Posts Tagged ‘hang out’

First Visit to Pekan Mundok

Hello people. Weeheeheee. Greet pun dah gedik. Ahah.

Well, 21 Oct, I went to Pekan Mundok, Sungai Kolok, Thailand. Sempadan dengan Pasir Mas. I baru tau je tempat ni dalam awal tahun baru ni. Tak tahula dah lama ke, baru ke tempat ni. Tapi I je yang baru tahu.

And I don’t know why this place is so glamor. Seriously. Macam semua orang akan pergi sini, berpusu-pusu sini lagi-lagi on Friday, Pasar Minggu Mundok. So ? Macam tak kena la kalau I sendiri Kelantanese pun tak pergi kan. Best ke tak tu belakang kira. Yang penting jom kita explore apa special kat sini. Hoho

Pekan Mundok

I’ve planned to go there with my staff, The Red Warriors Station staff. Sebab kebetulan rumah chef dekat dengan Pekan Mundok tu. Haaaa habis I angkut semua cashier, waiter, bar, chef & steward. Hoho.

Plan nak pergi pagi la kan. Sebab hanya Friday cafe buka petang. So morning je la free. Kena pergi awal-awal sana sebab nanti takde parking & jam. So plan nak bertolak pukul 7.30am from my home, pastu nak pergi ambil my staff kat cafe pastu terus nak pergi Pasir Mas on the way ambil staff lain.

Two three days before nak pergi, dah plan. Errr a week before kot ? Haha. Nak pergi sana macam nak pergi mana entah. Padahal sana je pun. So a day before, diaorang dah start perli I. Ye la, it’s hard for me to wake up in the morning kan. Haha. Is like standard time pergi kerja pun pukul 11 paling awal. Wakakaka. So diaorang macam caya tak caya la I will wake up early. Teruk tau I kena perli dengan diaorang. Takpe. I will prove it to u haha.

Seawal pukul 7.45am I dah terpacak depan cafe tunggu my staff Din & MatMin. Diaorang pula yang tak sampai-sampai lagi. Hoho. Pastu terus menuju ke Pasir Mas. Sampai kat Tendong, ambil Afiq kat sana. Ahah. Ow k. Afiq bukan staff TRW. But he is a good friend of mine. Dia selalu datang TRW. Sebab dia ni di antara orang terpenting dalam KAFA. Sebab dia jaga ticket bola. Semua orang akan cari dia for ticket. Hehe. Memang glamor la dia. Ahah. My uncle pun sayang dia sebab he is a good man. Auw.

Sampai kat bandar Pasir Mas, ambil Deli pula. Pastu I’m craving for Nasi Kerabu. Deli pergi beli & on the way tu kitaorang stop kat satu gerai ni & makan-makan. After makan, since kak Fairuz & Fatin pun dah nak sampai, so kitaorang terus menuju ke Mundok. Takdela jauh sangat dari bandar Pasir Mas. Dalam 15minit je kot. Pastu jumpa chef Peja & Mamat, pastu terus sampai ke pengkalan Mundok nak naik perahu. Ahah. Sampai sana, memang susah nak cari parking. Memang full dah. Ramai sangat orang. Ehhh memang ramai sangat tak tahu nak cakap macam mana, apala diaorang ni ramai-ramai buat kat sana.

With Afiq & Din~ Naik perahu hoho

Ow k, Pekan Mundok ni seberang sungai sana. So memang kena naik perahu la. Nak berenang pun boleh. Sebab memang dekat. Haha. Air sungai pun tak dalam sangat rasanya. Ceyyy memandai je ahah. Tambang pergi RM1, tambang balik pun sama RM1. So pergi balik RM2 la. Ahah. Gerun jugala kan sebab macam ramai dalam satu perahu hoho.


Kat sini macam kampung sikit. Tanah pun macam merah-merah. Konsep macam jual-jual macam kat Rantau Panjang la. Macam-macam ada. Bukan setakat pakaian, kasut, bag, toto, bears. Tapi juga ada jual beras, sayur, also gerai makan.

Pergi sini tak perlukan passport. I pun tak tahu kenapa padahal Mundok ni dah di kira Thailand. Penjual kat sana pun memang ada orang siam & cakap siam.

Air dalam Pasu Tanah Liat

Harga barang-barang kat sini agak murah la. Bagus la. Memang save budget. Ahah. Tapi I banyak cuci mata & takdela shopping apa sangat pun.


Kalau pagi-pagi memang tak panas sangat. Bila dah tengah hari memang agak panas. I pun dah start pening kepala sebab asyik duk melayan diaorang ni. Memang kena buli habis la dengan diaorang sebab I’m the only girl. Ohhh hooo

Pusing-pusing sampai dah tak tahu nak pusing mana, maka balik. Lagipun sebab para jejaka ni nak solat Jumaat pula. Ahah.

Tengokla next time kalau berkesempatan, maka pergi lagi. I enjoyed my first trip with my staff. Hohoo. Pasni kita nak pergi mana pula staff TRW ? Ahahh

Filed under Uncategorized

Pre-Monsoon Cup 2011

Menghilangkan kepenatan & stress di Kuala Terengganu sambil layan perasaan, sambil nak tengok training Monsoon Cup. *excited* .. Sambil nak privacy actually. Biasala, Kota Bharu tak privacy. huhu.. Susah juga hidup macam ni.

I went there on 8 October 2011. The day after friendly match with Songkhla FC. Lepas je game malam tu, lepas je penat handle event untuk players, esoknya terus pergi berjalan-jalan berehat-rehat di KT. hoho.

Actually dah bertolak lambat je juga pun to KT. Biasala, I kan suka bangun lambat. Sorry. Harap maklum. Hanya yang mengerti yang boleh terima I macam mana although have to wait for me hoho.

About 10am++, terus bertolak to KT. Sampai dalam pukul 12pm++ .. Terus lunch kat Nasi mamak Mayang Village kat Mydin Mall. Ohhh I likeeeee. Double like. My fav. Nyum ! weeheehee…

Then, I went to TTI saja lepak-lepak. Ambil angin tengah hari yang panas. Pastu meet Rais; staf TTI. Kawan lama I la. Ok, Selamat Pengantin Baru to him on 15 September. Masa tu I dekat nak convo, so tak dapat nak pergi. Thank you again sebab bagi kami naik Cruise free lagi. wohooo.. He is a nice friend. Dah banyak kali I naik cruise. hoho.

 On TTI Cruise

Walking around, having some talk. How I love this situation. Kan ! How I wish Kota Bharu pun ada tempat lepak macam ni. So boleh lepak-lepak with beloved one ! weeheeheee..

Next; we went to Bytes Cafe Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa. I just miss our memories last three weeks erm. Just a simple hi-tea there. Nice view & I really love that. Tenang.

Bytes Cafe, Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa

Quite Sunny day. Hot. But I really enjoy this place. Capture some photos. Sorry, tak boleh la kan nak publish semua. ahah. Macam biasala, private & confidential.

In front of Marina Building, RYH Marina Resort & Spa

Petang dalam pukul 6pm++ terus balik KB.

errr… I ni kan, kalau sebut pasal KT, sangatla excited. Sangat suka. Tak tahu nak cakap macam mana tapi macam itula. So how ? hehe. Suka bila pergi tempat yang kita suka dengan orang yang kita suka juga. Means, double *suka* :)

Filed under Uncategorized

My First Tutti Frutti

Orang lain dah lama pergi Tutti Frutti berkali-kali banyak kali selalu-selalu. Tapi aku; baru sekali. *kesian*

Kota Bharu Outlet

Ok lah, Tutti Frutti baru ada kat Kota Bharu. At least ada dari takde. Kat KL tak payah cakap la kan. Tutti Frutti buka kat sini since early of September. Tapi aku, 4 October 2011 baru dapat pergi. Itu pun curi-curi keluar waktu kerja. Mwahahaha. U know how busy I am kan ?

I went there with adik & my staf; Dayah. Dayah ni kawan adik aku juga sebenarnya.

Tak banyak flavor sangat pun, tak banyak choice sangat pun. Tapi ok lah. Takdela aku menggilai sangat this frozen yogurt. Biasa. Lebih suka  Baskin Robbins kot. Errr memanglah. Tu kan ice-cream. Beza kan. Weeheeheee..

So aku main ambil je apa mahu. Tak ingat dah apa nama flavor. Tengok macam best, maka ambil.

The price; for me agak mahal la. Tak tahu bagi orang lain. sebab Tutti Frutti ni dia kira macam dia timbang berapa berat yang kita ambil tu kan. Tak pasti berapa 100gram. Tak ingat dah. Standard price la Tutti Frutti ni kalau macam dalam gambar tu dalam RM15-RM17.

Ok, kat mana Tutti Frutti kat Kota Bharu ? Tutti Frutti ni kat Queens Park, Taman Perbandaran Tengku Anis. Kira tempat ni bukan tempat aku hang out la. Memang jarang & sangat-sangat jarang pergi area sana. Sebab jauh jugala from my home.

Concept kedai ni ok la, simple. Takdela besar sangat kat sini. Tapi memang selalu ramai orang. Hoho.. memang hebat la, memang bagus la owner Tutti Frutti sini sebab dare to open the outlet here.

Hope that one day ada Baskin Robbins here. weeheeheee

Filed under foods

Lama Dah Tak Macam Ni

Khamis 22 September 2011; Dinner with family at Grand Riverview Hotel, KB. Ok lah, just nice. At D’Brasserie GRV.

Semua menu sama, Chicken Chop with Mushroom Sauce

Dessert pun not bad lah.

********************************************************************


Jumaat 23 September 2011; Aku cuti. Cuti weekend. Cuti. Memang gembira bila boleh cuti. Sebab aku tahu kerja aku tak berapa nak ada cuti..

Bila cuti, maka boleh bersenang-senang bangun lambat.

Bila cuti, maka keluar tu tak cuti. Mesti keluar. Petang after Asar, keluar with dear pergi TRW kejap hantar duit pastu pergi Sri Cerana Restaurant Terapung makan-makan minum-minum borak-borak, spend time together, jauh dari masalah, jauh dari semua orang. Tenang tengok air. Hooray~ Cantik tau this place. Ala, takde gambar pula hish.

Malam after Isyak, hang out with mummy. First kitaorang pergi Wau Restaurant. Macam biasa ah ramai. Ok, dah lama tak dating dengan mummy macam ni. Ehh seronok ! Only me & mummy..

Roti Bakar Milo

Sekarang Wau Restaurant kan macam ada menu baru. Actually before ramadhan lagi kot menu baru ni. Cuma aku yang lama tak pergi. So this time nak try semua new menu there. hehe. Bestnya. Tunggu hoccayy..

After that, we went to Grand Riverview for liveband. auw you ! I Likeee… Serious dah lama tak macam ni sebab busy. So sekarang, aku nekad nak life aku balik. Tak kisah.

I love the new liveband here. Is like a group. Bukan just a singer macam dulu. Pastu sekarang makin cantik kan hotel ni sebab dah renovate. Modern Style. wow.

Masa duk layan tu, sekali aku macam duk terfikir nak lagu my fav tu la, Dadali- Di saat aku Mencintaimu. Sekali, orang tu nyanyi. auw. *aku inginkan dirimu datang dan temui aku* :)

Hope that; this will be everlasting. Ameen..

Filed under Uncategorized

Convo; Pre-Celebration

Ok, seperti yang telah di ketahui, insyaAllah akan convo pada 17 Sept ni. insyaAllah.. Alhamdulillah… Semoga semuanya berjalan dengan baik. Ameen..

Convo; UniSZA. Siapa nak join sama ? hehe.

Alhamdulillah. Di tengah kesibukan kerja, business, Red Warriors, Piala Malaysia, bla bla bla, Alhamdulillah saya masih sempat settle few things untuk convo ni. Juga sempat shopping few things for Convo. Ye lah, masa ramadhan kan saya busy & tak sempak shopping.

Maka, 12 Sept 2011; ni kira mini pre celebration lah. So what ? Haha.

ok, ini saya & Dayah merangkap staf saya, merangkap assistant saya. Sekarang dah ada assistant, senang nak pergi mana-mana minta tolong untuk teman. Tapi kesian dia dari pagi sampai petang ikut saya, pastu kerja sampai malam pula. hehe. Thanks dik.

Me & Dayah

Muka sangat teruk. Saya tak sihat, saya demam. Tapi saya kena gagahkan diri ni juga sebab nak settle banyak benda.

By the way, we went to Palm Terrace Cafe, Renaissance Hotel Kota Bharu bersama sorang lagi kawan. Pergi lunch. Tak ramai pun orang kat sana. I’m not so into here lah. Tapi tak tahu kenapa pilih sini. Walaupun saya tahu sini line tak clear pun. Saya tahu. Tapi saya gamble. haha.

Lama juga la lepak sini, borak-borak, sharing is caring, bla bla bla. Dekat dua jam juga kot.

Kami makan; Nasi goreng Wakaf Che Yeh, Bolognaise Spaghetti & Mee Mamak & also with watermelon juice. Not bad lah. The place pun privacy. hehe.

Ok, saya menahan tak sihat. Rasa macam aaahhhh.. Hidup tak terurus few days ni erm. Sabar je lah. Mix up semua benda dalam perkara. Tak lain tak bukan, pasal kerja. Second; convo.

Muka tak sihat. :( :( :(

Lepas tu, nak balik. Ada kisah. Huargh.

ya Allah, thanks sebab tolong selamatkan aku lagi kali ni. hehe..

Masa nak balik, stop kat reception jap sebab ada nak ambil paper. Pastu saya dah agak dah, masa kat atas lagi saya agak macam saya rasa macam silap-silap mesti terjumpa *aling*. Sebab saya tahu saya tak patut macam ni. Masa tu mata dah melilau ke Lobby Lounge. Heyy siapa tak takut babe ? Kebetulan masa tu kawan ada hal & cakap dengan kawan dia, so saya & Dayah terus keluar. Sampai main entrance; haaaaa ambik kau ! *aling*. Huwwwaaa…. Terkejut gila sampai tak terkata. Mujurla dia tak sempat nampak pape yang tak patut, siapa bersama saya. Dia terus datang & tanya “buat apa sini ?” Saya tak tahu nak jawab apa sebab takut sangat, so terus tanya “ling, nape tak call ?” .. “busy ni, ni pun ada meeting jap kat dalam” .. “ok, Ling pergi KL bila ?” bla bla bla terus tukar topic.

Padan muka saya. Padan muka saya. Padan muka. Dah tahu Renaissance tu tempat *aling* selalu meeting pasal business & jumpa client dia, tapi saya berani juga pergi.

Haaaaa. Korang-korang nak buat pape be careful la. KB is a small town. Tapi; syukur sangat-sangat sebab Allah masih selamatkan. Hanya beza sesaat je. Macam drama pun ada. Dah buat salah, jumpa orang yang kita buat salah, pastu terus berubah air muka ni. I know *aling* pun tak puas hati. Tapi dia tak tanya lebih-lebih.

By the way, happy ! Waiting for moreeeeeeee convo celebration. ahah !

Filed under Uncategorized

Cousins Night Out

Masa raya baru ni, selalu selalu, everynight hang out with cousins. Ohh cousins. You light up my life ! heee

Kitaorang girls tiga orang je. Kesian. Ramai guys. Budak-budak. Takpela. hehe.

Cousins

We went to First Station Coffee Shop kat Kota Bharu. Err tak tahu jalan apa, tapi dekat je dengan KB Mall. Di sebabkan malam raya banyak kedai tutup maka ini la tempatnya.

The Guys. Semua single. hehe

Oklah, my cousin Haziq ni memang slumber hanya pakai kain pelikat & sleeveless. Haha. Lawak betul budak-budak ni. Penat duk gelak & layan diaorang ni je. Macam-macam ada.

Next; tak cukup makan-makan minum-minum lepak-lepak kat First Station, we went to Mc Donald’s pula. Hish. Ice-cream then ! ahah. Tapi budak-budak ni makan je semua yang ada. Tak mengenal erti kenyang.

Mc Donald’s

Walaupun raya, semua cafe/restaurant pun full. haih. Pening tengok. Tapi happening. yay !

The next night ni tak best sangat. Still ramai cousin join tapi ? Sebab the place. Semua crowded. Hish. Lastly lepak kat Golden Bean Kopitiam. Raaaamai kot !


Kami cousins; cucu-cucu Charlie; We are Blackberry gang ! Hoho. Wanna BBM us ? haha ! Ada lagi yang lain-lain. Baru aku perasan memang pencinta Blackberry betul diaorang ni. haha ! Semua ada. Bold, Torch, Pearl, Curve.

:( .. Nak macam ni lagi. Wanna have fun with you all ! Love you all ! :)

Filed under Raya

Berbuka Puasa with HUSM Programmers

Hye ! heeee… I’m so happy ! Happy sebab diaorang datang berbuka dengan saya. Happy tengok wajah-wajah diaorang. I Love them so much !

7/8/11 ~ Kak KC with her two kids Erin & Rania, kak Atie, Mady & Abe Ha..

Walaupun dapat jumpa kejap, dapat berbuka puasa je, tapi dah cukup buat saya happy heee… Thanks for coming dear !

*Sweet Sour Fish

*Sayur Campur

*Butter Prawn

*Sotong Celup Tepung

*Sizzling Tauhu

Nyum-nyum.. So, people out there, come & berbuka puasa here.. :)

The Red Warriors Station @ Kelantan Trade Centre..

Filed under foods

Sunway Pyramid; Blogger meet Footballer

Three days here in Subang tak banyak pun keluar sebab banyak tolong family sebab ada baby kan. Heee.. Nak kena prepare foods for kakak lagi. Ahah.

And today is the last day I’m here. Tonight will fly back to KB. Berat hati ada, suka nak balik pun ada. Akhirnya saya lepak sorang-sorang macam ni layan perasaan. Aduhss.

Petang Jumaat semalam, sempat keluar kejap sebab plan nak jumpa friends Zati and Meerah. Diaorang stay kat Shah Alam. At the same time saya pun nak jumpa footballer sebab now diaorang Red Warriors ni kat Shah Alam tunggu game Ahad ni heee. Sedih tak dapat pergi eventhough diaorang family ni plan nak pergi.

Ice Skating @ Sunway Pyramid. Cukupla sekali try dulu. Tak nak dah

From Subang, I’m driving to Shah Alam, pastu terus pergi Sunway Pyramid. Jalan tak jam sangat sebab masa tu pukul 3pm gitu kan. Dalam masa sejam dah boleh sampai Shah Alam and Sunway Pyramid. Masa on the way tu kan layan lagu Rossa Ku Menunggu. Haha. Macam kena je lagu ni dengan diri sendiri oopsss.

Lepak kejap sambil tunggu friends datang. Entah kenapa la diaorang ni lambat pula. Rasa segan pun ada sebab first time pergi tempat public gini dengan footballer. Ooppsss footballer mana kena rahsia. Tak nak la kecoh. Dia footballer, saya pula blogger. Mujurla ramai gang blogger lepak kat Mid, bukan kat Sunway. That time tak ramai sangat kat Sunway, ahh pandai kan pilih tempat line clear haha.

Err which footballer ?

At the same time footballers lain ada dua tiga orang pun ada lepak situ. Haha. Saya blur jalan masa tu dalam Sunway Pyramid tu. Can you imagine tempat dah biasa lepak, main ice-skating situ sekali saya macam kabur tak nampak pape dan hati dupdapdupdap all the time aduhs.

Tak lama pun lepak dalam tiga jam je. Before balik makan Mc Donalds jap pastu terus keluar from Sunway Pyramid. Masa tu dah maghrib. Nak keluar Sunway Pyramid tu pun memang jam ah. Federal Highway macam biasala. Sebab kesian kat saya, saya hanya familiar dengan federal highway. Haha. Terus balik singgah Shah Alam lagi. Meerah pun nak balik KB malam tu juga huhu. Saya ni macam koya sikit masa drive tak tahu kenapa sampai terlepas exit pun ada haha. Lempang diri sendiri ekeke.

From Shah Alam terus balik Subang. Dah malam masa tu. Tapi hati ni macam tak nak balik. Haha. Alamak kenapala ni. Driving alone back to Subang malam-malam memang menguji keberanian. Tapi Evi memang daring pun kan huhu.

Sekarang update blog pukul 3pm++. Memang rasa nak pergi Shah Alam lagi ni tapi tahan sebab takut tak sempat nak packing barang lagi nak fly tonight. Erm.

Ada apa kat Shah Alam yang buatkan hati ni memang nak sana lagi. Haha. Selama ni takde pun macam ni sebab saya selalu kata Shah Alam tu jauh. Sekarang, jauh tak jauh saya ulang alik sorang-sorang juga huwwaaa. Ku rela ekeke.

Sabarlah. Isnin. :) .. Banyak lagi gambar lain, tapi tak boleh nak publish. Bahaya huhu.. Biarlah RAHSIA.. ekekeke..

Posted with WordPress for BlackBerry Smartphone.

Filed under Uncategorized

Pesta Thai 2011

Hye.. Few days tak update blog. Busy. hoho.

Kebetulan gang saya masa sekolah dulu yang sekarang study kat UIA tengah cuti. So diaorang ajak la lepak-lepak makan-makan macam biasa-biasa berjalan-jalan sampai tak ingat dunia sampai ayah call baru balik haha !

Huda & Wawa

So Huda ajakla pergi Pesta Thai kat dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu Kelantan. Kat mana dewan ni ? Dekat dengan sebelah Perpustakaan Awam Kota Bharu dan juga dekat dengan Stadium Sultan Muhammad ke-iv. Rasanya memang every year ada Pesta Thai kat sini. Ada apa kat Pesta Thai, best ke tak ? Ada jual-jual barang Thai, pastu mestila ada Thai Foods. hoho

Dengan niat memang nak pergi makan je, of course ! I’m a foods lover and also Thai Foods Lover. Memang dah niat nak makan macam-macam.

The Booths

Sampai je sana terus rambang mata tak tahu nak makan mana satu. Tomyam Kung pun yer, Pulut Mangga pun nak, Nasi Kerabu pun nak, pastu nampak ada Kerabu Mangga, juga ada Nasi Khaumok & macam-macam. Nak semua ? Over Evi ! haha

Nasi Kerabu Thai

Pusing punya pusing macam susah sangat tak tahu nak makan apa. Finally terus pilih Nasi Khaumok sebab dah lama tak makan. Last makan pun masa kat Kuala Terengganu dulu. Memang addicted to Nasi Khaumok la dulu-dulu. hoho. Nasi Khaumok ni macam mana, best ke tak ? Ok, memang best la. Nasi Khaumok ni senang cerita macam nasi briyani Thai lah. Pastu macam ayam berempah gitu, juga ada sup & sambal lada yang best.

Nasi Khaumok

Pastu ada teh tarik Thai ? Saya pun tak tahu apa nama. Tapi teh dia macam pelik sikit colour. Actually orang yang jual ni main tarik-tarik teh macam biasa je. Pastu kitaorang macam nak ambil gambar & minta dia buat show tarik-tarik. Saya ingat main-main. Sekali dia buat show tarik-tarik macam lama juga & various style. hahaha..

Teh Tarik Thai dari Pattani

Pastu yang agak special kat booth Seafoods, kat sini ada telur isi tiram ? Apa entah exactly nama saya pun tak tahu. Cuma nampak macam ada tiram letak dalam telur tu. Biasa makan telur isi ketam je sebelum ni. Maybe ni lebih kurang je kot ?

Telur isi tiram

Ok, rasa nak makan lagi please ! Sebab tu saya suka pergi Golok, Yala boleh makan SukiYaki & juga Hat Yai. Thai foods best aaa ?

I’m a Malay Foods Lover + Chinese Foods + Thai Foods + Indian Foods. Tapi saya tak berapa dengan western Foods. Typical Asean la juga saya ni kan ? erm..

Filed under foods

Morning Dim Sum & Evening Rantau Panjang

Ada dua slot;

Morning Dim Sum

Good Morning people. Dim Sum Craving. Had some Dim Sum and Salted Chinese Fried Rice at Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. So tasty. Ahah. Thanks Huda & Wawa. Weeee… Lepas ni memang selalu mengidam nak makan Dim Sum sini dah.

Nama pelik-pelik aku tak ingat. Tahu makan je

Kat mana lagi Dim Sum kat Kota Bharu ? errr… Do inform me yay !

Evening at Rantau Panjang

Kalau sebut Rantau Panjang, semua orang tahu tu tempat shopping yang sempadan dengan Sungai Golok, Thailand. Kat sini nak beli periuk Belanga pun boleh, pinggan mangkuk cantik-cantik, baju pun boleh, handbag, slippers, shoes & macam-macam. Apa lagi yang ada kat Rantau Panjang ahah.

Rantau Panjang

Entah macam mana, aku suggest kat diaorang pergi Rantau Panjang. Like no place to go dah. ahah. We all pergi with Huda’s car. Masa pergi dah lewat dah jugak. Berapa jauh dari Rantau Panjang ke Kota Bharu ? it’s about 40km jugalah. Takdela jauh sangat. Setengah jam pun boleh sampai sebab jalan macam highway je. ahah.

Jalan-jalan around the Rantau Panjang. Takdela round semua tempat. Macam penat juga. cuci-cuci mata, beli apa yang patut, and Ainni seriously craving for ‘Lok Ching’ .. what’s that ? haha. tapi memang best pun. Zaman-zaman sekolah dulu selalu makan. Sekarang susah nak cari. Tapi kat Rantau Panjang banyak sangat ‘Lok Ching’ ..

Various Chocolates

Kat mana nak beli chocolate murah-murah selain kat Langkawi ? haaaa kat Rantau Panjang ni ada. Seriously murah. Various types of chocolates at The Zon Duty Free Like Daim, Ritter, Mars, Hershey’s, Toblerone, Celebrations, Bounty & chocolate yang pelik-pelik yang aku tak berapa nak tahu sangat. I’m not so into chocolates. Tapi satu saja yang aku paling suka, that is MilkyWay. Hoorayyy.. paling suka yang ini dari dulu sampai sekarang.

My Favvy

Kalau nak bagi hadiah chocolate, bagilah MilkyWay ini padaku. Hehe MilkyWay ni macam susah juga nak cari, kalau kay supermarket biasa memang takde. Kalau ada pun macam kat Cocoa’s Tree kat airport, pastu kat Duty Free punya kedai macam kat Langkawi, Rantau Panjang & kedai-kedai macam gini lah. Ahah.

Next, prayer stop at Masjid Jubli Perak, Rantau Panjang. Aku dah pernah update kan pasal Masjid ni dalam entry bulan October lepas.

Masjid Jubli Perak

Last place, dinner. Dinner kat Restoran Thai-Malay Rantau Panjang. Tak jauh dari Masjid Jubli Perak. Sini punya foods, phew. Tomyam dia first class ok. for me, sini paling best TomYam kat mana-mana kedai yang aku pernah jumpa.

Nice Tomyam..

Ainni’s Nasi Goreng Thai-Malay.

Filed under foods, Friends