restaurant pun dah lama tak lepak. Sangat tak clear. Selera Cik Siti my fav pun sama. Tapi saya suka kat sana ! hehe.

Even macam lepak minum-minum kat hotel sekalipun, tak clear. Tengok macam hampir kantoi dalam entry before this la. Sometimes bukan sebab orang kenal saya, tapi sebab siapa orang yang saya keluar tu, siapa orang yang saya rapat tu. Triple of them glamor. Aduhs.

Habis, takkan saya nak berkawan dengan mereka bertiga je kan ? *aling*, dear N & R. Saya pun nak berkawan dengan yang lain-lain juga. Susah. Jangan berdamping dengan orang glamor.

Saya nak privacy. Please. Saya penat dengar orang kata, “saya nampak awak pergi sini, sini, sini” .. “saya nampak awak dengan *aling*, saya nampak awak dengan dear..” Macam-macam. Please

Stop It ! Tolong. Saya nak privacy…

:( :( :(

Filed under Uncategorized

Sedetik Lebih; 11.11.11

Saya hanya mahu sedetik lebih;

Sorry. Tak layan Merong Mahawangsa. Tapi hanya layan lagu ni..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Persoalannya; Ada ke lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk seorang wanita macam lyric kat atas ni; “ Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia.. Asal masih adanya kamu.. ” .. Logik ?

Saya perlukan seorang & hanya seorang yang boleh menerima saya seadanya, menyayangi & mencintai saya hingga ke syurga, yang menerima baik buruk saya seadanya, yang boleh membimbing saya menuju ke jalan yang diredhaiNya serta; sanggup berkorban apa saja hanya untuk saya.

Tak keterlaluan kan permintaan saya ni ?

Dan 11.11.11 ?

11.11.11 – tarikh nikah
11,111.11 - duit hantaran
11 - par hantaran

Siapa mahu sahut cabaran ?

Dan aku tahu kau memang melampau Evi ! haha..

Rasanya tak terlalu melampau. Sesuai dengan dunia sekarang.

Bersebab; sebab ramai yang menaikkan saham aku sekarang ni. Family, friends & orang sekeliling. Jadi; ini. Pesanan orang lain kat aku; jual mahal sikit, jaga standard. Selama ni kan aku tak kisah. !@#$%^&*

Saya mahu sedetik lebih. Boleh buktikan ? Hanya sedetik lebih.. Hanya itu. Buktikan…

*angan-angan*

Mood; Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang…

Filed under Song

Datang, Pergi, Datang & Pergi Selamanya ?

Adakah ini cinta ? walaupun saya tak mengakui itu adalah cinta.. Hakikatnya memang saya tolak benda ni jauh-jauh..

Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh kan ? Dan adakah saya tergolong dalam kes ni ? Kisah seorang kawan. Hanya kawan. Tapi mungkinkah berperasaan lebih dari kawan ?

Saya dah penat dengan semua ni. By the time saya post entry ni, saya harap dia tak kembali lagi. Dan saya sangat menyesal kenal awak. Cukupla kot.

At first, memang awak nice, so nice. Bukan saya tak pernah kenal lelaki, tapi saya pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai dia yang paling top kat hati saya.

And you are too special. Dalam ramai-ramai, awak yang lebih di hati saya. I admit. Dan sebab awak saya sanggup tinggalkan orang yang sayang saya. Saya sanggup abaikan few people around me just because of you. Saya tak hiraukan orang yang nak tackle saya. Just because of you.

But, pada satu masa tu, suddenly awak jauh & makin jauh dengan saya. SMS tak reply. Dan awak dah tak call saya macam awak call saya before this. Sampai hampir setiap malam saya tertunggu-tunggu..

April; Masih ingat dengan entry ni ? Mainan Perasaan .. Kat akhir entry tu ada story pasal awak sikit. Memang saya quite down just because of you. hebat betul kan penangan awak. Sampai ada orang lain yang tolong saya, tolong contact awak.

Ye, sebab saya ego. Bila cakap macam ni, awak akan cakap “kenapa tak call je, saya ok la” .. Memang saya takkan call awak. Ok, ego saya mengatasi segalanya. Saya takkan tunjuk yang saya suka awak.

Di pertengahan April awak diam, bisu 1000 bahasa. Tak tahu perkembangan awak. Tahu pun dari orang lain. Pada masa tu saya tertanya-tanya, dan lagu inila yang bermain di fikiran saya; Dadali~ Di Saat Aku Mencintaimu..


And I keep asking myself; kenapa awak pergi masa saya dah start suka awak, sayang awak. Belum sampai tahap cinta. Dan saya rasa macam, ohhh.. Saya perlukan masa untuk lupakan awak. Yeap, saya dapat lupakan awak. Saya cool. Walaupun kawan saya bagitau saya pasal awak, saya cool lagi. Saya tough.

Tapi dalam masa saya cool tu, I cannot lie to myself. Seriously. Of course saya still teringat awak. And I still hope that;

Yeap, I want you to come here, meet me & I will tell you about my feelings.. And guess what, penantian saya selama 3 weeks akhirnya.. Pada satu malam tu saya masih berharap awak akan call saya seperti malam sebelumnya. Suddenly awak call. Seolah-olah Allah makbulkan permintaan saya, harapan saya & seolah-olah awak tahu apa yang terbuku kat hati saya yang saya pendam selama ni tanpa bagitahu sesiapa, seolah-olah awak tahu saya menanti awak.. Bila saya tanya “kenapa call saya” .. Just a simple answer “sebab teringat kat awak”

3 weeks. Saya rasa macam entah pape je kan. Selama tu juga everyday saya menanti awak. Bila je dapat call dari awak, saya rasa terlerai segala keresahan saya. Dan saya menghamburkan segala kata-kata yang saya pendam selama ni. Marah, benci, suka semua ada. Bercampur baur. Dah tak boleh nak kawal mulut ni nak cakap apa. Dan maybe saya yang lemah, cair dengan pujukan awak. 3 4 hari selepas tu, we met each other & only Allah knows.. Maybe saya rasa macam mimpi. Mimpi bila orang yang saya nantikan selama ni ada di depan mata saya. ya Allah.. why did you make me miss him ?

Selepas jumpa, awak masih take care pasal saya. Maybe sebab awak faham macam mana keadaan saya tanpa awak. Awak tengok sendiri dengan mata awak macam mana perasaan saya terhadap awak. Tapi dalam masa yang sama saya seolah-olah mengkhianati perasaan orang lain.

Dan selepas itu saya di tinggalkan lagi. Awak pergi lagi. Senyap, jauh dan makin jauh. That time saya dah ready kalau awak pergi lagi. Walaupun masih ada secebis harapan; tapi saya redha. Dan saya juga berusaha menjauhkan diri walaupun dalam masa yang sama saya masih mengikuti perkembangan awak dari jauh.

10 days after that.. Suddenly awak datang kembali. Penantian 10 hari tu.. Memang saya dah terlalu redha kalau awak tak kembali lagi. Tapi di saat saya dah boleh lupakan awak & tak perlukan awak lagi, masa tu juga awak kembali lagi. Saya masih ingat pada masa tu; selesai solat Maghrib. Hati saya rasa something. Saya rasa awak akan call. Saya tak tahu kenapa saya rasa macam tu. Suddenly dengar phone call, pastu tengok awak yang call. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan saya masa tu.. Dan hari tu merupakan hari paling bahagia sebab awak treat saya nice sangat. Saya rasa lebih kenal awak macam mana.

Dan sehingga sekarang; dah beberapa minggu, awak senyap membisu. Saya masih menanti setiap hari seperti biasa. Dan saya nak sangat awak tahu bahawa saya masih menanti walaupun satu call. Tolong bagitahu something before awak tinggalkan saya. Saya tak kisah kalau awak pergi selamanya pun, tapi tolong bagitahu kata putus. Jangan gantung macam ni. 1001 persoalan dalam kepala ni. Dan supaya awak tahu saya pernah ‘gila’ kat awak.

Saya harap awak jangan contact saya lagi. Jangan cari saya lagi. Saya tahu saya akan goyah bila awak contact saya. Dan di situ kelemahan saya dengan awak. Kalau dengan orang lain saya boleh reject orang lain, boleh dump orang lain, tapi dengan awak saya tak mampu. Saya mengaku. But I will try my best to push you far away from me. insyaAllah..


Please. Jangan cari saya lagi. Walaupun saya rasa awak akan kembali cari saya. Mungkinkah malam ini juga ? hanya awak yang tahu. Apa yang tak cukup pada saya sampaikan macam ni awak treat saya ? Maybe saya pun ada salah. Saya tahu salah itu.

Or I’m too fool because of this ? Berhenti berharap. Thanks mainkan perasaan saya. Pergi jauh-jauh. Jangan dekati saya lagi. Berilah saya peluang untuk buka hati saya menerima orang lain.

Don’t ever come again.. People, can you imagine how special this guy erm ? Susah untuk jatuh cinta, susah untuk berperasaan macam ni. Guys come and go in my life. Too many. But not this one, special case. Sukar untuk lepaskannya.. Memanglah, sekali kena panahan benda ni, hancus.

Tapi saya cool kan ? I can smile to all people around me. Saya simpan semua. Saya pendam segalanya. Bukankah saya sangat bagus simpan semua apa yang saya rasa sampai takde yang dapat kesan ? Yeah, saya meneruskan hari-hari bersama kawan-kawan yang lain tanpa menunjukkan sikit pun reaksi ni. heeee.. Don’t worry. Saya seorang yang sangat bagus memendam rasa & menyimpan rahsia. Takde orang dapat kesan. haha

Just a short story ;) *wink*Cerita dongeng :P ..

Filed under heart

Gemersik

I tell you aaa.. Kena dengar ah lagu ni. Like seriously. Dengar sorang-sorang tengah-tengah malam sikit pada waktu sunyi. Fuh.

Masa dengar lagu ni, rasa macam nak mentangis pun ada walaupun memang susah gila nak mentangis & memang got no reason kot nak mentangis sekarang ni sebab memang takde apa yang perlu ditangisi. ceyceycey..

Aku happy, aku bahagia, aku tenang. Jadi aku nak nangis apa ? haha. Alhamdulillah. Life getting better. Even more. Everything. Pape je lah. Everyday makin bagus. Mau apa lagi ? Mau kawen ! hahaha

Bila jumpa sesiapa saja yang macam jarang jumpa mesti cakap : “Evi lain la sekarang, makin berseri. hoho..” is Like; aura nak kawen ke apa ? eh Shut Up la pasal kawen. Biasalah, feeling menjadi-jadi sebab bila tengok raaaaaaamai sangat kawen during school holiday ni. Nanti pasni hilang la feeling tu. Back to normal. hoho

ok. Layan sekejap. Hush Hush..

Gemersik by Krisya

Haruskah kuluahkan keresahan yang mencengkam
Jiwaku ini kesepian tiada insan yang tahu
Rindu padamu memaut hatiku
Terasa asyik tanpa jemu

Kasihku bak cahaya menerangi kegelapan
Engkaulah bintang menghiasi malam
Engkaulah permata indah
Sinar yang bergemelapan
Engkaulah teman kesunyian

Cintamu kujulang kasihmu kujunjung
Tiada percintaan yang seagung cintamu
Bukalah tiraimu biar kulerai rindu
Yang telah sekian lama kupendamkan

Tak biasa lagiku oh pendamkannya
Datanglah kasih bawa daku kepadamu

Senandung kerinduan nan gemersik tak terungkap
Bicara kata hanyalah suara hati
Ku berdoa oh kekasih
Cinta kita kan abadi
Tak relaku sendiri lagi

Syok gila kot this song. Thinking of; nak dedicate kat siapa entah this song. Terlalu gemersik. Very meaningful. Ahh.. Mesti terharu kot nanti. haha.

Ok, tolong. Saya nak dedicate pada siapa ni ? Hanya nak dedicate pada orang yang layak sahaja. Yang sentiasa menjaga hati, yang membahagiakan, yang yang yang ahhh sayang ! hahaha.. Siapa ?

Baik kau hayati lyric ni betul-betul.. Serious. Perfecto..

Mood : Gemersik…

Filed under Song

Harusku Yang Pergi

Mood : Malas nak melayan sesiapa.. Takde mood nak SMS, takde mood nak YM, takde mood nak Skype, Takde mood nak Gtalk, takde mood nak BBM, takde mood nak email, takde Mood nak cakap phone.

Menyampah dengar bunyi SMS received. Menyampah dengar phone calls. Rasa nak off semua phone. On BB je sebab BB tu private number, family je tahu. Lagi menyampah nyampah bila tengok SMS received from !@#$%^&* — … — … |

Seminggu. Seminggu malas nak layan sesiapa. Lagi-lagi ar-rijal. Ehh tegarnya aku tak layan semua ? — Ok, saya pergi. Jom layan lagu ni..

Harusku yang Pergi by Riz.

Berakhirlah kisah cinta
Kisah cinta kau dan aku
Yakin kan lah hati mu yg duka
Sebenarnya aku pun terluka
Tak ku pinta
Akhirnya ohh..begini

Mengapa diriku yg kau cinta
Jika hatimu pada dirinya
Tak kau fikir akhirnya kita kecewa

Sayang
Maafkan lah aku
Jika pintaku begini
Tak sanggup ku menanggung
Rindu yang tiada hujungnya
Kerana ku masih setia

Cinta
Tiada kesempatan
Pada dia yang ku sayang
Kasih yang kucurahkan
Menikam rasa jiwa ini
Gelaplah pintu cinta kita

Sayang harus ku yang pergi..

Kasih telah kau mungkiri
Impian cinta yang suci
Mungkin ada baiknya ohh sebegini..

Mood : layan perasaan sorang-sorang di sebabkan memang duk sorang-sorang, semua sorang-sorang.

Ehh lagu ni best kan. Lyrics very the meaningful kan hoohohoo.. Rasa nak bagitahu dia, dia, dia, dia, dia ahhh semualah. Nak bagitahu “harusku yang pergi” .. Dah penat dengan semua ni.

But once saya jauhkan diri dari awak, awak, awak, mereka, mereka, PLEASE. Jangan cari lagi. Dah penat dengan awak, awak, awak semua.

Deserve. Someone. Better. Stress. Complicated !@#$%^&*..

Takde pape. Saja create story. Kasi panas line. … … … … … … ~~

He He He he He HeHe he he He he !@#$%^&*

Ohhh.. entry sangat tak berguna. Nanti ada yang bengang.

EHhhh bosan lah layan blog eviSoraya.com .. Dah. Pergi layan blog lain.

Target : R.A.R .rar ..

Sebenarnya hati kita kat orang lain, tapi kenapa kita layan orang lain ?

Ohh merapu-rapu.

Filed under Song

Ku Tetap Menunggu

Mood : !@#$%^&* …

Comel kot lagu ni.. mwahahaha.. Best. Memang suka semua lagu Rossa heee.. Rossa pun comel & memang voice dia comel pun ahah.

Ku Menunggu By Rossa..

Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

Datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

As usual; lyrics highlighted.. err.. Sila fahami lyric. hoho~~~ Speechless.. But very deep meaning err ?

Waiting erm… ?

Penantian satu penyiksaan.. Like seriously.

Mood : !@#$%^&* :P ~~~ -20May2011

Filed under Song

Mainan Perasaan

Perasaan. Susah nak di jangka. Sama ada perasaan yang mengawal kita atau kita yang kawal perasaan ? Kalau kita dapat kawal perasaan takpela, mujurla. Tapi kalau kita kalah dengan perasaan ? ermm sakit tau.

Jangan kalah dengan perasaan, jangan tewas dengan perasaan, jangan jadi hamba pada perasaan. Kita yang patut kawal perasaan sendiri. Kalau tak, habislah, nahaslah kalau kita sendiri yang tak boleh nak kawal perasaan sendiri.

Perasaan.. Susah nak jangka kan. Sometimes, kita sendiri termain dengan perasaan sendiri. Kita terlayan perasaan tu sampai memakan diri sendiri. Dan akhirnya… ?

Perasaan saya. Susah lah nak predict perasaan sendiri. Kalau saya sendiri pun susah nak predict perasaan sendiri, apatah lagi orang lain. Jadi orang lain jangan sibuk-sibuk nak main predict, nak bernujum tentang perasaan saya. Paling tak suka orang interfere dalam personal life saya. Means that, hati saya, perasaan saya, suka hati sayalah, hanya Allah yang tahu. Yang kau terror sangat nak predict ni, kau tu siapa ? erh..

Susahla kalau ada orang terlebih pandai, terlebih boleh menyelami hati saya lebih dari saya menyelami hati perasaan sendiri. Ehh tak boleh pakai betul prediction orang macam ni. pergi jaga hal sendiri la before jaga hal orang lain.

Pandangan mata kasar tak sama dengan hakikatnya. Memang orang nampak saya ni macam ni, saya berkawan dengan sesiapa yang saya nak, saya rapat dengan sesiapa yang saya nak. Tapi rapat tu doesn’t mean saya ada feelings. Kena pandai differentiate lah. Jangan nak main hentam je buat assumption sendiri. Sometimes saya pun tak boleh nak fikir dengan orang yang suka buat assumption sendiri. Ehh hebat kau ! hoho

Ever heard that; ohh I’ve been repeating the same words for many times. Sampai rasa muak, sampai rasa nak tulis kat header besar-besar kasi orang buta pun boleh baca. Berapa kali saya nak ulang lagi SAYANG TAK SEMESTINYA CINTA. Aduh. Itu prinsip saya. Tak tahula prinsip orang lain macam mana.

Ok fine then I have a lot of friends, went out with a lot of them. Orang tua ke, muda ke, siapa pun dia, saya tetap kawan. So what ? itu life saya. Saya tetap sayang diaorang, tapi saya tak kata saya CINTA kan sesiapa. Saya mengaku saya sayang diaorang, tapi tak sampai tahap cinta.

Saya mudah untuk sayang orang, mudah untuk menyayangi sesiapa yang rapat dengan saya, yang baik dengan saya, yang melayan saya selagi tak sekat angin saya. Tapi perasaan sayang tu hanya sayang sebagai kawan, bukan cinta untuk hidup bersama.

Walaupun saya mudah untuk rapat dan menyayangi seseorang, tapi saya sangat susah untuk jatuh cinta. Sila baca betul-betul, jangan silap faham. Mudah sayang, tapi susah untuk jatuh cinta. Dan memang saya takut pun untuk berlama-lama dengan seseorang. Takut betul-betul terjatuh cinta. Habislah, habis. Sangat takut untuk jatuh cinta. Takut untuk rasa perasaan tu kembali, walaupun hakikatnya perasaan tu indah sangat. Bimbang jika dah jatuh cinta, pape jadi nanti, nanti kita yang gila. Minta jauh. Saya takut. Seboleh mungkin saya tahan, saya kawal untuk tak rasa cinta tu. biarlah cinta tu rasa selepas ianya betul-betul sah menjadi milik saya. Cukuplah.

Am I single or not ? saya tak nak jawab. Bosan dengan soalan ni. kalau saya cakap single, memang 98% tak percaya saya single. Terpulanglah. Sebab semua orang pandai bernujum dan cakap tak mungkin orang macam saya takde boyfriend. Ok fine then. Kenapa pula ? saya orang biasa juga, manusia biasa juga. apa yang peliknya kalau saya single pun ? too many scandals around me sekalipun, tetap single. Sebab tu bukan special boyfriend pun. Ramai kawan pun, tak semestinya saya jatuh hati kat mereka. Susahlah typical malay punya minded. Saya pun malay. Phew~

Ini kemuncaknya; rasanya tak perlu saya nak declaire dalam blog ni siapa di hati saya, saya ada perasaan kat siapa, siapa dan siapa. Biarlah orang sibuk nak tahu, sibuk nak Tanya “siapa dengan eviSoraya sekarang ?” .. eh bercakapla nak bercakap pun. Sikit punya banyak pun saya tak heran. Sebab saya pun tak ambil tahu pasal Korang. Fuh…

Mainan perasaan; memang saya tengah bermain dengan perasaan sendiri, tengah melayan perasaan sendiri. Ibarat kata, tengah try-try la ni. hoho. Fine then you Evi ! tersilap try, masuk mulut ikan jaws habislah. Ehh am I playing with the jaws now ? hoho. Come on Evi, come on. Sekali jaws ngap, habislah.

At the same time, ini salah saya. Saya seolah-olah bermain dengan perasaan sendiri dan memainkan perasaan orang lain. ya Allah, saya tak expect langsung benda ni. besarnya ujian dari Allah. Pada masa saya dah fikir untuk masa depan, dah plan, tapi ini pula yang datang. Saya memainkan perasaan orang, bermain dengan perasaan sendiri serta ada yang tengah mainkan perasaan saya sekarang ni.


Whatever it is, I need more time to settle this thing. Serious saya buntu sekarang ni. siapa yang bermain dengan perasaan siapa saya pun tak faham. Itulah mainan perasaan saya. Tersepit. Jangan bermain dengan api, nanti kita yang terbakar. Memang saya pun hampir terbakar kot dua tiga hari ni.

Maybe ni balasan kot. For how many times dah saya buat perangai tak reply, tak response, tak layan some of them. Seolah-olah menyeksa perasaan orang lain. And finally, saya yang terseksa bila orang yang saya harap tu pula tak berapa respon kat saya. Fine then. Macam ni rasanya bila orang tak berapa nak layan kan. Macam mana damn nye saya buat kat orang, itula yang saya rasa sekarang. Its ok then. Saya terima. Tapi saya letak benda tu as I understand your life. fullstop.

Memang perasaan tu hebat. Even though perkenalan yang singkat, layan sikit-sikit, contact for certain time, sometimes memang merubah nearly the whole our life cycle. Like seriously. We’ve been waiting of what happend for past days even a day. How cruel this feelings isn’t it ? sedangkan dah berapa lama kita hidup tanpa orang tu, ok je. tapi kenapa kehadiran dia walaupun baru pun, terus buat kita layan perasaan ni. sampai bila nak bertahan ?

But, before anything happen, the only thing I want you to know, tolong tahu yang saya pernah sayang awak (walaupun tak sampai tahap cinta, maybe akan cinta when both get respond), pernah risau pasal awak, pernah take care pasal awak. Dan apa yang awak tahu tak sama dengan lebih apa yang tersirat.

Ahh cukuplah. Entry ni untuk semua. Sebab saya maksudkan banyak orang dalam ni. hoho merepek-repek. Feeling better then. insyaAllah. Ameen..

Filed under Uncategorized

Di Saat Aku Mencintaimu

Suddenly layan lagu ni. Tak tahu kenapa. Rasa nak layan. Selama ni macam tahu tak tahu je. Maybe kena dengan situasi sekarang kot oopsss~

Setahun berlalu. Saja nak buat-buat ingat balik kisah-kisah tahun lepas. Takde pasal kot haha. Saya pun tak tahu saya cakap apa. Ehh kenapa mood macam ni sekarang ni ? hoho..

Baiklah, 16 April 2010, Friday. Location : RYH Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Tempak lepak bersekutu mwahaha.. And today, 16 April 2011. Cukup setahun kan. Hari ni tak sama dengan hari tahun lepas. Totally different. Dan memang tak akan sama. Yang berlalu biarlah berlalu. Buat susah-susah je nak ingat. Tapi kalau teringat tu tak tahula. Ahh jiwa kacau !@#$%^&*..

Apa ada pada 16 April 2010 ? Maybe saya je kot yang ingat walaupun that time ramai je bersama saya. Maybe orang-orang yang terlibat tu ingat tak ingat je. Tapi takpela. Saya dah SMS. Reply ke tak saya tak kisah. Cukupla saya ingatkan je. Perlu lagi ke ?

Di Saat Aku Mencintaimu By Dadali

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Ini; suasana pada 16 April 2010. Of course saya masih simpan all these memorable photos. I love this place, I Love everything here. I wish… erm.. Tenangnya sini. And this time, you are singing just in front of me.. You do ?

Muka zaman muda; muka setahun yang lalu

Memang yang dulu, kalau datang balik pun dah tak akan sama. Dah buang semuanya jauh. Dan takkan kembali pun. Cukuplah dengan perkenalan yang singkat tu. Dah banyak bagi erti, dah banyak bagi 1001 kemanisan dah. Sebab saya takkan kembali, awak pun takkan kembali..

Entry yang agak kontroversi. Maybe ramai yang faham, bagi sesiapa yang dah lama follow blog saya. Maaf, entry yang mungkin akan membuat sesetengah hati terasa. Tapi percayalah. Takde pape maksud. Saya akan teruskan dengan apa yang saya ada sekarang, dengan siapa bersama saya sekarang, siapa di dalam hati saya sekarang. Trust me. Bila saya cakap saya sayang awak, I really mean it, I do..

*Nik Evi Soraya.. Action Speaks Louder Than Words..

*Semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini*

Filed under Song

Final Sem; Sem 8

Hye people. How are you ? Saya ? tak berapa nak sihat sangat. Kesihatan yang tak ok sangat 2 3 hari ni. flu, sore throat~~~ ohhhh… ahh proceed. Banyak benda nak story..

Baiklah; Welcome to new sem, my final sem of final year. insyaAllah dapat grad macam orang lain juga. Ameen. Final sem : dah tak stay campus, tapi stay kat rumah sebab intern kat sini. Jadi life tu quite different la kan.

Ex-housemates; janganla buat saya sedih. Awal-awal sem diaorang masuk rumah dah teringat-ingat kat saya. Auw, terharu pula. Saya pun rindu diaorang. Ahah. Yang sedihnya bila diaorng SMS, call menyatakan kata-kata rindu, masuk rumah teringat saya, buat itu ini terbayang saya. Erk ? ya Allah, hanya Allah tahu perasaan rindu kat diaorang. Tapi saya harus sabar menahan rindu yang mencengkam jiwa ni haha.

Ini result saya haha

Result; erk. Yang ni kisah 23December2010 punya story. Tapi punyala kita main perap entry sampai kumpul dalam satu entry. Padan ah sebab dah dua hari tak update blog. Saya akan busy sampai 11.1.11. tak payah Tanya ah busy apa, tapi busy ah. Haha. tapi, tweet2 sempat je k. ahah jom. Haih sambung result, Alhamdulillah everything’s fine. Unexpected. Sebab apa, sebab saya kan banyak main-main masa final sem, enjoy gila pula tu, pastu asyik takde kat campus sebab banyak lepak kat luar & macam-macam !@#$%^&*. Walaupun saya takdela DL, tapi syukur dah macam tu. saya ingat saya akan dapat rendah lagi. Thanks to lecturer, lagi-lagi FYP. Rasa tak layak je dapat macam tu sebab target macam, ah lulus pun takpe. Ini jauh lebih dari lulus. Syukur.

Social life; No life. I mean, takde nak fun sangat. Bukan sebab tak happy, tapi sebab rotate benda sama yang membosankan. Pagi bangun, pergi kerja pukul 7.45am, masuk pukul 8.10am, biasa ah sebab 2km je kan haha. pastu kalut cari parking, pastu jalan nak pergi office lalu kat macam-macam clinic, pastu best ah jumpa orang handsome-handsome pakai white lab coat. Haha. eh takde maknanya lah. Jaga mata. Tapi memang banyak choice ah kat sana boleh buat calon suami. Tapi hati aku ni tak terusik pun tengok mereka ni. sebab kita tahu kan apa ada dalam hati kita walaupun takde orang tahu. Shhh !!! Malam tidur awal, blog pun tak sempat nak update. Entry dalam draft pun tak sempat nak publish.

ahhh Sleeping Beauty me !

Kadang-kadang rasa bagus juga bila takde kekasih hati, tak terikat dengan sesiapa. Lebih baik single. Sebab bila kita penat, tak larat, tak cara kat fon, tak sempat nak SMS, penat nak cakap banyak dalam fon, mula la tak angkat fon, tak reply SMS. Bila macam ni, ada je kita kena marah, kena tuduh macam-macam. Tak semua orang faham kita kan. Of course la orang ingat kita ni dah tanak kawan la, apa la. Biarlah saya tak nak cakap pape. Semua boleh fikir sendiri. Andai itu takdirnya, biarlah. Saya dah malas. Betul la kan, takde makna semua ni. yang penting hati & perasaan kita. Love need trust & loyalty. Terpisah jauh sekalipun, selagi perasaan ni kuat, selagi tu ia tetap tersemai dalam hati. Adeh jiwang pula hek hek.

Sila faham, tolong faham. Saya memang malas nak pegang fon. Jangan marah-marah, jangan tuduh-tuduh bila saya tak respond kat fon. Hadoi. Dan saya pun banyak belajar dari ni. saya faham macam mana orang kerja, balik kerja penat, nak tidur & semua itu. insyaAllah lepas ni saya akan lebih faham & bertolak-ansur. It’s time for me to change.

ya Allah, baru dapat tahu dalam sebulan lepas, kawan saya accident agak teruk jugalah, Kawan saya yang merangkap anak Pengarah Campus HUSM (sila google siapa), juga future doctor, juga dia merupakan kisah silam saya masa zaman sekolah dulu haha. ahhh lupakan. Nanti datang hospital bagitahu ey. Boleh la saya pergi visit walaupun takut waaaaa… Get well soon.. Ameen…

Bagaimana permulaan 2011 ? macam itulah. Sedikit kata-kata motivasi untuk diri sendiri; insyaAllah saya lebih tough. well, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Orang akan pelik & Tanya, “apalagi yang engkau tak dapat Evi ?” bukan itu maksud saya. Tapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Biarlah kita miskin harta di dunia, tapi jangan miskin ilmu, jangan miskin pahala untuk bekalan di akhirat. Got it ? ada hikmahnya, besar hikmahnya yang mana kita tak nampak. Percayalah, Allah sayang pada hambaNya yang banyak berdoa padaNya. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Last but Not least, all the best semua-semua. Ayat pun dah tunggang terbalik sebab dah tak boleh nak fikir dengan elok. Siang hari perah otak habis-habis fikir itu ini untuk kerja. Malam kena rest habis-habis. Ahhh ini ke life saya sekarang ? tak sabar nak chow bulan June nanti. Tolong jangan suggest pada saya suruh stay kat HUSM walaupun cable besar peha seklaipun. Phew. Sekian.

Sekarang saya lebih banyak memendam. Banyak lagi saya pendam. Maybe saya dah balik pada perangai dulu yang banyak pendam. Baru ni saya berubah kejap jadi boleh meluahkan pada housemates. Sekarang kita jadi orang yang memendam balik. Ahah. Dalam hati orang tak tahu kan. Relax ah babe, Allah kan ada. Allah tak pernah kecewakan kita.

Tak kisah la tak dapat harta yang banyak di dunia, tapi sangat kisah kalau tak dapat redha & keberkatan Allah di dunia, juga sangat takut kalau tak dapat syurga Allah di akhirat nanti.. Wallahualam..

Filed under heart