Posts Tagged ‘kata-kata’
Jodoh itu Rahsia Allah
School Holiday .. (Tak suka school holiday) .. Jalan jam ! !@#$%^&*.. Budak-budak tak pergi sekolah, guru-guru makan gaji buta. erk. Banyak kenduri kawen.
Anyway, congratulations to all of you friends yang baru kawen, yang baru tunang, yang baru dapat baby, yang akan bertunang, yang akan kawen & yang bakal dapat baby. Congratulations to all of you.
Too many invitations, of course la banyak tak pergi lagi-lagi banyak kat Kelantan. Bila umur dah macam ni, umur just nice, so ramai la yang meninggalkan status single masing-masing. Sekaligus dengar orang ni nak kawen, nak tunang & macam-macam.
I kat sini hanya mampu wish congratulations. Sorry banyak tak dapat pergi. Just wanna wish congratulations globally. Tak sempat nak wish sorang-sorang.
Jodoh itu Rahsia Allah
Syukur jodoh korang sampai dulu, syukur rezeki korang sampai dulu. Yang lain-lain, banyak-banyak berdoa minta dengan Allah. Bagi yang lelaki, jadilah suami yang soleh & bagi perempuan, jadilah isteri yang solehah. Jaga rumahtangga betul-betul. Perkahwinan tak semudah yang di sangka. Belum kawen lain, lepas kawen lain. Ingatlah, perasaan manusia boleh berubah. Sama-samala jaga perasaan masing-masing. Semoga rasa cinta, kasih & sayang tu kekal selamanya & makin bercambah dari hari ke hari.
Bagi yang baru kawen, bagi yang dah kawen; Jangan rasa kita ni dah lebih dari orang lain sebab kita dah kawen. Jangan rasa bangga & jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan pada orang yang belum kawen. Jangan rasa hebat, jangan rasa berlagak bila jodoh korang sampai dulu. Beringatlah, jangan takbur. Anything can happen in the future. Pernah jumpa orang-orang macam ni. Berlagak habis bila dah kawen, sebab diaorang rasa hidup diaorang dah sempurna. Bila dah jadi pape, diaorang sendiri yang malu..
Carilah, pilihlah orang yang betul-betul sayang kita, terima kita seadanya, orang yang jaga hati kita & orang yang membahagiakan kita. Jangan buat keputusan terburu-buru. Bila dah kawen, bukan senang-senang nak undur balik. Kalau couple je memangla senang untuk putus, tapi bila dah kawen, tak semudah tu untuk putus.
Jodoh itu ketentuan Allah…
Kawen ni bukan 2 3 4 kali seumur hidup, kalau boleh hanya kawen sekali seumur hidup. Semoga ikatan perkahwinan kekal selamanya & tak terputus di tengah jalan. Tapi jika itu takdir Allah, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan salahkan takdir Allah. Redha & terima je. Tak semua ikatan kekal. Tak guna mempertahankan sesuatu yang sememangnya bukan milik kita..
Jodoh itu Rahsia Allah…
Relax lah. Baru 23++.. Tak masuk 24 pun lagi hehe. Buat apa kawen muda-muda, awal-awal kalau tak kekal. Biarlah kawen lambat sikit asalkan kekal selamanya..
Kisah Hati – Alyah
Hello people. Hows your day ? Me ? Just fine. Just like this~
And today is Sunday.. 11.12.11 ~ Tomorrow will be 12.12.11.. The day after tomorrow will be 13.12.11~ Is there something sweet happened today ? Yes.. Alhamdulillah.. Memang sweet.. Apa yang sweet ? Perlu ke aku bagitau semua ?
I’m very sure that a lot of people love this song. Kalau dulu aku tak suka sangat this song. Tapi tak tahu kenapa lately ni suddenly suka. Is there anything relate to you Evi ? haha.. Kita tengok je la. Mungkin sekarang ni mood nak cakap pasal perasaan..
Kisah Hati by Alyah
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan akuTapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhirCinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia iniMungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Bila cakap pasal hati & perasaan ni, memang susah. SUSAH. Kau tahu SUSAH ? Siapa faham SUSAH macam mana ?
Aku selalu pesan kat diri aku. PESAN PESAN PESAN. Dari dulu sampai sekarang aku PESAN kat diri aku. Aku PESAN macam ni;
“Evi, tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Evi, kalau kita sayang orang tu, cinta orang tu sangat-sangat pun, kalau dia bukan jodoh kita & kita tak ditakdirkn untuk bersama dia, kita takkan bersama dengan dia juga. Evi, cintailah & sayangilah orang tu bersederhana, jangan bagi seluruh hati perasaan tu kat orang tu, kerana kita tak tahu masa depan kita macam mana. Evi, sayang & cintalah orang yang sayang & cinta kat kita, jangan kita je lebih-lebih terhegeh-hegeh kat dia. Evi, hargailah orang yang sayang kita, cinta kita, jaga kita.. Evi, jangan paksa orang sayang & cinta kita, biar dia sayang & cinta kita sebab dia sendiri yang nak.. Evi, kalau dia tinggalkan kita & tak sayang kita lagi, lepaskan dia je, jangan merayu-rayu supaya dia kembali pada kita, jangan mempertahankan sesuatu yang bukan milik kita..”
Ok, dah habis ke pesanan untuk aku kat diri aku sendiri ?
Biarlah orang lain tak tahu, tapi hanya Allah yang tahu macam mana kita sayang seseorang tu..
Perasaan. Salah ke ? Siapa kata perasaan cinta, sayang, kasih tu salah ? Perasaan tu tak salah. Tapi cara kita gunakan perasaan tu salah. Perasaan atas dasar iman @ nafsu ? Sendiri jawab la. Kau tahu kau cinta & sayang orang tu sebab apa kan ? Aku pun tahu aku sayang seseorang tu sebab apa.
Kalau aku sayang dia sebab dia kaya, aku akan selalu minta duit dari dia.. Kalau aku sayang dia sebab dia handsome, aku akan tayang & tunjuk kat semua orang muka dia yag handsome tu.. Kalau aku sayang dia sebab pangkat & kuasa dia, mesti aku dah tumpang guna kuasa dia.. Kalau aku sayang dia sebab dia glamour, mesti aku ikut je dia pergi mana-mana sebab nak jadi glamour juga. Kalau aku sayang dia sebab mulut dia manis, mesti everyday aku nak dia ucapkan kata-kata sayang, cinta kat aku.. Kalau aku sayang dia sebab nafsu, mesti tiap-tiap hari aku main dengan dia..
TAPI; aku sayang dia sebab dia, diri dia sendiri.. Sebab tu aku tak minta duit dari dia, aku tak tayang dia kat orang lain, aku tak gunakan kuasa dia, aku tak ikut dia pergi mana-mana, aku tak minta dia cakap sayang & cintakan aku everyday, aku tak main dengan dia. TAK. I just Love him just the way he is..
People, readers.. Jangan risau kalau cinta kita tak bersatu di dunia ni. Jangan bersedih.. Kalau itu ketentuanNya, redha & terima. Ada yang lebih baik Allah nak bagi kita. Maybe kita tak bersama dia di dunia, tapi insyaAllah nanti kita akan bersama dia di alam akhirat nanti, di syurga nanti.. Dunia hanya sementara, bukan ke di sana nanti alam yang abadi ? Kita nak yang sementara @ nak yang kekal selamanya ?
Memang sakit & perit bila terputus di tengah jalan. Nak capai kebahagiaan bukan senang (ayat ex-bf). Allah akan uji macam-macam pada setiap perhubungan tu. Kalau Allah tak uji masa tu, maybe Allah akan uji selepas tu..
Manusia.. Maybe pada dasarnya mereka boleh memisahkan & memutuskan perhubungan dua insan. TAPI ingat, selagi kau manusia biasa, selagi itu kau tak boleh pisahkan dua hati perasaan ni. Zahirnya kau boleh pisahkan. Tapi, hati & perasaan kedua-dua insan ni kau tak dapat leraikan.. Walaupun kau boleh guna bomoh, guna sihir untuk pisahkan orang lain & seksa orang lain, tapi ingat, kau takkan terlepas. Maybe sekarang kau senang. Maybe sekarang kau boleh lepas di dunia yang sementara ni. Tapi di hari pengadilan nanti, kau tak akan terlepas.. Kau nak kesenangan yang sementara @ kesenangan yang kekal selamanya ?
Bagi aku, selagi aku ada agama, bukan sekadar agama, selagi ada Iman dalam dada, Iman dalam diri, selagi aku waras & tak gila, aku takkan buat macam tu kat orang.
Segalanya aku serah pada Allah swt. Dia yang memberi, Dia yang berhak mengambilnya semula. Aku tak kisah kalau aku tak bersama orang tu sebab orang lain nak pisahkan aku dengan dia. Aku tak kisah. Sebab Allah lebih tau. Apa gunanya Allah yang mencipta kita kalau bukan pada Dia kita memohon ampun & meminta pertolongan ?
Istikharah.. insyaAllah Allah akan bagi kita petunjuk.. Yakin dengan hati. insyaAllah, apa pun keputusan aku lepas ni, semuanya kerana Allah yang bagi petunjuk kat aku. Aku hanya minta tolong Allah selesaikan dalam hal ni, aku hanya minta Allah bantu aku buat keputusan, aku hanya minta Allah untuk menentukan aku buat pilihan yang mana 1.. Tak susah, tak senang. Tapi Allah ada..
Just sharing.. Thanks for reading
I’m Just Evi..
Jangan Sibuk Boleh Tak ?
Jangan sibuk pasal orang boleh tak ? Jangan ambil tahu pasal orang boleh tak ? Jangan buat cerita dari mulut tu boleh tak ? Jangan Perasan Boleh tak ? OK complete. Jangan, jangan, jangan. Please don’t hoho
Susahla hidup kalau ada orang macam ni. Is like, bila la orang macam ni nak !@#$%^&*.. Ok fine. Come here lah, nak story ni. tapi kalau tak suka tak payah bacalah.
Kenapa perlu sibuk hal orang ? I mean, saja nak cari bahan nak sakitkan hati si mangsa tu, saja nak jatuhkan orang lain. aduhs.
Fine lah. Actually benda ni kat mana-mana pun ada. Dan aku dah terbiasa dengan benda macam ni. dulu-dulu masa belajar pun ada. Lepas tu dengan takde niat & takde perasaan pape aku akan cakap, “come on lah. Kenapa kisah sangat dengan apa aku buat, aku pergi mana, aku dengan siapa ? aku eviSoraya je pun” lepas tu ?
Aku tak kisah kalau nak ambil tahu just minat or suka cara aku ke. Ehh mestila suka kalau orang suka kita pastu minat kita haha. tapi tak perasan pun hoccayy. Then why my blog punya visitors 100++ per day ? hoho. Memangla tak tahap 1000++ per day sebab macam aku kata aku bukan superstar pun ? I’m just an ordinary blogger je pun.
Pastu kan, jangan buat cerita dari mulut yang tak berapa comel tu. serious tak comel walaupun asalnya comel. Di sebabkan mulut tu dah bawa nahas kat orang, terus jadi tak comel dowh. Hoho.. Pasal mengumpat & mengata orang. Mesti nak juga, ibarat diri tu macam tak sedap kalau tak mengumpat & mengata orang. Macam rutin harian gitu. Macam tak complete hidup dia kalau tak memburukkan orang lain, menjaja story sana sini. Kepoh betul.
Sila rujuk surah Al-Hujurat ayat 11.. banyak-banyak la insaf hoccayyy..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Sometimes ada orang perasan. Lagi susah bila ada orang perasan konon aku ni ambil tahu pasal dia, cara hal dia. Ohhh please ! tolonglah jangan perasan sedemikian. Nanti aku muntah hijau wekkk.. sebab kan, aku ni jenis tak heran dengan orang; tahu bukan ? jadi siapala kau tu yang aku nak ambil kisah & nak ambil tahu ? sikit punya banyak pun aku tak pandang heh. Sometimes rasa nak tergelak kot kalau orang macam ni syok sendiri. Is like, kau tu siapa ? kau tu best sangat ke ? aku rasa macam zero je pun ? takde benda yang best aku nak tahu pasal kau. Lain lah kalau kau ni macam vogue & gorgeous gila kot ?
Tolong sedar diri sikit before perasan lebih-lebih. Depan orang mulut manis tapi belakang macam !@#$%^&*.. Actually bila dia macam ni, dia terperasan sebab dia sendiri yang buat benda tu. Umph.
Come on lah, aku takde masa kot nak cara hal ni. Even 24 hours a day pun rasa macam not enough for me. Lagikan aku nak buang masa cara pasal orang yang entah pape. Bukan setakat perasan macam tu tapi siap sangka buruk kat orang pula kata orang tu macam ni orang tu macam tu. Pandai pula dia tafsir suka-suka hati macam la dia boleh baca hati orang. Aduhai Syok Sendiri ! erk.
Lepas tu kan, Surah Al-Hujurat ayat 12.. Baca, baca..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Aku kesian orang macam ni sebab hati dia tak tenang, hidup dia tak bahagia sebab asyik akhir fikir pasal orang lain dengan busuk hati umph ! pastu telinga selalu panas & hati macam nak pecah. baik aku bahagia buat hal sendiri hoho.
Last but not least, Al-Hujurat : 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sorry lah. sebab aku kalau berbahas aku suka sertakan Dalil sekali. Ikutla dengan sesiapa pun, even dengan mummy atau sesiapa je, mesti aku sertakan dengan dalil mahupun hadis. Bukan nak tunjuk pandai atau tunjuk alim, tapi dua benda ni of course orang tak boleh nak argue. Tapi tak tahula kalau ada orang berani argue benda ni.
Sebab bagi aku, kalau orang yang selalu explore tafsir, pastu amalkan semua ni, of course tak akan buat benda-benda macam ni.
Ni aku ambil dari FB Naqibah Usrah aku masa kat Kuala Terengganu dulu :
Kita berusaha membicarakan yang baik-baik tentang saudara-saudara kita dan berusaha mengurangkan pembicaraan tentang aspek negatif tentang saudara-saudara kita. Para salafus soleh, sangat jarang membicarakan kekurangan sahabat dan orang-orang yang mereka kenali. PETIKAN ARTIKEL UST WAN AHMAD – PTUBUHAN IKRAM.
So, pandai-pandai la nak hidup.. Korang nak hidup ni nak collect enemies or what ? Entry umum. Tak specifically tuju pada sesiapa. Tak pasal-pasal ada yang perasan lagi. haha. Siapa makan garam dia lah yang terasa masinnya. ehem..
Watch Your Mouth, Watch Your Words
Entry campur aduk macam-macam story nak cakap. Campur punya campur maka jadilah macam ni. hoho.
Watch your mouth, watch your words. Manusia ni lagi-lagi perempuan (tak semua perempuan) lelaki pun ada juga, selalu cakap lepas ikut suka hati tanpa fikir perasaan orang lain. kalau boleh nak cakap, nak tunjuk kat orang la dia ada ayat power, dia la yang hebat boleh cakap macam-macam dan lebih tepat untuk menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata sindiran dia dengan lebih tepat lagi orang Kelate cakap ‘nyekik’.
Bagi aku, orang macam ni tak lain tak bukan dia lagi sengaja nak tunjukkan perangai kebodohan dia & low public relation. Lagi nak tunjuk keburukan dia, kelemahan dia. Maybe dia ingat puas hati la cakap itu ini, dia rasa orang akan takut dengan kata-kata dia, tapi hakikatnya orang lagi menyampah & pandang rendah dengan orang macam ni. Nak bergaul sama-sama dia yang jenis cakap macam tu boleh la.
Benda gini, hal gini tak lain tak bukan sebab takde kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang tu. Assobru minal iman; Kesabaran separuh dari iman. Come on lah, apa yang kita dapat kalau kita cakap tak elok dengan orang, marah-marah, kasar-kasar, tinggi suara, tengking, lagi teruk kalau makin hamun ? apa yang kau dapat ? kau fikirla sendiri.
Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Aku pun pernah kena kata macam-macam dengan sorang lelaki ni sebab kononnya aku tak balas cinta dia. Erk. Hakikatnya memang aku tak pernah cintakan dia. Ok fine aku tak salahkan dia kalau pun dia berperasaan macam tu kat aku. Cuma aku dah cakap awal-awal aku takde perasaan kat dia, hanya kawan. Bila lama-lama, dia konon nak aku takut, nak aku terima dia juga, pastu dia start la kata macam-macam kat aku kasar-kasar. Pastu dia minta maaf cakap nak kembali balik, pastu dia kasar balik. Ohhh maybe dia ingat aku akan terima dia. Hakikatnya, aku lagi nak jauh dengan orang macam ni.
Apa yang kau cakap, setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut kau, dengan nadanya sekali, dengan grammar semua tu, dengan raut wajah cara penyampaian, tu dah menunjukkan macam mana diri kau sebenarnya. Kalau rasa tak pandai nak berbahasa dengan orang, pergi gam mulut tu. takut nanti kena lempang dengan orang lain. belum jumpa belum tahu la. Jangan ikut sedap je keluar dari mulut tu. apa banyak cantik sangat mulut tu ? Orang yang tak rasa pape dengan kau tapi bila jadi macam ni orang akan jadi benci kat kau.
Biasanya orang yang jenis low PR ni jenis yang tak mix with people sangat and must be family dia & seangkatan dengannya jenis cakap macam tu juga. Hidup dalam cara cakap macam tu. Senang cakap, ibarat bawah tempurung je. they didn’t know how to treat people. Dia ikut meter angin dia je. tak ikut meter angin orang lain. that’s why orang macam ni akan bergaduh sana sini dengan orang lain. dan orang bila tengok muka dia pun jadi macam menyampah tak nak cakap. Come on lah, tak baik gaduh-gaduh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 9-10
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Lagi-lagi perempuan. I think, beware lah. Come on lah, please change your attitude. Aku dah banyak dengar orang laki selalu cakap, diaorang kalau nak pilih perempuan, dia ambil kira kata-kata yang keluar dari mulut perempuan tu serta cara seseorang perempuan tu cakap. Kalau tak, memang dia reject lah. Sebab diaorang cakap, nanti kalau dah hidup bersama, mesti asyik lawan je suami. Tak boleh buat kira dengan perempuan macam ni. Kalau perempuan jenis macam ni, memang orang laki pun tak ingin nak dekat & terus lari. Tapi tak tahula kalau dia pun akan dapat lelaki jenis mulut gini juga. nasiblah. Sebab kau pun macam tu.
One more thing, bila bercakap tu, kena sedar-sedar apa yang kita tengah cakap. Sebelum bersuara tu fikir dulu. Guna akal, bukan guna nafsu. Sometimes, manusia ni jenis cakap lepas sedangkan belum tentu hal tu betul atau salah. Lebih malang jika orang yang mendengar tu jenis pak turut je ikut je dengar apa tanpa selidik sejauh mana kebenaran kata-kata serta cerita yang di bawa oleh orang lain.
Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat : 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Aku suka surah Al-Hujurat ni. Kita patut suka semua surah dalam Al-Quran kan. Macam kat blog ni, kat atas sebelah kanan ni pun aku letak ayat ke-6 dalam surah Al-Hujurat. Sebab aku rasa mendalam sangat maksud ayat tu.
Jaga mulut, jaga kata-kata, jaga perangai. Jangan buat orang menyampah dengan kata-kata yang keluar dari mulut tu. Aset yang penting tu. Tak guna kalau diri tu cantik, handsome tapi mulut hampeh. Itupun kalau cantik, handsome. Kalau tak ? lagila macam buruk semua benda.
Aku jenis tak suka bergaul dengan orang yang jenis tak pandai cakap ni. Tak suka berurusan jauh sekali nak buat kawan dengan orang yang jenis suka cakap perli, sindir, nak jatuhkan orang lain, nak sakitkan hati orang lain. Aku laaaaagi tak heran dengan orang macam ni. Sebab aku pun jenis tak heran dengan orang lain, tak heran dengan sesiapa. Melainkan aku hanya heran dengan orang yang jenis complete attitude serta agamanya. Tak main ikan bilis, main jaws terus hoho.
ok goodbye April, welcome May.
Jatidiri Wanita; Pembangun Ummah
Last Saturday ada macam seminar/ceramah pasal Jatidiri Wanita Pembangun Ummah kat MGU Firdaus kat KB. Actually benda ni terbuka untuk semua. Saya pun sebab kak Fid (Dr Hafidzah) yang SMS invite datang. Syukran ya ukhti. So pergi la dengan group usrah; medical students from USM.
So far good lah. Banyak di bincangkan pasal wanita. Ciri-ciri wanita solehah, isteri yang solehah, ibu mithali serta peranan wanita dalam membangunkan masyarakat.
Islam mengangkat tinggi kedudukan wanita. Tanpa wanita, siapa nak lahirkan zuriat, nak menambahkan umat. Kita pun pernah dengar kan, di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. Kasih sayang wanita tinggi tau. Jadi janganlah mempermainkan perasaan wanita. Sekeras mana pun seorang wanita itu, tapi percayalah; ia boleh di lentur, boleh di lembutkan jika kena dengan caranya.. Dan lelaki, jagalah wanita sebaik mungkin, bukan mengkhianati, mengkasari dan menganiayai wanita..
Antara penceramah pada hari tersebut ialah : Ustazah Maznah Bt Daud yang merupakan Ketua Wanita IKRAM Malaysia dan juga Dr. Hafidzah Bt Mustakim yang merupakan Ketua Wanita IKRAM Daerah Kota Bharu serta Ustaz Dr. Mohd Sha’rani Bin Mohd Naim yang merupakan YDP Pertubuhan IKRAM Daerah Kota Bharu..
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah At-Taubah : 71
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Surah Ar-Rum : 21
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah An-nur : 26
Kalau kita tengok ketiga-tiga surah tersebut, lelaki dan wanita sama-sama penting, sama-sama memerlukan antara satu sama lain. Wanita di ciptakan dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi, bukan dari kepala untuk di junjung, tapi dekat di hati untuk di cintai, di kasihi, di belai.. Tanpa wanita, sunyilah lelaki. Suram lah dunia. Kerana seindah perhiasan adalah wanita solehah..
Wanita, jagalah dirimu untuk dirimu, untuk ibu bapamu, suami serta zuriatmu.. Jagalah segala kehormatanmu hanya untuk suamimu. Jangan tambahkan dosa suami, peliharalah segala-galanya yang ada pada dirimu. Semoga kita semua menjadi wanita yang solehah yang menjadi impian setiap lelaki yang soleh. Ameen..
Dengan 4 syarat ini, maka; Pasti Syurga yang menunggumu di sana nanti., insyaAllah..
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Tiada Jodoh Bersama
Hidup Mati Jodoh Pertemuan semua dah di tentukan sejak azali, sejak di Loh Mahfuz lagi. Tapi kita boleh doa banyak-banyak dengan hati yang ikhlas, mohon la apa yang kita ingin sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ghafir ayat 60;
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Bila cakap pasal jodoh, susah nak terluah dengan kata-kata. Kalau saya cakap saya single, memang sumpah orang tak percaya. Alah, sorang dua je kot kalau percaya. Biarlah. Single ke, in a relationship ke, semua tu istilah je. Yang penting hati & perasaan.
Tabah by Mazleela
Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercintaSudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimuTak apalah… ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksaBiar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahanAndai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa… ohMoga engkau… berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu
Tenda Biru by Desy Ratnasari
Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapaTak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci iniTanpa undangan, Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
Ku tak percaya . . . Dirimu tega
Nodai cinta . . . Khianati cinta
Kalau hayati both songs, the lyrics are very meaningful lah, memang relate kedua-duanya. Semuanya pasal bercinta dengan orang lain, tapi kawen dengan orang lain. Lastly, perempuan juga yang jadi mangsa. Aduh. Memanglah. Habis takkan nak paksa lelaki kawen dengan kita kan.
Itulah di katakan jodoh. Takdir Allah tak siapa yang tahu. Kalau kita rasa kita dah bertahun-tahun bercinta, 10 tahun sekalipun, dah kenal hati budi, dah faham each other sekalipun, kalau dah memang tiada jodoh untuk bersama dia, kita takkan bersama dia juga.
Tapi kalau memang dah jodoh, sehari dua kenal pun terus boleh kawen pastu bahagia juga selama-lamanya. Sebab itu takdir, itu jodoh yang di tentukan oleh Allah dah. Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Actually banyak je kes macam ni bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain. Tak di nafikan la ada juga yang bercinta bertahun-tahun pun kekal juga. Depends pada orang la. But for me, kalau dah bercinta bertahun-tahun ni macam waste je, takde makna juga. Dan saya pun bukan jenis yang boleh bercinta lama-lama. Sebab bagi saya, tak kemana juga, lagi tambah masalah adala.
Buat apa kita pertahankan sesuatu yang bukan milik kita ? Siapa kita nak lawan takdir Allah kan ? Bagi yang single & tak kawen lagi, buatla pilihan yang terbaik. Kawen hanya sekali seumur hidup. Takkan nak nikah cerai dua tiga kali. Kalau boleh, elakkanla kan.
Banyak-banyak doa semoga kita kekal dengan orang yang kita sayang. Sekalipun kita terpaksa melepaskan dia pergi, lepaskan saja dia pergi. Tetapi jika suatu hari dia kembali pada kita, benar; Dia untuk kita..
Sesiapa yang tengah buntu, ataupun dah melalui kes macam ni, banyak-banyak sabar. Saya faham, berpisah dengan orang yang kita sayang tu memang perit. Tapi ingatlah, ada Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita. Redha je lah kalau kita hilang orang yang kita sayang..
Dan ingatlah, jangan terlalu berharap pada cinta yang belum halal untuk kita. Mungkin nikmat tu sekejap saja. Cinta lepas kawen lagi sweet. Jangan bagi seluruh hati, jiwa serta perasaan pada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita. Simpanlah sedikit ruang di hati itu. Semoga bila mana hati kita hancur suatu hari nanti, masih ada secebis hati untuk kita bina kembali.. Berharap pada Allah, bukan manusia semata-mata… Jangan di risau akan jodohmu, pasti ianya akan tiba..
Be tough, be strong to all women..
Final Sem; Sem 8
Hye people. How are you ? Saya ? tak berapa nak sihat sangat. Kesihatan yang tak ok sangat 2 3 hari ni. flu, sore throat~~~ ohhhh… ahh proceed. Banyak benda nak story..
Baiklah; Welcome to new sem, my final sem of final year. insyaAllah dapat grad macam orang lain juga. Ameen. Final sem : dah tak stay campus, tapi stay kat rumah sebab intern kat sini. Jadi life tu quite different la kan.
Ex-housemates; janganla buat saya sedih. Awal-awal sem diaorang masuk rumah dah teringat-ingat kat saya. Auw, terharu pula. Saya pun rindu diaorang. Ahah. Yang sedihnya bila diaorng SMS, call menyatakan kata-kata rindu, masuk rumah teringat saya, buat itu ini terbayang saya. Erk ? ya Allah, hanya Allah tahu perasaan rindu kat diaorang. Tapi saya harus sabar menahan rindu yang mencengkam jiwa ni haha.
Ini result saya haha
Result; erk. Yang ni kisah 23December2010 punya story. Tapi punyala kita main perap entry sampai kumpul dalam satu entry. Padan ah sebab dah dua hari tak update blog. Saya akan busy sampai 11.1.11. tak payah Tanya ah busy apa, tapi busy ah. Haha. tapi, tweet2 sempat je k. ahah jom. Haih sambung result, Alhamdulillah everything’s fine. Unexpected. Sebab apa, sebab saya kan banyak main-main masa final sem, enjoy gila pula tu, pastu asyik takde kat campus sebab banyak lepak kat luar & macam-macam !@#$%^&*. Walaupun saya takdela DL, tapi syukur dah macam tu. saya ingat saya akan dapat rendah lagi. Thanks to lecturer, lagi-lagi FYP. Rasa tak layak je dapat macam tu sebab target macam, ah lulus pun takpe. Ini jauh lebih dari lulus. Syukur.
Social life; No life. I mean, takde nak fun sangat. Bukan sebab tak happy, tapi sebab rotate benda sama yang membosankan. Pagi bangun, pergi kerja pukul 7.45am, masuk pukul 8.10am, biasa ah sebab 2km je kan haha. pastu kalut cari parking, pastu jalan nak pergi office lalu kat macam-macam clinic, pastu best ah jumpa orang handsome-handsome pakai white lab coat. Haha. eh takde maknanya lah. Jaga mata. Tapi memang banyak choice ah kat sana boleh buat calon suami. Tapi hati aku ni tak terusik pun tengok mereka ni. sebab kita tahu kan apa ada dalam hati kita walaupun takde orang tahu. Shhh !!! Malam tidur awal, blog pun tak sempat nak update. Entry dalam draft pun tak sempat nak publish.
ahhh Sleeping Beauty me !
Kadang-kadang rasa bagus juga bila takde kekasih hati, tak terikat dengan sesiapa. Lebih baik single. Sebab bila kita penat, tak larat, tak cara kat fon, tak sempat nak SMS, penat nak cakap banyak dalam fon, mula la tak angkat fon, tak reply SMS. Bila macam ni, ada je kita kena marah, kena tuduh macam-macam. Tak semua orang faham kita kan. Of course la orang ingat kita ni dah tanak kawan la, apa la. Biarlah saya tak nak cakap pape. Semua boleh fikir sendiri. Andai itu takdirnya, biarlah. Saya dah malas. Betul la kan, takde makna semua ni. yang penting hati & perasaan kita. Love need trust & loyalty. Terpisah jauh sekalipun, selagi perasaan ni kuat, selagi tu ia tetap tersemai dalam hati. Adeh jiwang pula hek hek.

Sila faham, tolong faham. Saya memang malas nak pegang fon. Jangan marah-marah, jangan tuduh-tuduh bila saya tak respond kat fon. Hadoi. Dan saya pun banyak belajar dari ni. saya faham macam mana orang kerja, balik kerja penat, nak tidur & semua itu. insyaAllah lepas ni saya akan lebih faham & bertolak-ansur. It’s time for me to change.
ya Allah, baru dapat tahu dalam sebulan lepas, kawan saya accident agak teruk jugalah, Kawan saya yang merangkap anak Pengarah Campus HUSM (sila google siapa), juga future doctor, juga dia merupakan kisah silam saya masa zaman sekolah dulu haha. ahhh lupakan. Nanti datang hospital bagitahu ey. Boleh la saya pergi visit walaupun takut waaaaa… Get well soon.. Ameen…
Bagaimana permulaan 2011 ? macam itulah. Sedikit kata-kata motivasi untuk diri sendiri; insyaAllah saya lebih tough. well, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Orang akan pelik & Tanya, “apalagi yang engkau tak dapat Evi ?” bukan itu maksud saya. Tapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Biarlah kita miskin harta di dunia, tapi jangan miskin ilmu, jangan miskin pahala untuk bekalan di akhirat. Got it ? ada hikmahnya, besar hikmahnya yang mana kita tak nampak. Percayalah, Allah sayang pada hambaNya yang banyak berdoa padaNya. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Last but Not least, all the best semua-semua. Ayat pun dah tunggang terbalik sebab dah tak boleh nak fikir dengan elok. Siang hari perah otak habis-habis fikir itu ini untuk kerja. Malam kena rest habis-habis. Ahhh ini ke life saya sekarang ? tak sabar nak chow bulan June nanti. Tolong jangan suggest pada saya suruh stay kat HUSM walaupun cable besar peha seklaipun. Phew. Sekian.
Sekarang saya lebih banyak memendam. Banyak lagi saya pendam. Maybe saya dah balik pada perangai dulu yang banyak pendam. Baru ni saya berubah kejap jadi boleh meluahkan pada housemates. Sekarang kita jadi orang yang memendam balik. Ahah. Dalam hati orang tak tahu kan. Relax ah babe, Allah kan ada. Allah tak pernah kecewakan kita.
Tak kisah la tak dapat harta yang banyak di dunia, tapi sangat kisah kalau tak dapat redha & keberkatan Allah di dunia, juga sangat takut kalau tak dapat syurga Allah di akhirat nanti.. Wallahualam..
Jauhi Hasad Dengki.
Hasad Dengki. Semua orang ada perasaan ni walaupun secebis. Cuma terpulang pada individu tersebut sama ada pandai mengawalnya atau tak. Kadang-kadang, di sebabkan hasad dengki yang berkobar-kobar dalam hati ni, manusia sanggup buat apa saja untuk puaskan hati mereka. Hanya Iman penyelamat kepada perasaan ini. Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya.
Sabda Rasulullah saw :
Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama. (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Ibnu Mu’taz pernah berkata :
Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan di perolehinya.
Rasulullah saw sendiri melarang sifat hasad dan saling dengki mendengki. Beliau bersabda :
Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); “janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini”, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina suadaranya yang mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain. (Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al—Tirdmizi)
Banyak para pemimpin dan penguasa yang telah di fitnah, di cela, khabar angin serta kata nista di lemparkan terhadap mereka. Juga banyak tuduhan palsu di ciptakan untuk mengobarkan kebencian & permusuhan di dorong oleh perasaan dengki dan khianat. Banyak jemaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati, membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah swt.
Rasulullah saw bersabda : orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.
Firman Allah swt :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Surah Al-Ahzab 33:58
Manusia yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta kebohongan dan fitnah untuk merugikan manusia lain yang menjadi lawannya. Alangkah baiknya, jika ia mendengar hadith Rasulullah saw yang menyelar orang-orang sepertinya.
Rasulullah saw bersabda :
Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia padahal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya. (Hadith riwayat Al-Thabaranni)
Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat & menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.
Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah swt telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya seksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat & sedar diri.
Rasulullah saw bersabda :
Riba’ itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan jenis dengan ibu sendiri & sebesar-besar riba’ ialah seorang itu menghakis nama baik saudaranya. (Hadith riwayat Al-Tabrani)
Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil berteriak-teriak. (Hadith riwayat Al-Tabrani dan lain-lain)
Sabda Rasulullah saw :
Mengumpat itu lebih buruk dari zina. Sahabat bertanya bagaimana ? Rasulullah menjawab : seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya. (Hadith riwayat Al-Tabrani & Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah saw : “Tahukah kalian apa ertinya mengumpat ?” sahabat menjawab : “Allah & RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah saw lagi : “(mengumpat ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan : “bagaimana ada seautu yang patut saya kata tentang saudara saya itu ?” jawab Rasulullah saw : “sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”
Bagaimana menghadapi pendengki ?
Nabi-nabi menganjurkan supaya berhati-hati terhadap golongan pendengki, menjauhkan diri dari golongan pengumpat, mengelakkan pergauan dengan mereka atau mendengar kata-kata mereka.
Rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada, maka wajiblah Allah melepaskannya dari seksa neraka. (Hadith riwayat Ahmad)
Orang-orang yang suka mengikut perangai pendengki dan golongan pengumpat, yang menjadi batu api, suka mendengar kata-kata mereka & menyampaikan fitnah bawaan mereka, hendaklah mengambil ingatan tentang sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal ia mampu, maka ia ikut menanggung dosa pengumpatan itu di dunia & di akhirat. (hadith Asfahani)
Sabdanya lagi :
Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi & nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan nasibnya ketika ia sangat memerlukan pertolongan Allah swt. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya & kehormatannya diceroboh nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). (Hadith riwayat Abu Daud)
–Fathi Yakan – Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah
Wedding I Like
Layak atau tidak bercakap pasal wedding bila umur dah mencecah 20 + 1 + 1 serta kita pun dah nak habis belajar.. Yipppeeee~~
Everywhere I go, mesti orang dah start Tanya, “when is your turn ?” , “do u have any boyfriend” or something questions like that.. habis aku nak jawab apa ? susah betul soalan cepumas macam ni. sampai tak terkata-kata nak jawab. Phew~ kalau jawab dah ada kan, nanti diaorang akan pergi pada next question yang tak akan habis. Senyap sudahla evisoraya.com . let it be. Tak payah heboh-heboh, tak payah show-off sana sini. Nanti sampai wedding card, nah, ambik ko. Itu je. keh keh keh. Ini tidak, berkepit sana sini 24 jam, akhirnya tak jadi juga. buat malu saja.
Korang bila berangan-angan nak kawen ? aku pula adalah !@#$%^&* phew~ aku tak kata pape pun ok. ahah
The two weddings I like are Nadia Nasimuddin & the other one is Dato’ Sani.
Nadia Nasimuddin :
Nadia Nasimuddin is a daughter of late Tan Sri Nasimuddin (Naza Motor). Wedding dia, phew. Angan-angan saja la kalau aku nak buat wedding reception macam ni. mestila tak mampu. Memang best tengok, syok je kan.
The other one is; Dato’ Sani (owner of Sani Express)

Yang ni buat kat Ri-yaz. Phew, mestila suka. Muda lagi Dato’ Sani ni, business pun dah mantap. Yang ni aku grab photos from Ri-yaz Heritage punya page kat Facebook http://www.facebook.com/pages/Ri-Yaz-Heritage/246225119118 . ni pun sebab roommate aku yang bagitahu, pastu dia tunjuk kat page Ri-yaz. Credit to Ri-yaz Facebook page.
haa.. Fei dengan Supian pun glamour masuk sekali dalam gambar haha
Apa kata aku ?
Bagi aku la, terpulang pada individu tersebut nak buat majlis macam mana pun. Tapi ikut kemampuan la, jangan melampau sangat. Inikan tidak, nak buat grand punya pasal, pastu habis hutang sana hutang sini. Sampai anak keempat pun hutang tak habis-habis lagi bayar. Janganla macam tu kan.
Kalau diaorang nak buat majlis yang berjuta-juta pun, biarlah diaorang, dah diaorang mampu. Tak payah la kutuk-kutuk kata itu ini. Dah duit dia, bukan dia minta duit korang pun. Orang yang busuk hati, yang ada masalah hati je main kutuk-kutuk ni. please stop your kampung mind lah. Tak suka, tak payah tengok, tak payah ambil tahu. Tapi orang yang suka mengutuk ni, lagi dia tak suka, lagi dia nak ambil tahu. Engkau kutuk, apa engkau dapat ? engkau dapat dosa, dia dapat pahala. Please, stop it.
Membazir ? memang kita tak patut membazir. Aku pun tak suka membazir. Yang ni, biar Allah yang menilai membazir ke, macam mana ke. Kita manusia tak berhak nak menilai semua tu. kalau kita rasa membazir, kita jangan la buat. Lagi satu, tak payah la konon kata “dari diaorang buat wedding yang mahal-mahal, baik diaorang sedekahkan duit pada orang yang memerlukan..” tak payah la kata gitu, engkau orang apa tahu, mana tahu dia dah infakkan sebahagian harta dia ke jalan Allah, tinggal lagi yang ni untuk bahagian lain pula. Jadi sila jangan menghukum sesuatu tu dari luaran je. Jangan timbulkan fitnah.
Bagi aku lagi (dah blog aku, jadi banyak la pendapat aku), aku tak mengimpikan pun wedding reception sehebat ni. cukupla memenuhi syarat yang paling penting akad nikah mengadap tok imam. Selebihnya, buat makan-makan sikit-sikit pun dah cukup. Aku tak expect pun grand macam ni. sebab aku tahu aku tak mampu macam diaorang dan macam korang semua ni. tapi aku tak pasti kemampuan bakal suami aku nanti tu macam mana. Ahah. Well, itu aku punya mind lah. Aku tak tahu orang lain macam mana. Aku tak demand dalam hal macam ni. simple kan aku ? sebab aku tak nak bakal suami aku terbeban dengan kehendak aku yang pelik-pelik. Kita ni nak hidup dengan dia selamanya, sanggup ke kita nak menyusahkan dia ?
kalau kita buat wedding kecil-kecil pun ada orang mengata, kalau buat sederhana pun ada orang mengata, kalau buat grand habis pun orang mengata. Serba tak kena. Mulut orang yang busuk hati memang macam tu. Jadi, ikut saja cara kita & kata hati kita. Pedulikan apa orang kata. Yang penting, kita sah nikah, itu antara kita dengan Allah.
Sejak akhir-akhir ni engkau asyik cakap pasal marriage je, engkau kenapa evisoraya.com ? ha ha ha… erk. Saja ambil pengajaran.
Doakan semoga hati aku ini tetap sabar. Ameen… sabar lah ni !@#$%^&*
Sedikit tambahan : yang ini pula ? langsung tak expect akan dapat box yang cantik macam ni. sweet kan ? benda tak seberapa pun, type of food je tapi *blushing*.. hahahaha.. ohh thank you. errrr gimik betul~~
Siapa yang Buta ?
Orang selalu kata Cinta itu buta. Tapi bagi aku, cinta tu tak buta, cinta tu suci, cinta itu hebat, ianya indah, lagi menenangkan. Tapi manusia sendiri yang buta dalam menilai cinta. Cinta boleh buat manusia jadi buta, cinta boleh buat manusia bertindak di luar kawalan. Memang cinta tu hebat sangat sebab boleh buat manusia jadi macam-macam. Tapi, manusia yang menggunakan akal dengan baik lagi waras takkan terpedaya dengan cinta, takkan jadi hamba pada cinta, takkan mengalah pada cinta, langsung takkan mengotori cinta tersebut. Aku tak tuju pada sesiapa, kadang-kadang diri kita sendiri pun boleh jatuh sebab cinta.
Butakah Cinta by Spring
Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya pendirian di hatiBukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang… aku curahkan
Buat mu seorang…Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu…Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa…
Terasa diri…di persenda…
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini…
Sesungguhnya aku… tak mengerti…Jika benar cinta itu buta…
Butakah mata ku…
Berkali terluka masih jua… ku menunggu…
Apa yang ku inginkan…
Cuma kejujuran dalam perhubungan…Jika itu tiada…
Apalah ertinya…
Penantian ini hanya sia-sia
Sekejap; aku pilih video ni sebab ada flute. Hehe.. suka flute
Aku pun tak tahu kenapa last two weeks aku asyik duk layan lagu ni. Maybe sebab aku dengar kat radio, pastu minta dari roommate, pastu aku sengaja layan. Phew~
Bila tengok lyric; aku pun tak pasti kena dengan situasi aku ke tak. Tak nak cakap la sesuai di pihak aku ataupun pihak lain. Itu no comment. Maybe kena dengan aku satu masa dulu. Lagu ni macam boleh bagi pengajaran pada aku, buat aku sedar hakikat sebenarnya, pihak mana yang salah, pihak mana yang betul. Arghhh, tak guna nak ungkit lagi. Kalau seribu tahun dah berlalu sekalipun, kalau masih ungkit juga, takde apa yang dapat merubah segalanya, ia akan tetap sama juga. Bukan ?
First highlight: memang kita ni selalu tak hargai orang yang sayang kita, orang yang buat baik pada kita. Kadangkala, orang tu buat baik kat kita pun, kita lagi nak sakitkan hati dia. Apa semua ni ? bila orang tu dah ada depan mata, kita saja hilangkan diri, kita jauhkan diri darinya. Tapi bila orang tu dah kecewa, dah jauh, kita pula yang terhegeh-hegeh datang cari balik, pujuk balik. Tak ke pihak yang kecewa tu terasa di permainkan, di persendakan ? sampai bila nak berada dalam situasi macam ni, bilakah drama ini akan berakhir ? memang, tak siapa yang mengerti.
Second highlight : kalau benar cinta tu buta, memang buta ke mata kita ? memang cinta tu dah buat kita buta habis sampai dah tak boleh nampak, tak boleh nak beza mana benar, mana dusta ? berkali-kali di lukai sekalipun, kita tetap tunggu orang yang dah hancurkan hati kita. Kenapa ? sebab cinta tu buta kah ? atau sebab cinta tu buat kita bodoh, dungu, bongok ?
Memanglah, semua orang harapkan kejujuran dalam sesuatu perhubungan. Aku pun mahukan kejujuran dalam sesuatu perhubungan. Kalau kejujuran tu takde, tak wujud dalam sesuatu perhubungan di antara kedua-dua pihak, memang takde maknanya nak teruskan, tak guna nak bersama lagi. Sia-sia, buang masa. Kalau kita mahukan kejujuran dalam sesuatu perhubungan, kita sendiri yang perlu jujur. Kedua-dua pihak perlu jujur. Kalau sebelah pihak je jujur, memang hancur juga hubungan tu. Kalau kita nak orang jujur dengan kita, kita dulu yang kena jujur dengan orang tu.
By the way, this is the first song aku pandai main guitar kot ? heeee~~ sebab chord dia memang senang.











