Posts Tagged ‘Friends’
Twin Towers @Live 2013
Saturday, March 24, 2013 – yeah, I went for this concert Twin Towers @Live 2013 KLCC. First of all, thanks to my friend, Nadea for the ticket !
Rasa macam tak percaya pun ada actually. And of course I went there for Backstreet Boys. Tu je yang paling nak tengok. Hello ! Backstreet boys depan mata kot. How excited I am kan ! Been adore them since I was 8 years old you know ! Haaaa berbelas tahun lepas kot. Tapi lagu-lagu diaorang still in my mind.
Actually this concert sempena Formula 1. Memang penat sangat sebab tak cukup tidur hari Sabtu tu. tapi kuatkan juga sebab BSB punya pasal.
Our happy faces..
Petang tu pergi lepak KLCC, makan-makan, cuci mata. Ehem ! Ramai Mat Salleh & Arab guys handsome-handsome weh ! haha. biasalah, nak buat macam mana. Memang taste & berkenan dengan orang macam ni. Simpan dalam hati sajala. Kehkehkeh.
After Maghrib baru kitaorang masuk concert tu. Masa tu memang dah ramai semacam la. Sabar saja la. And yeah, KL is hot ok ! mula-mula tu takdela best sangat. Ada la few shows, pastu baru start artis yang best. Ada One Nation Emcees, Miss Nina & 2NE1 I tak kenal. Haha.
Masa BSB part yang paling best. Don’t know how to explain. Started with Incomplete. OMG ! Melting habis. Macam tak percaya tengok diaorang depan I haha. also all others songs yang memang feeling habis. Tahu saja la kan BSB punya songs macam mana. I pun tak tahu macam mana I boleh tahan berdiri dalam keadaan panas macam ni dengan ramai orang. Haha ! enjoy.
Drowning.. My favorite song when I was 14 years old. Ok I ingat ok bila I suka all those songs..
I can’t imagine life without your love.. ~~ Keeping drowning in your love..
And yeah, we sing together & memang sakit tekak habis. Suara pun dah serak. Kalau part yang sweet tu, lagi la kuat nak menjerit. OMG OMG OMG. I’m wet, I’m sweating, lack of energy ! haha. Mana yang tak dapat tengok tu, boleh search kat YouTube BSB Twin Towers 2013. Almost all video ada.
Brian !
And of course Brian ! Dalam BSB memang I paling minat Brian. Tak boleh nak explain macam mana bila Brian yang nyanyi. Haha. Half crazeyh kot that time.
Tapi sekarang, Nick lagi handsome. Sorry to say but it is the fact. Makin tua makin handsome. Melting habis tahu tak tengok Nick. Memang most of the concert dalam kepala ni asyik ingat Mr. White Polar Bear yang jauh di sana. Haha. Ini baru Nick depan mata. Tak tahu kalau Mr. White Polar Bear depan mata I nanti. Pengsan terus kot. LOL. Excited semacam !
Nick BSB
Other songs :
As Long As You Love Me; I don’t care who you are, where you’re from, what you did, As Long As You Love Me..
Quit Playing Games With My Heart, I’ll Never Break Your Heart, Show Me The Meaning of Being Lonely, Larger Than Life, Everybody & etc.
Kali ni, semua yang asal ada. Brian, Nick, Kevin, Howie D & AJ ! complete ! actually memang I berdiri dekat sangat dengan stage tu. macam hanya 1.5metres from them. Memang boleh tengok sangat clear. Huwa Huwa. That’s why la dapat photos yang sangat clear macam ni. haha.
Sushi Zanmai
Like I said in previous entry, I just don’t know why I’m Craving for Japanese Foods lately. Errr ? Anything ? Anyone ? Anyhow ?
Last week on Saturday Dec 8, 2012; My girlfriends and I went to One Utama for this Sushi Zanmai. Sounds weird but whatever.
Kalau dah rasa nak makan tu, makan juga. Akan cari juga walau macam mana pun. Itulah eviSoraya. Usaha tangga kejayaan. Pastikan dapat apa yang terniat di hati hehe.
Sushi Zanmai ni memang di antara yang murah dan best sangat. Kalau murah tapi tak best pun tak boleh telan juga kan. So kali ni I makan Kaki Don. Mesti kena makan rice juga sebab lapar sangat hari tu bangun tidur tak breakfast pastu terus pergi lunch.
Kaki Don & Soft Shell Crabs Maki
Next; makan Soft Shell Crabs Maki. Yang ni memang macam kena makan. Tak tahu kenapa mesti kena makan. hehe. Suka sangat.
Sushi Zanmai ni kat mana lagi ada ? Yang setahu I la, ada kat One Utama (new wing), 1 Mont Kiara, The Gardens Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid & etc. So yang paling senang nak pergi kat Sunway Pyramid & One Utama.
Wawa
Fun time here, lepak with girlfriends, gossiping, sharing some stories & what so ever. Haih. Suka dan rindu saat-saat macam ni. Kerja pun kerja juga, but do not forget to enjoy and eat nice foods. Haha. Tu prinsip I.
Well, after makan Sushi Zanmai, I was craving for Red Velvet Cakes. Walaupun dah kenyang, tapi rasa macam tak boleh tahan dan nak makan juga. So pergi la cari Red Velvet Cakes. Actually ada one shop ni tapi tak jumpa pula. After that, pergi la The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Haaa kat sini ada Red Velvet Cuppycakes with the Merry Christmas theme.
Cranberries Scone and Merry Christmas Red Velvet Cuppycake
Juga tak boleh nak tahan bila tengok Cranberries Scone. Maka, grab the cranberries scone juga. Yay ! I’m a happy girl with a happy hi-tea that day. hehe.
Carmen’s Last Day
*sob*sob*sob* .. Don’t know where to start…
Carmen, she is a nice friend, nice Chinese girl in our team. But, she just leaving. She’s moving to other company.
This is not so farewell.. It is just a dinner with colleagues from the other team. Dinner kat depan office je.
Us…
Masa ni dinner before I nak masuk kerja. Mula-mula ingat kitaorang empat orang je girls dinner together. Sekali tengok three guys ni pun ada. Tak tahan betul dengan diaorang ni asyik buat lawak sampai I nak makan pun tak boleh. Hahaha..
Happy. Just fun. Auwww I like. haha. Well, before this memang dah ada farewell party for Carmen kat area Sunway, steamboat place. Tapi I tak update pula pasal tu. hehe. Sebab photos pun tak banyak.
Carmen, don’t forget us here. Nanti kita keluar lunch, hi-tea & dinner sama-sama lagi ey. Dekat je pun your new office. hehe.
Memang terasa sedih bila hilang sorang dalam team..
Plaza Damas, Sri Hartamas
Weekend yang sangat bermakna ! Bermakna la sangat. Unexpected. Tapi macam tu lah. Ingat nak pergi makan Burger Samurai kat Mc D Mid Valley je. Tapi terlebih langkah pula. On Saturday evening, first time try Samurai Burger Mc D. Quite nice. Dipped with Terayaki Sauce kan. I loveeeee Terayaki punya taste.
After that ingat nak hantar my friend kat Damansara Heights. Sambil-sambil tu memang kitaorang nak lepak minum-minum nak cari live band. We went to Solaris Mont Kiara, tapi sebab parking macam full & ramai orang. Ye lah, weekend night kan. So I decide nak pergi dinner kat Aji Don Plaza Damas kat Sri Hartamas juga.
Actually dulu-dulu used to be lepak here. Also with family. Tapi macam dah lama tak datang sini. Serious lama tak datang sini. So kali ni memang nak tukar angin balik lah. Nak life macam dulu balik. Hehe. Upgrade life balik. Ah haaaa..
Got Crispy Popiah also here !
I ni pun satu hal. Rasa nak makan nasi dengan Tomyam. haha. Mana nak cari kat area situ ? Banyak western foods je actually. My friend dah bising-bising sebab I sibuk nak Tomyam. Steak tak nak ?
After had our dinner at Aji Don Sri Hartamas, kitaorang sambung lepak kat Starbucks kat Hartamas Shopping Centre tu juga. Dah penat gelak-gelak borak-borak masa kat Aji Don. haha. Best lepak situ. Ah haa u know what, masa kitaorang nak balik, kitaorang selisih dengan Awi Rafael yang tengah lepak kat one of the cafe kat sana. hehe. Lepak kat Starbucks sampai close pastu we went to Damansara Heights.
Muka penat …
Actually nak hantar my friend je lepas tu. Tapi sebab dah terlebih lepak & terlebih masa, maka overnight kat sana. My friend ni kira my relatives juga la. So kakak-kakak dia & bro-in-law dia pun baik je sebab memang I pun selalu pergi rumah dia even masa kat KB.
Lepak sana, borak-borak with her two sisters, memang funny lah. That night slept at 4am something. Sehelai sepinggan sebab memang tak bawa baju spare pun. Pakai kain pelikat je la jawabnya. haha. What a night !
Esoknya slumber je bangun lambat sebab tak cukup tidur. Macam pergi hotel pula. Dah la rumah pun macam hotel. Bangun je terus lunch. Haih. Macam ada buffet lunch je. hehe.
And these are my favorite kids. So cute kan !
Umayra, Uzayr, Umayza
Umayra cakap : malam ni tidur la sini lagi. Umayra suka orang tidur kat rumah Umayra. Sebab Umayra boring.
So sweet kan. Dia macam merengek-rengek lagi. hehe. Kalau la anak-anak I comel ni, putih-putih, bijak-bijak macam ni. Auw ! Geram hehe. I wish. Ameen.. Kena cari husband yang handsome juga lah.
Newly Wed; Sarz & Husband
First of all, a very congratulations to Sarz & husband, Hatim. Syukur jodoh korang sampai dulu. Alhamdulillah. I’m so happy for both of you.
Sarz ni kawan masa kat Malacca Matriculation College dulu. Ah haa dah dua orang my ex-classmate dah kawen. Yang lain-lain bila lagi ? Dulu my classmate ada 10 girls & about 18 boys. So memang laki lagi ramai la.
Sarz baru je kawen last week & kenduri on Saturday, 1 September 2012. Alhamdulillah syukur I masih berkesempatan untuk pergi. Ingat tak dapat dah. Tapi try juga untuk pergi. Rumah Sarz ni memang betul-betul kat KL. So I pergi rumah my friend kat USJ Subang pastu kitaorang pergi ramai-ramai bersama.
Memang ramai yang dia invite. Suka majlis macam ni. Simple, bersederhana & penuh keberkatan. Foods pun best. Yang ni memang la kan. My favorite. hehe.
Dan ini kami. Hanya beberapa orang dari kami yang dapat hadir. Dengan suasana macam ni, lagu-lagu nasyid berunsur cinta macam ni, dengan kawan-kawan masa matric dulu, lagi membuatkan I rasa suasana macam 6 tahun dulu. Ya Allah. Rindu sangat kenangan-kenangan dengan kawan-kawan dan suasana kat College masa tu.
ex F6 P4
Juga kami bersama pengantin. Semoga Sarz & suami kekal bahagia hingga akhir hayat. Semoga jadi isteri solehah & suami yang soleh dan mendapat zuriat yang baik. Ameen.
with the newly wed
Selesai menyempurnakan lagi sebahagian tuntutan agama. Kita yang single ni bila lagi ? Doa moga cepat-cepat di pertemukan jodoh dan di permudahkan segala urusan. Kerana Allah memberi ujian yang berbeza kepada kita. Redha dengan ketentuan Allah..
Again, congratulations. Jaga each other baik-baik. Suami pelindung isteri, isteri amanah suami. Semoga rumahtangga sentiasa di berkati Allah. Ameen..
Foods During Iftar
Ramadhan. Story pasal Iftar saja la kan ?
Ok, my Colleagues ni memang best & sporting. Seriously. So kitaorang pun plan nak berbuka puasa bersama, only girls. But suddenly, ada sorang ni nak join juga.
We are from IT Services
Ah haa.. Actually, only two of us from our team and another two are from other team, German & Asia Pacific. Tapi sebab kitaorang ni jenis friendly, so kitaorang pun memang boleh join sama. Takdela bergaul dengan team sendiri je kan.
Thursday, 2 August 2012, so kitaorang pilih nak pergi iftar kat Alamanda Putrajaya sambil nak window shopping. Ahah. Pastu iftar kat Black Canyon Coffee. Memang foods kat sini sangat sedap tak payah cakapla. During Ramadhan ni ada set untuk Ramadhan. So kitaorang ambil set for Four pax. Memang worth la.
Semua sedap !
Juga pergi beli crispy Popiah kat Sisters Crispy Popiah. My favourite sejak dulu lagi. Mujur ada kat Alamanda. Memang makan habis-habis sebab rasa macam lama tak makan best macam ni. haha. Syukur di atas rezeki kurniaanNya..
The Next Day, Friday 3 August 2012;
I pergi Iftar lagi dengan friends kat Sunway Pyramid sambil Window Shopping. Window Shopping ? Tak berapa Window Shopping la sebab memang habis shopping that time. Huwwaa !
So just me and Siti. She is my senior from my team & very sporting. So kitaorang berbuka kat Starbucks Coffee. Macam biasala I, mesti Chocolate Cream Chip Frappuccino. Sebab I ni memang jenis non-coffee. Juga kitaorang makan Sandwiches here. Just makan biasa-biasa sebab lepas tu nak makan benda lain. Ahah.
Drinks & Sandwiches by Starbucks
After minum-minum kat sini, tu pun dah kenyang. Pastu solat Maghrib jap pastu sambung shopping. Penat. Duit pun banyak luak. Ahh haa..
The Restaurant
Lepas tu, baru la kitaorang pergi makan kat tempat yang kitaorang nak makan. Ahh haaa.. Bubba Gump Shrimp Co. Everything Shrimp ? Actually this is my first trial here. Not bad. I suka.
The Foods
Di sebabkan dah full with Starbucks drink, maka kitaorang just pilih Mango Sparkler for drink. Yang ni boleh refill. Nak refill banyak mana pun boleh. Suka hati. For foods, kitaorang pilih Onion Rings, Mama’s Southern Fried Chicken and 1 more tu Shrimp apa entah, tak ingat dah nama. Tapi rasa macam spicy + Thai style macam tu. So total for that day RM100++ lebih sikit for 2 pax. Macam makan buffet kat hotel pula kan.
Survey punya survey menu, duk fikir nak makan apa. Jadi macam tamak sebab nak makan macam-macam. Tapi cakap awal-awal la kan. Foods price kat sini agak mahal. So jangan terkejut. I dah ready awal-awal. Biarlah. Asal puas hati dapat makan. hehe.
Muka tak sabar nak makan
This restaurant memang cantik. Nice concept. Korang memang kena pergi la. Unique. Suka sangat restaurant yang ada design cantik macam ni. Lagi berselera nak makan.
Next; Balik hometown. Ramadhan ni melampau sikit. Balik hometown for three times. Habis duit kat flight tickets je. Lepas seminggu balik KL, seminggu lepas tu balik KB lagi. Itulah. Rindu parents dan sebagainya. haha.
Colek Ayam Campur
Craving for colek. Segala jenis colek rasa nak makan. Semua kedai colek full. Syukur dapat makan ini punya colek. Syukur. That night makan colek kat Selera Cik Siti. Tokey dia kawan family kitaorang. Saja nak promote ni. hehe. Serious sedap. Duk teringat lagi ni. Balik nanti nak pergi lagi yay ! Colek ayam yang ada ayam, popia, pelepung, keropok.
Next; Thursday, 9 August 2012. Lepak kat Bangi dan makan Ayam Penyet + Tauhu Penyet + Nasi Arab sama Roasted Chicken. Memang kenyang habis-habis tak tahu nak cakap macam mana. Thanks la pada orang tu sebab belanja. hehe. Tak ingat nak ambil gambar. Tapi Ayam Penyet memang pedas sangat. phew~
Next; Friday 10 August 2012. Balik kerja, lepak kat The Mines. Sambil tunggu nak Iftar, layan movie Hantu Gangster. Lawak + seram sikit-sikit. Nice la. Memang 1 Malaysia punya movie. Kena tengok. hehe. Pastu Iftar kat Popeye’s. Dah lama nak makan kat sini. Fish kat sini best sangat-sangat juga I ambil Chicken Rice Bowl. Not bad lah. Thanks la ada orang tu belanja kat Popeye’s. Sebagai balasan, I belanja balik Starbucks. haha. Dia ambil Chocolate Cream Chip Frappuccino. Di sebabkan I dah bosan dengan Chocolate Cream Chip Frappuccino, so I ambil Caramel Frappuccino. Memang sekarang dah addicted dengan this Caramel Frappuccino pula. Lupa ambil gambar lagi.
Next; Saturday 11 August 2012; Iftar at Madam Kwan’s KLCC with family bro-in-law. Ramai ada. Suka sangat. Family mertua my sister ni memang baik-baik & Sporting. Thanks kak Jiji (kakak my bro-in-law) sebab belanja kat sini. My first time here also. Wow ! Banyak first time I Ramadhan kali ni. Ahh haa.. Actually tak tahu nak pilih apa. So kakak pilih untuk I Nasi Bojari. Serious sedap sangat sampai makan habis.
Balik iftar from KLCC, my bro-in-law dah cakap awal-awal nak belanja kat MC Cafe Kota Damansara. Baik hati betul. Siap cakap, ambil la nak makan apa pun. I like ! Double like. Hari tu lagi nak pergi MC Cafe tapi tak pergi-pergi. Kali ni my bro-in-law & kakak menunaikan impianku. hehe. So pilih Chocolate Frappe kat MC Cafe ni. Juga my first time here. Ala, lupa nak ambil gambar lagi.
Wow banyak makan Free la Ramadhan ni. Syukur di atas rezekiNya. Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki korang-korang yang belanja I makan best-best & tempat best-best macam ni.
Next; on Sunday 13 August 2012, kakak masak Nasi Dagang. I pun tolong-tolong la juga sikit-sikit. Syukur sangat-sangat lately ni banyak makan best-best. Syukur. Teringat pada mereka-mereka yang kurang dari kita, tak mampu nak makan dan tak dapat makan..
: (
Tak banyak photos. Faham-faham la. Bila dah nak berbuka, tak ingat dah nak take photos. Ingat nak makan je. Tak cantik la entry tak banyak photos ni. phew~ Ramadhan kali ni, banyak tempat baru yang first time try, tercapai hajat tempat-tempat & benda-benda yang nak makan serta banyak orang belanja, makan best-best kat tempat yang best-best dan mahal-mahal. Errr ni sebab orang belanja, mampu la nak makan. I likeee belanja-belanja. haha. Thanks kakak & bro-in-law sebab diaorang yang banyak bagi I makan dan menunaikan impianku untuk makan macam-macam hehe. Thanks to others too.
Universal Studios Singapore 2012
Hello again Universal Studios Singapore ! My second time here. Haih. I went here for the first time on December 2010 with my family. Now, June 2012 datang lagi with my friends. Next time ? InsyaAllah datang dengan orang tersayang. Haha.. *berangan*
Ok lah, kali ni I datang, I try banyak game baru. I mean, ride baru la. Dulu datang ada yang tak open lagi, pastu ada yang queue panjang gila & I malas nak queue. So this time, memang puas hati sebab dapat try new things. Wow !
Sampai je sana dalam pukul 9am++, tunggu buka pukul 10am. We all di antara yang terawal masuk. haha. Terus terjah Sci-Fi City sebab nak naik Transformers ride. Masa ni I blur je, ikut je diaorang naik. Sekali, masuk, fuhhh.. Memang hebat. Banyak action scene. Ride pusing-pusing buat I pening. haha..
Next; naik roller coaster. Wow so teruk. Got two types, the blue one & the red one, human & cyclon. First naik yang human, pastu naik cyclon. OMG. Memang pusing habis ah kepala I. Serious. Turun je dari tu jalan pun macam pusing-pusing. Kecut perut. Serious. Asyik pegang perut je. haha.
Ancient Egypt
Next; pergi Ancient Egypt, naik ride yang Ancient Egypt. Yang ni pun I tak sempat naik dulu. So this time baru sempat. Gelap. Banyak terkejut juga la. Not bad. Pastu kat Ancient Egypt ni juga I nak benda ni apa benda entah namanya. Just for relax.
Ride ride ride
Next; pergi lunch kat Mel’s Drive New York City. Kak Wani cakap, burger sini sedap. Apa lagi, try la. Memang sedap sangat tak tahu nak cakap macam mana. Whoa ! Price pun best la. $12, convert sendiri berapa dalam RM. haha.
Nyummy
Pastu pergi tengok Monster show kat New York juga. Macam hantu menari ? Lama juga show ni. Masa ni memang dah ngantuk semacam. Mujur tak tertidur je masa show. ahah..
Next; pergi naik ride kat Madagascar. Ni pun first time sebab baru buka. Dulu tak buka lagi. Comel je ride ni. Kat dalam tu yang best sebab ada macam-macam cute je. I like Giraffe. Sangat comel. Madagascar ni macam for kids la sikit. ahah.
Madagascar ride
Pastu pergi layan Shrek 4D kat Far Far Away. Still story sama. Ramai sangat orang. Lastly, kitaorang duk belakang sekali. Haha. Pening masa kerusi gerak-gerak masa naik kereta kuda.
Next; Ni yang best sebab I excited sangat nak naik boat ni, Jurassic Park Rapids Adventure at Lost World. Dulu naik naik tapi queue panjang sangat. So this time baru dapat naik. Syukur. Best sangat. Paling best bila basah pastu boat macam nak terjun. Whoa ! haha. Very fun.
Wet ! Haha
Next; pergi tengok Waterworld show. Dulu dah tengok. Kali ni tengok lagi. Sama juga. Not bad la. Ok la. I duk kat splash zone. Tak nak la duk kat Souk Zone. Nanti kena simbah air. Haha. Duk kat splash zone ni pun basah-basah juga.
Next lagi; banyak betul next. Pergi makan lagi kat Oasis Spice Cafe, Ancient Egypt. Memang teringin sangat nak makan Nasi Beryani kat sini. Serious sedap. Lagi-lagi butter chicken, the price about $13.80. Haih. Asyik berselera je kat sini. Tapi bila balik Malaysia dah tak selera sangat nak makan. haha. Kena duk Singapore la kalau macam ni baru selera makan. Entah pape la I ni.
Memang best sangat !
After that, diaorang semua shopping souvenirs kat Hollywood. Memang banyak souvenirs kat Hollywood. I lepak dengan kak Wani kat Bakery kat Hollywood makan cake.
Universal Studios Singapore closed at 7pm. After that jalan-jalan jap kat Resort World Sentosa & balik drive back to KL about at 8pm. Parking kereta kat sini for the whole day : $26. !@#$%^&* .. Mahal betul.
Thank you friends. Very awesome holiday with you girls..
Tak letak banyak photos & tak explain banyak sebab dah ada dalam previous entry yang I pergi dulu. Check out my First visit to USS here ! Universal Studios Singapore
Holiday Singapore 2012
Last weekend, 16 June, I went to Singapore with my girlfriends, four of us. It was very awesome holiday with friends. Ni first time pergi dengan friends. Selalunya memang pergi dengan family. Saja holiday with friends sambil menghabiskan duit. hoho. Memang banyak duit habis sebab sana duit mahal.
I drive from KL-Singapore at 5am & arrived there about at 10am. Campur dengan jam kat Tuas Checkpoint lagi. I masuk Singapore ikut Tuas, bukan Woodlands sebab nak avoid jam. Memang penat la drive, dah la tak cukup tidur malam tu sebab tidur lambat lepak dengan friends.
Lunch @ Adam Road Food Centre
Sampai je Singapore, terus pergi kat Adam Road untuk lunch. Actually kak Wani suggest here sebab ada Nasi Lemak best. Nasib tak berapa baik, nasi lemak dah habis. So I pun pergi la makan nasi lemak kat tempat lain. Kat Adam Road Food Centre ni macam food court & ada banyak-banyak kedai. Guess what, Nasi Lemak only cost $3.50. Murah kan ! Got chicken wing, egg & two fish. OMG ! Kalau nak makan murah, sedap & banyak choice, boleh datang sini. Adam Road ni tak jauh dari Woodlands dah.
Next; pergi check-in hotel kat Fragrance Hotel Sapphire, Geylang. Not bad lah. Price pun ok la. About RM200. Tempat happening & selamat. Tempat parking kereta pun ok. Tapi bilik kecil sikit. Banyak shops around there & boleh shopping. MRT station paling dekat Kallang. Penat juga la jalan.
Petang tu we went to Bugis Junction for shopping. Diaorang beli souvenirs. Memang banyak souvenirs murah kat sini. Memang ramai sangat orang. Crowded. Ada juga cafes & restaurants kat sini. Kalau nak datang sini, naik MRT station Bugis. Tak jauh pun dari tempat shopping.
Us @ Bugis Junction
Memang penat sangat sebab petang tu naik MRT je pergi jalan-jalan. I pun dah lama tak naik MRT kat Singapore ni. Dulu-dulu je. Sebab 4 5 years back memang datang Singapore tak naik MRT sebab naik kereta. So kali ni naik MRT. Jalan-jalan around Singapore. Semua MRT ramai orang. ahah.
Next; dekat Maghrib macam tu kitaorang nak pergi Esplanade, Marina Bay Sands & around that. So kitaorang stop kat Raffles. Kalau nak stop kat City Hall pun ok. Kalau nak dekat dengan Suntec City, boleh stop kat Promenade. Pandai-pandai la korang nak naik MRT & tahu nak tuju which place.
Nice view sambil layan perasaan
Sampai je kat Raffles station, we all jalan pergi Merlion Park. Lalu kat Fullerton Hotel, Singapore. Bila la dapat kawen dengan orang kaya-kaya & dapat duk sini kat Fullerton Hotel ni. Ahah. OMG ! Memang high class. Even taxi pun guna Bentley you know ! Imagine lah. Then, jalan pergi Esplanade. Sambil tu, layan perasaan jap haha. What a nice building dengan lampu-lampu Marina Bay Sands Hotel. Cantik. Lagi sekali, bila la dapat stay sini. ahah.. Berapa ribu RM entah for one night.
Kat Esplanade, macam biasa lah. Happening. Memang tempat yang I suka sangat. Datang banyak kali pun I mesti datang sini. Suka. Tak tahu nak cakap macam mana suka tu. Kebetulan that night ada Live Band. How nice kan ! Sambil layan Live Band sambil tengok pemandangan buildings.
Live Band @ Esplanade
Next; we went for dinner at Mc Donald’s sebab diaorang nak makan kat Mc Cafe. Kat Malaysia takde lagi kan Mc Cafe ? Mc Cafe ni best. Macam-macam ada. Is like cinnamon, pastu macam-macam la, also Ice Blended ? wow ! Malas nak explain panjang-panjang. Korang google la sendiri. hehe.
After that, we went to Suntec City. Jalan kaki je. Konon nak tengok Fountain of Wealth. Tapi dah gelap. Frust pula. Masa ni memang dah nak patah kaki kot berjalan. Rest kejap kat situ & fikir cara nak balik macam mana. Haha. Siap tengok map & memang dah tak boleh nak fikir masa tu sebab penat. Semua penat. Pastu balik naik MRT station Promenade, kena interchange kat Paya Lebar. Masa dalam MRT tu tak tahu la kenapa “galok” semacam. Bising dalam MRT. haha.
Actually, nak shopping. Nak sangat-sangat shopping kat Suntec City Mall. Tapi sedih. Sebab shops kat sana tutup awal. By 10pm dah tutup. So ada certain shops je tutup lambat sikit, tu pun nak tutup dah. Banyak sale. Biasalah baju sexy-sexy. Ahah. Murah pun murah. Tapi tak shopping pun sebab shops yang I nak dah tutup. hoho.
Balik hotel, jalan kaki from MRT station to hotel. Tempat happening. Macam-macam boleh tengok. Haha. Faham-faham sendiri Geylang macam mana. Sampai je hotel, terus tak larat. Dah la berpeluh semacam. Guess what, got something to watch from our room.
Next morning, we went for breakfast at Maimunah Restaurant Geylang Serai. Ni tempat favourite nak breakfast. Kalau pergi Singapore, memang breakfast kat sini. Banyak choice & memang sedap. Price not bad la. The best Tempe ever yang I pernah jumpa selama ni.
Next entry : pergi USS for second time ! ahah
Happy Wedding Yana & Muzaffar !
First of all, congratulations to my best friend masa kat Matriculation dulu. Wow, dah kawen ko Yana. hehe. I’m happy for you. Dulu kitaorang memang best friend & gang masa study kat Malacca Matriculation College.
Ok lah, her wedding on Sunday, 6May2012 kat Senawang, Seremban. Seremban pun Seremban la. Sanggup pergi semata-mata nak attend best friend punya wedding masa kat Matriculation dulu. Bukan jauh pun Seremban. ahah saja je.
Ingat nak plan ramai-ramai pergi Seremban dengan friends yang lain yang masa study dulu kat Matriculation. Tapi di sebabkan masing-masing ada hal, so ada yang tak dapat pergi. Hanya 3 orang yang dapat datang dari 7 orang.
So, patutnya I drive la pergi Seremban. Ye la bukan jauh pun kan. Tapi macam biasa ah, ada orang tu mana bagi I drive pergi macam tu. So dia pun ikut sama la pergi. Ok lah, jimat duit minyak & toll. I likeeeee.. haha.
Sampai je sana, terkejut raaaaaaamai sangat-sangat orang. Memang besar betul dia buat kenduri. Dengan khemah yang besar & panjang, siap ada group nasyid lagi. Memang happening sangat.
Foods pun sedap sebab ada macam ayam bakar. Ayam siap di bakar kat situ juga. So boleh makan yang panas-panas. Nice la. Memang kenduri orang luar ni tak sama dengan orang Kelantan. So boleh la tengok cara kenduri diaorang ni macam mana.
With the Newly Wed
Actually dulu memang kitaorang gang 4 orang termasuk ngan Yana yang kawen ni, Wawa, Ana & I. Memang pergi kelas sama-sama, balik kelas sama-sama, study group sama-sama & macam-macam la. Ponteng kelas pun sama-sama. Kalau pergi kelas, mesti tunggu cukup gang baru pergi. Kalau lambat pergi kelas, so semua lambat. haha.
Ok Yana, hope bahagia hingga akhir hayat, dapat lahirkan zuriat yang soleh, & jadi isteri & ibu yang solehah untuk suami & anak-anak. Errr pandai pula nasihat orang, I sendiri tak kawen lagi.
1 benda yang I just nak share la kan, this one relate dengan wedding ni juga la. Cuma tak b0leh nak explain panjang-panjang. Cuma nak cakap, kalau dah jodoh tak kemananya. Bercinta habis-habis sampai bertahun-tahun pun belum tentu akan bersama. Bercinta lama-lama, dah kenal lama, pastu kawen pun, belum tentu bahagia dalam perkahwinan tu & belum tentu akan kekal. Semuanya TAKDIR Allah. Even kenal kejap pun boleh kekal.
Ok, siapa lagi mau kawen ? Cepat, cepat !
It’s Been Six Years !
It’s been SIX Years !
6 tahun dulu, kita sama-sama melangkah masuk ke Malacca Matriculation College..
6 tahun dulu, kita start membina ukhwah..
6 tahun dulu, kita belajar bersama-sama, bergosip, bergelak ketawa bersama-sama..
6 tahun selepas tu, kita bertemu kembali dalam keadaan di mana :
“kau kerja kat mana ?”
“kau sambung master lagi ?”
“kau bila nak kawen ?”
F6P4T4 – our lecture & class.. I miss all of you friends..
Kalau nak story pasal masa matric dulu memang panjang. Kita summarize je la kan. Bila ingat balik, jumpa balik macam ni, borak-borak, ingat kenangan lama, buat I tersenyum sorang-sorang. Senyum sorang-sorang doesn’t mean ‘gila’.. haha.
11March2012, Sunday – Kita jumpa balik dalam keadaan macam ni. Kita jumpa balik dengan status dah berubah. Congrates to those yang dah tunang & yang akan kawen nanti. InsyaAllah I will make it. Sebab dulu I je sorang Kelantanese. So memang tak cukup gang la. Now I ada dengan korang kat sini. So jangan sedih-sedih lagi. hehe..
Chakri Express
Bila Mar tahu je I kat sini, she was so excited. Thanks Mar. Kau kecoh macam dulu juga. haha. So buat plan & jumpa ramai-ramai. Ada yang ada hal & datang lambat, ada yang datang with family. Takpela. Semua usaha datang nak jumpa. Rasa sangat di sayangi & di hargai. Korang best. I’m still Evi yang dulu. Maybe matured sikit kot ? haha ! *sangatlah*
Ok lah, dulu gang I Wawa, Yana & Ana. But Ana is not here. Yana is getting married ! That day pun teman Yana tengok barang-barang hantaran. I suggest her La Primavera. wow. Ada sale. Wawa ? Sama je dia. Lembut macam tu. haha. Tak berubah. Cara dia cakap pun sama.
We are gang ! Dulu pergi class sama-sama, tunggu sama-sama. haha. Ponteng sama-sama. Cuci mata tengok mamat handsome sama-sama. Haha. Lawak la kalau ingat balik masa umur 18 dulu tu.
Mar pula, dia story pasal I. She reminds me back macam mana perangai I dulu. Macam mana ? Macam ni; ada satu hari tu datang lambat class tutor Maths. Bila lecturer tanya kenapa lambat, “sorry, I pergi makan tadi kat cafe..” hahahaha !!! Mar terkejut dengan slumber je jawab macam tu. Macam-macam lagi la. Ok, I memang slumber. Errr datang class lambat & ponteng class tu memang sangat biasa. So naughty kan dulu ? Alhamdulillah lepas. Syukur.
Lepak-lepak, borak-borak, jalan-jalan. Nanti kita jumpa lagi k. Bila jumpa macam ni, banyak la soalan & rahsia yang nak korek each other. Yelah, nak update semua yang dah out-dated since 6 years ago ey. Bukan ke banyak nak kena story ?
I baru dapat tahu something yang I tak pernah tahu. Thanks friend. Lagi buat I tak percaya lelaki. I respect my ex dulu. sebab dia baik & tinggi ilmu agama. Mujurla benda ni berlaku after I dah clash. I dapat tahu yang lepas dia clash dengan I, dia mainkan feeling my friend. Thanks sebab dah buktikan lelaki memang susah nak setia pada 1. Cukuplah kita kawan. Memang lepas clash I takkan terima lagi. I tak kisah pun, cuma my impression towards him dah berubah. Sorry..
Thanks & really love you friends ! Yana, thanks for the advice.. Really appreciate it. Pengalaman dia buat I fikir, fikir & fikir. insyaAllah, Allah lebih tahu. Yana, see you on your wedding day. insyaAllah, I will make it.
Thank you Allah.. Thanks for the friendship




































