Posts Tagged ‘fun’
Twin Towers @Live 2013
Saturday, March 24, 2013 – yeah, I went for this concert Twin Towers @Live 2013 KLCC. First of all, thanks to my friend, Nadea for the ticket !
Rasa macam tak percaya pun ada actually. And of course I went there for Backstreet Boys. Tu je yang paling nak tengok. Hello ! Backstreet boys depan mata kot. How excited I am kan ! Been adore them since I was 8 years old you know ! Haaaa berbelas tahun lepas kot. Tapi lagu-lagu diaorang still in my mind.
Actually this concert sempena Formula 1. Memang penat sangat sebab tak cukup tidur hari Sabtu tu. tapi kuatkan juga sebab BSB punya pasal.
Our happy faces..
Petang tu pergi lepak KLCC, makan-makan, cuci mata. Ehem ! Ramai Mat Salleh & Arab guys handsome-handsome weh ! haha. biasalah, nak buat macam mana. Memang taste & berkenan dengan orang macam ni. Simpan dalam hati sajala. Kehkehkeh.
After Maghrib baru kitaorang masuk concert tu. Masa tu memang dah ramai semacam la. Sabar saja la. And yeah, KL is hot ok ! mula-mula tu takdela best sangat. Ada la few shows, pastu baru start artis yang best. Ada One Nation Emcees, Miss Nina & 2NE1 I tak kenal. Haha.
Masa BSB part yang paling best. Don’t know how to explain. Started with Incomplete. OMG ! Melting habis. Macam tak percaya tengok diaorang depan I haha. also all others songs yang memang feeling habis. Tahu saja la kan BSB punya songs macam mana. I pun tak tahu macam mana I boleh tahan berdiri dalam keadaan panas macam ni dengan ramai orang. Haha ! enjoy.
Drowning.. My favorite song when I was 14 years old. Ok I ingat ok bila I suka all those songs..
I can’t imagine life without your love.. ~~ Keeping drowning in your love..
And yeah, we sing together & memang sakit tekak habis. Suara pun dah serak. Kalau part yang sweet tu, lagi la kuat nak menjerit. OMG OMG OMG. I’m wet, I’m sweating, lack of energy ! haha. Mana yang tak dapat tengok tu, boleh search kat YouTube BSB Twin Towers 2013. Almost all video ada.
Brian !
And of course Brian ! Dalam BSB memang I paling minat Brian. Tak boleh nak explain macam mana bila Brian yang nyanyi. Haha. Half crazeyh kot that time.
Tapi sekarang, Nick lagi handsome. Sorry to say but it is the fact. Makin tua makin handsome. Melting habis tahu tak tengok Nick. Memang most of the concert dalam kepala ni asyik ingat Mr. White Polar Bear yang jauh di sana. Haha. Ini baru Nick depan mata. Tak tahu kalau Mr. White Polar Bear depan mata I nanti. Pengsan terus kot. LOL. Excited semacam !
Nick BSB
Other songs :
As Long As You Love Me; I don’t care who you are, where you’re from, what you did, As Long As You Love Me..
Quit Playing Games With My Heart, I’ll Never Break Your Heart, Show Me The Meaning of Being Lonely, Larger Than Life, Everybody & etc.
Kali ni, semua yang asal ada. Brian, Nick, Kevin, Howie D & AJ ! complete ! actually memang I berdiri dekat sangat dengan stage tu. macam hanya 1.5metres from them. Memang boleh tengok sangat clear. Huwa Huwa. That’s why la dapat photos yang sangat clear macam ni. haha.
Mt. Penanjakan & Mt. Bromo
Sekarang mood berkobar-kobar nak update blog. Walaupun dah two weeks ago balik from Surabaya, tapi macam lama sangat baru nak update blog betul-betul. Weekend ! Boleh duduk diam-diam mengadap blog. Kalau tak, jangan harap la hari kerja nak sentuh blog ni. hehe.
Dalam banyak-banyak tempat kat Surabaya, tempat kali ni I betul-betul nak highlight. Subhanallah. Tak tahu nak cakap macam mana betapa indahnya ciptaan Allah. Let’s check it out.
Mount Penanjakan & Mount Bromo ni terletak di selatan Surabaya. Kira-kira 4 jam dari Kota Surabaya. Kat sini memang tempat tumpuan ramai tourist. So kalau datang Surabaya, is like memang you all kena datang sini.
Hari tu kitaorang datang sini kitaorang book package. Masa tu I book two weeks before fly. Basically memang bahaya juga la book nak dekat-dekat pergi ni sebab selalu full kat sini. Ni pun nasib baik dan rezeki kitaorang dapat stay kat one of the chalet in Bromo. Survey punya survey, (google je dalam internet) maka terjumpa la satu package ni yang agak menarik. So I contacted him via email & booked this Bromo package. Package ni sangat berbaloi, murah & memang ok semuanya. Korang boleh tengok kat http://www.bromosurrounding.com/ and tourist guide tu nama Adi.
To contact Adi : email to adiyoschi@yahoo.com . Adi ni sangatla baik, friendly dan sangat menjaga kitaorang perempuan bertiga ni. Memang package ni selamat dan sangat berpuas hati. Dan memang kitaorang tiga orang sangat berpuas hati dengan package trip ni.
Yoschi Hotel, Bromo
Actually kitaorang tambah lagi satu tempat nak pergi before pergi Bromo. So on the way nak pergi Bromo, kitaorang minta nak singgah ke Taman Safari Indonesia II macam dalam entry sebelum ni. Balik dari Taman Safari, kitaorang terus menuju ke Mount Bromo. Masa tu sampai dah dalam pukul 8pm. Macam dah lambat juga la. Dan memang sejuk. So Adi booked Yoschi Hotel untuk kitaorang. Sampai kat sana, dah penat ingat nak tidur terus sebab esoknya kena bangun pukul 3am kan. Tapi tak jadi nak rest & tidur sebab masa kitaorang sampai tu, ada liveband kat cafe Yoschi Hotel. OMG ! Tahu bukan I ni gila liveband macam ni. Macam cool gila ok atas-atas bukit macam ni, malam-malam macam ni, sejuk & suasana tak rasa macam duk kat Asia. Sekali ada liveband yang pula nyanyi English songs lama-lama. So kitaorang pun lepak kat cafe & makan.
Liveband at Yochi Hotel
Apa perasaan I masa tu ? Tak tahu nak cakap macam mana. Yoschi Hotel ni nice & memang selesa. Berkonsepkan Bali & clean. Dengan suasana sejuk macam tu, wow ! Sambil layan lagu, duk feeling-feeling & memang bahagia sangat hehe.
Kitaorang punya room ni unique. Sebab two single beds kat bawah & another one single bed kat atas. Which is kitaorang punya bilik ni macam two storey la. Di sebabkan dah sejuk so memang takde kipas pun dalam bilik ni. Sebab memang sejuk.
Seperti yang di ketahui, pukul 3am kitaorang kena bangun sebab nak pergi tengok sunrise kat Mount Penanjakan yang tak jauh sangat dari Bromo. Kitaorang kena naik Jeep 4 Wheel Drive untuk naik ke atas sebab kereta biasa memang tak boleh naik. Bukit tu memang tinggi dan jalan nak ke sana kena tempuhi macam-macam juga jalan macam padang pasir. Memang adventure tapi memang happy.
Sampai kat satu point tu, semua kena stop kat situ dan jalan kaki naik ke atas puncak Penanjakan ni. Maka berjalan la kitaorang ni naik ke atas ramai-ramai dalam gelap. Sampai kat atas, baru Subuh dan solat Subuh kat situ. Haaaa masa solat Subuh ni kenangan yang memang I tak boleh lupakan habis. Subhanallah. Indah sangat.
Sunrise on top of Mount Penanjakan
Sudah solat subuh, matahari on the way nak keluar. Masa tu dalam pukul 5am kot ? Memang pukul 5am tu dah nak cerah kat sini macam pukul 7am. Tapi kitaorang tak nampak sangat sebab berkabus. Dan memang sejuk !
View of Mount Semeru
Pastu kitaorang lepak kat situ, tengok Mount Semeru. Dari Mount Penanjakan ni memang kita boleh nampak Mount Semeru. Mount Semeru ni gunung tertinggi di Pulau Jawa. Memang tinggi pun dan cantik.
With Adi, our tourist guide
Lepas tu, kitaorang turun from Mount Penanjakan untuk pergi tengok kawah gunung Berapi Bromo. Actually Mount Bromo ni memang gunung berapi yang masih active tapi takdela bahaya pun. On the way turun dari Mount Penanjakan ni, satu lagi view yang sangat cantik. Subhanallah. Sekali lagi tak rasa macam duk kat Indonesia. Rasa macam duk kat New Zealand je. haha.
Nice view. Subhanallah
Happy faces
We ride on this Jeep
I’m too Excited ! haha
Lepas tu, bila dah sampai kat bawah kat kawasan berpasir, kitaorang pun kena berjalan & naik tangga untuk ke puncak Mount Bromo untuk tengok kawah gunung berapi tu. Yang ni betul-betul menguji kekuatan mental & fizikal. Actually korang boleh pilih sama ada nak naik kuda @ berjalan kaki ke tangga Mount Bromo ni. Tapi sampai kat tangga, korang memang kena naik tangga. Berapa anak tangga ? I tak sure, tapi kalau tak silap dalam 250 anak tangga ? Can you imagine
The Horse
Let’s climbing this mount !
Actually bila dah half way tu memang dah tak larat dan give-up. Asyik-asyik stop. Hello ! Kena panjat tangga kot. Huwa Huwa. Tapi kami gagahkan juga untuk naik sampai atas. Alang-alang dah sampai macam not nice je naik half way. Haha Biarlah walaupun penat macam nak pengsan. Bila dah sampai kat atas sana, Subhanallah. Sekali lagi I sangat-sangat terpegun. Inilah kekuasaan ciptaan Allah. Sampai I terduduk, diam & tak bercakap dengan sesiapa. Merenung ke dalam kawah, merenung di sekeliling kawasan gunung berapi ni. Allahuakhbar. Kekuasaan Allah tak tertanding.
The Smoke
On top of Bromo
So dalam pukul 8.30am macam tu turun bawah, dan bersiap untuk balik ke hotel untuk breakfast. Package ni diaorang bagi sekali dengan breakfast. On the way nak balik tu dalam Jeep, I boleh siap lena tidur. Tak faham macam mana boleh tidur lena. Haha. Dengan jalan yang tak rata & berliku-liku tu. Memang penat sangat kot.
Actually tak sangka pun I berjaya naik sampai atas. Sebab I kan bukan jenis yang kuat bersukan ke apa kan. Tapi tak sangka I sekuat ni untuk naik sampai atas. Memang perlu stamina yang kuat dan semangat tu yang penting. Haha. Macam tak percaya pun ada. Memang trip yang sangat challenging.
From Bromo with Love
Betul lah orang kata, pergi la berhijrah, pergi la kat tempat orang. You will learn something new. Bukan setakat belajar sesuatu yang baru serta lain dari yang lain, juga dapat lihat ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Tengok dengan mata, berfikir menggunakan akal, merenung ciptaanNya. Subhanallah. Memang tersentuh hati ni. Betapa hebatnya kuasa Allah. Ini baru sikit yang kita tengok. Kuasa Allah meliputi seluruh alam.
Thank you Adi & Pak Supir
That’s all from me for this entry. See you in next entry.
Goodbye Bromo !
Pre-Christmas Party
This is a pre-Christmas party. Ah ha.. Let’s check it out.
Last week on Friday Dec 7, 2012; I went to Production Services Christmas Party, also in my office. Haha. Actually tengah kerja masa tu. Pastu my senior suruh pergi. Since kitaorang ni kerja tak boleh nak tinggal kan. So I pun pergi la dengan team lain.
The game
Was a very fun games there. Dan paling best bila dapat kenal ramai orang. Haha. Can you imagine, selama ni mesti kita curios orang ni macam mana, yang tu macam mana. Lagi-lagi bila selalu contact via MOC and phone. So bila pergi sana. mix with all teams, so now I know. hehe.
Actually nak pergi kejap je. Sekali sebab fun kat sana, maka terlajak sampai dua jam. Haha ! Mujur masa tu kerja tak busy. So boleh la spend time kat sana. Anyway, walaupun ramai yang baru I kenal kat sana, tapi ramai lagi juga yang tak kenal. Sebab yang gang busy juga yang critical team yang banyak emergency issues tu pun memang tak turun join sama. hehe.
Well, what can I say. That Friday was a very happy day to me. Yeah. Sampaikan I lupa nak pergi ambil my car masa tu sebab syok sangat duk layan Christmas Party. Haha. Pastu secret admire hantarkan kat car after balik kerja. Not a secret anymore. Hehe.
And another one thing is, siapakah yang I selalu nampak masa kat surau ? Haha curious gila bila jumpa orang sama everyday masa pergi dan balik surau tapi tak tahu siapa dia dan hanya tengok dan senyum sikit-sikit. Haaa sudah.
Be happy. Smiling all the time
*wink*wink*
Weekend Holiday to Penang Island
Hello People..
Ah haa.. I just came back from Penang Island last night. Still penat. Two days & one night holiday on Weekend very awesome. Penat tapi enjoy. I went there with my two girlfriends.
Penang Bridge
So pagi Sabtu tu terus drive to Penang. Before that lepak-lepak borak-borak with friends sampai tak sedar dah lambat. haha. Heading to Penang and the journey tooks about 4 hours + stop kat R&R Tapah lepak-lepak makan-makan. Nice fruits here. Nyummy !
Sampai Penang around 1pm & terus pergi lunch kat my favorite Restaurant. Before this kalau datang Penang memang akan selalu pergi this restaurant. Later I will story everything about foods in next entries. hehe.
Tanjung Bungah Beach
So we stayed at Naza Talyya Hotel Penang kat Tanjung Bungah. It is between Batu Ferringhi & Gurney Drive. Just nice. Betul-betul kat tepi laut. I pilih kat sini sebab tak jauh sangat nak pergi Georgetown, around 8km je. Sebab kalau stay kat Batu Ferringhi memang agak jauh sikit la kan nak pergi Georgetown.
Hotel punya price reasonable. We got the room with Seaview and it only cost about RM100++. Murah la kan below RM200. Open the sliding door, pastu terus nampak laut. Sangat tenang & mendamaikan.
Poolside, Seaside.
Don’t worry, this hotel also got Swimming Pool yang juga betul-betul kat tepi laut. Nice view. Juga hotel punye restaurant pun just beside the pool.
Chillin’ around ah haa
Malam tu kitaorang pergi dinner & lepak kat Batu Ferringhi night market. Ni kira tempat ramai Mat Salleh la. Enjoy jalan-jalan kat sini. Tapi jalan nak pergi Batu Ferringhi tu sabar je la kan. Pusing-pusing bukit-bukit. Dah la hujan, gelap. Agak scary. My friend pula terkeluar pasal cerita hantu. Meremang bulu roma. Haha.
Jeruks. Slurp..
Kat mana banyak jual jeruk kat Penang ni ? Let’s go to Pasar Chowrasta at Penang Road. Betul-betul depan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. Memang kat sini macam-macam jenis Jeruk ada juga Penang souvenirs.
Last but not least, before balik pergi lepak kat Queensbay Mall. Just a shopping Mall area Bayan Indah/Bayan Lepas I’m not sure exactly that name. hehe. Takde shopping pun sebab kat KL lagi banyak choice. hehe.
Girlfriends
And I was so happy because I found this.. Sweet Sour Candy for someone in Europe. You will receive it next week. Wait yea. hehe.
I just Love my life, myself & love people around me. I’m just doing good. Enjoying every single minutes of life. Syukur Alhamdulillah. Life is just simple. Suka macam ni. Boleh buat apa dan pergi mana-mana je kita nak. Ah haaa..
.. A smile that gave 1000 meanings..
From Me to You
.. There’s Love from my eyes..
Next weekend got another one Holiday ! Wait yea.. Haih penat pergi holiday every week. But it’s fun ! And for November Trip ? hehe
I wish..~~
Universal Studios Singapore 2012
Hello again Universal Studios Singapore ! My second time here. Haih. I went here for the first time on December 2010 with my family. Now, June 2012 datang lagi with my friends. Next time ? InsyaAllah datang dengan orang tersayang. Haha.. *berangan*
Ok lah, kali ni I datang, I try banyak game baru. I mean, ride baru la. Dulu datang ada yang tak open lagi, pastu ada yang queue panjang gila & I malas nak queue. So this time, memang puas hati sebab dapat try new things. Wow !
Sampai je sana dalam pukul 9am++, tunggu buka pukul 10am. We all di antara yang terawal masuk. haha. Terus terjah Sci-Fi City sebab nak naik Transformers ride. Masa ni I blur je, ikut je diaorang naik. Sekali, masuk, fuhhh.. Memang hebat. Banyak action scene. Ride pusing-pusing buat I pening. haha..
Next; naik roller coaster. Wow so teruk. Got two types, the blue one & the red one, human & cyclon. First naik yang human, pastu naik cyclon. OMG. Memang pusing habis ah kepala I. Serious. Turun je dari tu jalan pun macam pusing-pusing. Kecut perut. Serious. Asyik pegang perut je. haha.
Ancient Egypt
Next; pergi Ancient Egypt, naik ride yang Ancient Egypt. Yang ni pun I tak sempat naik dulu. So this time baru sempat. Gelap. Banyak terkejut juga la. Not bad. Pastu kat Ancient Egypt ni juga I nak benda ni apa benda entah namanya. Just for relax.
Ride ride ride
Next; pergi lunch kat Mel’s Drive New York City. Kak Wani cakap, burger sini sedap. Apa lagi, try la. Memang sedap sangat tak tahu nak cakap macam mana. Whoa ! Price pun best la. $12, convert sendiri berapa dalam RM. haha.
Nyummy
Pastu pergi tengok Monster show kat New York juga. Macam hantu menari ? Lama juga show ni. Masa ni memang dah ngantuk semacam. Mujur tak tertidur je masa show. ahah..
Next; pergi naik ride kat Madagascar. Ni pun first time sebab baru buka. Dulu tak buka lagi. Comel je ride ni. Kat dalam tu yang best sebab ada macam-macam cute je. I like Giraffe. Sangat comel. Madagascar ni macam for kids la sikit. ahah.
Madagascar ride
Pastu pergi layan Shrek 4D kat Far Far Away. Still story sama. Ramai sangat orang. Lastly, kitaorang duk belakang sekali. Haha. Pening masa kerusi gerak-gerak masa naik kereta kuda.
Next; Ni yang best sebab I excited sangat nak naik boat ni, Jurassic Park Rapids Adventure at Lost World. Dulu naik naik tapi queue panjang sangat. So this time baru dapat naik. Syukur. Best sangat. Paling best bila basah pastu boat macam nak terjun. Whoa ! haha. Very fun.
Wet ! Haha
Next; pergi tengok Waterworld show. Dulu dah tengok. Kali ni tengok lagi. Sama juga. Not bad la. Ok la. I duk kat splash zone. Tak nak la duk kat Souk Zone. Nanti kena simbah air. Haha. Duk kat splash zone ni pun basah-basah juga.
Next lagi; banyak betul next. Pergi makan lagi kat Oasis Spice Cafe, Ancient Egypt. Memang teringin sangat nak makan Nasi Beryani kat sini. Serious sedap. Lagi-lagi butter chicken, the price about $13.80. Haih. Asyik berselera je kat sini. Tapi bila balik Malaysia dah tak selera sangat nak makan. haha. Kena duk Singapore la kalau macam ni baru selera makan. Entah pape la I ni.
Memang best sangat !
After that, diaorang semua shopping souvenirs kat Hollywood. Memang banyak souvenirs kat Hollywood. I lepak dengan kak Wani kat Bakery kat Hollywood makan cake.
Universal Studios Singapore closed at 7pm. After that jalan-jalan jap kat Resort World Sentosa & balik drive back to KL about at 8pm. Parking kereta kat sini for the whole day : $26. !@#$%^&* .. Mahal betul.
Thank you friends. Very awesome holiday with you girls..
Tak letak banyak photos & tak explain banyak sebab dah ada dalam previous entry yang I pergi dulu. Check out my First visit to USS here ! Universal Studios Singapore
Holiday Singapore 2012
Last weekend, 16 June, I went to Singapore with my girlfriends, four of us. It was very awesome holiday with friends. Ni first time pergi dengan friends. Selalunya memang pergi dengan family. Saja holiday with friends sambil menghabiskan duit. hoho. Memang banyak duit habis sebab sana duit mahal.
I drive from KL-Singapore at 5am & arrived there about at 10am. Campur dengan jam kat Tuas Checkpoint lagi. I masuk Singapore ikut Tuas, bukan Woodlands sebab nak avoid jam. Memang penat la drive, dah la tak cukup tidur malam tu sebab tidur lambat lepak dengan friends.
Lunch @ Adam Road Food Centre
Sampai je Singapore, terus pergi kat Adam Road untuk lunch. Actually kak Wani suggest here sebab ada Nasi Lemak best. Nasib tak berapa baik, nasi lemak dah habis. So I pun pergi la makan nasi lemak kat tempat lain. Kat Adam Road Food Centre ni macam food court & ada banyak-banyak kedai. Guess what, Nasi Lemak only cost $3.50. Murah kan ! Got chicken wing, egg & two fish. OMG ! Kalau nak makan murah, sedap & banyak choice, boleh datang sini. Adam Road ni tak jauh dari Woodlands dah.
Next; pergi check-in hotel kat Fragrance Hotel Sapphire, Geylang. Not bad lah. Price pun ok la. About RM200. Tempat happening & selamat. Tempat parking kereta pun ok. Tapi bilik kecil sikit. Banyak shops around there & boleh shopping. MRT station paling dekat Kallang. Penat juga la jalan.
Petang tu we went to Bugis Junction for shopping. Diaorang beli souvenirs. Memang banyak souvenirs murah kat sini. Memang ramai sangat orang. Crowded. Ada juga cafes & restaurants kat sini. Kalau nak datang sini, naik MRT station Bugis. Tak jauh pun dari tempat shopping.
Us @ Bugis Junction
Memang penat sangat sebab petang tu naik MRT je pergi jalan-jalan. I pun dah lama tak naik MRT kat Singapore ni. Dulu-dulu je. Sebab 4 5 years back memang datang Singapore tak naik MRT sebab naik kereta. So kali ni naik MRT. Jalan-jalan around Singapore. Semua MRT ramai orang. ahah.
Next; dekat Maghrib macam tu kitaorang nak pergi Esplanade, Marina Bay Sands & around that. So kitaorang stop kat Raffles. Kalau nak stop kat City Hall pun ok. Kalau nak dekat dengan Suntec City, boleh stop kat Promenade. Pandai-pandai la korang nak naik MRT & tahu nak tuju which place.
Nice view sambil layan perasaan
Sampai je kat Raffles station, we all jalan pergi Merlion Park. Lalu kat Fullerton Hotel, Singapore. Bila la dapat kawen dengan orang kaya-kaya & dapat duk sini kat Fullerton Hotel ni. Ahah. OMG ! Memang high class. Even taxi pun guna Bentley you know ! Imagine lah. Then, jalan pergi Esplanade. Sambil tu, layan perasaan jap haha. What a nice building dengan lampu-lampu Marina Bay Sands Hotel. Cantik. Lagi sekali, bila la dapat stay sini. ahah.. Berapa ribu RM entah for one night.
Kat Esplanade, macam biasa lah. Happening. Memang tempat yang I suka sangat. Datang banyak kali pun I mesti datang sini. Suka. Tak tahu nak cakap macam mana suka tu. Kebetulan that night ada Live Band. How nice kan ! Sambil layan Live Band sambil tengok pemandangan buildings.
Live Band @ Esplanade
Next; we went for dinner at Mc Donald’s sebab diaorang nak makan kat Mc Cafe. Kat Malaysia takde lagi kan Mc Cafe ? Mc Cafe ni best. Macam-macam ada. Is like cinnamon, pastu macam-macam la, also Ice Blended ? wow ! Malas nak explain panjang-panjang. Korang google la sendiri. hehe.
After that, we went to Suntec City. Jalan kaki je. Konon nak tengok Fountain of Wealth. Tapi dah gelap. Frust pula. Masa ni memang dah nak patah kaki kot berjalan. Rest kejap kat situ & fikir cara nak balik macam mana. Haha. Siap tengok map & memang dah tak boleh nak fikir masa tu sebab penat. Semua penat. Pastu balik naik MRT station Promenade, kena interchange kat Paya Lebar. Masa dalam MRT tu tak tahu la kenapa “galok” semacam. Bising dalam MRT. haha.
Actually, nak shopping. Nak sangat-sangat shopping kat Suntec City Mall. Tapi sedih. Sebab shops kat sana tutup awal. By 10pm dah tutup. So ada certain shops je tutup lambat sikit, tu pun nak tutup dah. Banyak sale. Biasalah baju sexy-sexy. Ahah. Murah pun murah. Tapi tak shopping pun sebab shops yang I nak dah tutup. hoho.
Balik hotel, jalan kaki from MRT station to hotel. Tempat happening. Macam-macam boleh tengok. Haha. Faham-faham sendiri Geylang macam mana. Sampai je hotel, terus tak larat. Dah la berpeluh semacam. Guess what, got something to watch from our room.
Next morning, we went for breakfast at Maimunah Restaurant Geylang Serai. Ni tempat favourite nak breakfast. Kalau pergi Singapore, memang breakfast kat sini. Banyak choice & memang sedap. Price not bad la. The best Tempe ever yang I pernah jumpa selama ni.
Next entry : pergi USS for second time ! ahah
Desa Waterpark
Exactly last two weeks on Saturday 28 April 2012, I went to Desa Waterpark at Taman Desa.
Main Entrace
Haaa orang lain tengah sibuk duk BERSIH kat KL, I sibuk pergi membersihkan diri kat waterpark. haha. Actually memang sangat teringin nak pergi waterpark nak mandi-mandi & having fun since months ago tapi tak berkesempatan. So this time baru sempat nak pergi.
Lama dah tak pergi Sunway Lagoon. So I guess mesti ramai orang kat sana. So macam malas la kan nak pergi kat tempat ramai orang sangat. So survey la tempat lain.
Malam sebelum pergi waterpark tu, survey punya survey waterpark sampai kat Melaka I survey. Tapi macam jauh la pula kan. Baru terperasan ada Desa Waterpark. Before this pernah dengar this waterpark tapi tak ingat sangat.
Then tengah hari pukul 12pm pergi la kat Desa Waterpark. Masa tu memang dah ramai orang kat sana. I ingat I je yang gila nak pergi waterpark tengah hari panas-panas. haha. Rupa-rupanya ramai je tengah mandi juga at that time.
Sampai sana tukar baju & rent double tube for us. It is just cost RM10 with the deposit of RM5. So ok la kan. Locker pun just RM2. Toilet pun ok, bersih & luas. So ok la this place. Not bad. Before mandi, minum air dulu. haha. Ye lah, sebab tengah hari macam tu so memang macam panas sangat la kan.
Shock Wave
First masuk yang kat tempat ada wave that is called Shock Wave. Pening la dengan wave tu. Haha. Pastu ramai orang kat situ. Kejap je stay kat pool yang ada wave tu, pastu move to the other side. I pergi kat pool yang kita boleh relax & boleh round tu, that is Action River. Really enjoy la here. Serious suka.
Then, pergi naik slides that is Super Tube. Got two slides with the open one & with the tunnel one. Yang tunnel tu of course la gelap kan. The open one tu ok la. Pastu macam biasa la jerit-jerit. haha.
Super tube
Also got Thunderbolt there that is the longest water coaster in Asia. Tapi tak sempat nak try. Mula-mula nak try ada orang tu tak bagi try, sebab dia tak nak try. Dah sah la dia pun tak nak bagi I trysebab dia tak nak try kan. Pastu bila nak try lepas tu macam ramai sangat orang queue pastu close. Sedih tak dapat try. Takpelah, nanti lain kali !
Thunderbolt
After that, relax at Ripple Bay. Suka juga kat sini. Borak-borak, relax je. Tak ramai orang kat sini. Macam just a pool yang quite big, not so deep & boleh relax kat sini. Sebelah Ripple Bay got Bubble Pool. Jacuzzi ? hehe
Anyway, really enjoy that day. Thanks love ! Rasa macam nak pergi lagi waterpark lain. Suka sangat-sangat yay ! Macam budak-budak pula rasa haha. Thanks sebab ikut & sabar je dengan saya. haha
For further information, boleh visit Desa Waterpark punya website. Kat sana lagi detail. Complete apa yang information kita nak. Just enjoy your time there !
Balik waterpark, lapar sangat. Pastu pergi lunch kat Sunway Pyramid. What a happy day ! So happy. Happiness came back. Thanks a lot ! Here is the beginning. It’s back to normal !
Lagi satu, 2 days after that terus demam teruk sampai seminggu ! Whoa !
Hye I-City !
Ini story Sunday, 18December2011. Baru today I nak story. hoho. Ok, cerita lama.
Weekend tu memang I ‘ssuumakkkkk’ .. Kenapa ? Haha. Abaikan. Weekend tu I was staying at Kakak’s house. Then balik rumah, pastu hang out with friend.
Dah lama tak jumpa my senior ni. Tak boleh cakapla siapa. Tapi rasanya korang-korang yang pernah study sama with me dulu mesti tau siapa I maksudkan. haha. Sebab memang sejak dari dulu rapat dengan dia. He is the one yang faham la I macam mana. Time I ok, time I ssuumakkkkk..
So, dia memang hari tu lagi beria nak bawa I pergi I-city. haha. I don’t know why. Ikut je la kan. Semua orang dah tahu I-city ni kat mana kan. Kat Shah Alam la, kat gate UiTM Shah Alam Section 7. Ok, area sini I familiar sebab dah biasa. Area lain, no way. haha.
Welcome to I-City
Sampai je sana, masa tu dah pukul 10pm kot ? Sangatla ramai. Macam memang ah ! Sebab school holiday kot. Serious ramai. Cari parking dah satu hal. Parking jauh sangat. Dah la berbukit-bukit. Bertambah la ssuumakkkkk I masa tu. haha. Dah la pakai high wedges. Kalau I tahu, pakai slipper Jepun je kot pergi sini. haha..
Dahla panas semacam. hehe. ‘ppenna’ molek mata. haha. Just round-round, tengok lampu-lampu bentuk binatang. My friend ni buat lawak lagi. Macam-macam. Layan je. hehe.
Nak ambil gambar pun kena tunggu turn. Serious ramai sangat. Macam tak percaya apesal semua nak datang I-city ni. Apa yang best sangat ? Haha. Penat I fikir.
Peacock~
Pastu, jalan punya jalan. My friend beria ajak nak masuk rumah ice. I macam, “ehh biar betul you ?” Dia beria juga. Pastu pergi la kat rumah ice tu. Rumah ice ni agak mahal la for me. Macam tak berbaloi sangat. RM25/person. Tapi price macam ni pun ramai juga yang masuk. Tunggu queue satu hal, masuk dalam pun satu hal. Fullhouse.
Di sebabkan my friend belanja, so I masuk je la. If not, memang tak masuk dah kalau duit sendiri. Dahla sekarang kena bajet sikit. Tak boleh membazir. hehe. Ok lah, thanks senior sebab belanja masuk rumah ice ni hoho.
Masa nak masuk tu, kena pilih jacket. Pastu, sibuk duk pilih jacket, suddenly my BlackBerry jatuh. Serious I tak perasan. ya Allah, Alhamdulillah masih ada rezeki. Ada orang tanya “handphone siapa ni ?” Terus I pandang & ohh my ! My BB ! Entah bila jatuh macam mana ? Huwwaaa.. Memang I kalut gila kot that time.
Kalau orang betul baru best. haha
Pastu, masuk dalam rumah ice. Licin. Mujurla my senior siap bawa glove. Kalau tak, kena beli glove. Mahu beku tangan kat situ kalau tak pakai glove. hoho. Pastu memang licin habis, banyak kali nak jatuh. Sabar je la. Hey, orang masuk rumah Ice kena pakai shoes & socks siap. hoho. Kaki kena snow (konon), sejuk habis. I’m freezing. Macam tak boleh nak jalan.
Pastu, I saw an ice slide. Nak try, nak try ! Haha. My friend macam, “ehh you, biar betul you, bahaya. Licin” .. Haha. I memang degil habis pastu terus bagi dia my handbag & terus try an ice slide tu. Pastu kan, baru je sampai bawah, terus budak langgar kat belakang I. Serious kurang ajar punya budak. That’s why I tak suka sangat budak-budak. Huwwaaa sakit gila belakang. Macam tersalah urat !
Lepas je first ice slide tu, ingat done ! Ada 1 lg ice slide I have to face. Memang la. Menyesal sangat. Nak tak nak, try sekali lagi. Dah la licin. Memang agak bahaya.
Nak jalan dalam rumah Ice ni kena pegang tangan. haha. Sebab serious licin. After that, I’ve tried this. My friend tolong tarik-tarik. haha. Apa benda namanya I don’t know. Rasa macam serious main snow kot ? ekekeke..
Tolong tarik laju-laju cepat-cepat ! hehe
So, that’s all. Balik, penat + mengantuk. Dahla esoknya kena pergi kerja awal pagi. Kat I-city ni memang banyak benda la. Bukan sekadar lampu-lampu je. So takdela membosankan sangat.
Enjoy it ! Thanks my friend bawa I datang sini. Kalau sendiri nak datang tu memang tak la. Haha. Bukan taste aku. hehe. Tapi kawan punya pasal, ok I ikut je. I ok je. I jenis boleh ikut pergi mana-mana hehe.
*Teringin nak pergi waterpark pula. Lama tak pergi waterpark. hehe. Hey, how old are you Evi ? ahah..
Lama Dah Tak Macam Ni
Khamis 22 September 2011; Dinner with family at Grand Riverview Hotel, KB. Ok lah, just nice. At D’Brasserie GRV.
Semua menu sama, Chicken Chop with Mushroom Sauce
Dessert pun not bad lah.
********************************************************************
Jumaat 23 September 2011; Aku cuti. Cuti weekend. Cuti. Memang gembira bila boleh cuti. Sebab aku tahu kerja aku tak berapa nak ada cuti..
Bila cuti, maka boleh bersenang-senang bangun lambat.
Bila cuti, maka keluar tu tak cuti. Mesti keluar. Petang after Asar, keluar with dear pergi TRW kejap hantar duit pastu pergi Sri Cerana Restaurant Terapung makan-makan minum-minum borak-borak, spend time together, jauh dari masalah, jauh dari semua orang. Tenang tengok air. Hooray~ Cantik tau this place. Ala, takde gambar pula hish.
Malam after Isyak, hang out with mummy. First kitaorang pergi Wau Restaurant. Macam biasa ah ramai. Ok, dah lama tak dating dengan mummy macam ni. Ehh seronok ! Only me & mummy..
Roti Bakar Milo
Sekarang Wau Restaurant kan macam ada menu baru. Actually before ramadhan lagi kot menu baru ni. Cuma aku yang lama tak pergi. So this time nak try semua new menu there. hehe. Bestnya. Tunggu hoccayy..
After that, we went to Grand Riverview for liveband. auw you ! I Likeee… Serious dah lama tak macam ni sebab busy. So sekarang, aku nekad nak life aku balik. Tak kisah.
I love the new liveband here. Is like a group. Bukan just a singer macam dulu. Pastu sekarang makin cantik kan hotel ni sebab dah renovate. Modern Style. wow.
Masa duk layan tu, sekali aku macam duk terfikir nak lagu my fav tu la, Dadali- Di saat aku Mencintaimu. Sekali, orang tu nyanyi. auw. *aku inginkan dirimu datang dan temui aku*
Hope that; this will be everlasting. Ameen..
Buka Puasa With Puma / Al-Ikhsan
22 August 2011; Saya dah cakap kan, ada big event. Big la bagi saya. This is my first event that I manage sendiri-sendiri kot ? Juga di bantu oleh my staff la. Cuma beza, event kali ni saya sendiri yang kena buat decision, saya sendiri kena plan macam mana, saya sendiri kena contact direct customer & saya sendiri yang bagi arahan.
Selama ni kalau event bola, event dah selalu-selalu, jadi tak perlu bagi arahan, tak perlu nak plan apa sangat sebab benda sama. Tapi kali ni melibatkan orang luar, yang tak berkait dengan sesiapa, but direct to me. Agak gementar jugalah.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Walaupun memang nervous juga lah. Macam-macam. Haha. Tak dapat nak cakap.
Event : Majlis Buka Puasa with Puma / Al-Ikhsan at The Red Warriors Station KTC. Kiranya Puma sponsor regular customer diaorang untuk berbuka puasa dengan player Red Warriors. Yang join masa ni juga merupakan duta Puma, iaitu Nizad Ayub, Ramzul Zahini Adenan & Farisham Ismail. Boleh tengok magazine In-Trend keluaran August.
Mr. Tim & Mr. Wilsen from Puma with the players
Thank you Mr. Tim Tham, Marketing Executive Puma Sports Goods Sdn Bhd, Subang Jaya. Memang everything saya deal dengan dia la. Juga Mr. Wilsen. Both of them are from KL. Semuanya buffet berbuka puasa for 25pax. Selebihnya fans from Kota Bharu.
The group photo
We provide six dishes for buffet berbuka puasa; Tomyam Campur, Lemon Chicken, Sweet Sour Fish, Deep Fried Squid, Sizzling Tauhu & Mix Vegetables. Sedap ! Saya pun join makan sama.
The Fans
Haih, bukan senang tau nak duduk-duduk macam ni with the players. Lagi-lagi dua orang ni; Nizad Ayub jersey number 7 & Ramzul Zahidi Adenan jersey number 22. Ok, pastu boleh ambil gambar banyak-banyak dengan diaorang since diaorang pun baik je hari ni. haha.
Me with them; auwww
Ok, photography session. Korang-korang peminat-peminat, yang saya tahu raaaaaaaaaamai sangat minat Ramzul yang memang handsome ni kan, korang jangan marah @ jealous ok. haha. Sabar. Walaupun ramai excited bila tengok gambar Ramzul ni. Makwe/girlfriend/awek dia pun (kalau ada) jangan marah tau dengan gambar-gambar ni. ahah
Ok, saya bersama handsome man, Ramzul Zahidi Adenan. hehe
Masa nak ambil gambar dengan Ramzul ni pun memang sweet. haha. Tak boleh nak cakap la. Biar antara kita-kita je. Saya pun terkejut kot masa ni. “boleh…. tak….. “ ~~ saya dengan confident jawab “boleh boleh”
Yang ini, striker; Nizad Ayub jersey number 7. Dia ni memang cute & tak di nafikan memang raaaaaaaamai minat dia. Ok Jad, not bad lah. Haha seronok borak-borak & bergurau dengan diaorang masa ni. Nizad suka sotong celup tepung ! hehe.
With Nizad Ayub
Nizad ni bagus sangat sebab dia sangat respect orang. hoho. *puji* .. Sebab dia selalu panggil saya “kak.. kak..” .. So malam tu baru dia berpeluang tanya saya; “umur awak berapa, saya asyik panggil kak.. kak.. je” ~~ “ahah memang pun. saya sama umur dengan awak la” ..
Lega. Tak sabar menanti another event. Suka. Walaupun penat, tapi hasilnya memang best. Juga semput je rasa sebab di saat-saat busy nak kena settle event ni, hari tu I went to KL kan kejap. Tak patut betul kan Evi ni. Tak guna punya supervisor. haha.
So, people out there, if nak buat any event/function kat sini, do contact me here ok. Nanti kita deal, the price semua..
Thank you..
**Maroon top by Zara fully sponsored by *aling* .. Thanks my ling darling
~~ || nak jugak bagitahu. haha. Beli kat KL semata-mata untuk event ni. Ling pun tak tengok lagi saya pakai baju ni. hehe
More photos at : PUMA FACEBOOK & TRW FACEBOOK

























































