Posts Tagged ‘agama’
Tak Update~
Tidak akan menulis mencurahkan idea untuk beberapa hari.
Baiti Jannati. Memang sibuk membuat jasa kepada mummy & daddy..
Sayala bibik, sayala driver, sayala Chef. Semua saya la di rumah ni. Patutla mummy sangat memerlukan saya balik this week.
Uridu An-naum al-an..
Tafaddhal ya habibati. ehem2..
Saja reka dialog. Tiada kaitan. Tiada tiada dalam fikiran ni. Tiada.
“Apabila kamu teringat akan seseorang, maka banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR.. Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT… Apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memadang, banyakkanlah SOLAT DHUHA...”
******************************************************************
Di sebabkan entry ni tak panjang, jadi saja memangjang-manjangkan supaya menghabis-habiskan masa orang yang membacanya haha. Di sini saya nak share :
Adin Nordin : al-Imam Tahtawi r.a. menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti r.a. :
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
Perhatikanlah hatimu kerana ia akan menjadi fikiranmu !
Perhatikanlah fikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu !
Perhatikanlah perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu !
Perhatikanlah perbuatanmu kerana ia akan menjadi kebiasaanmu !
~Syukran Uzumaki Naruto, Cairo Egypt.
Mahram ke Muhrim ?
Just nak share sikit pasal ni. Nampak simple je kan. Mahram ke Muhrim. Bukan Mahram ke Bukan Muhrim.
Selalu orang akan sebut mahram atau muhrim untuk di maksudkan dengan orang yang selamanya haram nikah dengan kita. Contohnya ibu bapa dan ke atas, serta adik-beradik. Sebaliknya pula yang boleh nikah dengan kita.
Masa sekolah dulu, belajar subject Pendidikan Islam, seingat saya memang di sebutkan bukan muhrim di maksudkan dengan orang yang boleh nikah dengan kita, menerangkan tentang batasan aurat juga. Lepas tu, saya tak ingat dah siapa yang perbetulkan pada saya, bahawa muhrim tu salah, tapi yang betulnya mahram. Lepas tu ada pula kata yang mahram tu salah, yang sebetulnya adalah muhrim. Bila saya guna perkataan bukan muhrim, lepas tu akh kat Tanta pun tegur, dia kata yang betulnya mahram.
Nak jadi kisah pula, awal pagi tadi suddenly ada la someone ni call saya di pagi hari. Saya ni macam teragak-agak nak angkat, sebab macam “apehal call ? ada benda penting ke” bermonolog dalam hati. Then, saya pun jawab je la call. Sekadar bertanya khabar rupanya. Tapi sepatah di Tanya, sepatah juga saya jawab. Macam nak tak nak je cakap. Actually dalam pukul 3am++ dia ada SMS saya, subuh baru saya baca & saya tak reply pun. Saya tak rasa satu keperluan untuk saya reply SMS yang berupakan sekadar macam tu. Sehari sebelum tu ada juga dapat SMS kosong darinya. Lepas tu la dia call bila saya tak reply SMS.
Lepas cakap tu, dia SMS lagi. Dan saya rasa saya perlu berterus-terang mengatakan saya tak selesa nak SMS dengan bukan mahram saya tanpa benda penting. Lebih kurang ginila saya SMS :
“sory kalau tadi saya macam layan tak layan, lagi-lagi awak bukan mahram pada saya…….”
“bukan mahram tu salah. Bukan muhrim. Mahram tu orang yang pakai pakaian ihram”
(lepas tu saya bertegas lagi) “sahabat saya kat Mesir kata bukan mahram”
“ustaz saya kat mesir juga”
Then, that thing end up macam tu je. Lagipun dia yang tegur saya tu memang sekolah agama. After that saya tak puas hati & terus bertanya pada akh kat Tanta. Akh kat Tanta pun jawab, “mahram yang betul. Muhrim tu salah”
Lagi saya nak Tanya orang lain lagi. Bukan saya tak percaya pada orang yang saya dah Tanya, Cuma saya nak kumpul kesahihan lagi. Petang tadi saya YM, Tanya lagi someone yang presiden…….kat Jordan tu. Dia pun explain la :
“kalau ikut wazan, bukan mahram yg sebetulnya. tp huruf malaysia bukan muhrim. tp hakikatnya yg betul bukan mahram iaitu ajnabi. muhrim ialah perkara yg diharamkan kpd orang yg mengerjakan haji yg masih lgi memakai ihram. Kesimpulannya, bukan mahram = ajnabi. Muhrim tu orang yang berihram”
Then, saya Tanya lagi sorang sahabat saya kat Jordan yang merupakan seorang daie yang hebat bagi saya. Juga jawapan yang sama, iaitu mahram sebetulnya.
ok, dah puas hati dah tanya pada mereka student Syariah, Usul wa Fiqh, Usuluddin.
Ye, memang benda ni simple. Even ada yang tak terfikir pun pasal ni kan. Tapi pada mereka yang dah tahu, tak kisahla. Mungkin korang ni lebih tahu dari saya yang cetek ilmu agama ni kan. Yang ni saya nak share pada mereka yang belum tahu, yang ragu-ragu saja.
Buangkan sifat ego & malu dalam menuntut ilmu.
Syukran untuk semua sahabat saya di atas.. Jazakallah..
Work group
Bukan cerita pasal peer-to-peer windows computer network ok.
First of all, congrats & thanks to all my group members, yang setia dengan saya selalunya la that is Syu & Ain. Used to call her Nurul lately. Haha. Sejak sem lepas kami selalu pilih group sama-sama walaupun bukan untuk semua subjects sebab ada certain subject yang lecturer dah tetapkan. For this sem, lagi la kan.
Memangla, pilih group members yang kita suka ni penting. Sebab kalau tak ngam sangat nanti susah nak buat kerja. Bukan ikut gang, bukan ikut puak, tapi perlu ada chemistry la kan between us. Dalam pemilihan tu, (I’m not too choosy) tapi mestila nak choose members yang bagi commitment kan. Takkan nak let the sleeping partner tumpang jadi parasit je kan.
Actually saya tak berkira pun dengan group members ni. sebab kita tak boleh nak count banyak mana dia buat kerja, sikit ke, macam mana ke. uncountable. Macam tiada nilai yang boleh ukur kan banyak mana. Even kalau divide question sekalipun, maybe question ni susah, yang ni senang. Macam-macam kan.
For example, last sem punya task : that time, macam dah semput sangat dah. Nak present security in Linux lagi, nak submit adaptable process model for software testing lagi, lepas tu lecturer tambah modul lagi. So, nak tak nak. Divide la kerja ni kan. Macam saya sorang-sorang pergi settle security in Linux, then Ain, Angah & Syu settle yang software testing ada nak tambah-tambah & nak complete full report. Dahla that time kitaorang tukar tajuk, ada masa tak sampai 2 weeks untuk buat balik full report. Dahla ada sorang muslimin ni complain ambil tajuk project dia, padahal lecturer yang bagi kitaorang tajuk tu sebab group dia tak pernah hantar progress. Ambil tajuk saja, but never submit those progress.
Tak kisahla kan hal tu. Sambung balik. So, bila disscuss balik, saya meredhakan saya sorang buat security in Linux, Ain & Syu pun meredhakan diaorang complete the report. Sebab, kalau tak, memang tak akan siap those works. Jadi, di sini sama-sama menghalalkan. Tanpa mengira banyak mana buat kerja. After that, we all discuss la kan, something like summarize what is all about this security in Linux, what all about completing the report.
Memang betul la, tak best kalau ramai sangat members in group. Tak salahkan sesiapa, sebab memang tak akan terbuat kerja bila dah ramai. Macam dah lebih orang. But for me, ramai sekalipun, kalau tak ada kerja sekalipun, boleh bagi commitment pada group kan. I mean, takdela bila takde kerja, lepas tu terus jadi pasif, duk ceruk lain sorang-sorang buat hal sendiri, online main game ke, gila facebook ke & apa-apa hal yang tak patut buat masa group discussion. At least join, tengok apa yang group members lain buat.
As I told above, saya tak berkira pun. But what if lecturer point to every person and ask the killer questions, lepas tu macam tak tahu apa current progress, the steps. Kalau saya la, nampak sangat tak join the group. But what can I say, semua dah besar. Yeap, manusia perlu di tegur, di ingatkan. But what if orang tu jenis yang tak boleh nak terima ? yela kita ni kena respect orang lagi awal makan garam dari kita kan. Saya tak kata la saya ni bagus sangat buat kerja, saya tak kata saya ni rajin sangat buat kerja. tidak tidak. saya tak rasa pun. Malah, saya selalu rasa saya kurang je dari yang lain.
First, ingat macam saya je yang perasan. Takpela, monolog dalam hati je kot. Bersangka baik sajala kan. Rupa-rupanya members lain perasan juga. Tapi kami jenis senyap & tak huha huha. Let it be la. Kalau setakat selingan sikit-sikit jenguk internet tu it’s ok, fine. Kalau saya la, handphone terus saya tinggal. Lepas tu blog tu, saya open je, tengok traffic untuk beberapa saat. Facebook tu saya tak la kan. *ok saya macam takde facebook* . hahaha.. taktau la kan jika lepas ni saya nak ber Facebook kembali. Let it be. Facebook is not part of my life. tidak tidak.
Lagi satu cerita lain : adala baru-baru ni, baru sangat la. Saya adala tegur sahabat saya ni pasal something. Mula-mula ingat dia marah kan. After that dia SMS, dia kata macam thanks la tegur, dia fikir juga. Lepas tu kami borak lagi sama-sama, sahabat sorang lagi pun kata,
“betul tu awak, betul apa Evi tegur tu”
“yup, apa-apa hal nanti kalau aku salah, tegur la aku”
(Saya jawab) “aku pun sama. Kalau salah ke, tak betul ke, tegur la. Kita kan sahabat. Kita bukan sekadar kawan..”
Saya bersyukur dapat sahabat macam ni. saling tegur antara satu sama lain. Pastu jenis boleh menerima. Boleh differentiate which right which wrong. Bukan kata tegur hari ni, magic dalam beberapa seconds je terus berubah. Bukan bukan. At least boleh terima and give them some times to think & to take the actions. Differ with certain makhluk yang act like nothing happened & do something worse.
Nak share something lagi : saya baru terfikir kan. Contoh bila saya tengok maksiat di depan mata. Dulu saya macam takde la hard sangat feeling ni kan. Tapi sejak beberapa menjak ni kan, saya rasa jadi lagi menyampah, jadi lagi sakit mata, jadi lagi tak suka dengan apa yang berkaitan dengan maksiat. Bukan saya benci orang yang buat tu. Bukan bukan, tapi saya benci tengok maksiat itu. Boleh beza kan ? lepas tu saya fikir lagi, sebagaimana saya benci tengok maksiat itu, mesti orang lain pun benci tengok saya buat maksiat dulu-dulu juga. Saya fikir lagi, kalau manusia lain benci tengok maksiat itu, mesti Allah lagi tak suka tengok maksiat yang kita buat. Ya Allah, saya takut jika Allah benci saya, saya takut. Tapi saya bersangka baik pada Allah, Allah itu maha penyayang. Allah maha penerima taubat. Apa yang saya nak share kat sini, apa yang kita buat,
~~semoga kita dapat beza mana baik mana buruk. Kalaupun kita dah buat benda baik, tapi ada manusia tak suka kita buat baik tu, biarlah mereka tak suka sekalipun. Mana mereka tahu kita dah berubah, kita dah bertaubat sekalipun kan.
~~apa yang kita buat, contoh kat atas tadi, fikir la, adakah Allah suka apa kita buat ni. Jangan sampai Allah benci pada kita, marah sangat pada kita.
Sahabat saya kata : peduli la apa orang kata, orang nak fitnah ke, nak kutuk ke. Peduli peduli. Sebab kalau kita buat baik sekalipun, tak semua orang boleh terima kita buat baik. Ada je yang masalah hati tu, dia still tak puas hati kan. Pedulikan mereka yang nak kutuk ke, nak cakap apa ke, lama-lama senyap la tu. Biarlah manusia tak suka kita pun, benci kita pun, tapi jangan sampai Allah benci kita. Biarlah 1000 manusia benci kita sekalipun, cukupla memadai Allah yang sayang kita. Jaga hubungan dengan manusia, jaga hubungan dengan Allah. Jika kita dah tak boleh terima kebaikan yang orang buat pada kita atau di sekeliling kita, dah tak terima nasihat yang baik, teguran yang membina, means that memang ada problem kat hati tu, hati dah gelap, dah banyak titik hitam, makin terang, makin menyerlah, jadi benda baik macam tak boleh dah nak masuk. Kita tahu kan apa kita perlu buat bila hati dah kotor.
Nak share sikit tentang pengisian dalam usrah petang semalam : Surah Al-Kahfi ayat 49 :
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.
Setiap apa yang kita buat, sebesar zarah sekalipun, tetap akan di catat & akan di perlihatkan di hari perhitungan kelak. Saya bertanya pada naqibah saya : “kalau kita dah bertaubat, dah tinggalkan semua tu macam mana ? adakah kita akan diperlihatkan juga dosa-dosa itu” Jawapannya : “tidak, bila kita dah bertaubat, kesalahan di buku itu telah dipadamkan, dah cancel dah. tidak diperlihatkan lagi” begitula jawapan naqibah saya. Hebatnya Allah maha pengampun. fikir lagi, sanggup ke kita tengok balik benda-benda keji yang kita buat ? sanggup ke semua orang menonton apa kita buat dosa-dosa itu ? mesti rasa segan kan. benar, Allah itu penerima taubat. Bertaubat sebelum matahari terbit dari barat.
Ku meniti awan yang kelabu. Ku tempuhi lorong yang berliku, mencari sinaran yang menerangi kegelapanku. Ku percaya nanti satu masa, sang suria kan menyinar jua. Membawa harapan yang menggunung bersamanya. Kau tiba bagaikan pelangi. Tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Bagai pelangi petang, kau kan pasti pergi jua.. -Pelangi Petang Sudirman-
Yang di katakan SAHABAT
Suddenly saya punya hati tergerak nak create entry macam ni. First of all, syukran jazilan kepada seseorang di Jordan, kerana hasil dari perbincangan dengan dia di YM tadi la saya terfikir tentang Siapa yang di katakan SAHABAT. Siapa dia yang saya maksudkan ? tidak perlu la saya nyatakan di sini. Bimbang jika ia boleh menimbulkan fitnah kerana dia adalah bukan mahram saya. Dia juga seorang blogger yang hebat, penulisannya mantap, dakwah nya indah. Banyak yang saya dapat pengajaran dari penulisan dia selama ni.
Benar, saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang ini. Tidak. Saya bukan yang sepatutnya. Masih banyak lagi yang perlu saya perbetulkan. Nak di bandingkan dengan orang lain, mereka lebih jauh baik dari saya. Bukan setakat tu, siapala saya nak menasihati sesiapa sekalipun. Tapi, seperti saya nyatakan di atas tadi, dia sahabat saya di Jordan telah menyedarkan saya & memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugas saya, tanggungjawab saya jika saya ingin jadi sahabat kepada sahabat saya.
“tiada prasyarat dalam memberikan nasihat. diri baik ke tak cukup baik ke semua orang bleh bagi nasihat kalau cara bagi nasihat tu betul”
Sebelum itu, saya ada satu short story. Actually a very long story, but I will try to summarize it. Sahabat dan kawan. Apa bezanya ? memangla, semua boleh di katakan kawan bila kita dah kenal seseorang tu. Tapi tak semua mereka adalah sahabat kita. Dan saya juga bukanlah sahabat kepada semua orang walaupun saya adalah kawan kepada mereka semua.
Saya mengenali seorang muslimah ini kerana cita-cita. Kerana cita-cita saya & juga cita-cita dia, kami membina ukhwah di situ. Huluran persahabatan di sambut dengan penuh barakah. Hari makin hari, kami makin memantapkan ukhwah ini. Jika nak di bandingkan dengan saya, perwatakannya jauh lebih sopan dari saya, auratnya jauh lebih terjaga dari saya, dan segala-galanya semuanya jauh lebih baik dari saya.
Holding Hands Together
Masa berlalu dengan begitu pantas, suara-suara sumbang makin kedengaran di sana sini. “kenapa dia begitu, kenapa dia dah berubah, kenapa dia bebas dengan lelaki. Korang tak nasihat dia ke” dan pelbagai soalan yang bertubi-tubi.
Benar, saya tak mampu untuk memberi kata-kata nasihat andai saya pun juga begitu. Walaupun pernah saya menyampaikan secara kiasan, dan saya hanya mendapat feedback “aku tahu. InsyaAllah. Thanks tegur aku.” Siapala saya untuk menyedarkan dia, sedangkan seorang lagi sahabat dia yang lain yang juga jauh lebih baik dari saya bagi nasihat pun, tiada apa terkesan padanya. Ibarat mencurah air ke daun keladi.
Couple : Bila selalu bersama, siang malam berkepit sana sini, tak cukup waktu pembelajaran, sehingga sampai satu masa, saya terkejut dengan satu perkara yang berlaku. Katakan pada masa itu campus saya di Melaka. Dari Melaka, dia pergi KL dengan lelaki itu pada malam itu lebih kurang pukul 10pm. Sedar-sedar, tengah hari esoknya baru balik ke campus balik. Bila di Tanya apa dia buat, dia tidur di mana, rupa-rupanya malam itu tidur berdua di dalam kereta, berhenti di tengah-tengah perjalanan.
Ya, mungkin tak pelik bagi sesetengah pihak. Maybe benda tu dah biasa bagi sesetengah pihak. Tapi dari segi agama, biasakah ? baiklah, saya masih boleh bersangka baik. “Tak buat apa-apa, lagipun dalam kereta je. Tak mungkin sesuatu yang pelik berlaku. Lagipun dia memang baik..” bisik hati kecil saya. Hanya Allah saja yang tahu bukan ? tak mustahil apa-apa pun boleh jadi bila berdua. “bila lelaki & perempuan berdua, di tengah-tengahnya adalah syaitan.”
Bila saya menyuarakan soalan ini, & bertanyakan pendapat kepada sahabat saya di Jordan itu, dia berkata : “Nasihat lagi. Lagi lagi lagi dan lagi. sampai la sampai salah satu dari dua mati atau pun matahari terbit dari dua..”
Baiklah. Siapa dia pada saya sebenarnya ? Dia sahabat saya atau saya ni sahabat dia ? Ataupun saya ni hanya kawan kepada dia, & dia hanya kawan kepada saya ? Kalau saya sahabat, apa tindakan saya ?
Apa yang saya faham dari maksud SAHABAT ialah “mereka yang mendalami kita, mencintai kita, mengasihani kita, mengasihi kita, membawa kita bersama ke arah kebaikan..” Bukan mereka yang membiarkan kita terus hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Tidak di katakan sahabat jika mereka terus menggalakkan kita terus melakukan kesalahan, terus bermaksiat, terus mengheret kita ke arah kejahilan. Tidak, tidak. Mereka bukan di katakan sahabat.
Saya ni sahabat kepada siapa sebenarnya ? Dan siapa sahabat saya sebenarnya ? Baiklah, memang saya tak dapat nak jadi sahabat kepada semua orang. Tapi saya dah try nak jadi sahabat kepada mereka yang rapat dengan saya. Bila saya try untuk tegur mereka, menasihati mereka, mungkin ada yang boleh terima, mungkin ada yang tak boleh terima. Saya ada satu lagi cerita. Saya pernah menasihati seorang muslimah yang lain “jangan keluar dengan lelaki tu lagi. Dia jahat. Saya tahu, kalau awak keluar dengan dia, mesti dia nak ambil kesempatan pada awak. Tolong janji dengan saya awak tak akan keluar dengan dia lagi” Bila jadi macam ni, dia pula yang tipu saya bila saya bertanya :
“awak balik dengan siapa semalam”
“owh, saya balik dengan Siti semalam”
“owh, betul balik dengan Siti ? bukan balik dengan lelaki tu ?” (Sedangkan saya dah tahu dia balik dengan siapa, saja nak uji lagi.)
“mana awak tahu saya balik dengan lelaki tu. Awak nampak ke saya semalam ?”
“takpela. Maybe saya silap kot. A’ah betul la awak balik dengan Siti. Awak tak balik dengan lelaki tu” (Saja nak kenakan balik..)
“ok, saya minta maaf. Memang saya balik dengan lelaki tu. Saya tak berniat nak tipu awak. Tapi saya segan kat awak. Saya malu kat awak. Sebab awak dah pesan kat saya jangan keluar dengan lelaki tu tapi saya buat juga. Saya kata tak nak layan lelaki tu lagi, tapi saya layan juga.”
Lebih kurang beginila situasi nya. Tapi memang saya amat yakin dengan kebenaran dari Allah. Jadi saya tak risau sekalipun manusia menipu kita. Pasti Allah akan tunjuk kebenaran. bila saya cuba untuk jadi sahabat, sekalipun saya ditipu olehnya.
Berbalik pada cerita asal, siapa yang di katakan sahabat ? kalau sekalipun saya ingin rapat dengan dia, cuba untuk menjadi sahabat dia, adakah dia terima ? benar, hati saya mengatakan macam mana saya nak rapat dengan dia sekiranya dia selalu bersama ‘kawan’ dia itu dan selalu berkepit dengan pakwenya. Bila masa pula saya boleh untuk mendekatinya ? sekejap ye sekejap, kenapa saya mesti bersungguh-sungguh untuk menjadi sahabat dia ? kerana satu masa dulu dia pernah tegur saya tentang aurat, pergaulan saya dengan lelaki. Dia pernah menyedarkan saya. Saya menghargai kata-katanya satu masa dulu walaupun sekarang dia juga jauh lagi terlibat dari saya. Walaupun dia tak cakap serupa bikin.
Kerana saya sayang dia. Kerana saya sayang iman dia. Kerana saya sayang dia sebagai seorang muslimah. Jangan Tanya saya lagi kenapa saya kesian pada dia, kerana Allah yang memiliki hati saya, & Allah juga yang menggerakkan hati saya supaya menggapai kembali tangannya dari tangan-tangan yang membawa dia ke arah keburukan. Sahabat saya di Jordan berkata lagi “saya tak rasa kawan rapat dia itu adalah SAHABAT dia” ..
Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah, apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain, untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.
Memang saya kesian pada dia. Susah payah orang tua dia mendidik dia, menjaga dia. Tapi akhirnya hanyut begini. Dia terdiri dari family yang baik-baik, ayahnya seorang ustaz. Benar, dia di uji. Mungkin dia tak ingin berada dalam keadaan sebegini. Mungkin dia try untuk keluar dari situasi begini, tapi mungkin dia belum ada kekuatan. Tapi, sudah bertubi-tubi mereka yang lain menasihati dia, kenapa masih tak tergerak hatinya ? ya, dia perlukan masa. Saya tahu dia boleh, kerana satu masa dulu saya juga boleh meninggalkan semua perkara itu, saya juga boleh meninggalkan lelaki itu semua.
Sedarlah sahabat, berkali-kali saya katakan, semuanya sudah faham, sudah tahu. Jodoh pertemuan Allah sudah tentukan. Niat tak menghalalkan cara. Benar, kita hendak buat benda baik, tapi jangan sampai di campur dengan keburukan. Contohnya macam nak tolong mak ayah kat kampung, kita perlukan duit. Lepas tu, pergi mencuri sana sini, dan bagi duit tu untuk mak ayah di kampung. Nak tolong mak ayah tu memang baik, tapi duit yang di gunakan untuk tolong mak ayah itu adalah hasil mencuri. Haram bukan ? begitula perumpamaannya. Bercinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tak akan bersama juga. Saya selalu pesan pada diri saya ni. tak guna nak pertahankan hubungan dengan bukan mahram andainya dia belum tentu menjadi milik kita. Tak guna jika dalam hubungan cinta itu hanya semata-mata di sirami dengan air mata kekecewaan, kesedihan, sentiasa makan hati, di duakan. Sampai bilakah ? semoga cinta manusia tidak mengaburi mata serta hatimu lagi.
Berusahalah menjadi sahabat, Bukan sekadar menjadi seorang kawan. Jika kita mahu orang lain jadi sahabat pada kita, kita terlebih dulu perlu jadi sahabat kepada orang lain. Hiasi peribadi.. Benar, saya sayang kamu, saya mengasihi kamu, saya kesiankan kamu..
Entry penutup Februari 2010. Februari 2010 yang mencatat 1001 kebahagiaan, kemanisan pada saya. Benar, sujud syukur Pada Ilahi atas segala Cinta.. Indahnya nikmat Allah..
UPDATED at 7.35am 28Feb2010 : Sebagai tambahan, boleh merujuk kepada http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh…/ .. Quite similar entry, quite similar story. Entry yang muncul beberapa jam selepas entry saya yang ini. Sekian.
Mengapa Mesti Menipu
Saya tak fahamla kenapa mesti menipu, kenapa mesti berdusta, kenapa mesti memfitnah. Lagi dua kali ganda saya tak faham pada orang yang belajar agama (kita umat Islam memang belajar agama), maksud saya lagi-lagi khusus dalam bidang pengajian Islam.
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Baiklah.. Saya nak cerita ni. Maybe ada yang rasa saya tuju pada sesiapa. Paling tak pun, maybe orang itu sendiri yang akan terasa tahap klimaks bila baca ni. Itupun kalau baca, lagi malang kalau tak terasa pun.
Saya tak faham :
Kata ambil cos Medic tapi sebenarnya ambil usul fiqh :
-Bajet macam hebat la kan bila dengar kata ambil medic. Nanti dapat title doctor. Macam glamour sajala kan. Apa, course syariah usul fiqh tu tak cukup baik ke ?
Kata scholarship JPA, hakikatnya mak bapak dia punya tanggungan :
-Bila sebut scholarship JPA ni, mestila yang pandai-pandai, mantap je result. Hebat la kan.
Kata dapat 11A1 masa SPM, hakikatnya 5A dan bahasa arab serta English dapat C something :
-Macam kepala otak dia. Konon genius la kan. Terror woo 11A1. Result mantap.
Kata family baru beli kereta BMW 5 series padahal proton ezora saja :
-Nak tunjuk high class la. Dengar macam BMW tu mewah je. Berlagak dengan menipu ? Adeh, apa la dia dapat ? Tak faham..
Mengatakan bahawa seorang perempuan ni adalah sepupu sesusu, hakikatnya sahabat lama, tak pun kekasih lama :
-Tak nak la biar orang tahu yang dia ni melayan perempuan. Nak supaya dianggap suci.
Mengaku pergi masjid pada waktu tu, mengaku puasa sunat, pada hari tu, padahal tak pun :
-Bila kata pergi masjid, nampak la baik je solat berjemaah. Konon macam baik la kan puasa sunat. Padahal tak pun. Saya tak faham kenapa boleh buat main-main dalam perkara agama macam ni.
Kata tak pernah couple, tak layan perempuan, hakikatnya pernah je couple, layan je perempuan :
-konon macam suci la kan. Tak pernah couple, tak pernah bercinta, menafikan pernah keluar berdua dengan perempuan, menafikan tak pernah sentuh perempuan.
Menafikan gambarnya bersama seorang perempuan, dan mengatakan bahawa perempuan itu yang edit gambar tu sebab nak fitnah dia. Hakikatnya, itu gambar real :
-untuk melindungi diri sendiri. Lepas tu sanggup fitnah orang yang tak bersalah. Tuduh orang lain yang buat fitnah, padahal dia yang sedang fitnah orang lain.
Dia Sumpah kata dia tak tipu, hakikatnya dia tipu benda yang dia sumpah tak tipu tu :
-main-main dengan sumpah Allah. Macam tak ada apa makna pun sumpah pada diri dia ni
Selalu tipu parents dia
-setiap SMS dari mak dia, mesti mak dia cakap “kamu jangan tipu mak. Kamu cakap betul-betul”. Mak dia pun dah tahu dia banyak tipu.
Cuba untuk membeli cinta perempuan dengan duit. Saja nak tunjuk lagak yang dia ni kayala kan, nak tawan hati perempuan. Betul-betul anak orang hartawan ke ? Haih, Untuk saya, tak payahla. Saya tak sebodoh tu. Saya tak harapla kalau setakat duit orang lain tu, parents saya dah cukup bagi duit untuk saya.
Bila nak tackle perempuan lain, mulala tunjuk baik. Baru je kenal, terus luahkan perasaan, terus tabur janji-janij nak kahwin nanti. Entah dengan berapa perempuan dah. Lepas tu, mulala kata ni cinta pertama la, perempuan pertama la, tak pernah ada perempuan lain la. Heh, kalau dengan saya, saya dah tahu muka tu jenis penipu, tapi perempuan lain yang jenis mudah percaya tu, tak taula nak cakap apa.
Berhutang sana sini. Sampaikan beratus-ratus dinar hutang dengan kawan dia, dah lama tak bayar. Dia buat apa dengan duit ? Mana la nak tau. Nak kata mak bapak dia bagi duit tak cukup, buat apa hantar pergi overseas kan. Faham-faham sendirila. Kalau dah dengan saya pun boleh nak beli cinta hati saya dengan duit, macam la tak boleh nak buat kat orang lain juga.
Dan pelbagai 1001 penipuan, pendustaan lagi selama setahun lebih mengenalinya. Tak pernah nak berubah, tak pernah nak insaf. Sampai sekarang pun, masih lagi dengan cerita yang sama dari sahabatnya. Bukan sekali dua, tapi entah yang ke berapa ratus kali.
Tapi tak apala, Allah itu maha adil. Doa orang dizalimi mudah di makbulkan, terus sampai pada Allah tanpa hijab. Allah itu satu. Semoga Allah beri balasan setimpal pada si dia yang suka mengkhianati orang. Kebenaran dan kemenangan sentiasa di pihak saya.
Kebenaran tetap kebenaran. Hebat kan Allah selalu bagi kebenaran pada saya dalam hal ni. Saya tak semudah itu untuk di tipu, ada je kantoi dengan semua penipuan tu. Tapi saya kesian juga pada perempuan-perempuan lain yang percaya bulat-bulat tanpa bujur pun kat dia. Haha. Perempuan tudung labuh yang pengajian Islam pun boleh tertipu dengan dia. Tak apala, perempuan sebegini lebih percaya pada bukan mahram dari mahram sendiri. Hahaha.
Konon dah bertaubat. Bertaubat kepala otak dia la ok. Macam tak tau ke sampai berapa kali Allah terima bertaubat benda sama tapi buat lagi ? eh, kata bangga diri ilmu dah mantap, mendalami ilmu agama, kata huffaz. Uish.. macam tempah hell awal-awal saja la kan. Tapi biasala, bila dah terbiasa buat kerja keji macam ni, benda tu dah sebati dalam hati, dalam jiwa, dalam diri. Jadi, kalau buat lagi pun, dah biasa dah, dah tak bagi kesan dah. Dah lekat sangat-sangat dalam hati ni. Sifat keji tu dah jadi kawan baik dalam hati dah.
Terima kasih yang teramat sangat pada mereka yang terus bertanyakan saya, yang jujur berterus-terang pada saya bila dia meminta sahabat dia bersubahat. Tak ada orang nak join sifat munafik dia. Saya memang lebih percaya pada sahabat dia dari dia, dan sahabat dia pun lebih percaya saya dari dia. Sahabat dia kat sana pun contact saya, Tanya kisah sebenar pada saya. Kami semua yang kenal dia ni, semua dah menyampah sangat dengan sifat hipokrit dia. Kenapa mereka percaya saya ? Sebab saya ni tak pandai nak menipu, tak pandai nak berdusta macam dia. Tapi ada je perempuan stupid yang lebih percaya dia dari saya. Kah Kah Kah. Akhirnya, perempuan itu pun terkena juga. Masa ni saya senyum lebar semacam.
Saya tak fahamla kenapa orang macam ni tak ada perasaan bila menipu ni, macam la kebenaran tu tak ada. Macam la orang lain tak boleh nak Tanya orang yang pernah kenal dia. Tapi tak apala, biar semua orang pulaukan dia macam yang pernah terjadi di sini suatu masa dulu. Sampaikan sahabat dia pun lari dari dia sebab tak tahan dengan perangai dia yang cukup lengkap 1 package sifat munafik. Hina bangat orang sebegini.
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn.’Amr.
Perlukah saya cakap macam ni ? Perlukah macam buka aib orang saja ? Bukan itu tujuan saya. Cuma saya nak share dengan readers tentang experience saya, juga nak bagi pengajaran kepada semua readers tentang ni. So bacala elok-elok, faham betul-betul hakikat sebenar, supaya lepas ni more careful with people like this.. Lagi satu, nak explain pada semua orang true story, dari orang yang dengar false story dari orang sebegini.
Ku tak bisa memilih dan bersama orang sebegini. Tak apa, saya suka bila orang macam ini dah nyah dari hidup saya. Mujurla dia tak tergilakan saya macam dulu lagi. Sampaikan sahabat dia yang saya baru borak minggu lepas, sahabat dia pelik kenapala dia gila sangat kat saya. Apa la ada pada diri saya ni. Sedangkan dari dulu lagi saya tak sabar-sabar nak dia berambus dalam hidup ni. Alhamdulillah, sudah berambus. Dan Allah pun sudah meredhakan hati saya untuk semua ini. Syukur ke hadrat Ilahi..
People around me always said that “u deserve better Evi”.. insyaAllah.. doa banyak-banyak, yakin dengan janji Allah.
Macam best saja saya cakap pasal orang. Apa, diri ni dah ok sangat ke ? Saya tak kata saya macam tu. Heh, at least saya tak menipu, tak mendusta, tak memfitnah, semata-mata untuk melindungi diri. Bagi saya, KEJUJURAN itu adalah segala-galanya. Kalau orang tanya soalan terlalu peribadi, saya hanya diam, tak jawab, tak kata apa. Mengiyakan pun tak, menafikan pun tak, menipu lagi tak, mendusta juga tak. Susah ke nak JUJUR ni ? Bagi saya tak susah, senang sangat. Senang bila kita tau apa balasan untuk orang munafik ni..
Sahabat-sahabat saya serta sahabat-sahabat dia kata lebih kurang macam ni : “dia tipu semua tu, berlagak semua tu sebab dia nak biar setaraf dengan awak, nak sekufu dengan awak. Dia tak nak nampak dia kurang dari awak.. Dia nak ada macam apa yang awak ada”
Yang ini macam nak gelak double. Eh, ada ke saya bagi syarat pada sesiapa untuk berdamping dengan saya, untuk kenal saya, hatta untuk jadi suami saya nanti, saya letak syarat yang dia kena setaraf, sekufu dengan saya. Ada ke ? Tolonglah. Tak ada makna pun la ok. Saya ni jenis membina ukhwah dengan semua orang tak kira tahap mana. Peduli apa dengan apa yang saya ada ? Apala orang macam ni nak dalam hidup dia. Menipu semua tu, berlagak semata-mata nak dapatkan cinta hati saya, nak setaraf sekufu dengan saya. Tak terfikir langsung saya nak macam tu.
Kisah ni bukan melibatkan dua tiga watak saja. tapi berpuluh-puluh watak. Macam filem pula. Bukan saja bagi pengajaran pada saya, tapi juga pada mereka semua yang terlibat. Saya tak menyalahkan takdir. Saya anggap ini hanyala ujian untuk saya, benar ia lebih mematangkan saya. Kita di uji dengan pelbagai cara, kita di uji dengan cara berbeza-beza. Selain tu, Allah uji saya macam ni sebab Allah nak saya tackle cinta Allah balik. Nice bukan ?
ok, habis dah. Best hentam orang kali ni. Kalau saya mula berbicara, memangla panjang. Ahah.. Mesti ada yang tegur bila saya sengaja mengkasarkan bahasa dalam blog ni..
Untukmu Iman
Iman.. Apakah itu ? Siapa dia ? Kekasih baru saya ? Seseorang di hati saya ? Peneman hidup saya ? Cinta hati saya ? Bilakah dia muncul dalam hidup saya ? Ianya sungguh membahagiakan saya.. Biarlah saya berterus-terang siapa iman sebenarnya dalam hidup saya selama ni..
Terima kasih iman.. Saya sayang iman saya.. Saya cintakan iman saya. Iman adalah segala-galanya bagi saya dunia akhirat. Iman penyelemat saya, Iman membuatkan hari-hari saya semakin ceria. Iman selalu bersama saya, menemani saya dalam apa jua keadaan sekalipun. Iman yang jaga saya, jaga diri saya, yang lindungi saya selama ni. Tanpa iman, hidup saya kucar-kacir, hidup saya berserabut, hidup saya tak tenang serta berlaku peperangan dalam diri ni..
Cuma saya yang kadang-kadang tak hargai iman. Saya tinggalkan iman. Saya tak berusaha nak jaga iman. Sedangkan iman yang jaga saya selama ni juga. Saya biarkan iman, saya tak pedulikan iman. Bila saya begitu, iman pun pergi makin jauh dari saya. Iman merajuk dengan saya. Bila iman dah tak rapat dengan saya, dah tak intim sangat dengan saya, iman dah tak ada untuk jaga perlakuan saya, akhlak saya, perangai saya. Maka saya bebas buat apa je. Saya dah tak kisah. Suka hati saya nak buat apa, tak fikir apa pun bila nak lakukan sesuatu.. Iman, tolong jangan tinggalkan saya macam ni. Tolong jangan biarkan saya macam ni. Saya perlukan iman..
Bila iman dah jauh merajuk pergi dari saya, mulala hidup saya terkapai-kapai. Kenapa saya macam ni, kenapa saya buat ni, kenapa saya rasa berserabut, kenapa rasa banyak masalah, kenapa berat kepala ni, kenapa hati ni tak tenang dan macam-macam lagi perasaan negative yang saya rasa. Bila saya lagi tak nampak iman, kadang-kadang rasa tak nak hidup lagi. Iman, tolong.. saya nak iman.. Saya perlukan iman. Saya mohon, tolong kembali pada saya balik macam suatu masa dulu, di saat-saat kita rapat sangat, intim sangat..
Tak guna saya memujuk, merayu, menangis air mata darah sekalipun jika iman dah jauh merajuk pergi dari saya. Iman tak akan datang sendiri macam tu. Iman tak akan kembali dengan pujuk rayu saya. Iman sensitive sangat. Bila dia dah jauh pergi, dia tak nak toleh ke belakang lagi. Dia tak akan datang melutut pada saya. Iman tak ego, tapi iman nak beri pengajaran pada saya. Bila iman makin jauh menghilang, saya turunkan ego saya, saya cuba untuk cari iman. Saya yang kena usaha cari iman walau apa jua sekalipun. Saya cuba, cuba dan cuba lagi. Memang iman senang lari dari saya, tapi iman susah nak kembali pada saya.
Saya tahu saya yang salah, saya yang selama ni abaikan iman. Jadi, tiada siapa yang dapat tolong saya untuk kembalikan iman saya. Saya sendiri yang perlu berusaha, saya yang kena bekerja keras untuk pujuk iman supaya balik bersama saya balik. Siang malam saya usaha supaya saya dapat iman saya balik. Alhamdulillah, berkat usaha saya, dengan izin dariNya, akhirnya iman makin kembali pada saya. Dia kembali, bukan juga kembali, tapi saya yang berkorban pergi cari iman. Saya yang cuba untuk dapatkan dia balik. Macam saya kata, saya merayu macam mana sekalipun, dia tak akan datang balik ke arah saya, tapi saya yang kena pergi pada iman.
Bila saya dah dapat iman saya balik, bila iman dah sudi berada dekat dengan diri saya, dekat dalam hati saya, maka saya akan cuba untuk jaga dia sebaik mungkin. Saya cuba untuk hargai dia, saya nak pelihara dia elok-elok. Saya tak nak dia pergi jauh dari saya macam dulu lagi. Saya amat terasa dengan kehilangan dia suatu masa dulu. Saya terasa peritnya, sakitnya, pedihnya hati bila dia jauh dari saya. Berbekalkan dengan usaha saya, saya dapat jumpa dia balik. Bukan usaha yang sedikit untuk dapatkan iman kembali, tapi banyak yang saya perlu korbankan untuk dapatkan iman balik. Bermacam-macam pengorbanan yang saya buat semata-mata untuk dapatkan iman balik. Saya harap, berbaloi dengan usaha saya untuk dapatkan iman balik.
Supaya iman sudi untuk bersama saya kembali, Saya perlu tinggalkan si mungkar, saya perlu jauhkan diri dari si maksiat, saya perlu halau si mazmumah. Sebab iman dah awal-awal beri amaran, iman nak dia je berada dalam diri ni. Dia tak nak share dengan si mungkar, tak nak berada bersama si maksiat, tak nak berkawan dengan mazmumah. Kalau tak, iman akan memberontak, iman akan marah sangat. Iman tak nak bersubahat. Iman tertekan sangat. Iman terpukul-pukul dalam hati ni. Iman meronta-ronta nak keluar dari diri ni bila mana saya lebihkan tiga sifat buruk itu dalam diri saya. Bila saya syok layan tiga sifat buruk itu, iman mengundur diri dari saya..
Saya mengaku, ini bukan kali pertama, bukan kali kedua, bukan juga kali ketiga iman pergi jauh dari saya. Tapi, sudah berkali-kali saya tinggalkan iman, sudah banyak kali saya tak jaga elok-elok iman. Untuk kali ini, dengan sedaya upaya saya, dengan setulus hati saya, sepenuh jiwa saya, saya akan jaga iman.. Saya tak nak perkara-perkara lalu berulang kembali.
Iman, jagalah saya, tolong kawal perbuatan saya, tolong awasi tingkah laku saya. Tolong iman.. saya merayu.. Saya teramat memerlukan iman. Saya tahu, sebanyak mana pun duit saya ada, setinggi mana pun pangkat saya, saya tahu saya tak dapat beli iman, saya tahu iman tak boleh di tukar ganti dengan apa jua sekalipun…
Terima kasih imanku kerana masih sudi menerima saya, masih sudi untuk terima saya yang penuh dengan dosa noda ini.
Imanku.. Kerana Iman lah saya masih berada di landasan agama. Kerana iman yang menguatkan saya untuk beribadat, kerana iman juga saya masih menuntut ilmu.. Kerana iman yang mengingatkan saya tentang solat, kerana iman yang mengejutkan saya tika dinihari untuk beribadat kepadaNya.. Kerana iman yang kuatkan hati saya untuk tabah menempuhi segala ujian, cabaran, dugaan. Kerana iman yang menyekat saya melakukan perkara mungkar walaupun kadang-kala saya lawan iman saya. Saya membiarkan bisikan larangan iman. Saya ikut nafsu jahat. Kerana iman jugalah yang pinta saya untuk menutup aurat walaupun saya masih tidak melakukannya dengan sempurna. Masih lagi kerana.. Iman adalah segala-galanya pada saya. Iman penyelamat hidup saya, pelindung diri saya, pengawal hidup saya..
Seboleh mungkin saya tak nak lawan iman lagi. Saya akan cuba, cuba dan cuba lagi. Saya akan patuh pada iman. Saya tak nak buat perkara yang iman tak suka. Tapi iman, maafkan saya jika kadang-kala saya lemah, saya tak ikut iman, maafkan saya jika saya kalah dengan nafsu..
Kerana dialah Iman untuk saya, pada diri saya.. “Membenarkan di hati, mengaku dengan lidah, mengamalkan dengan perbuatan”
Sama-sama pelihara iman kita.. Sama-sama Merasai nikmat Kemanisan iman itu.. Semuanya datang dari Allah, iman juga ciptaan Allah. Allah paling utama.. InsyaAllah..
Everything on New Year 2010
Selamat melangkah ke tahun baru 2010 untuk semua hamba Allah di muka bumi ini. Asif kerana saya tidak menulis entri untuk tahun baru Islam yang lepas iaitu awal muharram kerana saya tidak berkesempatan untuk mencoretnya. Bila fikir balik, biarlah saya gabungkan dalam satu entri ini saja.
Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1431H kepada seluruh umat Islam. 15 Muharram bersamaan dengan 1 Januari 2010.
Setiap orang pasti mempunyai azam baru bukan ? Tak terkecuali juga dengan diri saya. Tapi adakah azam kita yang sebelum ini sudah tercapai ? Kita saja yang tahu sama ada kita dah cukup laksanakan atau tak. Bagi saya, jujur saya katakan, masih ada yang tidak tercapai. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan, yang mengizinkannya. Kita manusia biasa, tak semua perkara kita dapat lakukan. Bergantung juga pada kemampuan kita.
Awal Muharram. Meraikan penghijrahan Rasulullah saw dari kota Mekah ke Madinah, maka bersatulah kaum muhajirin dan ansar demi menegakkan Islam, mengukuhkan Islam yang tercinta. Hijrah itu perpindahan, perubahan. Boleh dikatakan setiap hari kita mengalami perubahan. Tak kirala perubahan kepada yang lebih baik mahupun buruk.
Tahun baru 2010.. Dunia semakin moden, semakin canggih. Dunia yang tanpa sempadan. Bebas berbuat apa saja. Jika tanpa iman, tanpa agama dalam diri, maka hidup seorang mukmin itu pasti akan kucar-kacir. Bebas berbuat kejahatan, maksiat di sekeliling. Kerana iman sudah tiada untuk mengawal & menyekat semua tindak-tanduk itu. Yang ada hanyalah dikuasai oleh nafsu jahat yang sentiasa menggalakkan ke arah kemungkaran. Sedarkah kita bahawa ajal kita semakin dekat ?
Siapalah saya nak menulis tentang ini. Sungguh tidak layak untuk berbicara tentang ini. Saya juga buat silap, terlalu banyak kesalahan, dosa yang telah di lakukan. Sebab itu saya tekankan yang Hijrah itu penting. Semua orang boleh berhijrah, boleh berubah ke arah kebaikan. Tinggal sama ada seseorang individu itu mahu ataupun tidak.
Tak payah tunggu Awal Muharram baru nak berubah, tak payah menanti tibanya tahun baru, baru nak insaf. Sepatutnya kita sentiasa perlu sedar, jika kita melakukan dosa serta kesalahan, kemungkaran, maka sebaiknya kita terus bertaubat. Allah itu maha penerima Taubat. Selagi pintu taubat terbuka, maka bertaubatlah. Sempurnakan taubat nasuha dan lakukanlah solat taubat. Tak payah tunggu matahari terbit dari barat baru nak bertaubat. Sudah terlambat.. Sama-sama sentiasa muhasabah diri kita..
Kadang kala kita merintih, mengapa Allah hilangkan sesuatu yang kita rasa amat berharga pada diri kita.. Sedangkan sebenarnya, hakikatnya, Allah nak bagi sesuatu yang lebih bernilai pada kita. Wahai hati, wahai temanku, usah merintih jika kamu kehilangan sesuatu. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dan saya… Masih di sini. Masih menyemai, menyuburkan cinta Ilahi dalam hati ini. Semoga cinta Allah dan Rasul kukuh dalam hati ini. Saya serahkan pada Allah segala-galanya. Sama-sama kita doakan supaya Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayahNya kepada kita..
Azam baru saya.. Ada azam baru kah ? Setiap hari saya ada azam baru. Setiap hari saya berazam. Seperti saya katakan, tak perlu tunggu masuk tahun baru. Setiap hari rasa ingin berubah, setiap hari ingin mencari kebaikan. Tapi dalam perjalanan mencarinya itu, kadang-kadang ada kita tersungkur, kita jatuh. Perjalanan tak semudah yang di sangka. Penuh dengan ujian, cabaran serta dugaan. Kadangkala kuat untuk mengamalkannya, kadangkala juga lemah oleh bisikan-bisikan itu. Semoga Allah tak bolak-balikkan hati ini, semoga Allah tak pesongkan hati ini..
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala kejahatan, dari segala kecelakaan, dari segala bala. Ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Suburkanlah cinta kami kepadaMu.. Cintailah Ilahi..
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga bulan depan lebih baik dari bulan ini. Semoga tahun baru lebih baik dari tahun lepas.
Muqoyyam fi Sekayu.. :
31 Disember 2009.. Hari terakhir di tahun 2009.. Apa yang korang buat pada hari terakhir dan malam terakhir pada tahun 2009 ? Alhamdulillah, tanpa perancangan yang rapi, tapi tiba-tiba tergerak hati nak pergi muqoyyam kat Sekayu. Actually lecturer saya merangkap naqibah usrah saya dah ajak awal-awal lagi. Tapi saya tak beri kata putus nak pergi ke tak. Pada petang khamis tu tiba-tiba dia call ajak pergi lagi. Dalam masa tak sampai 2 jam saya bersiap. So saya pun dengan senang hati terima dan terus ikut Cik Fatimah. Kami sampai lewat kat Sekayu sebab mula-mula teman Cik pergi hantar barang kat kawan dia, lepas tu balik rumah Cik, lepas tu tunggu Kak Jannah (Dr.Jannah) & Cikgu Wan Fatimah datang ambil kitaorang sebab nak pergi sama-sama. Lepas isyak baru sampai kat Sekayu.
Aktiviti malam tu ada ceramah tetang peranan shabab wa syuyukh. Pastu ada ice-breaking. Sangat happy bila berjumpa kawan lama iaitu Amira. We went to The Elite Girls School Together. Tapi Amira stay only for 2 weeks, after that pergi SBP. But she do remembered my face. Hehe.
Kami borak-borak sampai pukul 2am baru tidur. Pukul 4 bangun untuk qiyam lagi. Tidur yang tak berapa lena tapi gagahkan juga diri ini untuk terus join all those programs. Amira & Sha, thank you so much, thank you for everything. Macam-macam kami bercerita, shared our opinions, peranan dakwah, kengkangan dakwah & all those things. Sampai termenangis pun ada bila mengenang dosa-dosa lalu. Thanks Amira banyak bagi nasihat & bagi semangat lagi.
Amira & Sha
Aktiviti pada pagi Jumaat tu ok je. Cuma saya ketiadaan mood sebab tak cukup tidur. Bila tak cukup tidur, jangan layan saya, jangan dekati saya. Haha. Danger, please be Aware. Tapi Sha terus-menerus cheer me up. Kami bercerita lagi & bla bla bla..
Akhowat
Jungle Trekking petang tu saya tak join pun. Sebab hujan lebat sangat dan saya sangatla risau jika hujan lebat itu makin buat saya tak sihat. So saya skip awal-awal. Lagipun jungle trekking ini macam tak kena sangat dengan saya la ok. Faham-faham sajala. Ratu Syahadah tak sesuai berkeliaran di dalam hutan dalam keadaan mengantuk. Ok tak ada kaitan..
Saya nak balik, saya nak balik, saya nak online, saya nak tu, saya nak ni, saya macam-macam. Sabar sajala saudara saya melayan perangai saya dalam SMS. Memang pun. After asar, lecturer saya pun ajak saya balik. Rasa macam nak sujud syukur terus kat situ. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa saya. Yeay !
Mak cik Nun yang hantar saya pulang. Naqibah usrah juga kalau tak silap saya. Sangatla baik, dah anggap macam seorang ibu walaupun baru kenal. Solat maghrib & isyak di rumah Mak Cik Nun, dinner kat luar, borak-borak, lepas tu baru balik campus.
Friend Visits :
Thank you so much to my junior KMM miss Nadiah (picture above) yang sanggup fly datang Kuala Terengganu, sanggup datang UDM semata-mata nak jumpa saya sebab kami dah lama tak jumpa. Terharu bukan bila dapat sahabat macam ni ? Sanggup datang dari jauh dari Melaka untuk visit saya. Saya pun sayang dia. Kami spend time every night, dinner, borak-borak. Sorry just for the two last night’s you are here, tak sempat nak spend time like usual sebab suddenly went to muqoyam.
Saya sedih sangat bila saat-saat nak berpisah dengan dia. Siap menangis sangat-sangat depan dia. Sungguh segan. Tengah hari tadi dia datang bilik saya. Sorry buat Nadia terasa selama ni. Saya bukan seorang sahabat yang baik kan. Saya selalu tak ada masa nak spend time dengan dia. Saya tahu dia banyak terasa dengan saya. Saya tak pandai nak hargai sorang yang sayang saya. Saya terharu sangat bila tadi jumpa dia bagi saya a bar of chocolate & sebuah buku agama. Dia sungguh memahami saya, apa yang terlintas di benak fikiran saya sejak akhir-akhir ni. Buku tu penyelesai tentang apa yang saya fikirkan sejak akhir-akhir ni. Sahabat, semoga Allah meredhai persahabatan kita. Ukhwahfillah.. Nantikan warkah dari saya nanti…
Bengkel Motivasi FIT :
Apa hal tiba-tiba ada bengkel motivasi ? haha. Hanya kami yang tahu. Congrats to motivater Raja Shamri Bin Raja Husin yang berjaya buat hati saya tersentuh. Dari cerita beliau, kata-kata beliau, berjaya buat saya termenangis. Dari cerita kesusahan hidup dia sampaila dia berjaya. Hari ni 5 kali menangis. ok lima kali. 2 kali sebab nak berpisah dengan Nadia. 2 kali sebab motivasi, sekali sebab tazkirah dari ustazah di pagi hening tadi. Baru je sikit ustazah bersuara, bagi tazkirah, dah keluar air mata. Rasa banyak sangat dosa, rasa bersalah sangat..
Semoga saya lebih baik dari yang lepas… Bermacam-macam kan pada tahun baru ni..
Warkah Buat Bakal Suamiku..
Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…
Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.
Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
Kita Tahu Tapi Tak Amalkan
Ketika saya menaip entri ini, seluruh anggota badan ini terasa menggeletar, terbayang-bayang dosa-dosa lalu yang pernah saya lakukan, dosa kecil mahupun besar.
Tapi betulkah apa yang ingin di perkatakan nanti ? Layakkah saya untuk berbicara tentang ini, sedangkan diri ini masih melakukan dosa, masih menghampiri perkara mungkar, maksiat serta seluruh perkara yang di larang oleh Allah ? Sungguh rasa tidak layak, tapi saya kuatkan diri saya untuk berkongsi sedikit ilmu apa yang saya tahu, yang mungkin telah semua readers tahu.
Dari kecil kita belajar agama, di didik, di asuh oleh keluarga. Di sekolah pula, kita masih belajar subject Pendidikan Islam, merangkumi ilmu tajwid, akhlak, aqidah, sirah, tauhid, ibadat, al-quran, hadis. Di tambah lagi kelas fardhu ain di waktu petang selepas waktu sekolah, malah saya bersyukur berada di UDM kerana subject university mengandungi Aqidah & akhlak, Fiqh Islami, bahasa Arab & subject elektif sem depan insyaAllah Falak Syarie.
Walaupun sesetengah dari kita bukan dari bidang pengajian Islam, termasuk saya juga, tapi kita tetap orang Islam, dilahirkan dalam nikmat yang paling besar Islam. Mungkin kita tak sampai tahap mendalami ilmu agama sehingga ke peringkat diploma, degree, master. Tapi saya rasa apa yang kita pernah belajar selama ni, kita dah tahu dah tentang asasnya. Yang mana halal, yang mana haram.
Selain itu, juga mengikuti blog-blog yang mengandungi unsur dakwah, tentang agama. Kat mana-mana pun kita boleh belajar agama. Dengan dunia internet yang sangat luas, pelbagai sumber, bahan yang boleh kita cari di sini. Search je kat ‘Abang Google’ .. Setiap masa kita boleh luaskan pengetahuan kita, bukan masa sekolah-sekolah je belajar agama. Tak payah rasa dah mantap ilmu agama kalau setakat “form 3 sekolah agama” tapi dah riak semacam. Macam boleh kata, go to hell awal-awal la senang. Tak payah susahkan hidup orang lain.
Blog berunsurkan dakwah dah banyak di bangunkan. Even ustaz-ustaz UDM pun ada blog sendiri. Tak kurang juga yang paling ramai bloggers adalah di kalangan pelajar-pelajar, sama ada di dalam Negara mahupun di luar Negara. Walau kita dah tahu sekalipun, tak semestinya kita tak payah baca tentang ilmu agama. Sebab apa ? Sebab belum tentu kita amalkan dengan apa yang kita tahu tu. Tak salahkan kalau kita nak memantapkannya, nak mengingatkan kita, nak bagi makanan pada hati kita ni.
Kita Tahu Tapi Tak Amalkan
Kalau kita tahu benda ni salah, haram, tapi kita buat juga, maka dapatla dosa. Lain pula jika kita tak tahu, mungkin tak berdosa & itu atas pertimbangan Allah sejauh mana kita tak tahu atau buat-buat tak tahu. Macam sia-sia je apa kita menuntut ilmu tapi tak amalkan. Dengan senang hati nak langgar semua hukum tu. Saya tak kata orang lain la, tapi merujuk pada diri sendiri. Saya tahu itu salah, itu haram, tapi kenapa saya masih buat ? Mungkin bila nafsu dah menguasai diri, Nafsu menang dari Iman, maka terjadila perkara yang tak patut di lakukan. Tapi bila dah buat, timbul kekesalan di hati.
“Kenapa aku buat ? Aku dah tahu, kenapa ianya terjadi juga. Di mana iman aku ? Lemahnya diri aku ni.”
Kalau readers perasan, readers tersedar la kan, setiap kali kita buat salah, hati kita tak tenang, jiwa ni meronta-ronta, tiada kedamaian jiwa. Malah, asyik fikir tentang dosa yang telah di buat. Itu bagi saya. Apa saya buat, Alhamdulillah Allah masih campakkan kesedaran kat hati saya ni. Tapi saya kesal jika apa yang saya buat, saya tak sedar saya buat dosa. Alangkah malangnya diri ni bila teramat jauh dari rahmat Allah.
Saya tak tahu jika ada antara kita yang buat dosa tapi tak sedar-sedar juga. Saya sedih, saya bingung memikirkan apa yang terjadi di sekeliling saya. Mungkin ada yang bermegah-megah dengan maksiat yang di lakukan. Sengaja menunjuk-nunjukkan maksiat itu. Tapi siapa saya nak tegah mereka, nak tegur mereka andai diri ini pun juga mendekati maksiat walaupun tidak sampai tahap kritikal ? Mungkin sesetengah orang rasa maksiat tu sampai bersetubuh. Tapi ingat balik dalam surah Al-Israa : “ dan janganlah kamu mendekati Zina” . Bukan setakat zina, malah jangan menghampiri, mendekati benda tu. Kita rasa setakat borak-borak, SMS, keluar dating walaupun tak berpegangan, kita rasa benda tu takpe. Tapi sebenarnya benda tu di kira mendekati zina. Lama-kelamaan, syaitan dengan bijaknya akan goda kita supaya jatuh pada perlakuan itu juga. Mungkin selama ni masih tahan, tapi selama mana bukan ?
Apa yang berlaku pada saya, di sekeliling saya, sudah jelas semuanya. Walaupun kisah orang lain, saya masih ambil pengajaran dari semua tu. Semuanya bermula dari perkenalan antara muslimin & muslimat. Memang susah nak cari, nak jumpa couple yang betul-betul berlandaskan Islam. Mungkin pada mulanya niat baik, untuk ke arah rumahtangga, nak jaga hubungan berlandaskan syariat, tapi akhirnya rebah juga. Cinta yang berlandaskan agama hanya ada pada ‘pernikahan’. Hanya dengan akad yang halal untuk menyalurkan rasa cinta tersebut.
Selama mana iman kita boleh bertahan. Bila dah terbiasa bersama, makin dekat, makin intim, makin rapat, maka terjadilah perkara yang tak di ingini. Tapi bila dah sekali kena, rasa nak lagi. Kata salah seorang sahabat saya, “benda ni addicted” .. Saya sedih bila ada di antara orang yang dekat dengan saya, yang saya kenal, tapi terjerumus dalam perkara ni. Saya harap mereka berubah. Tolong tinggalkan perkara ni. Tolong jangan jadi hamba pada nafsu je. Saya takut, takut jika bila saya dah terbiasa dengar perkara sebegitu, saya pula yang akan lakukannya. Saya takut cepat terpengaruh dengan benda sebegitu.
Saya bersyukur Allah masih selamatkan saya dari perkara sebegini. Apa yang berlaku, apa yang Allah jarakkan, semua ada hikmahnya. Tapi dengan dunia internet yang serba canggih, kita tak dapat lari juga dari benda-benda yang tak elok. Kadang-kadang kita salah guna dengan apa yang kita ada.
Astaghfirullahalazim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama ni, semoga Allah menerima taubat saya & taubat kita semua. Semoga Allah terus memberi hidayah pada diri ini, kuatkan iman dalam diri ini supaya menjauhi perkara mungkar. Banyaknya diri ini buat silap, buat dosa ya Allah. Renjiskan setitis kesabaran pada diri ini untuk menghadapi saat itu ya Allah. Semoga diri ini tidak jatuh sebelum sampai masanya. Semoga saya tak melanggar hukum Allah lagi, semoga saya tak ulangi kesilapan lalu.
Bagi yang berkenaan, jangan dekati saya jika saja-saja. Jangan usik iman saya, jangan gerakkan hati saya. Tolong jangan lemahkan iman saya, diri saya. Kecuali benda penting, saya boleh terima. Lebih dari tu, saya tak nak. Saya pun tak akan mulakan melainkan ianya hal penting. Harap faham. Bukan untuk kepentingan diri saya, tapi juga untuk iman kamu semua juga. Sama-sama istiqamah dalam menjaga pergaulan antara ikhwan & akhowat. Jika saya salah, mungkin saya terlupa, jadi tegurla saya. Bukan menggalakkan saya & biarkan saya dalam kelalaian. Sama-sama kita amalkan apa yang kita tahu, sama-sama memperingatkan antara satu sama lain.
Termasuk sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak berguna untuk dirinya…
Jangan Dengar Sebelah Pihak
Ramai yang suka dengar sebelah pihak je. Rasa macam bila dah tahu 1 cerita ni, rasa betul je. Tak dengar dari pihak lain. Bila seseorang ni bercerita tentang masalah apa-apa je la pun, terus percaya. Terus letak yang ni betul, terus kata pihak yang lain itu salah. Macam la orang yang bercerita itu betul sangat. Betul tak ? Senang & cepat je nak nilai orang, nak hukum orang.
Kita tengok pula dalam kes perbicaraan (mari kita masuk court jap). Ada ke hakim dengar sebelah pihak je, terus jatuhkan hukuman ? Kalau macam tu, tak payah la buat mahkamah, tak payah susah-susah university wujudkan cos law. Tak payah susah-susah belajar law, tak payah hafal, tak payah baca buku undang-undang yang tebal, tak payah lecturer susah-susah nak ajar students. Betul tak ? Maksudnya, dalam apa jua sekalipun, perlu pertemukan dua pihak. Perlukan penjelasan dari kedua-dua pihak. Even kalau tak cukup orang yang di bicarakan, dia tak datang ke, perbicaraan di tangguhkan kan ? Setahu saya la, kalau salah, boleh students Law betulkan. Ahah saya tahu beberapa orang sahabat saya yang dari cos law baca blog saya ni..
*sigh* Evi LoLyta nak cakap pasal lawyer la, judge la, court la apa hal ? Yang tu lain cerita, kes besar-besar je macam kes bunuh ke, perceraian ke, kes rasuah ke & lain-lain yang besar je masuk court. Takkan kes remeh-temeh pun nak masuk mahkamah ? Takkan gaduh dengan kawan pun nak masuk mahkamah ? Haih~ bukan saya suruh korang setiap ada masalah, gaduh sikit dengan kawan, dengan pakwe makwe suruh masuk mahkamah. Yang saya nak tekankan kat sini, maksudnya, contoh jika si kapak gaduh dengan si pisau, lepas tu si kapak ni pergi bagitahu si gergaji pasal gaduh semua, seolah-olah si kapak ni je betul. Si gergaji pula percaya je, cepat je tuduh-tuduh, hukum si pisau ni. Padahal, belum dengar lagi dari pihak si pisau. Entah-entah si kapak ni menipu je, reka cerita je. Betul tak ?
Mentang-mentangla si kapak ni kawan baik dia ke, punyala percaya. Lagi-lagi si pisau ni pulak nampak jenis stock biasa-biasa, jadi suka hati je buat tanggapan, terus pandang serong kat si pisau ni. Tak ke naya macam tu ?
Tak usah nak mengadili, menghukum seseorang sesuka hati. Tengok bukti dulu. Tapi ada juga kadang-kadang bukti yang di kaburi. Apa-apa pun, pakai otak la. Guna otak. Tak payah bekukan otak simpan dalam kepala je, tak guna. Kalau macam tu, baik jadi binatang, tak ada akal. Seorang hakim, punyala susah nak jatuhkan hukuman. Berbekalkan saksi, dengan lawyer lagi yang soal macam-macam, tapi kita ni yang jenis biasa-biasa suka hati je, senang je nak hukum orang, nak nilai orang. Tak payah la kata gitu, kadang-kadang students yang belajar Law pun tak boleh fikir benda gini. Dia still dengar sebelah pihak pastu terus percaya. Sungguh tidak adil. Tapi itula yang terjadi.
Lagi terkilan bila seorang perempuan ni terlalu percaya pada si lelaki. Sampaikan, bila ada perempuan lain terangkan, bagitahu, tunjuk bukti, masih tak terima. Sanggup gaduh sesame perempuan, semata-mata percaya pada si lelaki. Ye la, sebab si lelaki ni nampak baik, alim, beragama, terus percaya. Macam orang alim ni tak buat dosa, macam orang Islam ni tak menipu. Kita semua ni manusia biasa, masih buat silap, jangan pandang seseorang tu ustaz, imam, dia tak buat dosa. Kita ni bukannya nabi, maksum. Betul tak ? Tak taula kalau ada ustaz-ustaz yang masuk blog saya ni, baca, terus marah saya sebab kata ustaz pun buat dosa. Tak tahula kalau ada ustaz yang rasa dia tak pernah buat dosa, tak buat silap, mentang-mentangla belajar ilmu agama, ilmu paling dekat dengan Allah. Asif ye, saya tak tuju pada sesiapa. Saya Cuma nak gambarkan reality, apa yang terjadi berdasarkan pengalaman. Saya menulis di sini berdasarkan pengalaman, apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan main cakap je. Dan saya tidak sesekali menuduh semua orang sama.
Kalau setuju, tak setuju sekalipun, berila comment. Asalkan ianya membina. Apa yang saya lalui inila yang saya rasa nak share dengan readers.
So pengajaran kat sini, apa-apa yang kita dengar, jangan dengar sebelah pihak je. Sebaik mana orang tu, jangan sangka dia tak pandai buat salah, tak pandai nak menipu, tak pandai nak reka cerita. Menyelesaikan masalah bukan dengan cara mendengar sebelah pihak je, fikir-fikirkanlah.. Kalau rasa tak boleh nak dengar dari pihak lain, tak berkesempatan ke, pandai-pandai la kita jangan nak suka hati juga ikut kepala sendiri jatuhkan hukuman.
Everything Happened For Reasons..
Tapi kalau rasa nak bodohkan diri jugak, teruskanlah dengan cara tu. Kebenaran tetap kebenaran. Allah lebih tahu. Berhati-hati dengan dunia yang penuh tipu daya. What goes around comes around. Dah penat nak tulis benda sama. Banyak je my previous entries ada ayat tu. Apa kita buat, akan balik pada kita balik.
Jangan sangka saya mudah percaya dengan apa saya dengar dari sebelah pihak. Jika berkaitan dengan saya, saya akan cari pihak lain untuk dapatkan penerangan. Tapi jika ia tak berkaitan dengan saya, saya hanya letak benda tu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Saya tak sesekali nak hukum pihak lain yang saya tak tahu hujung pangkalnya.
Hati orang yang memusuhi kebenaran dan nilai-nilai keutamaan akan terhiris-hiris jika mereka tahu tentang kebahagiaan, kegembiraan & kesenangan kita.
Semoga apa yang saya nyatakan di sini dapat beri manfaat pada readers semua walaupun sedikit. Saya bukan seorang muslimah yang layak untuk berbicara tentang agama, saya sedar itu. Banyak lagi yang saya perlu ubah, yang saya perlu belajar. Tapi saya bukan juga seorang yang berlagak mempunyai ilmu agama tinggi tapi cakap tak serupa bikin. Anda tahukan apa itu munafik, & di mana tempat selayaknya untuk orang munafik ? Saya pasti mereka yang lain sudah lebih mengetahui apa itu munafik. Tapi mungkin nanti saya akan buat entri tentang orang munafik.
Walau apa pun, balik pada yang satu. Apa yang kita buat, rujuk pada Allah, hukum Allah.. Kebenaran tetap kebenaran, ia pasti hadir.. Aku pasti, Aku Yakin.. Subhanallah…
















