Posts Tagged ‘Hosp.’

Cousin’s Visit to HKL

Hello People !

Ok lah, nak story pasal first visit to HKL.. Last weekend, I went to HKL for the first time. errrr.. Sebab my uncle sakit & now stay kat sana. Uncle Pa, bekas Pengarah JPN Sarawak.

Actually memang I takut kan nak pergi hospital. Dah la tak tahu jalan kat KL, yelah I bukan duk KL. Sekali, my cousins Nona dah selalu selalu ajak. On Friday lagi she went there with other cousin, Kak Su. Then, on Saturday tu my cousin BBM lagi cakap diaorang nak pergi HKL lagi & ajak I lagi.

So, bila dah ada orang nak tolong bawa ni, pergi sajala kan. Sebab semua cousins around here dah pergi kot except me. Errr yelah, I kat selatan, memang la jauh sikit dari diaorang semua. So, terus pergi my cousin’s house near The Curve. Tahu sajala jalan kat Damansara tu macam mana jam je. Errr ok lah, I tahu jalan nak pergi OU & Mutiara Damansara. Haha. Jalan lain no way. Need to use my GPS yang bengong sikit tu. haha.

Sampai je sana, raaaaaamai sangat. Dah la parking jauh sebab memang takde parking. Exercise la kami berempat ni. Ow ye, kami pergi berempat. Sorang lagi tu cousin ipar. hehe. Sampai je kat lift, lift pun queue panjang kot. Apa lagi, naik tangga la sampai 4th floor I think. I main ikut je.

We are cousins !

Bila kat depan ICU pun ramai orang. Terus jumpa aunty & cousin. Borak-borak, lepak-lepak, gelak-gelak. My aunty ni memang funny & sporting je.

After that, Kak Su & I masuk visit my uncle. Sedih sangat sangat. ya Allah, semoga Kau ringankan bebannya. Ameen.. I senyap tak terkata. Rasa insaf menyelubungi diri. Sekarang kita sihat walafiat, tapi kalau Allah bagi ujian kat kita terlantar sakit tak sedarkan diri macam mana ?

Tak lama sangat stay dalam tu. Pastu keluar lepak with cousins & aunty. Pastu uncle & aunty lain also baru sampai. Ada juga saudara lain pun sampai. Ada sorang MakCik ni relatives jauh-jauh la, dia cakap my face sama macam my mummy. hehe. Terus dia cam I ni anak siapa.

Cousinsss

Dalam pukul 7 macam tu terus balik rumah cousin. Jalan agak jam kat KL that time. Tapi Kak Su memang gangster la while driving. haha. Ok, nice betul Volkswagen Passat Kak Su ni.

Sampai rumah cousin, lepak-lepak minum-minum jap, pastu pukul 8pm balik rumah. Jalan jam semacam kat Damansara that time, pastu hujan lagi. Memang I drive slow habis & memang agak lambat sampai rumah.

Semoga Allah ringankan beban yang di tanggung oleh my uncle. Semoga dia terus kuat & sabar. Ameen.. *so sad* .. Nanges nanges nanges..

Filed under Hosp.

Ayah; Discharged Ward

Alhamdulillah, today is Friday. Ayah dah discharged ward. Sebab nanti ada pula yang akan tanya “ayah kat hospital lagi tak ?” Soalan standard. hoccayy fine, saya baik nak jawab semua phone calls hoho.

Last Monday, 18 April 2011 ayah masuk ward kat KPJ. That time ayah sihat je actually. Dia tahu dia akan masuk ward petang Isnin tu, tapi dia slumber je pergi sana sini. Petang tu terus serah diri masuk ward. hehe. Kira ayah tak kena heart attack pun. But just for treatment la kan nak check jantung.

Angiogram is on Wednesday, 20 April 2011 at 12.30pm. That time saya kat office. Sebab rasa tak perlu kot take leave. Lunch hour keluar kejap pergi sana. After balik office, terus balik rumah kejap, tidur kejap (sempat lagi) pastu terus pergi hospital sebab adik & mummy tak balik rumah, diaorang tak nak tinggal ayah sebab after angiogram, ayah terus masuk kat ICU specifically High Dependancy Ward (HDW).

High Dependancy Ward

At first dengar ICU tu macam berat sangat kan. Tapi saya still cool lah. Macam ni. Sebab saya macam confident ayah ok je, ayah sihat. Padahal mummy & adik dah risau semacam. Cool dear, cool..

Sampai sana, macam biasa terketar-ketar nak masuk ICU. ICU kat KPJ tak besar mana pun & memang tak ramai orang pun. Masuk sana, mummy terus tarik-tarik heret-heret saya pergi dekat bed ayah. Ehh tahu bukan saya ni gerun. Lepas tu tak pasal-pasal buat drama kat situ sebab saya duk cakap ‘takut, takut’ sambil berhenti jalan, nak reverse balik. Mummy heret-heret lagi, ‘takpe, takpe’.. Haha ! ehh sumpah malu. Come on lah Evi !

Bila tengok ayah, memang gerun. Gerun sebab ya Allah ! Banyaknya wire. Serious tak boleh tengok wire macam ni. Ayah ok je, sedar je, biasa je. Habis kenapa ayah masuk sini ? Sebab kena lebih perhatian la kan. Jantung quite lemah after buat angiogram. Ada darah beku, sebab darah ayah macam agak pekat kan. Yang ni keturunan kot.

By the way, yang saya faham la kan, ada blocking sikit. Tapi dah buang kot. Ehh apa entah terms yang betul nak explain saya tak tahu. Seriously tak tahu nak cakap pasal medical ni hoho. Kat HDW just a night je. Then transfer to ordinary ward, Rafflesia Ward.

Konon jaga ayah. haha

That night saya & adik balik je tidur. Saya tak pernah tidur kat hospital pun selama ayah kat sana. Erk. Tak boleh pakai, tak guna betul anak perempuan sorang ni. Aduh. Mummy je stay kat sana masa ayah kat HDW. Tapi memang saya pun banyak stay kat hospital. Cuma tengah malam pukul 12am baru balik. Hari Khamis saya tak larat nak bangun, tak pergi. office. Konon nak pergi hospital pagi tu, tapi lepas Asar baru sampai hospital. Useless betul Evi ni hoho.

Alhamdulillah, ayah just need more rest. Thanks to all of you family and friends yang mendoakan ayah. Hope that he will be better. Ameen..

Kalau orang tengok saya, macam ayah tak masuk ward. Sebab saya relax habis.. Banyak berumahtangga di hospital. Tapi hakikatnya banyak juga lepak di TRW Station. Kan sebelah KPJ je hoho..

Filed under Hosp.

Ayah; Warded

Malas pun nak update pasal ni. Tapi macam kena. Sebab nanti ramai pula yang banyak tanya pastu buat saya macam kaunter pertanyaan. haha. Lepas ni, sila baca sini & harap jangan tanya lagi.

Bila ada orang SMS, YM @ call tanya saya kat mana, mestila saya jawab ‘hospital’. Lepas tu tanya buat apa, siapa sakit, sakit apa, bla bla bla.  Ok, fourSquare kan ada. Tengok je la saya check-in mana. Bagi yang takde fourSquare, sila sign-up fourSquare. ahah.

Duk hospital pun 24jam cakap phone

Ayah is Warded at KPJ @ Perdana Specialist Hospital. Nothing serious. Just macam medical check-up @ treatment je. Relate to blood & heart. Angiogram. That is. Ni second time buat Angio. First time dulu masa tahun 2008.

Hah jangan nak tanya angiogram tu apa pula ? Google sendiri. Saya bukan kaunter pertanyaan. Tolong lah. haha. Serious malas nak jawab soalan sama dari ramai orang. Aduh.

Alhamdulillah everything’s fine. Ayah sihat je. Cuma saya yang tak berapa sihat bila ayah takde kat rumah. Can you imagine, siapa nak prepare milo pagi-pagi. Saya tak pernah buat air sendiri pagi-pagi. Ala mummy buat tak sama macam ayah buat la. Ayah punya lagi sedap. haha. Dulu masa kecil-kecil, mummy cakap saya ni memang tak nak orang lain yang buat susu. Mesti nak ayah yang buat. Haha kecil-kecil pun dah mengada. Dah tua sekarang lagi mengada.

Bukan setakat tu, tapi pagi-pagi mesti ayah siapkan kereta terus. Kira saya turun, terus keluar tak payah susah-susah nak reverse itu ini. Mwahaha. Tapi bila takde ayah yang buat semua tu, haaa pagi-pagi kena buat sendiri, pastu terus naik angin pagi-pagi sebab nak kena buat sendiri. Adik, help me please ! Aduh.

Now penat sikit la this week. Not enough rest, not enough sleep. Bukan setakat office hours duk hospital, tapi lunch hour pun lepak sana, pergi sana. Malam pun lepak hospital, tertidur kat hospital. Tapi balik tidur kat rumah juga la. ahah. Walaupun Hospital Pakar Perdana takdela jauh sangat, hanya 4km je, tapi dengan jalan jam lagi aduh. Kan senang kalau ayah stay kat HUSM je. Senang tak payah saya pergi sana sini.

Masa kat hospital, saya macam biasa lah, ‘galok’. Bergurau dengan ayah, mummy, adik macam kat rumah. haip ! Bising betul saya ni. haha. Aduh. Sunyi juga bila ayah takde kat rumah. Sebab jarang ayah takde kan. Bila kat rumah, dengar kereta ayah, mesti ingat ayah baru balik. Padahal tak ingat ayah duk hospital :(

When tired, not enough sleep; ermm.. Mulalah saya emo kat sesiapa je. Sorry.. :P .. Next month, saya pula yang warded. erhhh…

Filed under Hosp.

Melawat Tapak

Mari melawat tapak. Tak pasal-pasal boss saya & orang lain gelarkan saya contractor sebab selalu pergi melawat tapak dalam USM ni. haha !

Baiklah, terms melawat tapak ni bukan dari saya, tapi dari orang lain, dari kawan saya la. Saya ikut je dia pergi melawat tapak, sebab saya macam takde kerja tapi pada hakikatnya system sayatak siap-siap pun. haha.

Saja mengada-ngada nak jadi bodyguard, nak teman, nak tengok apa ada dalam lab, nak tengok system yang dia develop untuk both lab. Kali ni dua lab, that is Pathology & Immunology. Both lab macam sebelah-sebelah je pun.

Mesti ramai yang tak faham kan apa benda Pathology & Immunology ni. Mula-mula saya pun tak faham walaupun dulu memang ambil Biology pun, cuma tak suka. haha. Well, Pathology ni diagnosis of disease, relate to cells, tissues macam tu la. Kalau Immunology pula berkaitan dengan immune system of the body. Tak tahula nak explain macam mana lebih detail. Tapi tu general function la kot. Haha suka hati kau je kan !

Immunology lab saya macam boleh tahan lagi, tapi Pathology lab tak payah cakapla. Rasa nak pengsan dengan smell formalin yang kuat sangat. Duh !

Immunology lab

ok apa kaitan dengan system yang develop kat lab ? Memangla takde kaitan dengan saya sebab bukan saya yang develop. Tapi nama dah saya ni intern student, so saya macam boleh la nak survey system yang dah ada, yang baru develop, yang under maintenance kan. Can learn something new and unique. Lagi-lagi system hospital ni may be differed with others. Based progamming language is Java. Mantap ! LIS. Saja nak puji programmer dia. hahhaha..

A Programmer

ok, thanks to my friend sebab izinkan pergi bawa saya masuk dalam lab sekali. lalala~

oklah, malas nak story panjang-panjang. Ni pun update blog dalam keadaan yang tersangat mengantuk zzzzz. I need time for myself kot. erm..

Filed under Hosp.

Intern : HUSM Week 10; Unit Perubatan Transfusi

Kita cakap pasal Week 9 dulu. Week 9 tak best lah. Seriously. Sebab telah mengetahui something yang tak best sekaligus mengganggu fikiran ni. But it’s ok. Thanks for those yang tolong, yang backup & yang bla bla bla. Sepertimana saya tak suka ambil tahu hal orang, seperti itu jugalah saya pun tak suka orang ambil tahu hal saya phew~

But it’s ok. Kita pergi mana-mana, kita buat apa pun, mesti kita akan jumpa dengan orang macam ni. Takpela, kesian sebab maybe takde kerja sangat sampai tak tahu nak buat apa. Macam saya, terlalu banyak benda saya nak buat sampai tak terbuat benda yang takde kaitan dengan saya phew~

Tapi week 9 juga ada yang best. Satu, dua tiga. Ok, tiga benda ke yang best ? Salah satunya sebab urusan di HUSM telah di permudahkan, Alhamdulillah. Thank you boss, Thanks supervisor, thank you thank you. Saya dapat apa yang saya nak kot ? ermmm.. Dapat. Walaupun ada orang tanya, “haaaa, boss bagi ?” Wakaka.. See the legs lah. ekeke..

Next; Unit Perubatan Transfusi aka Blood Bank !

Blood bank. Bank yang ada darah. Haha. Main-main sajala. Baiklah, trip minggu ni kita ke blood bank iaitu Unit Perubatan Transfusi HUSM, Kubang Kerian. Aku pernah story kan pasal blood bank sebab aku memang everyday pun parking kat Blood Bank, jadi mesti kena lalu ikut sini juga.

Haa kan aku dah cakap, untung tau duk USM, macam-macam benda baru boleh tahu. Phew~ Aku ni macam ala-ala medical students punya intern dah. Bukan computer science student punya intern. haha !

So pada kali ni, aku pergi teman staff sini nak derma darah sebab orang kat sini minta dia derma darah sebab ada patient nak guna. Darah kali ni just nak platlet je. Yang cecair color kuning tu ahah.

Jadi mari kita tengok suasana tempat derma darah. Takdela sama sangat macam korang derma darah kat luar. Sebab dalam hospital ni guna machine, pastu darah tu di tapis, di asingkan, pastu dapat la yang color kuning ni.

Mesin untuk derma darah. Taktau apa namanya

Ini hasilnya..

Ini katil. Katil pun color merah tau. Masa mula-mula masuk pun aku dah gerun haha. Tapi orang kat sini memang baik-baik lah. Atendant kat sini siap suruh aku tidur, relax atas katil sambil tunggu dia derma darah.

Aku pun apa lagi, memang terus landing atas katil ni tanpa ada perasaan. Suka hati aku je macam hospital ni mak bapak yang punya. Haha. Tanpa rasa malu, suka hati nak posing macam mana sebab staff situ semua perempuan, di tambah lagi aku memang tengah sakit perut dan tak sihat masa ni.

Bila tengok dia cucuk lengan tu, aku macam dah rasa semacam. Tutup mata, sekadar nak tak nak je tengok. Haha. Tahu kan aku sangat gerun dengan benda gini. Hope after this aku akan jadi kebal dan dah tak gerun dah. Sabar je la.

Gerun la cucuk cucuk wire sini situ

Erkkk.. Pasni unit mana pula kau nak pergi Evi ? Hehe

Week 11 : Aku ada office baru. haha ! Macam mana ey nak story ? Kira macam, second place tu kat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT). PPKT ni kat campus, bukan kat hospital. Jadi ibarat utara selatan la aku exercise pergi sana dari office aku. But it’s ok. Sana best tau. Kat sana memang betul life aku kot. I mean, sebab kat sana semua tempat programmer, network engineer berkumpul. ceyceycey macam la aku nak end up dengan programmer kan. Tidaklah.

Kat sana ramai intern students, pastu ada kawan aku yang aku kenal. Mix with them, semua buat hal sendiri & focus pada system. Ok, takde gambar PPKT. Nantilah. Kita snap photos banyak-banyak.

3/3/2011; hah cantik date ni. Memang cantik. Masa hari ni kan, ada something stupid happened. Seriously. Seperti yang di ketahui aku kan selalu parking kat blood bank. Tapi kalau aku keluar lunch kat luar, nanti after lunch aku akan parking kat foyer, kat depan. Nak jadikan cerita, punyala aku khayal, mabuk, hanyut macam tu je, aku pun pergi la jalan nak pergi kat car. Sekali, sampai sana baru aku teringat yang aku parking kat foyer depan. aaaaaa tahu tak sangatla jauh & aku kena patah balik ? Sedangkan foyer tu depan office je. Memang nahas betul la, penat, berpeluh, macam baru lepas jogging !@#$%^&*

Bila aku story kat kawan-kawan, diaorang gelak. Ada juga yang kena macam aku. haha. Pasni kena ingat la parking kat mana. Jangan sampai nak kena round satu campus USM sudah. wakakakaa

Filed under Hosp.

Rumah Mayat HUSM

Jom tengok rumah mayat kat HUSM..

Rumah mayat ni apa ? Rumah yang tempat simpan mayat lah. Ada peti ais untuk simpan mayat, ada tempat pembedahan mayat, unit forensik, juga tempat lepak kat lobby rumah mayat. Engkau lepak kat rumah mayat ? Haha !

Baiklah, pada suatu petang, aku saja pergi jalan-jalan, saja nak pergi lepak, sekali terus pergi rumah mayat. Sebenarnya everyday pun aku akan lalu kat rumah mayat sebab tempat aku parking kereta kena lalu kat rumah mayat. Jadi aku takde feel pun bila lalu situ. Biasa je.

Nak di jadikan cerita lagi, aku saja jalan-jalan pergi jumpa kawan. Pastu dia pun ajak lepak kat rumah mayat. Kawan engkau yang mana pula ni Evi ? Eh lantakla siapa pun, aku kan friendly, jadi aku berkawan dengan semua, kawan kat unit tu, kawan kat unit ni & macam-macam. Kan HUSM banyak unit.

Bila sampai kat rumah mayat, aku pun lepak kejap borak-borak. Pastu ada atendant yang jaga kat situ. Dia pun baik je, dia la yang menawarkan suruh aku pergi masuk tengok macam mana. Haha. Aku relax je, pastu kawan aku cakap kat atendant tu yang merupakan kawan dia, dia cakap “tak payahla masuk tengok kan tak pasal-pasal demam budak ni” .. Haha.. Aku relax je.

Pastu atendant tu pun pergi masuk dalam, pergi buka lampu. Dia pun cakap kat kitaorang dah buka lampu dah. Dia cakap, masa dia ada je boleh masuk, kalau dia takde tak boleh la. So ni la peluang nak masuk. Dia cakap lagi, masa masuk tu selawat la banyak-banyak, baca-baca sikit. Engkau tahu tak, bila aku masuk, aku terlupa nak baca pape. hahaha !!!!!

Pastu aku sambung lepak lagi. Pastu kawan aku tanya, “nak masuk tak ni ?” Aku macam, ok je kot.

Masa masuk tu serious berdebar. Mula-mula masuk takde pape sangat, cuma tempat memandikan jenazah je, pastu masuk lagi ada tempat peti ais. Pastu kawan aku pun tunjuk and tolak satu pintu bilik ni pastu dia cakap ni tempat pembedahan mayat. Dia tolak sikit pastu dia patah balik. Aku pun tak sempat nak masuk.

Bilik Pembedahan Mayat

Sekali aku cakapla dia ni penakut tak nak masuk kat tempat pembedahan mayat. Pastu dia pun patah balik duk kat pintu, aku pun pergi sama kat pintu, tengok, pastu ambil gambar. Haha. Serious aku takde perasaan sangat la.

Pastu pergi kat tempat sebelah tu, ada peti ais untuk simpan mayat lagi. Memang sunyi la dalam tu. Takde orang pun. Sekali bila dengar suara orang kat luar, kitaorang pula yang terkejut haha !

Tempat Penyimpanan Mayat

Kitaorang keluar, pastu lepak lobby rumah mayat balik. Aaaa.. Pastu aku pun balik office hehe..

Petang tu balik aku story la kat mummy aku pergi rumah mayat. Sekali mummy terkejut. Mummy risau semacam takut malam nanti aku kena pape. Mula-mula aku tak terfikir, sekali aku pun risau sama aaaaa..

Malam tu kan, borak ngan kawan aku. Tau dia cakap apa, dia cakap “awak tahu tak beranila awak masuk kat tempat pembedahan mayat. Orang lain kalau datang sini, takde berani masuk sampai dalam macam tu”

Erkkkk.. Aku terkejut gila hoccayy.. Kenapa tak bagitahu awal-awal ? Aku macam dah relax semacam dah masuk situ. Tak sangka aku berani habis aaa..

Jadi sesiapa yang nak masuk sini kena relax la, kena tough. Korang nak melawat tapak pun agak-agak la. Jangan jadi macam aku berani gila sampai masuk semua tempat dalam tu. Bagi yang lemah semangat, jangan awal-awal. Alhamdulillah aku tak pape.

Aku 6 bulan kat HUSM, jadi insyaAllah aku akan update macam-macam lagi k. Hari tu aku pergi melawat dapur HUSM, tapi tak sempat ambil gambar. Bersih je dapur sana. Jadi jangan ragu-ragu makan makanan hospital.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Filed under Hosp.

Intern : HUSM Week 8; Hari Bersama Pelanggan

Dah jadi rutin, dua minggu sekali mesti aku akan update pasal Intern. Week 8 means dah penghujung dua bulan, dah nak masuk bulan ketiga dah. aaaaa.. cepatnya ! kadang-kadang rasa cepat-cepat la habis intern, kadang-kadang rasa, biarla lama-lama kat sini, tak nak tinggal HUSM. haha. banyak maksud tu tau.

Baiklah, apa khabar week 7 ? week 7 so far ok lah. Masa awal-awal tu happy semacam masa on Sunday. hehe. Tapi takdir Allah tak siapa yang tahu, on Wednesday of week 7, something really sad happened. huhu. Biarlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Rasanya lebih jelas dalam satu entry tu. Then, on Thursday terus aku EL (lah sangat), tak datang office.

Permulaan Week 8; Alhamdulillah.. Kita bangun balik. Permulaan pada hari Ahad sungguh bagus. Prestasi menakjubkan. Seperti yang telah diketahui, telah di hebahkan, pada 13 Februari 2011 telah di adakan Hari Bersama Pelanggan USM di Dataran Pelajar Pusat Pengajian Sains Perubatan USM. Pelanggan means staff yang seramai hampir 3000 orang. haaa Dataran pelajar ni tempat Medical students, Pharmacies students lepak tau.

Hari bersama Pelanggan di anjurkan oleh aku tak ingat, tapi di sertai oleh Unit aku lah salah satunya. Pastu yang Unit kat campus pun ada. Tak ingat aaa banyak sangat. Yang aku tahu unit aku pula di sertai oleh HRMIS (aku), SMUS & E-Cuti, pastu My CPD apa entah. hehe

Masa ni rasa best la kan sebab boleh jumpa macam-macam orang. Eh suka tau mencapap macam ni. haha. Kira intern student dari unit aku, aku je la. Yang dua orang lagi ada hal ke macam mana. Tapi masa awal-awal pagi Rina & Nadia datang juga melawat tapak. haaa bakal pegawai kan diaorang ! hehe..

Muka awal pagi memang macam ni..

HRMIS ni aku tiga orang lah, iaitu bos aku En. Din, pastu Kak Sah & aku. Mula-mula aku & kak Sah pagi-pagi dah pergi dataran pelajar sebab nak main tampal-tampal HRMIS punya flow chart gitu. Nak Setup tempat lagi. Pastu aku pun dipersilakan duduk sama kat situ untuk layan orang yang datang. Fuhhh sumpah kena PR yang tinggi. Kalau tak, baik tak payah. Sebab engkau orang akan berjumpa orang yang peringkat umur macam-macam, pastu kes macam-macam, jawatan macam-macam, dan bangsa berlainan. Kena banyak sabar lah, macam aku. haha !

Ni first time involve with orang ramai. Sometimes jaga counter kat office pun takdela macam ni. Selama ni bos aku & kak Sah je yang treat customer pasal HRMIS. Mula-mula tu rasa gementar juga lah, asyik pass kat orang lain je masalah. Bila dah ramai sangat serbu unit kami, aku pun kena bertindak pantas lah. haaa macam-macam tau jumpa, nurse, atendant, doctor, sister, juru X-ray & macam-macam jawatan aku tak ingat.

Ini aku. Kat sebelah kanan aku yang pakai songkok tu adalah Tuan Haji Anislan Yusof. Beliau adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan Sumber Manusia), merangkap Supervisor aku. Hooray~~ Setahu aku, aku the only one yang supervisor adalah Tuan Haji, sebab students lain semua Penolong Pengarah (Pegawai Tadbir) yang jadi Supervisor. Bila orang tanya aku siapa supervisor, pastu bila aku jawab, semua macam, “haaaaaa ?” .. Special tak ? haha~~ Menurut bos HRMIS aku En. Din, dia kata Tuan Haji merupakan orang yang ke-4 dalam HUSM mengikut jawatan. erm.

Ni suasana awal pagi yang sangat awal. Baiklah, kat belakang tu bos HRMIS aku, En. Din. Yang baju biru sorang lagi tu Technician kat Unit aku. haaa tu nurse yang tengah meluahkan masalah tentang HRMIS.

Bawah Ni pula suasana yang memang dah ramai orang. Sibuk tau. Tak sempat nak toleh kiri kanan nak cuci mata. Memang tak sempat. Tengah hari pun tak rest, takde dah macam hari-hari biasa nak keluar jalan-jalan pastu masuk pukul 2pm lebih. Takde takde. Masa hari ni memang focus habis lah, kena banyak fikir nak selesaikan masalah & tak lekang senyum kat bibir ni phew~

Muka Serious. Shuppp ! Jangan kacau.

Kadang-kadang rasa bertuah sangat sebab di beri kepercayaan macam ni untuk involve dengan benda yang besar macam ni. Thank you so much to Tuan Haji & boss saya yang beri kepercayaan pada saya serta bagi banyak tunjuk ajar serta pengalaman yang susah nak cari macam ni. Benda bukan main-main. A lot of things I’ve been learned here. Engkau bukan setakat tahu pasal computer, tapi engkau juga tahu pasal office management, juga pasal hospital management. Banyak kan ? Jadi sesiapa nak intern, pilih la tempat yang besar macam ni yang macam-macam ada.

Ok, nanti buat Hari Bersama Pelanggan lagi tau sebelum saya habis intern heeeeee.. Ramai yang tak tahu saya hanyalah intern students. Sebab mereka seolah-olah macam ingat saya ni betul-betul tetap kat situ. Maybe sebab perwatakan saya yang matang & confident menyelesaikan masalah & menjawab segala persoalan mereka. Errr matang ? Saya tak tahu, tapi ramai orang kat office cakap saya matang, boss saya pun kata gitu tau.

Thanks Amir for the photos. Rajin betul ambil gambar pagi-pagi lagi.

Filed under Hosp.

Intern : HUSM Week 6

Hye people ! Aku di minggu ke-6 Industrial Training. Jadi apa kata aku selanjutnya ? ahh mari la kita tengok gambar. Kali ni banyak la gambar yang aku boleh upload ahah.

Hospital USM Building

Baiklah, 24 January merupakan satu insiden yang berkaitan dengan parking yang sangat aku tak boleh terima di akal. Takdela sangat, Cuma aku kena saman parking dengan alasan “Laluan lorong Bendahari” .. err macam kepala otak la sikit kot.

Aku punya office kat bangunan hospital, tapi di sebabkan parking kat bangunan hospital tersangat limited, jadi aku parking kat campus. Apa beza hospital USM & campus USM ? Hospital tempat orang sakit lah, tapi campus tempat study, ada medical students, dental students, pharmacy students & macam-macam lagi aku tak tahu.

Di sebabkan parking dekat campus, maka berjalan pun jauh sikit la, kena lalu kat specialist clinic. Punyala aku selalu parking tempat sama, orang lain pun parking kat situ, sekali aku yang kena. Aku tak rasa salah aku lagipun boleh je kereta lalu, aku tak block pun tempat orang.

Tempat aku parking dulu, Campus USM. Goodbye !

Aku takdela kisah sangat pasal nak kena saman tu, tapi aku sangat kisah bila aku kena patah balik pergi Pejabat Keselamatan yang lebih jauh dari office aku untuk settle this summon. Nampak tak di situ I have to walk back semua sebanyak tiga kali. Dekat pukul 6pm baru sampai rumah tau. Memang hampir nak menangis pun ada. Erh.

Di sebabkan insiden itu, terus aku jadi fobia, terus aku down satu malam tau. Esoknya terus pergi office awal, pergi mengadu kat orang kat office. Masa makan bersama pukul 10am, bila aku dah mengadu pasal parking, sekali ada tiga jejaka penyelamat yang telah menaikkan mood aku balik. Haa baik tau diaorang. Diaorang suggest tempat parking lain, yang jauh lebih dekat dari campus. Diaorang siap bawa aku pergi survey tempat tu lagi. Ahh baiklah korang semua En. Sham, Afif & Amir.

Jadi sekarang, masalah parking dah selesai. Aku dah parking tempat baru, ibarat timur barat dengan yang dulu. Cuma kena lalu kat bilik mayat masa nak pergi office. Haha tapi relax ah kan. Tak rasa pape pun. Be cool.

Tempat parking berbayar untuk Patient

Kita cakap pasal orang-orang kat sana pula. Macam biasa, ok. suka je. haha. entah. Aku pun malas nak comment pape. As long as takde orang nak kacau aku sudah. Frankly speaking, most women sangat sombong dengan aku. But, men are so friendly. Ahh nampak sangat perempuan suka dengki-dengki. Lantak engkau haha.

Sangat rajin buat kerja & lepak di counter

Intern students kat HRM ni three girls including me. No boys kan. Haa best tau. Well, sesiapa nak intern sini memang good lah. Sebab memang ramai sangat yang intern kat HUSM ni. tu belum masuk campus lagi. Campus tu hal lain, jadi aku tak tahu. Masa awal-awal dulu aku pernah juga la manage sikit pasal intern students yang baru nak lapor diri. Ramai ah ! unit Kejuruteraan & Penyelenggaraan, Dietetik, Farmasi, Fisiologi, Jabatan Hal Ehwal Agama & macam-macam lagi. Can you imagine memang hospital yang besar macam ni banyak department, banyak lab, ward tu tak payah cakapla, sampai tingkat 8 belum masuk ICU lagi, CCU, ah macam-macam la.

Ini kira macam gang aku jugalah

Mari kita tengok ward sikit. Sikit je, sebab tak pergi ward lain tapi pergi ward Di Raja u know. Haha. ini kerja Abg Wey & Abg Nor punya pasal la bawa kitaorang pergi sini kat tingkay 8. Sebab kitaorang yang ikut diaorang pergi dispatch. Best tau dispatch ! boleh jalan-jalan satu hospital & campus. Auw ! I likeeee…

Rina; Wad Di raja

Penat ah panjang-panjang, nanti-nanti lah. Ikut mood..

Filed under Uncategorized

Industrial Training

Sebelum apa-apa, aku nak cakap awal-awal yang aku memang intern kat Hospital USM, department of HRMIS; Human Resource Management Information System. Aku bukan nak all-out semua. Due to privacy memangla sepatutnya tak nak publish mana aku di tempatkan. Tapi sebab aku dah malas nak jawab orang Tanya. Penat.

Setakat ni takdela berat sangat. Ala, relax la. Belum sampai seminggu kan. Aku pun tak tahu apa kena buat. Nantila bulan depan baru aku ambil tahu. Haha phew~

Ok kenapa aku pilih HUSM ? err sebab dekat kot. Haha. lagipun nanti aku akan keluar dari bidang CS juga. tak nak lah. Aku ada plan lain. CS just for degree, for knowledge. Hakikatnya aku minat benda lain. tak salah kan ? ok sambung sebab-sebabnya; selain dekat, senang boleh duduk rumah, ada relatives, ramai yang kenal sini, juga insyaAllah senang dapat kerja sini (itu family la cakap). Bagi aku, aku akan keluar juga kot dari ni. tengoklah nanti nak buat kepala besar macam mana. haha. tak nak kerja terikat dalam office~

Apa special sangat duduk rumah yang dekat dengan tempat intern ni ? haha ! banyak tau. Memang special ah bila stay kat rumah. Rasa macam bukan umur 22, rasa macam zaman sekolah-sekolah dulu. Nak pergi office, mummy daddy bagi duit untuk makan. Pagi-pagi daddy buatkan breakfast. “evi, nak makan apa pagi ni, nak minum apa ? kena breakfast, nanti gastric” haa… kalau kat campus takdenya aku nak breakfast macam tu, takdenya orang nak paksa-paksa aku makan. Ahah. Pagi-pagi daddy dah siapkan kereta, tak payah reverse-reverse, terus pergi. Keluar rumah, masuk kereta, terus pergi. Dahla tak sempat habis satu lagu, dah sampai office. Haha.

Ok lah, my first day sana; pergi dengan two cars, satu daddy, satu aku. Sebab daddy pergi hantar & tolong cari parking untuk aku. Senang kan hidup di manja-manjakan macam ni. daddy siap hantar sampai office. Haha. bila lunch pula, haaaa aku sesat. Macam mana tak sesat bila aku jalan straight je macam robot tak tengok kiri kana sebab takut terpandang orang sakit kena tolak atas katil & wheelchair. Aku sangat gerun pasal hospital. Tolonglah.

Bila dah sedih-sedih tengah sesat nak pergi cari kawan, suddenly mummy daddy keep calling me. Ala bila dia dah tahu aku ni memang akan sesat dalam tu, diaorang dah risau semacam. Tanya dah pergi makan ke, diaorang siap guide aku mana nak pergi café. Ala, mummy daddy ni kan, dia buat aku macam budak darjah satu baru masuk sekolah yang tak tahu jalan nak pergi canteen ke mana. Padahal aku baru nak biasakan dengan suasana hospital. Ahah.

Sebenarnya aku busy dalam office. Nak blogging pun tak sempat. Jangan ingat aku takde kerja masa dalam office. Aku suka. Suka sebab ada benda nak buat. Suka sebab takde kaitan dengan coding. Suka sebab ada kaitan dengan computer juga. ahah. Entah pape la awak ni Evi !

Tentang staff & juga protocol di sana ? ah takde protocol lah. Bukan masuk istana. Masuk hospital je pun. By the way, masuk office pukul 8.10am, balik pukul 4.55pm. aku memang sharp gila ah waktu balik. Tension duk dalam bangunan lama-lama. Aku ni bukan jenis boleh duduk terperuk dalam bangunan. Aku pernah kan !@#$%^&* kat FB baru-baru ni pasal !@#$%^&* ni kan. Ala, kan kan. Yang ramai gila respon tu kan.

Haaaaa hari ni aku jumpa dia lagi. Rupa-rupanya orang sama. Tahu ke tak dia cakap apa ? dia datang dia cakap “ni nak cakap sikit. Kat sini masuk office, keluar office bla bla bla. Cuti tak dibenarkan. Kalau ada emergency case, sila inform. Lepas tu kat sini kena berpakaian sopan, formal.. Kat sini jangan duk saja je, jangan tunggu orang suruh, pandai-pandaila pergi cari kerja”

Ehh macam la hari ini aku tak formal, macam la aku tak sopan. Punyala aku pakai baju kurung macam pergi kelas biasa-biasa kat campus. Hayyo. Tak sukalah nada dia macam tu. haaa dalam telefon hari tu lagi aku tak puas hati dengan cara dia pasal parking. Apa dia ingat semua student datang naik public transport sampai dia macam !@#$%^&* bila aku tanya pasal parking. Lepas tu, pasal baju aku saja buat Tanya soalan bodoh “kena pakai baju kurung ey ?” dia jawab “kebaya takpe, asalkan formal” .. ehh sedap juga aku jemur dia biar kering sikit. Ahh aku ni dah start dah.

Pasal kerja; Buat apa aku nak cari kerja. Aku student CS, bukan student HRM. Tak payah ah aku nak buat kerja office. Kerja aku mengadap computer ah. Hakikatnya, dia taktau aku ni major in apa. Bila aku cakap kat dia aku student CS, bla bla bla, baru dia macam senyap & cakap nanti nak tanya boss.. haaaa boss pun tak kata apa, terus letak kat HRMIS.

Ada orang Tanya aku, kawan-kawan pun Tanya aku: “staff sana handsome-handsome tak ?” .. ok mari sini aku jawab. Entahla handsome ke tak. Aku tak tengok, tak pandang sangat. Tapi taktau la kalau lepas ni aku pandang. Haha. buat masa ni aku tak rasa nak pandang lagi. Doctors ? tak payah cakapla. Kalau pergi café masa lunch tu, memang bersih ah cuci mata. Siap pakai macam coat dia, sangkut stethoscope kat leher. Macam comel. Yang itu aku pandang, walaupun cuak ah tengok stethoscope itu. Itu belum tengok syringe lagi haha. nak pengsan ? phew~ Medical Students pun ada tau.. Best ah di kelilingi orang-orang macam ni. ahah

Setakat itu jelah. Aku pun tak tahu nak story pasal ni lagi ke tak. Macam malas. Entry ini sangat bosan. Lebih kepada luahan perasaan. Bosan.

Filed under Uncategorized

Aku Sangat Gerun

Aku sangat gerun dengan apa-apa yang berkaitan dengan hospital. Biasanya orang takut kat hantu kan. Alhamdulillah, setakat ni aku memang tak takut kat hantu. Tapi tak tahula kalau Allah tarik nikmat keberanian aku ni nanti. Kalau turun bawah sorang-sorang tengah-tengah malam pun aku ok je. Kalau tengok cerita hantu tengah malam sorang-sorang pun takpe.

Lagi satu, datuk aku kan meninggal tahun lepas & rumah dia kat sebelah ni je. Siapa yang pernah datang rumah aku, mesti dah tengok betapa scary rumah datuk aku lagi-lagi nenek aku duduk sorang-sorang. Macam diaorang ni, kalau malam-malam, takut nak pandang ke rumah sebelah ni takut ternampak bayang datuk moyang yang dah meninggal. Tapi aku relax je intai rumah sebelah ni tengah-tengah malam. Siap fikir-fikir kalau ternampak ke, apa ke. Aku relax je.

Tapi aku sangat alah dengan hospital. Bukan aku takut sebab hospital tu berhantu ke, sebab kat hospital tu ramai yang meninggal ke. Bukan bukan. Aku tak takut pasal mayat ke apa, tapi aku gerun dengan alatan hospital. Dengan jarum, pisau bedah, wire yang banyak gila, darah yang banyak serta yang berkaitan dengan semua tu. Macam pesakit kat atas katil dalam wad, aku memang gerun. Bukan gerun tak suka kat dia, tapi gerun sebab wire itu ini masuk kat badan dia.

Dulu masa datuk aku kat ICU, setiap hari, setiap malam aku & termasuk family aku semua ulang alik kat hospital USM. Lebih kurang 4 5 malam jugala duk ulang alik macam tu. Lastly, aku yang demam teruk lepas datuk aku meninggal. Aku jarang demam, tapi sekali demam teruk la. Aku tahan je pergi hospital. Pasal wad ICU, kira yang critical memang stay situ kan. Masuk HUSM sebab Hospital Pakar Perdana tak cukup alat for kidney. Sepatutnya kat ICU ada time melawat & di benarkan 2 orang je dalam satu masa kan. Time melawat hanya pada tengah hari & petang. Tu pun dalam sejam hingga 2 jam je waktu melawat. Tapi di sebabkan family aku ramai sangat & orang yang datang melawat pun ramai, jadi kami ni suka hati buat rules sendiri. Sampai malam pun suka hati masuk je. Memangla doctors & nurses tak berani nak bertegas, tak berani nak larang sebab datuk aku punya title kan. Aku tak la buat kepala sangat, tapi adala certain of them yang slumber je. Aku ikut je orang-orang tua. & mummy kata, confirm orang hospital dah cop dah family kami ni. bukan setakat tu, pada sesiapa yang mak ayah dia @ family dia yang kerja kat HUSM, mesti tahu pasal Raja Perempuan Kelantan (RPK) pun turut sama berangkat menziarahi arwah. So, semua staff HUSM lagi-lagi yang boss tu kena turun sama sambut RPK. Semua jadi kalut kat HUSM setiap kali baginda berangkat. Itu memang protocol la kan. One more thing, masa 3 malam terakhir masa arwah nazak pun, dalam pukul 2am jugala RPK pun turut berangkat sama & staff yang shift tengah malam pun kena ready la kan.

Sebenarnya aku kalau macam takde hal sangat, kalau bukan saudara dekat sangat, aku memang tak jejak kaki kat hospital. Even masa ayah masuk wad kejap kat Hosp Pakar Perdana pun, aku macam nak tak nak je pergi. Aku gerun sangat lagi-lagi ayah aku buat treatment apa entah yang berkaitan dengan jantung dulu. Mummy kerja, so mummy minta tolong habis pujuk aku supaya tunggu ayah sekejap je. Tapi aku masuk kejap & aku duk kat luar, biarkan adik aku yang teman ayah.

Last night pergi dinner kat The Red Warriors Station kat sebelah Hospital Pakar Perdana. Phew~ ramai sangat orang. Fanatic bola juga ey korang-korang. Then masa on the way tu, ada cousin aku called ayah. Dia cakap anak saudara kepada bapa saudara sabit aku masuk ICU. So, mummy daddy decide nak pergi visit terus after dinner. Aku dah cuak dah. Aku sabar lagi. After dinner, pergi la hospital kat sebelah ni. kebetulan pula kan. Aku tak masuk pun mula-mula. Then aku masuk kejap tak sampai 3 minit, aku keluar balik. Aku stay kat luar dengan adik & uncle aku. Tu pun aku tengok jauh-jauh. Aku duk jauh dengan katil pesakit tu. Masa tu aku pening dah sikit rasa. Dahla pakai long dress, aku rasa macam tak selesa habis. After pergi hospital, aku rasa macam lapar lagi (biasala banyak makan kan), & terus pergi supper roti canai pisang kat mamak spicy. Ala malam jumaat, live band takde kat sana. If not, memang ada live band kat mamak spicy. Phew~

Balik rumah, aku terus buang long dress aku tu kat luar bilik. Tak buat masuk bilik pun sebab aku gerun lekat-lekat bau ubat kat hospital. Aku tak boleh nak tidur sangat & aku rasa berdebar semacam. pening-pening pun ada sikit.

Bangun pagi, Alhamdulillah ok. Then, petang tadi my family including grandma & aunty nak pergi ziarah abang ipar kepada ibu saudara sabit aku. Then, pergi Pasir Mas kat rumah dia sebab dia dah balik from hospital. Mujur tak kena pergi hospital lagi. Actually, dia baru buat operation pasal jantung juga kot. Ow lupa, yang last night aku pergi ziarah tu pun, aku dengar-dengar cerita dinding jantung pun dah pecah & takde harapan lagi. Masa aku dengar tu, aku dah menggelepar dalam kereta. Adeiii

Then pergi Pasir Mas (lama aku tak pergi Pasir Mas), pergi rumah uncle yang baru buat operation tu last two weeks. Then masuk dalam bilik tempat uncle tu rest. Biasala, greetings semua dulu kan. Then ayah aku dah start Tanya macam mana operate dulu semua. Haaaaaaaaaaa ambikkkkk ko. Dia selak kain pelikat, then tunjuk jahitan dari betis & dia start cerita dah. Masa tu aku dah pusing kat lain, aku dah buat muka bercampur dengan aku dah sikit berdebar & pening kepala. That time adik aku dah pandang aku & dia terus bersuara & heret aku keluar dari bilik tu. Aku tak dapat buat apa-apa dah masa tu. Pastu mummy daddy explain kat diaorang la aku ni sangat tak boleh dengan benda macam ni.

Then aku duduk & lepak luar je. Kalau aku stay lagi, maybe aku dah pengsan kot. Lama tu, aunty ajak aku masuk balik dalam bilik sebab dia kata diaorang dah tutup cerita pasal operation. Bila aku masuk balik, baru je nak duduk, sekali dia cerita pasal gergaji tulang kat jantung apa entah. Phew~ aku lari keluar balik. Diaorang gelak je kat aku sebab aku gerun sangat.

So, senang cerita, kepada sesiapa yang tak tahu lagi & lepas ni bakal tahu la kan. Seriously, aku tak boleh dengar apa-apa berkaitan dengan hospital. Aku tak boleh tengok luka, tak boleh dengar cerita pasal sakit la, operate la, pasal tulang patah la, apa la. Aku tak boleh. Jadi tolong jangan story depan aku. Aku pun tak tahula macam mana nanti kalau aku nak deliver baby. Dahla aku nak ramai babies. Hehe.

Bila fikir balik, sakit ni bila-bila masa boleh datang. Jadi bersyukur la masa kita berada dalam kesihatan yang baik ni. Aku doakan supaya mereka semua cepat sembuh & semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua. Semoga Allah mengurangkan keseksaan serta kesakitan yang di alami. Ameen…

Err petang tadi dekat maghrib aku pergi jalan-jalan dengan ayah, ambil angin petang. Phew~ suka sebab adik aku tak ikut. Haha. Kalau aku jalan dengan ayah, mesti aku asyik pegang tangan ayah je. Phew~ nanti kalau aku kawen, agaknya memang aku tak lepas dah kot tangan suami aku. Tapi sekarang ni tak boleh la nak pegang tangan boyfriend kan, sebab bukan muhrim. Harammm…

Malam pula, dapat free tazkirah pasal hari kiamat dari mummy. Kira macam “tazkirah maghrib” la kan. Phew~ sampai aku lambat solat isyak. Tapi takpe kan, di kira majlis ilmu kan. Masa tu aku macam insaf la sekejap. Ehh kenapa kejap je ? adeii… aku rasa aku kena lagi banyak menghadiri majlis ilmu supaya aku tak pergi jauh lagi buat dosa. Supaya hati aku ni lembut sikit & tak langgar hukum agama. Harap-harap macam tu. Ameenn…

Filed under Hosp.