Posts Tagged ‘exam’

My Not-First Exam

Seminggu berlalu. 18 Nov 2011; First Exam aku selepas aku habis belajar. hoho. Lepas habis belajar memang kena ada exam lagi ey ? Exam apa ? Mari kita story.

First of all, Alhamdulillah sebab aku berpeluang attend this exam. Exam yang sangat berharga bagiku. Aku rasa sangat bertuah sebab terpilih sit for this exam. Bukan senang & bukan calang-calang orang kot dapat sit for this exam ? Bukan ?

I’ve been invited to this big private university somewhere in Selangor. Aku tak nak cakap la which university. Pandai-pandai cari sendiri. Aku dah bagi hint dah. Cari sendiri kalau bijak. hehe. Ada orang-orang terdekat tahu yang aku attend this exam kat this university. Pastu diaorang pun cakap I’m so lucky got this chance kan.

Exam ni untuk apa ? Untuk post apa ? For job @ further study ? errr.. Sila teka sendiri. hehe. Aku tak nak cakap exam ni untuk apa. Saja. haha. This exam took about 3 hours ! Fuhhh..

First time aku masuk this private University. Cantik, besar, macam high class juga la. Memang segan la. Student pun jenis loaded je. Punyala luas. Pening kepala aku nak cari IT Innovation Centre kat sini. Penat habis sebab sesat. haha. Campur dengan nervous lagi. Heyyy nak exam kot. Siapa tak nervous ? Dah la tak ready. hoho.

Exam Paper~

I’m so lucky. Alhamdulillah. Sebab hanya 3 orang termasuk aku yang exam. Pastu, aku sorang girl, the other two are guys ! Can you imagine, aku lagi rasa…. ya Allah.. Rezeki. Walaupun result aku dulu bukan mantap mana pun. Cukup-cukup makan je pun. Result aku bukan gempak macam orang lain. Tak. Dah la aku sorang girl, bukan setakat tu tapi yang guys 2 orang tu memang nampak tua dari aku & memang jenis orang dah ada experience kerja. Aduhs.

Soalan exam ? Fuhhh kau tak payah cakapla. Memang sangat-sangat tak kena dengan taste aku. A case study, then I need to write a proposal includes; Software Requirement Engineering, Context Diagram, ERD, DFD, Data Dictionary, UML & bla bla bla. Rasa nak pengsan kat situ. All this things yang aku sangat-sangat tak suka masa belajar dulu. Huwwaaa. Aku anti sangat. Dush ! Bukan setakat tu, case study tu sangat pelik. Bukan macam case study yang kita-kita pernah belajar dalam lecture dulu tu kawan-kawan. Bukan. System tu sangat pelikkkk… Huwwaaa..

Aku tahu aku tak boleh nak buat all those drawing sangat pun. Walaupun before exam, Mr. F dah bagi hint yang kena study is like database, System Analysis & Design, Object-oriented Design, UML. Aku dah dapat tips dah. Tapi aku punya idea tu tak berkembang sangat. Aku pun tak cukup masa nak study. Sebab aku penat sangat baru balik holiday masa tu lagi. aduhs.

Masa exam tu aku sangat bosan & tension. Aku siap tweeting, pastu siap BBM kawan-kawan, gtalk dengan senior aku dulu & tanya idea pasal nak buat exam. haha. Entah pape. Aku mengaku aku memang main-main masa exam tu. huhu.

Habis exam, I have to wait for Prof.. Mr. F selaku Sofware Engineer kat situ aku tak silap, dia cakap ada short interview with Prof. Memang bertambah la nervous aku ni. So, tunggu yang tak berapa sekejap then Prof datang. Oh, he is a nice Prof. Masuk office Prof, short interview, borak-borak, dia explain, motivate aku juga (mujur tak nangis) haha, pastu bagi tips for future. Walaupun kena soal macam-macam dengan Prof, tapi aku jawab sekadar boleh jawab. Haih. Sangat gerun communicate dengan orang terror. Sebab siapalah aku. Hanya fresh graduate yang tak punya apa-apa experience. errr..

Aku sangat bersyukur sebab aku rasa sangat bertuah untuk kali ni. Lepas tak lepas exam tu lain cerita. At least aku ada experience pasal ni. Yes, we need experience. Experience teach us a lot ! Aku tahu aku takkan lepas pun exam ni. Memandangkan soalan exam ni pun macam sesuai untuk orang dah kerja lama. Alhamdulillah, dapat juga aku merasai berada dalam keadaan macam ni. Syukur.. Itu dah cukup. Kalau aku dapat tempat kat sini pun aku akan fikir 2 3 kali. Sebab aku rasa position ni tak sesuai untuk aku. Bukan jalanku. Aku nak benda lain~

All the best to others. Korang kena confident, kena rajin, kena tough. Jangan jadi macam aku banyak main-main. Dari belajar sampai la habis belajar, aku tetap macam ni tak serious dalam hal gini. huhu. Ehh bila nak matured ni ? ahah..

Thanks a lot to mummy & daddy. Sebab diaorang yang hantar aku pergi exam, tunggu aku selama dekat 4 jam sampai aku siap semua. Can you imagine their sacrifices ? Diaorang juga yang banyak bagi semangat & dorongan untuk aku. Diaorang yang setia teman aku study sampaila aku pergi exam. hoho. Lawak betul bila diaorang tak keluar rumah tapi monitor aku study. hehe.. Love both of you !

Filed under Uncategorized

Final Exam Sem 1 2010/2011

My Final Year Exam, Final Sem.

Next sem, no more exam. Industrial Training only ahah.

22/11/10 – Data Mining

24/11/10 – Secure Web Application

28/11/10 – Formal Method

29/11/10 – Special Issues

Due date to submit final project report : 5 Dec 2010.

Harap tiada sebarang gangguan. Cinta cinta tolak ke tepi sekejap~~

Do pray for me..

27/12/2010 – Industrial Training..

Filed under Uncategorized

Luahan exam

Tadi dah lepas for the third paper. Alhamdulillah. Tak sia-sia translate satu-satu into malay language. Haha. Hanya yang mengerti bisa mengerti kenapa buat macam tu.

Last night macam biasala tak lena pun nak tidur. (dah bosan dah asyik cerita pasal tak boleh tidur). Sekejap dengar kucing gaduh, sekejap itu, sekejap ini. Ada je buat saya terjaga tengah-tengah malam. Bangun pagi pula, sambung study sikit lepas subuh. Pukul 8 tidur sekejap, then suddenly bunyi loceng apa entah. Terus terjaga, dah takde mood nak tidur. Tak payah guna alarm clock. Fire alarm dah cukup kuat untuk kejutkan 1 blok.

Cakap, apa lagi saya nak luahkan pasal exam ?

Cerita minggu lepas. Perlu ke tak di ceritakan ? bagi saya perlu. Biarla ini blog aku, apa kau kisah ? memang tak suka dan sangat geram dengan orang macam ni. First, ada la buat meeting sebab tak puas hati dengan seorang insan bernama Farah (bukan nama sebenar). Di sebabkan aku ni di antara yang paling rapat dengan Farah (walaupun juga tak setuju dalam beberapa perkara tentang Farah), jadi aku di tugaskan untuk contact dia & janji nak jumpa. Di sebabkan aku pun nak jaga hubungan aku dengan Farah, jadi aku dah kata, aku boleh tolong tapi dengan syarat tolong cover aku juga nanti. Jadi aku minta excuse la kan, kata biar aku dulu jumpa farah then korang datang la beberapa minit lepas tu.

Kira dah aku punya baik nak tolong, korbankan dah kalau nak kira aku punya hubungan dengan Farah ni. sebab bila hal hati & perasaan ni aku & Farah memang boleh share habis, Cuma ada certain things yang aku pun tak berapa setuju dengan dia.

Sambung cerita, suddenly adala sorang ni tak pasal-pasal suddenly bunyi sound dia, (di sebabkan aku minta excuse untuk strategy aku tu), dia kata aku pentingkan diri sendiri, tak consider orang lain. Kepala otak dia. Mujurla ada kakak lain cover aku juga, sahabat-sahabat lain setuju dengan cara aku demi menjaga hubungan aku dengan Farah. Aku sekarang nak exam. Tak boleh aku nak berkata lebih-lebih pula. Tapi kira macam !@#$%^&*. Kalau aku nak ungkit, sejak sem 1 aku tak suka mulut dia ni. bukan aku je, gang aku pun ada tak suka mulut dia ni. lantak ko. Peduli apa dengan ko. Bukannya aku tak tolong langsung, lagipun ada lagi yang tak turun sama settle hal dengan Farah ni. ko tak berbunyi pula ?

Lagi satu pula, di sebabkan aku ni pada hari tu nak keluar pergi town sebab nak bawa Angah & Syu beli tiket serta hantar kak Ira pergi bus station, jadi ada pula yang berbunyi kata aku pergi jumpa Farah pastu blah & tak tunggu diaorang settle hal dengan Farah. Eh tak cukup lagi ke aku tolong ? aku tak faham la. Masalah betul korang ni. at least aku dah tolong, dah tercegat kat situ 15 minit dah tunggu Farah. Dahla aku puasa hari tu. Tapi aku tahan je. Aku senyap, tak mengungkit. Tapi aku tak suka bila suara macam ni berbunyi. Sedangkan, ada je lagi yang tak pergi join jumpa Farah sama. Aku tak kata apa pun ?

Satu lagi, aku pergi mana, aku buat apa tak payah nak rasa tak puas hati dengan aku la ok. Contoh macam aku suka lepak lama, suka makan kat mana-mana ke, pergi mana ke, itu hal aku. Aku tak menyusahkan sesiapa, aku tak guna duit korang pun. Life aku memang macam ni, ada aku mengganggu korang ? so simpan la mulut yang tak puas hati ok ? aku pun tak peduli pun korang pergi mana, lepak mana ? aku sangat tidak memahami orang sebegini.

Satu lagi untuk yang terakhir. Seperti sedia maklum, aku suka keluar lepak dengan roommate aku dan mana-mana kawan-kawan aku yang nak join sama termasuk la roommate kepada kawan aku sekalipun. Dah memang aku suka keluar dengan mereka, suka bersama dengan mereka, only girls. So what ? tak payah la nak jealous, nak rasa, nak kata tak ajak ko ke, kata aku ambil kawan ko ke. Tak payah k. tolongla. Macam sakit kepala aku, takkan setiap kali aku nak keluar nak kena ajak satu blok, satu campus, nak kena announce aku nak keluar. Susahla macam ni. tolongla jangan jadi macam budak-budak. Think positive. Pergi ah keluar dengan pakwe ko, ko sayang gila kat pakwe ko kan. Sekian.

Filed under Uncategorized

Lagi 3. A cup of Coffee Please~

Sudah. Selesai. Paper Compiler Development. Kan dah kata, dengan saya sekali yang terpusing-pusing dekat state NFA/DFA tu. !@#$%^&*. Dah. Jangan fikir lagi. Cukup.

A cup of Coffee Please. Exam week, mesti korang-korang dah ramai addicted dengan coffee kan. Macam saya juga, sama je. Berperasaan macam itu juga. Bagi yang memahami, “sejak bila evi minum coffee ?” haha memangla, selama ni mana ada nak minum coffee. Terjadinya kisah macam mana boleh pergi beli sweet coffee (brand dirahsiakan) itu di Giant adalah seperti berikut : Pergi shopping dengan Yus & Alang (yang lain-lain tak ingat). Di situla kami terbeli coffee sama-sama.

First time minum, memang sedap. Sekarang pun entah ke berapa kali minum, masih sedap, malah makin sedap sesedapnya. First time minum, tak perasan syndrome tak boleh tidur (walaupun memang tak boleh tidur). Second time minum, masih juga tak perasan effect dia walaupun masih tak boleh tidur di malam hari. Pusing sana, pusing sini, terpusing-pusing di atas katil, dekat Subuh baru nak terlelap. Masih ingatkah entry sebelum-sebelum ini yang menceritakan ketidakbolehan tidur di malam hari. Macam dalam seminggu tu, ada la dalam 2 nights tak dapat tidur. Memangla, sebab minum coffee tak lebih 3 kali seminggu pun.

Entah kali keberapa minum, (dekat-dekat nak exam ni), baru perasan. Syndrome tak boleh tidur malam tu adalah di sebabkan minum coffee di pagi hari. Macam tak percaya bukan. Kenapala saya ni lambat sangat nak tangkap benda sebegini. Lagipun, coffee ni macam effect dia kuat sangat. Amat berbeza dengan coffee brand lain yang takde nak bagi saya tak tidur selama 24jam. Roommate saya cuba menuduh saya tidur banyak di petang hari so that’s why saya tak dapat tidur di malam hari. Haha tidak tidak. Tidak Madi, tidak. Saya tidak tidur di petang hari pun tapi masih tak boleh tidur di malam hari.

Jadi, last night saya test la power diri saya yang tak berapa nak power ni. Bangun pagi, minum coffee. Sebab saya tahu, effect dia saya tak akan tidur selama 24jam. Amazing ! di sebabkan paper saya pada hari ni pukul 11am, jadi dalam masa 24jam saya akan study tak habis tapi online habis-habis. Kalau mummy daddy tahu saya tak tidur selama 24jam ? Walaupun berkali-kali sudah menasihati saya jangan tidur lambat.

Seperti yang dijangkakan, di siang harinya memang saya tak tidur langsung, baring sekejap-sekejap. Saya active semacam. di malam hari, main-main sikit & study. Tak berapa nak tepat pukul 12am, dapat call yang sangat cute & sweet. Dah start dah, sejam setengah cakap phone. Phew, dah lama tak cakap lama kat phone. Ada juga orang sudi call. Ehem. Bercakap. Bukan menyanyi. Kena pandai bezakan. haha

Sambung study, pukul 4am, paksa diri sendiri untuk tidur walaupun tak berapa nak lena. Bangun subuh, study, baru terasa penat. Tak ngantuk tapi badan dah lesu semacam dah. Rest sekejap, terus pergi exam. Eh, sihat je ?

******************************************************

Cafe World. Try tengok kat cafe saya siapa yang menjadi waiter di sana. Comel sangat. Idea yang bernas. haha. Rajin pula tu diaorang ni. Workaholic macam betul-betul kat luar. haha. Staf saya juga merupakan staf yang terror computer. Orang-orang computer yang memahami sesama orang computer.

******************************************************

Tonight. Is the last night untuk saya berhibur & have fun. Dimana ? Eh kenapa saya berkata sedemikian ? err hanya saya yang memahami kot. Maybe one sweet day, mereka juga pasti akan tahu. Buat masa ni biar saya simpan dulu. Haha. Macam tak biasa menyimpan perasaan. Bukankah semua perasaan saya simpan sendiri ?

Berhibur di mana ? untuk kali ini, saya tak akan update blog, tak akan publish kemana saya akan pergi berhibur pada malam ni. biar ia jadi kenangan yang sangat comel untuk saya dan mereka-mereka. Terasa sedih sedikit. Sikit je. Tak banyak. Buat surprise malam ni.

Penat. Letih. Lesu. Tak bermaya. Eh kenapa saya tak tidur lagi ni ? selamat tidur petang sekejap. Jumpa lagi. Simpan tenaga untuk enjoy malam ni. Moga-moga begitu.


Filed under Uncategorized

Fasa Imtihan Semester 2 Sesi 2009/2010

Jadual imtihan untuk semester ni :

19 April 2010 : Methodology Research

21 April 2010 : Compiler Development

25 April 2010 : Software Project Management

27 April 2010 : Client-server Computing

3 May 2010 : Falak Syarie

Orang-orang yang ambil subject Salah Faham Terhadap Islam jangan jealous sebab kami student Falak Syarie habis exam awal dari korang.. haha gelak jahat.

Alhamdulillah, sem ni 5 papers je. Before this 6 papers every sem. So macam ringan la sikit kan. Now pun study week, at least sempat juga nak write down short notes, nak summarize notes. Macam sebelum-sebelum ni, study week ada presentation la, kena siapkan itu ini. Study week zero. Tak sempat nak study pun for finals. Even this week pun ada presentation, tapi tak la berat sangat.

Nak wish good luck pun nak ada loves jugak.

Mood, feelings : In love. Tipu je la. Saja main-main buat cerita. Takde pun.

Actual Feelings : berserabut pasal exam la. Focus habis. Focus fikir je. Bukan focus study. Ahah. Di samping tu, ada la sikit-sikit fikir nak bersuka ria. Tak habis-habis lagi.

By the way, err nak minta maaf kepada semua-semua tak kira la manusia ke, haiwan ke. Haha. Sebab macam ada manusia tapi sebenarnya perangai macam haiwan. Haha. Takdela. Tak nak fire orang dah. Nak exam dah. Ok seriously, sorry to all readers, friends, family and also lecturers. Takut-takut la kan terlebih kata ke. Kesilapan yang tak di sedari. Kan saya dah minta maaf ni, terbukti bahawa saya bukan seorang yang ego sebenarnya. Ehem

Di samping usaha, banyakkan berdoa, solat hajat, jaga mata, jaga hati, jaga kata-kata. Jaga semua-semua. Pesanan untuk diri sendiri juga. Ehem. Rest sekejap from social networking facebooking, tweeting. Ahah. Tapi saya layan je apa benda pun yang saya nak layan. I mean, balance dunia akhirat.

Saya nak start study, jangan kacau~ grrrrrr. Do pray for my success yea. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dunia akhirat.

Filed under Uncategorized

Bulan March Bulan Sibuk

Now tak payah susah susah nak menghitung hari. Sebab masa berlalu dengan cepat sekali sampai sedar tak sedar dah sampai bulan March dah. March~ Dah mid-term dah. That’s why lately ni sibuk je dengan mid-term test. Alhamdulillah this week dah lepas Quiz Chapter 5 & 6 for subject Software Project Management, and today dah lepas mid-term test for Client-server computing. Walaupun macam kelam kabut & soalan tak payah cakapla level mana yang memang quite hard la kan.

Bila tengok schedule, lebih kurang sebulan lagi study week. Haih~ banyak benda yang nak kena buat. Dengan cluster computing nya, dengan projek System untuk subject Bengkel, tambah lagi proposal for Software Project Management, Assignment compiler lagi, & bermacam-macam assignment, test lagi. Memang kena betul-betul susun schedule kali ni.

Alhamdulillah, saya hanya sakit kepala biasa-biasa saja. Itu doctor la yang cakap. Actually sejak malam Ahad lepas, kepala sebelah kanan ni mencucuk sangat. Maybe sebab tidur lambat kot malam tu sebab buat cluster computing. Then, pagi semalam terus tak pergi kelas. Alhamdulillah getting better, & saya memerlukan kesihatan yang baik untuk activity best hari Khamis ni. Dari pagi sampai tengah malam. Jadi pada hari tu saya tidak akan berada di campus. *sob*sob* tak dapat balik rumah walaupun dah memang plan nak balik.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kesihatan yang baik untukku.. Dengan kesibukanku, semoga aku tidak lalai dengan perintahMu, semoga aku tidak mengutamakan & melebihkan dunia semata-mata, semoga aku tidak lupa tahajud cinta denganMu di sepertiga malam. Kuatkan hatiku serta tabahkanlah hatiku ini ya Allah. Hanya engkau tempat aku berharap ya Allah.

Actually pada weekend yang lepas saya berkesempatan tengok movie “pisau cukur” . tidak tidak. Semestinya saya bukan pisau cukur walaupun saya hanya menjadi pisau cukur pada mummy daddy sebab selalu ask money, things from them. Haha. Saya ni kan jarang layan movie. Jarang sangat. Kalau saya rasa nak tengok, baru saya tengok. Boleh kira je berapa movie je saya layan tengok. Kalau orang lain sibuk-sibuk tengok movie yang dari pelakon yang mata sepet-sepet tu, saya adalah terkecuali. Tidak tidak. Saya langsung tak minat movie macam tu. Pelik bila ramai tergilakan actor, actress yang mata semua sepet macam tu.

Saya suka tengok sebab dress dia cantik. Cantik sangat. Semestinya la saya tak pakai dress macam tu, tapi tak salahkan kalau cover dengan cardigan, inner or anything. Paling tak pun, pakai dress macam tu kat dalam bilik je. Haha. Then, dah terikut-ikut dengan trademark si Fazura tu “panassss” . haha…

It’s MATF ~ Mata Fair Time 22Feb-7March 2010. Kepada sesiapa peminat Malaysia Airlines, boleh booking ticket yang quite cheap as usual. Malaysia Airlines saja. Airasia jangan tanya saya, saya tak tahu. All the best & happy holiday. Me ? Hoho budget takde la nak pergi holiday mana-mana. Paling tak pun, in Malaysia je. Seperti telah diketahui, international passport saya di simpan oleh mummy. Macam mana nak pergi overseas kan ? Kalau nak pergi, mesti kena dengan mummy je. Kalau domestic boleh je saya booking lepas tu fly sorang-sorang. ok itu dah biasa. tak pelik. Di sebabkan mummy tahu & yakin dengan keberanian saya buat apa saja ikut suka hati, nak kemana saja ikut langkah kaki itula mummy ambil tindakan untuk saya tidak bebas pegang passport sendiri. haha..

Ku ingin kau tahu isi hatiku. Kau lah yang terakhir dalam hidupku. Tak ada yang lain hanya kamu. Tak pernah ada. Takkan Pernah ada..  -By Geisha

**Semoga March membawa 1001 kebahagiaan lagi seperti February yang lalu. Subhanallah..

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya – Yusuf Al-Qardawi (Syukran saudara Hafiz, Cairo Mesir)

Filed under Uncategorized

Network Security Finished !

Alhamdulillah selesai sudah paper elektif untuk semester ni that is Network Security. Di antara paper yang menggerunkan. *sigh* semua paper takut. haha.

Tapi yang ini, paling takut adalah chapter ‘Cryptography’ .. Readers yang tak faham apa tu, buat-buat faham je la. haha. Thanks to kak QB & Kak Iqa sebab last night tension so lepak bilik kak Iqa & discuss pasal ni. Yang lain-lain tak payah cakap, memang tak study pun. Pagi tadi lepas subuh baru start study lain-lain. Nak masuk exam pun study lagi discuss dengan friends. ahah Jangan tiru cara ini. Sungguh tak patut study last minute *sigh* ..

Semuanya ok, ada la 2 3 soalan yang confused, jawapan pun confused. Biasala, dalam exam tak semua soalan kita akan jawab betul kan. 1 more thing, ‘block ciphers’ apakah itu ? Subhanallah, 20 minit terakhir baru dapat idea lepas tu terus siapkan & Alhamdulillah betul. Allah sentiasa bantu hambaNya..

Thanks to our lecturer En.Faisal selama ni sabar bagi ilmu & jawab soalan yang memeningkan. After exam tadi terus check answers, tanya lecturer yang ni apa, yang tu apa. Excited & sungguh bersemangat tak payah cakap. Tak taula kenapa, maybe sebab pagi-pagi jalan nak pergi exam dah nampak inspirasi. haha. just kidding..

Rasa minat pula dengan subject ni. Nanti masters insyaAllah nak major in Network la. Boleh tak ? ahah jadi Network Engineer, tapi tidak Programmer ok ! Pergi overseas jauh-jauh dari semua orang. Lagi bagus ! :P

Next paper : Software Testing & Design Engineering. Carry marks tak payah cakap. Exactly half ! So kena buat betul-betul untuk final.

Filed under others

Facebook is Unavailable

Good for me. My facebook account is temporarily unavailable. Sabar-sabar. Memang sangat cuak bila jadi macam ni. Tapi ada la tu hikmahnya. Lebih kurang macam, go study la Evi. Stop Facebooking. Haha. One more thing, facebook macam merajuk dengan saya pula, macam tau-tau je saya join twitter senyap-senyap. *sigh* haha..

Now, Alhamdulillah after maghrib tadi dah ok balik. Tak tau la apa masalah facebook sebenarnya. Sampai ada kawan nak add, nak approve pun tak boleh. Padahal orang lain elok-elok je boleh access facebook.

Satu hal lagi saya nak highlight kat sini, asif jiddan, saya hanya accept/approve orang yang saya kenal sahaja. Itu sudah tentu. Security punya pasal. Haha. Tak adala, saya Cuma malas nak melayan orang yang tak dikenali. Saya hanya accept sahabat-sahabat sejak sekolah dulu, matriculation, & UDM. Memang tak semua students UDM saya kenal. Tapi kalau rasa kenal sikit-sikit, kawan kepada kawan, pernah jumpa ke & senyum-senyum tu, saya accept juga. Apa salahnya kan. Anyway, thanks.

Paper OS 8 Nov 2009

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Sahabat-sahabat lain pun macam tu juga. Ada yang kami study tapi tak masuk. Ada yang kami skip (konon boleh pilih soalan) yang tu pula masuk. Lagi-lagi bila tak faham sangat soalan sebab dah di putar belit oleh kertas tersebut. Haha. Tak tahu chapter mana pula tu. Haih~ Ada chapter depan-depan tapi soalan letak kat belakang sekali. Ada 1 soalan ni, macam complicated tapi sebenarnya nak suruh explain tentang ‘process concept’ je. Subhanallah, mujur la Allah masih bantu saya di saat-saat akhir. Baru dapat tangkap apa soalan nak. Mujur study pasal tu. Kalau tak, macam tu je hilang 15 marks. Rupa-rupanya sahabat lain pun macam tu juga, blur juga. Pastu lama fikir baru dapat ilham. Alhamdulillah..

*s0b*s0b* bila mummy Tanya paper macam mana. Saya jawab je la “agak susah”. Boleh pula mummy kata saya tak study betul-betul. Padahal saya dah try the best, walaupun masih dengan Facebook. Haha ayah dah faham dah & gelak je pasal facebook.

Akibat paper OS, kepala pun jadi pusing-pusing macam naik rollercoaster . Terus tak sihat, tak larat. Sampaila malam. Ingat dah ok, tapi masih sama. Ya Allah, jika kesakitan ini sebagai menebus dosa-dosa kecilku, aku redha, aku pasrah.. Tak study, tak dapat buat apa-apa pun sampai malam. Mujurla ada seseorang yang bagi advice supaya minum air kosong banyak-banyak & pergi minum sekarang ! haha. Ok2.. Thank you so much. Orang-orang lain Cuma kata pergi la makan ubat, pergi la rehat, tidur. Tapi sebenarnya, simple je. Kata-kata seseorang itu paling bagus, Banyakkan minum air kosong yang jernih without colours. Haha.

Lagi satu, ramai yang tertanya-tanya mana saya lama tak nampak kan. Exam week, di bilik sahaja. Nak jumpa, datang la my room. Haha. Anyway, dah beberapa orang sahabat tanya saya makan kat mana, tak pergi café ke. Sebab saya tak nampak di café. Ahah memangla, sebab saya selalu makan kat luar kat tempat favourite saya bersama roommate saya, kecuali pada hari-hari tertentu saya puasa. That’s why jarang melepak di café. Tapi hari ni pergi café sebab tak sihat, tak larat nak keluar, nanti drive jadi apa-apa pula kan. Lagipun, tak nak expose sangat dengan persekitaran luar cuaca yang tak menentu ahah..

Tak sangka kakak saya terharu & suka my previous entry. Ingat ke dia marah sebab banyak kutuk dia dalam previous entry. haha.. Pasal Zoo tu dia sangatla perli saya ! *sigh* haha

untitled

OK, study Network Security !

Filed under UDM

Menjelang Imtihan

Semua students tengah menunggu hari itu. Semua orang kalau boleh nak tambah seminggu lagi study week. Sebab study week ni bukan sempat study pun. Tapi kena siapkan report, presentation, assignments. Lagi-lagi yang saya suka task yang En. Faisal bagi. ‘Sangatlah saya suka’.. haha.

“En.Faisal, kenapala bagi task macam ni ?”

“Eh, biasala belajar”

Haha.. Baiklah, kalau saya sendiri buat memang sumpah tak menjadi. Mujurla ada orang yang tolong, bagi guide. Thanks la sangat-sangat. Memang Problems Solver ahah..

Kisah semalam (26October2009)

Nak update blog pun tak sempat. Nak main game café world kat Facebook pun tak sempat. Kesian customers saya kelaparan tak ada makanan kat café saya. Nak online pun tak larat. Hari yang sungguh penat dan pening. Semua yang terlibat jadi pening. Sampaikan saya tidur seawal pukul 9pm++ lepas tu bangun pukul 8.30am esoknya. Tapi dalam pada masa tidur tu, sekejap-sekejap saya terjaga, macam tak lena sangat. Lagi-lagi bila ada SMS la, calls la. Saya amat bosan. Sungguh tak ada masa nak melayan benda tak penting. Kecuali benda penting, bolehla saya terima. Saya lagi tak suka pada orang yang tak faham bila saya kata saya busy. Kalau sibuk faham tak ? Kalau setakat nak SMS Tanya “hye, awk wtpe tu” , “awk dh mkn ke” , “nak call awak boleh” & bla bla bla.. Baik tak payah. Saya dah besar,boleh jaga diri saya sendiri.

Langsung terlupa ada kelas ganti Design Engineering & Software Testing pagi ni pukul 8. Mujurla sahabat-sahabat ingatkan. Bangun je subuh tadi terus macam rasa tak ada mood pun nak pergi kelas. Bajet pukul 9 nak pergi Lab sambung buat Cik Snort. Sekali, pukul 8 Syu datang bilik ajak pergi kelas. Saya hanya menggelengkan kepala pastu sambung tidur balik. Beberapa minit kemudian, ada lagi kawan datang bilik ‘knock knock’ . Saya ignore je & sambung tidur. Pukul 8.30 Syu & Ain SMS, “kelas kat Lab Blok A” hah ? kantoi la saya kalau pergi Lab tapi tak pergi kelas. Secara express, terus bersiap & pergi kelas. Sampai je kat sana, lecturer menghabiskan slide terakhir. Haha..

Masa nak present tadi, rasa confident semacam je. En. Faisal angguk tanda betul je apa saya cakap. Saya dah hafal scripts, & memang bersedia pun nak jawab apa. Thanks lagi pada Encik Problems Solver.. Siap boleh main tunjuk-tunjuk pula kat En.Faisal www.evilolyta.com . “Ni la my own hosting.. Tengok ni, baru dalam 4 hari, dah 66 unique IPs, dah 415 hits dah.” Haha En.Faisal layan je, senyum & siap bagi cadangan lagi haha..

Teringat pula nak beli something untuk baby cousin saya yang berumur dalam 45 hari. InsyaAllah hari jumaat ni nak visit baby & mama baby. So pilih la nak bagi apa kat baby ni ahah.. Sungguh saya geram tengok barang-barang baby yang cute sangat-sangat. Tak sabar nak ada baby sendiri. Ooppsss.. Suami pun belum ada. Calon Suami pun tak ada. Bakal suami lagi tak ada. Dulu saya tak suka baby & budak-budak. Sejak tahun lepas kot saya dah suka sikit-sikit dengan cousin yang baby. Ahah tak adala baby sangat, umur dalam 2 tahun dah kot haha. Cepat-cepatla nikah & dapat baby yang comel-comel heee… Lagi la terkilan sebab tengok ramai yang upload gambar baby diaorang kat Facebook, Friendster Ahh kerek Friendster ! haha.. Bila pula turn saya nak upload gambar baby sendiri ? Sungguh rasa keibuan kan ? haha

Kebiasaannya pada musim imtihan, mesti saya melenyapkan diri, melarikan diri dari semua orang. Tapi kali ni saya ada je kat UDM. Haha. “Did you missing something ?” Oyeah, kerja yang bertimbun tu yang mengikat saya terus berada di UDM. Lalala~

“Syu rasa geram nak candid gambar evi, sebab nampak sangat kat wajah evi happy sangat sekarang ni”

Haha. Banyak kerja tension macam ni pun nampak ni happy ke ? Maybe sebab lega ada report, kerja dah siap kot ahah..

Ayah pula sejak akhir-akhir ni macam mengawal & buat spot-check pula.

“Jangan keluar dengan lelaki, jangan contact lelaki. Kalau contact pun, pasal kerja je. Jangan message benda lain”

“Eh, mana ada ayah. Mana ada. Tak layan pun la..”

“Jangan jatuh cinta pulak dengan sesiapa”

“Eh, mana ada jatuh cinta..” (Macam tau-tau je nak ke arah itu) haha.

“Takleh kira Evi ni..”

Haha…. Mujurla saya ni jenis mendengar kata mereka, patuh pada arahan, rules mak ayah. hehe

Filed under MyLife

Study Week + Finals

Final Exam Sem 1 09/10

Here is my Final Exam Timetable~

Bachelor of Computer Science (Software Development) Sem 5

1 Nov 2009 2.30-5.30pm : Data Communication & Networking OTH03

3 Nov 2009 9.00-11.30am: Web Programming AH08

8 Nov 2009 9.00-11.30am : Operating Systems AH01

11 Nov 2009 9.00-11.30am : Network Security AH08

12 Nov 2009 2.30-5.00pm : Design Engineering & Software Testing OTH01

19 Nov 2009 9.00-11.30pm : Ethics, Communication & Strategic Planning DABS

Wish you all the best for finals. Sorry for everything of any mistakes that I’ve done, whether I realized or not.. Do pray for our success. :)

Study Week :23-31 Oct 2009

Saya setia berada di UDM. Tak balik & tak rasa nak balik pun. Ada kawan-kawan yang pelik & tanya saya tak balik ke study week. Ahah pelik ke ? Sebab kalau hal balik, mesti saya orang first yang balik. En.Faisal pun dah faham dan siap tanya “tak balik rumah ke minggu ni ?” haha.. Sebab setiap kali dia nak buat kelas ganti masa weekend, mesti saya cakap “En.Faisal, saya balik rumah minggu ni. Tak boleh buat kelas masa weekend” .. haha..

Saya tak balik sebab banyak kerja & saya rasa buat penat je balik kena drive lagi. Lainla kalau ada orang volunteer nak jadi driver saya hantar & ambil saya untuk balik. Baik jadi masa sem 1 dulu, ayah datang ambil & datang hantar. Bila masuk sem 2, semua kena buat sendiri. Bila saya minta ayah saya hantar, dia akan cakap “ayah boleh hantar, kereta tu hantar balik rumah, tak payah guna kereta” .. haha.. Nak ke ? Habis nak pergi makan macam mana ? haha..

Kerja yang kena buat :

1. Hantar complete Testing system “Newspaper Delivery”

2. Report MANET ad-hoc

3. Report Demilitarized Zone (DMZ)

4. Install IDS & Hacking Tools dalam LINUX

Anything else that I’ve missing ? Owh kata-kata lecturer yang saya perlu ingat :

“Baca apa yang saya ajar je untuk final nanti. Tak payah baca lebih-lebih”

“Siapa rasa diri dia lemah, datangla jumpa saya before paper nanti”

Saya paling takut paper Operating Systems & Web Programming. Tapi sekarang saya lebih focus pada Operating Systems. Tidur pun bersama buku OS. haha. Web Programming tu sebab entahla. Tak boleh nak study lagi. adeh.. Study coding dalam hosting ni jela boleh tak ? haha.. Tapi sejak akhir-akhir ni saya agak bersemangat nak study. Study online. Means that, tak faham, tanya je orang kat YM. Terus boleh jawab. Kalah Abg Google ! :) .. Selain tu, bila kita discuss benda yang berfaedah, pasal ilmu lagi-lagi dengan orang yang berilmu, memang kita makin rasa semangat nak belajar, makin rasa nak tahu. Thank God ! Semoga saya sabar & terus bersemangat~ Because I Like to Learn Something New & Unique ahah..

All the Best for Finals peeps.. ;)

Filed under UDM