Posts Tagged ‘intern’

UPSM HUSM Friends

Rindu some of them. Rindu.. Some of them je. Bukan semua. Dan sangat tak rindu pada some of them yang !@#$%^&* hehe.. :P

First of all, my boss Din & kak Sah unit HRMIS. Memanglah. Mengadap mereka everyday sebab saya kat unit HRMIS kan. Diaorang la tempat saya share stories, share itu ini, macam-macam. Ahah.. how nice kan both of them ! heeee…

Boss Din

 kak Sah

Pastu; kita keluar pergi jauh sikit. Sikit je. hehe. Bro Zul. Hoho. Dia suka masuk dalam unit HRMIS pastu borak pasal bola with me. Almost everyday. Memang kat unit HRMIS ni la tempat berkumpul, bergelak ketawa, layan perasaan, bergurau, borak-borak, karaoke pun ada. Haha… bro Zul ni memang fanatic bola. Dan aura bola yang kami bawa ni membuatkan Boss Din & Kak Sah pun minat sama bola. Sampai diaorang pun kenal-kenal & tengok bola sama. Haha..

 bro Zul

Next; Fizz Fauzee.. Ohhsss lelaki macho UPSM…

 Fizz

Fizz & Bro Di

ok Bro Di. Abang kepada ex-schoolmate saya dulu. Yeah, we are bestfriend. Just like brother & sister. Selalu pape hal bagitau dia, luahkan kat dia. ahah. Nasiblah kena dengar & layan saya ni. Thanks ! heeeee.. Selalu story pasal isu semasa, pasal love story, tanya pendapat dia & bla bla bla… Banyak !

Bro Di & Bro Amir

Bro Amir pun ok. Dia banyak bagi nasihat juga la. Biasala, orang dah kawen, banyak pengalaman. His wife, Rosie.. She’s nice. Ni BLOG dia ~~

Next; Puan Ida Haryati Ibrahim Bey. Penolong Pengarah Kanan Unit Latihan, juga Penyelaras Latihan Industri. Pape hal refer dia. She’s nice juga. Tak sombong. Sophisticated. Suka dengar dia bercerita, share story with her & macam-macam. Thanks Puan.. :) Semoga berbahagia. I’m happy for you. U do the right thing. heee :)

Puan Ida Bey

Walaupun dah tak kat sana, tapi kitaorang still keep in touch, hang out together, minum-minum, makan-makan, dinner, breakfast, lunch & semua-semua la. Tak boleh bagitahu la dengan siapa, di mana, bila. Aderrrlaaaaaaa… Mana boleh bagitahu. Hal office, hal office la. Jangan masuk campur hal peribadi orang. Siapa pun saya, siapa pun mereka di luar, itu hak saya & mereka. Bukan ? Itu hak kami..

Others.. ada yang saya tak sebut nama kat sini. Tapi saya ingat je. ahah..

Thanks to you & you yang datang lepak kat TRW Station that night. ahah. Nice ! Thanks teman saya sambil kerja heeee..


Bro Di; He is my Bestfriend, also my Big Bro, my my my :)

Thanks for being nice friend to me :)

Filed under Uncategorized

Surprise Farewell Party

First of all, thanks to my dear kak KC for this surprise. Aduhs. Kak Atie pun sama. Madi pun sama, Saha pun sama walaupun tak dapat join that day. Juga staff UPSM kak Maria, Pendi, Afif, Amir. Semuanya sama. Sama. Sama sebab pandai sorok-sorok.

She is gorgeous kak KC :)

27 June 2011; Monday. Macam biasa, dapat YM from kak Atie ajak lunch. Actually dah biasa sebab kitaorang selalu keluar sama ramai-ramai. So tak pelik pun by the time kak Atie kata nak keluar lunch.

Not to forget, Jeri pun join sama. Jeri best sebab dia berkawan ngan player Red Warriors. He is also a programmer, officemate kak KC, kak Atie & Madi.

So diaorang plan nak pergi Restaurant Lazat Mesra kat Kubang Kerian. Saya ok je la kan. Tapi pelik juga why kak KC tak pergi sama ngan kitaorang ? Hanya Madi, kak Atie & Jeri je ada sama. Is like; ok lah. Jumpa kat sana.

Sampai je kat sana terus macam nak cari table mana nak duduk la kan. Ternampak satu meja yang dah siap terhidang foods. So agak, ooo table ni dah ada orang booking, nak pergi cari table lain belakang-belakang sana la.

Sekali; kak Atie ajak duk table yang dah ada foods tu. Erk. Apa semua ni ? Macam terkejut la kan. Dah siap booking ? Kenapa sampai 8 pinggan nasi sedangkan kitaorang 5 orang je ? Siapa lagi ? Pastu Tanya kak Atie & Madi, diaorang senyum-senyum. Tanya Jeri, dia cakap serious tak tahu ni. Ok saya percaya la sebab Jeri pun dah ajak last minute.

Tunggu punya tunggu. Macam berdebar-debar la juga. Pastu memang 1001 persoalan. Terharu pun ada. What kind of surprise actually ?

Sekali; sampai la my staff UPSM that are kak Maria, Pendi, Amir & Afif. Ohh hoo.. korang ni kan ! Tak lama selepas tu kak KC pun sampai; dan ini. Cuppycakes for me. Aduhs kak KC. You are so kind-hearted. Huwwaaaa..

Farewell :(

Nice foods, nice menu yang kak KC & kak Atie pilih. Mesti gabungan dua orang ni. heee comel je..

Memang saya terharu habisla. Sebab saya rasa diaorang layan saya special sangat. Diaorang staff, diaorang programmers, saya just practical student; tapi diaorang tak layan saya macam practical student. Kitaorang rapat, macam dah kenal lama. Sometimes rasa tak layak di beri layanan sebaik macam ni. Serious.

Gabungan staf Hospital USM; Unit Pengurusan Sumber Manusia + Unit Sistem Maklumat.. Heee..

The guys; 2 orang single, 3 orang berstatus bapa..

With the handsome guys :P

Saya tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni… Hanya Allah tahu apa saya rasa walaupun saya tak tunjuk depan korang macam mana perasaan masa tu.

I Love you Girls !

Dear friends; kita tak jauh kan ? Kita tak berpisah kan. Sebab kita dekat je kan ? Kita selalu keep in touch kan ? and please, please, please. Please always tweeting ! haha sebab saya sangat menyibuk nak tahu pasal korang. Saya suka korang banyak tweet. Rasa dekat. Tahu apa korang buat, tahu keadaan korang. Walaupun saya tak response, tapi saya baca. Really love to read your tweets.. So please tweets a lot :)

Kitaorang memang sama size. Haha

Bila kita buat baik dengan orang, automatically orang akan buat baik dengan kita. Thanks for being nice friend, thanks for being nice sister for me, thanks for being nice brother for me.


With the Programmers

I will always remember our memories.. :) ..

Filed under Friends

End of Industrial Training

Alhamdulillah. 27 June 2011.. Tak tahu nak describe macam mana feelings ni. Happy sangat-sangat, terharu pun ada, sayu pun ada, semuanya bercampur baur. Macam-macam jadi that day. Will story in next entry later.

Maka selepas ni; status saya bukan lagi seorang student, status saya bukan lagi practical student di UPSM HUSM, tapi status saya tetap masih single sebab belum kawen. haha

Syukur sangat semuanya ok. Rasa dah lepas semuanya. Pergi dengan cara yang baik. Saya tak rasa ni sebagai satu perpisahan. Sebab;

1. HUSM terlalu dekat dengan rumah. Is like; anytime pun boleh pergi.

2. Sekarang kan zaman moden; hi-tech. Boleh YM, email, Facebook, juga tweets ! haha comel kan. Tak cukup dengan itu, kita main-main check-in FourSquare. Yang ni lagi serious comel. Rasa macam selalu keep in touch, sebab kita tahu diaorang ni kat mana. ahah.

3. Kalau setakat nak pergi lunch sama, breakfast sama pun memang anytime. haha. Kan kan kawan-kawan, kakak-kakak, abang-abang, sayang-sayang semua ? heee.

Banyak nak story dalam entry selepas-selepas ini. Tunggguuuuu….

Memang sangat berasa lega once kita dah habis study, once kita dah complete our study. Seriously.

I feel free ! Heee.. Dah tak terikat dengan office hour. Biarlah selama ni slumber je juga keluar masa office hour. ehem. Sikit-sikit. haha.

Goodbye Buku Log

Freedom yaw ! :)

Siapakah yang saya paaaaaaaaling rindu, paaaaaaaaling teringat kat sana ? Sila teka :P .. Takpe. Kat luar pun boleh jumpa lagi kan ? Who knows :P jeng jeng jeng :P

Filed under Uncategorized

Intern : Menghitung Hari

Orang lain menghitung hari nak kawen sebab dah start cuti sekolah ni kan. Tapi aku menghitung hari cepat lah cepat lah habis intern. Please !

Reasons : banyak. Tak semua boleh cakap. Tapi yang penting; dah tak cukup energy dah nak ulang-alik office everyday. Oh my dear ! heeee…

Well, Alhamdulillah. Dah dapat result intern, dah dapat fully result, sekaligus dengan result tu la aku akan grad nanti. Alhamdulillah, thanks to all of you, to my boss, my lecturer & semua-semua yang terlibat dalam pembahagian markah lagi-lagi report yang aku submit tu. ohh walaupun sangat benci buat report tapi; begitulah. Dah selesai. Takde orang boleh pertikaikan pasal intern sebab semua dah dapat marks. So ?

InsyaAllah, will grad with 3 pointer above. Alhamdulillah. Akhirnya. Sebab mesti ramai Tanya berapa pointer. Jadi, ini saja jawapan aku. Memang tak senang untuk score 3.5 above for degree. Dan memang aku tak sampai 3.5 pun. Sekian.

Maybe ni last aku punya post pasal intern. Cukuplah kot. Sebab ada orang tak puas hati pergi belek semua older posts aku. Ohhh my stupid women ! hehehe.. Nanti boleh kira berapa percentage stupid tu. Baik buat kerja jangan makan gaji buta dari buat ketupat kat tempat orang lain untuk menadah dosa. ohhsss

Actually aku dah lama menghitung hari bila nak habis, bila nak habis. Rasa nak keluar cepat-cepat. I’m not a programmer. Haha. memang pun. Tak berapa minat buat system. Tunggu masa je nak habis. Cepatlah. Please !

Semoga lebih sabar menghadapi situasi ni. situasi apa ? errr.. macam ni; situasi yang mana kita tak kacau orang tapi orang suka kacau kita.

Mood : cepatla 27 June. I need some moreeeee rest. Weeeee ~~

Filed under Uncategorized

Intern : HUSM Week 20; Final Presentation

Week 19; First of all, Alhamdulillah everything’s fine. 5 May 2011; Final presentation in front of my lecturer, En. Che Mat Ismail, my supervisor Tuan Haji Anislan Yusof (Timbalan Pengarah UPSM), my very the sporting co-supervisor En. Kamaruddin Ismail (Pembantu Tadbir Kanan), En. Afifi Ismail (Penolong Pegawai Unit Latihan) and new staff that is also my senior back in school, Miss Wan Nur Fajrina Wan Azmi (Penolong Pengarah Unit Pengambilan)..

Thanks to all of you sebab tak putus-putus bagi semangat, support saya and always be my side. Memang agak berdebar sebab semua orang hebat-hebat depan saya, sedangkan saya hanyalah an ordinary internship student. Ramai pula yang join sama presentation. Hehe. Thanks to Gina sebab ada sekali. Kalau tak, saya sorang perempuan & memang malu sangat. Aduhs.

By the way, week 19 juga ada something yang kurang best. Ehh tak boleh nak story sini. Tapi saya tahu saya still berada di pihak yang kuat. I mean, thanks to my boss, them and oh my my my,  sebab backup saya. Come on lah, it’s just a small thing. Kenapa macam over sangat nak pertikaikan ? Sampai ada sorang ni Tanya “mana besar dia dengan dia ?” sampai kena jawab pula “iyerlah tengoklah anak buah siapa” .. saya just follow siapa supervisor saya, saya buat system untuk supervisor. Jadi saya tak rasa orang lain perlu masuk campur dalam hal ni. huhu..

Thanks to pada sesiapa yang macam push-up balik my spirit. Is like you have to face this thing wherever you are. Betul lah kan. Ni starting je baru. Cuma saya ni jenis tak boleh dengan orang yang takde, tapi lebih. Faham bukan ?

My Place

Week 20; Masalah report like seriously. Actually bukan  masalah pun, tapi saya yang bermasalah sebab tak buat elok-elok pastu buat lambat-lambat. Lecturer bagi masa seminggu suruh submit. Saya macam, oh my God ! bukan setakat tu, faham la kan bila weekend. Weekend je, terus tak lekat kat rumah, terus merayap sana sini hang out with family, friends sampai tak sentuh langsung pasal report. Itu rutin saya sejak belajar dulu lagi. Asal je weekend mesti saya enjoy dan tak belajar langsung. Weekdays baru buat kerja sikit-sikit. I’m a naughty girl, am I ?

Alhamdulillah, 9 May 2011 dah pos report. Rasa macam tak tahu dah nak guna pos apa sebab semua kena buat sendiri. Hoho. Pergi post office sorang-sorang (biarpun ada orang nak teman). Saja pergi sorang sebab mood tak berapa ok. takut nanti ada yang kena. Haha. pastu blur lagi, pastu rasa macam ahh biarlah. Pastu suddenly bro suggest guna jela courier TNTT. Haa bagus. Baru emo down sikit. Terus pecut pergi TNTT, pastu minum-minum dulu kat kedai sebelah (sempat lagi), pastu terus pergi TNTT. Ok, kat mana TNTT ni ? kat sebelah BSN Telipot yang dekat dengan SUK tu. actually TNTT tu kawan kepada bro ni. thanks aa tolong bro.

Alhamdulillah system getting ok. Cuma ada satu dua benda kena upgrade sikit. Rasa tak percaya pun ada juga. tu pun berkat kawan-kawan tolong, kawan-kawan kat PPKT banyak tolong juga. Thank you so much..

By the way, 12May2011 means yesterday la kan. I went to PPKT lagi macam biasa dah macam playground dah kat sana hehe. Oh k, pergi jumpa programmer kat sana nak settle pasal email notification ni la. Serious masa belajar tak pernah buat function ni sekali kena buat ni. jadi saya main buat je suka hati refer coding tu coding ni. ingat coding yang salah. Alhamdulillah coding dah betul Cuma email tak receive sebab relate dengan firewall proxy dalam server apa entah saya pun tak faham. Thank god. Nanti sikit lagi nak settle. Next week. Ok ?

Suddenly rasa macam, tegarnya saya buat semua ni ? aduhs.. bagus dapat projek system macam ni sebab memang lain sikit dari yang lain. dua benda yang quite tough untuk saya; calculation and email notification. Erm..

I know I can do it. Tinggal saja kena saya yang kena push diri saya sendiri, tak boleh main-main malas-malas. Seriously life saya ni suka enjoy je. Aduhs.. Kena serious la lepas ni..

Filed under Uncategorized

Intern : HUSM Week 18; Report

Week 17 and week 18 sama. Takde beza sangat. Buat benda sama. Week 17, tengok je la past entries. Cuma penghujung week 18 ni lain sikit. Lain sebab ? erm

Week 18 : lagi-lagi hari Khamis. Hari ni la. Tengah bosan ni. sebab tu boleh update blog. Ramai cuti kot hari ni. sunyi. Pastu bila sunyi, takde orang yang kacau aku macam hari-hari biasa. Mwahaha.. ehh rindu ?

Salah. Semua orang buat salah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku still boleh terima orang buat salah. Sebab aku ni simpan semuanya. Jadi terima je la. Tapi walaupun kita terima orang buat salah, tapi adakah orang lain terima salah kita ? –yang ni apa kaitan dengan entry ni erm ?

Pagi ni. just received two calls. Satu boleh cakap, satu tak boleh nak cakap sini. Yang boleh cakap tu, bila my lecturer called me. Aduhs. Aku dah agak. Mesti dua sebab. Satu lecturer nak datang, satu lagi nak suruh submit report by 8 May. Aduh.

How I’m going to do all these things, mana nak fikir yang tu, mana nak fikir yang ni. erhhh..

Report; apa khabar report ? tak tahu. Blank. Report nak kena ikut format macam buat yang final year project punya report. Korbankan waktu tidur & main game. Hoho..

System ? macam itulah. Email notification tak settle lagi. Masalah betul yang ni. tambah lagi satu.

And lastly, I need rest. Ingatkan takde final exam macam diaorang tengah exam sekarang ni maka aku lega. Tapi sama juga. pagi petang siang malam even tidur pun mesti termimpi benda sama, semua pasal study. Hoccayy fine. Aku dah tak fikir benda lain sekarang, cuma fikir pasal system, report, pastu presentation lecturer nak datang.

Three things yang menghantui diri ni sekarang ni. dah tak peduli-peduli benda lain (memang aku jenis tak peduli hal lain pun kan ?) .. thank god takde masalah peribadi yang lain. Alhamdulillah..

Evi, eda.. you need focus. Dulu kalau kat campus boleh buat kerja sama-sama dengan friends, study sama-sama, help each other, bila down diaorang bagi semangat, bila malas nak buat kerja diaorang ingatkan. Pastu boleh pergi mengadu kat lecturer pasal itu ini. Now, dah takde campus life macam tu dah. Rasa nak life macam duluuuu… Siapa nak layan macam diaorang layan ?

Rasa sebak kot. Rindu campus friends, rindu my beloved lecturers. Rindu nak tengok diaorang, rindu sokongan diaorang. Huarghhh..

 


Filed under Uncategorized

Intern : HUSM Week 16; My Blog ?

Makin hari makin macam-macam, makin banyak surprises. Dan memang makin.

Week 15; Sunday, 3 April 2011. Agak menggemparkan jugalah. Menggemparkan buat diri aku pastu orang lain. Bangun pagi nak pergi office, suddenly tengok traffic arrive from erm. Tengokla sendiri yang saya sempat print screen ni.

Macam terkejut juga la kan, siapa pula yang forward link my personal blog ni ? aduh. Macam tak sabar nak pergi office nak siasat, nak tahu email siapa.

Bila kat office tu terus dapat tahu la bila ada staff sana tunjuk that email. Link blog saya paling atas tau. The second one blog yang hasil kerjasama saya dengan EO kat sini juga. Oh k, fine. Sekadar sharing je pasal USM. Tak kisah pun, Cuma saya segan sebab tu kan personal blog, mestila tak formal, ayat mengarut-ngarut, pastu terus rasa malu semacam aaa..

Masuk je office, sampai la petang memang berderet-deret staf sini terjah masuk blog saya. Saya rasa nak close je blog, nak close je entry tu, tapi my friends cakap tak payah la. Biar je. Haaa naik traffic hoho. Traffic tak payah cakapla. Dah la ada photos saya, photos staff sini juga. Then, memang ramai la bagitahu pasal link blog saya ada dalam email, diaorang terjah sama masuk, staff yang ada dalam blog tu pun kena perli sebab ada photos diaorang sekali. Kalau kitaorang pergi mana-mana rasa orang pandang semacam. Haha. Tak pasal-pasal. kecoh juga USM ni sikit-sikit. Haha.

Sekarang buat tak tahu je la. Kalau orang cam kita dalam blog pun kita buat tak tahu je. Takpela, saya bukan staff sini, bukan lama pun kat sini. Saya pun tak nak masuk campur pasal forward link ni. Biarlah, biar. Habis cerita. Walaupun hari selepas tu ada lagi arrive dari source yang sama.

Gotong-royong UPSM. Saya tak terlibat pun. Tapi tolong tengok, tolong banyak cakap, tolong gelak-gelak, tolong ambil gambar macam takde kerja. System tak siap lagi pun. Umph !

Bagusla bila semua bekerjasama. Pastu buang benda-benda yang memang buat semak je. Oklah, ni UPSM. Specifically counter UPSM.

Counter UPSM

6 April : Just a short meeting, short discussing, pre presentation or what we call eyh ? Macam ni, suddenly saya punya system calculation menjadi, setelah seminggu lebih buat. Haaa memang usaha tangga kejayaan. Rasa macam magic pun ada. Pastu terus excited rasa nak present kat Supervisor aka Tuan Haji. During that time, rasa macam sangatla segan sebab saya hanya intern student, juga ada bersama masa tu Bos Din juga En. Afifi. Haaaa segan tahu tak, segan. Terketar-ketar kot cakap.

Alhamdulillah, everything’s fine. Actually tak expect pun benda ni akan menjadi. Sebab saya memang tak confident langsung buat calculation ni. Nak kena kira average yang macam questonnaire la. Erk.

Banyak lagi, macam-macam lagi berlaku. Tapi entah. Tak boleh nak story panjang-panjang. Full of Happiness hoho. Rasa macam ramai kot orang kat sana sayang saya, take care pasal saya. haha. Sometimes rasa macam di layan macam budak kecil pun ada. Nak itu, nak ini, request itu, request ini semua dapat yay ! Pergi clinic pun senang, nak jumpa doctor pun senang. Semua urusan senang. Thanks to all of you ! Sayang sangat orang-orang yang baik dengan saya, yay !

Filed under Uncategorized

Intern : HUSM Week 14; Blog UPSM

Sekarang mood blogging seriously down. Rasa macam useless dah blog. Rasa macam entah. Banyak sangat benda nak kena buat, nak kena fikir, pastu kan saya !@#$%^&** ..

First of all, sorry to followers, readers, visitors yang masuk blog ni tapi entry lama tak update langsung pun. Saya hanya mampu monitor orang masuk je, tapi tak mampu nak update blog sendiri sebab dah ada blog lain hahahaha ! Blog lain ? hoho nanti kita story ehem. Anyway, thanks sebab still support this blog walaupun saya tak visit you back erm.

Well, now dah week 14. Dah setengah perjalanan dah saya kat sini. Tinggal lagi setengah. Tapi tak puas. Rasa nak lama lagi.  Boss pun kata, tak nak bagi markah, saja nak sambungkan saya 6 bulan lagi kat HUSM ni, biar lama duk sana. hahaha. haip ! Kehadiran saya ni best sangat ke ? hehehe. Boss pun bagitahu mummy macam tu. amboi, takkan setahun kot intern ?

Everything’s fine. Alhamdulillah. Cuma busy tu memanglah. Nak lepak dengan kawan-kawan macam dah takde masa. Duduk mengadap laptop, datang pagi on laptop, on server, on mood, belek-belek coding pastu lastly saya pun jadi pening. Baru saya tahu betapa berharganya masa. erm. Still 100++ visitors per day. Thank you so much.

Last week dapat task lain. Selain buat system Questionnaire online yang mana saya telah stuck kat penilaian & calculation tak habis-habis, pastu dapat task manage blog UPSM. UPSM tu HR la, current office. Actually this blog was created by EO unit latihan UPSM. Dan tak pasal-pasal si Meow itu (juga staff sini) pergi suggest suruh blogger yang buat (means saya la). Amboi !

Seriously saya tak tahu nak design blog yang formal & skema. Sebab saya hanya tahu manage blog saya sendiri yang sangat gurlish dengan pinkish and childish macam ni je. By the time kena edit design office punya blog, saya rasa macam aduh ! Takut lah, takut. Saya kena ikut la apa staff sana nak. Tak boleh buat suka hati macam blog itu kita yang punya. Lastly, saya rasa macam design saya too bad. Bukan blog yang bad, tapi hasil kerja saya was too bad. Seriously.

http://upsmhusm.blogspot.com/

Ini je yang termampu buat masa ni. Benda nak rush, jadi idea pun tak datang-datang. Buat sekadar ada dulu. Banyak benda saya nak kena focus. Tapi saya paling relax masa design all those staff photos. Seriously sebab entah bersemangat semacam.

At first ingat EO unit latihan saja nak buat, atau paling tak pun orang UPSM yang nak create blog ni. Sekali, saya baru tahu yang orang paling atas kat HUSM yang suruh create blog for UPSM. haa terkejut tahu tak. Mujurlah saya tak berapa nak main-main manage blog ni. Ni pun saya tahu time keluar lunch with the staff unit IT, suddenly dia tanya “awak kan yang buat blog UPSM” hoho.. Actually, mari sini saya nak explain pada semua orang; bukan saya yang buat, tapi saya hanya edit sikit-sikit je. Tengok-tengok gitu je. EO unit latihan yang banyak buat.

With kak Maria

Di antara staff yang saya suka borak selain dalam unit HRMIS, saya juga suka borak dengan EO unit Kaunseling kat atas ni sebab dia suka kaunseling saya haha. Kadang-kadang sanggup balik lambat sebab saja lepak borak sama juga with other EO & CC. Ok, saya suka la dengan staff yang cool macam ni. Seriously. Memang saya suka bergaul dengan orang yang matang, tapi tak berapa nak ngam dengan orang macam budak-budak sangat.

Saya macam agak dah lama tak jumpa, tak lepak dengan kawan-kawan staff kat PPSP. Bukan lama lah, maybe dalam seminggu lebih gitu je. Tapi bila saya jumpa diaorang, tahu tak diaorang kata nampak saya macam “seroh” means kurus sikit sekarang ni. erk ? Maybe I’m too tired, need to think a lot of things and bla bla bla.

Today, 30/3/2011. Cantik jugalah date today. And today pun quite happy. Cuma kalau sakit jantung, dah lama kot pergi masuk CCU. Ialah, suddenly muncul depan mata kat pintu unit HRMIS. Rasa nak pengsan pun ada. haha. ceyceycey personal habis lah story kali ni. Takpela, bukan senang nak masuk story dalam blog eviSoraya.com hehe. By the way, just wanna wish a very congratulations to u. At first memang saya blur lah kenapa suddenly muncul, dan kenapa nak jumpa one of the staff here. Rupa-rupanya pasal that thing yang dia selalu story kat saya. Memang nampak lah your face macam worried & saya blur gitu je. Macam biasa, Evi blur ah Evi. haha. Although I’m not the one that very important to you, but still, I’m so happy. Always pray for your success and kawen la cepat-cepat. hehe. Saja :P

Do pray for me. Nak kena tulis kat buku log lagi, nak buat report lagi, buat system lagi. Saya juga perlukan masa untuk saya rest, masa untuk bercinta dengan pencipta, masa untuk bersama orang-orang tersayang family and friends.

Itu je untuk kali ni. Tunggulah entry yang penuh perasaan dari saya. Saya pun manusia biasa yang ada hati & perasaan. Dah lama tak cakap pasal perasaan kan.

Filed under Uncategorized

Melawat Tapak

Mari melawat tapak. Tak pasal-pasal boss saya & orang lain gelarkan saya contractor sebab selalu pergi melawat tapak dalam USM ni. haha !

Baiklah, terms melawat tapak ni bukan dari saya, tapi dari orang lain, dari kawan saya la. Saya ikut je dia pergi melawat tapak, sebab saya macam takde kerja tapi pada hakikatnya system sayatak siap-siap pun. haha.

Saja mengada-ngada nak jadi bodyguard, nak teman, nak tengok apa ada dalam lab, nak tengok system yang dia develop untuk both lab. Kali ni dua lab, that is Pathology & Immunology. Both lab macam sebelah-sebelah je pun.

Mesti ramai yang tak faham kan apa benda Pathology & Immunology ni. Mula-mula saya pun tak faham walaupun dulu memang ambil Biology pun, cuma tak suka. haha. Well, Pathology ni diagnosis of disease, relate to cells, tissues macam tu la. Kalau Immunology pula berkaitan dengan immune system of the body. Tak tahula nak explain macam mana lebih detail. Tapi tu general function la kot. Haha suka hati kau je kan !

Immunology lab saya macam boleh tahan lagi, tapi Pathology lab tak payah cakapla. Rasa nak pengsan dengan smell formalin yang kuat sangat. Duh !

Immunology lab

ok apa kaitan dengan system yang develop kat lab ? Memangla takde kaitan dengan saya sebab bukan saya yang develop. Tapi nama dah saya ni intern student, so saya macam boleh la nak survey system yang dah ada, yang baru develop, yang under maintenance kan. Can learn something new and unique. Lagi-lagi system hospital ni may be differed with others. Based progamming language is Java. Mantap ! LIS. Saja nak puji programmer dia. hahhaha..

A Programmer

ok, thanks to my friend sebab izinkan pergi bawa saya masuk dalam lab sekali. lalala~

oklah, malas nak story panjang-panjang. Ni pun update blog dalam keadaan yang tersangat mengantuk zzzzz. I need time for myself kot. erm..

Filed under Hosp.

Intern : HUSM Week 12; Perpustakaan USM

Rasa nak declare diri sendiri sebagai programmer sekarang ni. Seriously. Kalau dulu boleh buat system dengan friends ramai-ramai secara group, bagi-bagi module tu module ni, pastu anytime boleh tanya lecturer, tapi sekarang tak lagi. Dah tak sama dah. Masa intern, pandai-pandai awak la nak buat system sorang-sorang, ohh sebab aku sorang student CS duk HR. Lecturer pun dah takde, tapi takpe. Kita ada programmer lain. wakaka

Well, buat system ni suddenly jadi best. Jadi suka sangat. Jadi bersemangat tak tahu kenapa. Seriously. Bukan setakat kawan-kawan kat PPKT boleh tolong, tapi sekarang dengan staff sekali tolong. Ok fine then, sekarang aku dah ada office ketiga dah. Haaa office ketiga ni aku tak story lagi kan haha !

Unit Sistem Maklumat HUSM kat tingkat 8. Sini tempat semua programmer berkumpul. Serious best. Tapi diaorang punya system sangatla mantap. Diaorang guna Java buat LIS (Lab Information System), rasa betul dah. haha. Aku sampai sekarang pun buta Java. haha.

Bila ada problem, terus refer sana. Nama dah programmer, memang terus boleh solve the problems. fuhhh.. Aku segan sangat sebab aku punya programming tau la kan, hancus. erm.

Ok, tak nak cakap pasal tu lagi, now kita pergi ke Perpustakaan Hamdan Tahir USM. Haaaa sampai library aku pergi. Macam biasa pergi menyelam sambil minum air. Sambil cari buku sambil jumpa kawan. haha ! Juga nak pantau medical books macam mana ahah..

Medical books

Sorry to say lah kan, library USM sangatlah best. Tak boleh la nak compare dengan library campus aku dulu, tak baik pula kan. Tapi macam tu la. First time masuk, macam-macam perasaan ada. Sebab segan semua medical students yang pandai-pandai, pastu aku ingat ada buku medical je; Taaaaapi…. haaaa tengok sini

Programming Books

Bukan setakat medical books, programming books pun ada. Teruja bukan ? Dah la banyak choice. Selain programming, multimedia books pun ada. Ala-ala Faculty of Informatics ada sini. Padahal takde pun. haha !

Ni je la sempat ambil gambar. Tak banyak pun. Habis takkan nak pergi photoshoot kot kan kat sana. Ini library, buka taman bunga. ahah.

Bila aku pergi sana, ada staff kat sini bagitahu, “boleh dah tu pergi library, nanti boleh jumpa doctor yang tengah study” .. wakaka.. macam lain macam dah kot kalau niat macam tu. hehe.. Tapi aku takde pun pergi sana semata-mata nak intai ke nak apa ke. phew~

Rasanya library kat UniSZA pun aku jarang jejaki. Tapi macam rajin pula pergi library USM ni. Erk.. !@#$%^&*

Sumber gambar : iPhone 4. Ni tanpa edit. Ok ke tak ? ermmm…

Filed under Uncategorized