Posts Tagged ‘agama’

Watch Your Mouth, Watch Your Words

Entry campur aduk macam-macam story nak cakap. Campur punya campur maka jadilah macam ni. hoho.

Watch your mouth, watch your words. Manusia ni lagi-lagi perempuan (tak semua perempuan) lelaki pun ada juga, selalu cakap lepas ikut suka hati tanpa fikir perasaan orang lain. kalau boleh nak cakap, nak tunjuk kat orang la dia ada ayat power, dia la yang hebat boleh cakap macam-macam dan lebih tepat untuk menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata sindiran dia dengan lebih tepat lagi orang Kelate cakap ‘nyekik’.

Bagi aku, orang macam ni tak lain tak bukan dia lagi sengaja nak tunjukkan perangai kebodohan dia & low public relation. Lagi nak tunjuk keburukan dia, kelemahan dia. Maybe dia ingat puas hati la cakap itu ini, dia rasa orang akan takut dengan kata-kata dia, tapi hakikatnya orang lagi menyampah & pandang rendah dengan orang macam ni. Nak bergaul sama-sama dia yang jenis cakap macam tu boleh la.

Benda gini, hal gini tak lain tak bukan sebab takde kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang tu. Assobru minal iman; Kesabaran separuh dari iman. Come on lah, apa yang kita dapat kalau kita cakap tak elok dengan orang, marah-marah, kasar-kasar, tinggi suara, tengking, lagi teruk kalau makin hamun ? apa yang kau dapat ? kau fikirla sendiri.

Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 2

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Aku pun pernah kena kata macam-macam dengan sorang lelaki ni sebab kononnya aku tak balas cinta dia. Erk. Hakikatnya memang aku tak pernah cintakan dia. Ok fine aku tak salahkan dia kalau pun dia berperasaan macam tu kat aku. Cuma aku dah cakap awal-awal aku takde perasaan kat dia, hanya kawan. Bila lama-lama, dia konon nak aku takut, nak aku terima dia juga, pastu dia start la kata macam-macam kat aku kasar-kasar. Pastu dia minta maaf cakap nak kembali balik, pastu dia kasar balik. Ohhh maybe dia ingat aku akan terima dia. Hakikatnya, aku lagi nak jauh dengan orang macam ni.

Apa yang kau cakap, setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut kau, dengan nadanya sekali, dengan grammar semua tu, dengan raut wajah cara penyampaian, tu dah menunjukkan macam mana diri kau sebenarnya. Kalau rasa tak pandai nak berbahasa dengan orang, pergi gam mulut tu. takut nanti kena lempang dengan orang lain. belum jumpa belum tahu la. Jangan ikut sedap je keluar dari mulut tu. apa banyak cantik sangat mulut tu ? Orang yang tak rasa pape dengan kau tapi bila jadi macam ni orang akan jadi benci kat kau.

Biasanya orang yang jenis low PR ni jenis yang tak mix with people sangat and must be family dia & seangkatan dengannya jenis cakap macam tu juga. Hidup dalam cara cakap macam tu. Senang cakap, ibarat bawah tempurung je. they didn’t know how to treat people. Dia ikut meter angin dia je. tak ikut meter angin orang lain. that’s why orang macam ni akan bergaduh sana sini dengan orang lain. dan orang bila tengok muka dia pun jadi macam menyampah tak nak cakap. Come on lah, tak baik gaduh-gaduh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 9-10

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Lagi-lagi perempuan. I think, beware lah. Come on lah, please change your attitude. Aku dah banyak dengar orang laki selalu cakap, diaorang kalau nak pilih perempuan, dia ambil kira kata-kata yang keluar dari mulut perempuan tu serta cara seseorang perempuan tu cakap. Kalau tak, memang dia reject lah. Sebab diaorang cakap, nanti kalau dah hidup bersama, mesti asyik lawan je suami. Tak boleh buat kira dengan perempuan macam ni. Kalau perempuan jenis macam ni, memang orang laki pun tak ingin nak dekat & terus lari. Tapi tak tahula kalau dia pun akan dapat lelaki jenis mulut gini juga. nasiblah. Sebab kau pun macam tu.

One more thing, bila bercakap tu, kena sedar-sedar apa yang kita tengah cakap. Sebelum bersuara tu fikir dulu. Guna akal, bukan guna nafsu. Sometimes, manusia ni jenis cakap lepas sedangkan belum tentu hal tu betul atau salah. Lebih malang jika orang yang mendengar tu jenis pak turut je ikut je dengar apa tanpa selidik sejauh mana kebenaran kata-kata serta cerita yang di bawa oleh orang lain.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat : 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Aku suka surah Al-Hujurat ni. Kita patut suka semua surah dalam Al-Quran kan. Macam kat blog ni, kat atas sebelah kanan ni pun aku letak ayat ke-6 dalam surah Al-Hujurat. Sebab aku rasa mendalam sangat maksud ayat tu.

Jaga mulut, jaga kata-kata, jaga perangai. Jangan buat orang menyampah dengan kata-kata yang keluar dari mulut tu. Aset yang penting tu. Tak guna kalau diri tu cantik, handsome tapi mulut hampeh. Itupun kalau cantik, handsome. Kalau tak ? lagila macam buruk semua benda.

Aku jenis tak suka bergaul dengan orang yang jenis tak pandai cakap ni. Tak suka berurusan jauh sekali nak buat kawan dengan orang yang jenis suka cakap perli, sindir, nak jatuhkan orang lain, nak sakitkan hati orang lain. Aku laaaaagi tak heran dengan orang macam ni. Sebab aku pun jenis tak heran dengan orang lain, tak heran dengan sesiapa. Melainkan aku hanya heran dengan orang yang jenis complete attitude serta agamanya. Tak main ikan bilis, main jaws terus hoho.

ok goodbye April, welcome May.

Filed under Uncategorized

Awal Muharram 1432H

Kalau cakap pasal Awal Muharram, masih ada yang tak berapa pasti apa ada pada Awal Muharram ni. tak kurang juga ada yang masih ragu-ragu. Kalau New year, semua orang tahu, semua orang faham. Tarik penting pada agama sendiri, kita agama mana sebenarnya ? Benar, ramai yang Islam pada nama sahaja.

Awal Muharram bersamaan dengan 1 Muharram. Merupakan hari penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Penghijrahan ini merupakan pengorbanan yang besar bagi umat Islam pada masa itu.

Saidina Umar Berkata : “Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini”

Hijrah juga merupakan satu perubahan. Semua orang boleh berubah, setiap orang berubah-ubah setiap masa. Bezanya Cuma, sama ada berubah ke arah kebaikan atau keburukan. Jika berubah ke arah kebaikan, maka bagusla. Tapi jika berubah ke arah keburukan ?

Perubahan. Tak senang, tak susah. Sama ada kita nak ataupun tak nak. Perubahan dan penghijrahan memerlukan pengorbanan bukan yang kecil tapi besar. Tak ramai yang sanggup berkorban. Memang kita susah untuk berkorban kerana kita selalu pentingkan diri kita sendiri.

Bukan nak cakap banyak dalam hal ni, tapi ianya sering terjadi. Hidup tanpa perubahan. Sama je setiap masa tiada beza. Apa guna hidup ni ? apa guna kita sebagai hamba Allah yang beragama Islam ?

Berubahlah ke arah kebaikan. Tak rugi pun. Maybe kita susah di dunia sementara, perlakuan kita terbatas di dunia, tapi di alam akhirat yang kekal selamanya nanti, pasti kita bahagia.

Saya bukan insan yang sempurna, malah terlalu banyak kekurangan pada diri ini. saya tak mengharapkan kesempurnaan, saya tak minta sesuatu yang di luar jangkaan. Cukuplah saya bahagia, hati tenang, cukuplah hidup saya diberkati Allah & sentiasa di dalam redhaNya. Dunia hanya tempat persinggahan untuk kita kumpul sebanyak mungkin amalan sebagai bekalan di akhirat kelak. Jangan terpedaya dengan dunia yang penuh tipu daya.

Saya harap saya akan berubah ke arah yang lebih baik. Saya juga harap awak, dia, kamu & mereka semua berubah ke arah yang lebih baik. Saya sayang awak, dia, kamu & mereka semua..

Saya perlu berubah, saya nak berubah, saya akan berubah. Bukan untuk kali ini saja, tapi Sentiasa berubah. Hati saya juga akan berubah. Jihad fi Sabilillah.. Sekian…

Salam Maal Hijrah People !

Filed under Uncategorized

Lelaki Patut Bersyukur

Wahai lelaki.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu apa yang kamu patut bersyukur pada Allah di atas kurniaan seorang Mujahidah Solehah untukmu..

Wahai wanita.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu Muslimah bagaimanakah yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt.

Kelak; aku, engkau serta zuriat-zuriat soleh yang akan menuju ke JannahNya.. Destinasi kita sama, hanya satu, hanya itu.. berusahalah.

Kita tak sempurna, tiada yang sempurna. Ye, semua orang tahu itu. Sama-sama kita cuba menuju ke arah kesempurnaan.

Lelaki, terimalah seseorang wanita itu seadanya. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kekayaan, kebijaksanaan, kelebihan serta kehebatan dari wanita tersebut. Cerminlah diri, berpijak pada dunia yang nyata. Apakah kita sudah cukup semua itu untuk memiliki wanita sempurna seperti itu ?

Tetapi lelaki; jika kamu memperolehi ciri-ciri seperti berikut, bersyukurlah. Walaupun diri kamu tak seperti itu, walaupun kamu tak ada seperti yang si wanita itu ada, tapi sebenarnya; itu hadiah terindah dari Allah untukmu.

Bersyukur apabila wanita itu beragama Islam. Bukan sahaja Islam pada nama, bukan sahaja Islam kerana keturunan, malah, yang mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.

Bersyukur apabila wanita itu menjaga solat lima waktu dengan baik tanpa meninggalkan satu pun tiang agama tersebut serta menjaga solat di awal waktu. Bertambah kesyukuran bila wanita itu mencantikkan ibadatnya dengan solat-solat sunat seperti Solat sunat Dhuha, Solat sunat Hajat, Solat sunat taubat, Solat sunat Tahajud, solat sunat rawatib. Bertuahnya si lelaki bila mendapat wanita seperti ini.

Bersyukur apabila wanita itu boleh membaca Al-quran, mempunyai ilmu tajwid, dapat mengalunkan alunan Al-quran dengan merdu dan baik, faham isi kandungan Al-quran, tahu terjemahan serta tafsir Al-quran tersebut dan sentiasa membaca Al-quran setiap hari. Ramai yang pandang remeh dalam hal ni, ramai yang tinggalkan Al-quran.

Bersyukur apabila wanita itu menutup aurat, menutup kepala, menutup kulit dari terdedah pada mereka yang bukan muhrim sekalipun; sepupu, abang ipar, bapa saudara, adik beradik angkat, jiran, tetamu. Ada wanita yang menutup aurat hanya di luar rumah, tapi memandang remeh tentang aurat dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang masih suci, masih perawan, masih dara. Ye, ramai wanita zaman ini yang belum berkahwin, tapi mahkota kebanggaannya sudah hilang di ragut oleh lelaki durjana. Lagi malang bila mereka saja suka-suka merelakan menyerahkan dirinya pada lelaki yang bukan suaminya.


Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang berilmu, yang mempunyai ilmu. Benar ilmu bukan hanya pada segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD, tapi segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD itulah sebagai bukti seorang yang berilmu. Bukan setakat itu, tapi teramat bersyukur bila wanita itu juga tinggi ilmu agamanya serta mengamalkannya dengan sempurna. Bertuahnya seorang lelaki bila dapat wanita yang bijak, pandai, cerdik & ilmu agama yang mantap. Lengkap untuk kehidupan dunia akhirat. Ilmu ni bukan untuk kerja je, tapi juga untuk mendidik anak-anak & menguruskan rumahtangga kelak.

Bersyukur apabila wanita itu seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana, tidak meminta berlebih-lebihan dari seorang lelaki & faham akan kemampuanmu. Dalam kata lain, tidak materialistik. Bertuahnya seorang lelaki bila mendapat wanita macam ni kerana kelak; dia tidak akan membebankanmu, tidak menyusahkanmu kerana dia tahu menguruskan perbelanjaan untuk dirinya & juga keluarga walaupun hanya sebanyak itu wang yang ada untuk keluarga. Akan tetapi, ada wanita yang mementingkan diri menghabiskan duit untuk membeli barang kemas & pakaian untuk dirinya saja. Elakkanlah dari wanita sebegini.

Bersyukurlah apabila wanita itu tidak kedekut dan suka bersedekah. Makin banyak duit yang dia ada, makin ringan tangannya memberi kepada orang lain. Sekalipun sikit harta yang dia miliki, bila memandang orang yang lebih memerlukan, dia rela menghulurkan setakat yang termampu walaupun sedikit. Kerana baginya, apa yang dia ada adalah milik Allah, kurniaan Allah, maka seharusnya dia berkongsi kepada orang lain juga.

Bersyukur apabila  wanita itu pandai memasak. Pada zaman moden ini, ramai wanita yang bekerjaya yang tak berminat nak masuk dapur & memasak. Tapi wanita, memasak itu salah satu asset berharga untuk kita mengikat kasih sayang seorang lelaki bergelar suami.

Biasalah insan yang bergelar hamba Allah, tak lari dari kesilapan. Jika kat situ dia lebih, mungkin kat satu bahagian lagi dia kurang. Walau apa pun, saling melengkapi di antara satu sama lain. terima seadanya.

Apa yang saya cakap kat sini, benda yang paling penting, yang basic yang perlu seorang wanita tu ada. Fikir-fikirkanlah. Dan lelaki, sekali lagi; bersyukurlah. Bila dah dapat yang macam ni, jagalah wanita itu sebaik mungkin, suntinglah wanita itu dengan cara yang sebetulnya, hargailah wanita itu serta berusaha mencapai akhlak setanding wanita ini.

Wahai wanita sekalian, kita di tahap mana sekarang ini ? Apakah kita sudah sama seperti di atas ? atau apakah kita masih jauh lagi ? Kita tahu apa yang kita perlu buat kan ?

Ada sesiapa nak tambah ?

Filed under Uncategorized

Jauhi Hasad Dengki.

Hasad Dengki. Semua orang ada perasaan ni walaupun secebis. Cuma terpulang pada individu tersebut sama ada pandai mengawalnya atau tak. Kadang-kadang, di sebabkan hasad dengki yang berkobar-kobar dalam hati ni, manusia sanggup buat apa saja untuk puaskan hati mereka. Hanya Iman penyelamat kepada perasaan ini. Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya.

Sabda Rasulullah saw :

Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.  (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

Ibnu Mu’taz pernah berkata :

Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan di perolehinya.

Rasulullah saw sendiri melarang sifat hasad dan saling dengki mendengki. Beliau bersabda :

Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); “janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini”, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina suadaranya yang mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain. (Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al—Tirdmizi)

Banyak para pemimpin dan penguasa yang telah di fitnah, di cela, khabar angin serta kata nista di lemparkan terhadap mereka. Juga banyak tuduhan palsu di ciptakan untuk mengobarkan kebencian & permusuhan di dorong oleh perasaan dengki dan khianat. Banyak jemaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati, membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah swt.

Rasulullah saw bersabda : orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.

Firman Allah swt :

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Surah Al-Ahzab 33:58

Manusia yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta kebohongan dan fitnah untuk merugikan manusia lain yang menjadi lawannya. Alangkah baiknya, jika ia mendengar hadith Rasulullah saw yang menyelar orang-orang sepertinya.

Rasulullah saw bersabda :

Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia padahal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya. (Hadith riwayat Al-Thabaranni)

Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat & menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.

Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah swt telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya seksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat & sedar diri.

Rasulullah saw bersabda :

Riba’ itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan jenis dengan ibu sendiri & sebesar-besar riba’ ialah seorang itu menghakis nama baik saudaranya. (Hadith riwayat Al-Tabrani)

Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil berteriak-teriak. (Hadith riwayat Al-Tabrani dan lain-lain)

Sabda Rasulullah saw :

Mengumpat itu lebih buruk dari zina. Sahabat bertanya bagaimana ? Rasulullah menjawab : seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya. (Hadith riwayat Al-Tabrani & Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah saw : “Tahukah kalian apa ertinya mengumpat ?” sahabat menjawab : “Allah & RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah saw lagi : “(mengumpat ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan : “bagaimana ada seautu yang patut saya kata tentang saudara saya itu ?” jawab Rasulullah saw : “sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

Bagaimana menghadapi pendengki ?

Nabi-nabi menganjurkan supaya berhati-hati terhadap golongan pendengki, menjauhkan diri dari golongan pengumpat, mengelakkan pergauan dengan mereka atau mendengar kata-kata mereka.

Rasulullah saw bersabda :

Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada, maka wajiblah Allah melepaskannya dari seksa neraka. (Hadith riwayat Ahmad)

Orang-orang yang suka mengikut perangai pendengki dan golongan pengumpat, yang menjadi batu api, suka mendengar kata-kata mereka & menyampaikan fitnah bawaan mereka, hendaklah mengambil ingatan tentang sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal ia mampu, maka ia ikut menanggung dosa pengumpatan itu di dunia & di akhirat. (hadith Asfahani)

Sabdanya lagi :

Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi & nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan nasibnya ketika ia sangat memerlukan pertolongan Allah swt. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya & kehormatannya diceroboh nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). (Hadith riwayat Abu Daud)

–Fathi Yakan – Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah

Filed under Uncategorized

Wedding I Like

Layak atau tidak bercakap pasal wedding bila umur dah mencecah 20 + 1 + 1 serta kita pun dah nak habis belajar.. Yipppeeee~~

Everywhere I go, mesti orang dah start Tanya, “when is your turn ?” , “do u have any boyfriend” or something questions like that.. habis aku nak jawab apa ? susah betul soalan cepumas macam ni. sampai tak terkata-kata nak jawab. Phew~ kalau jawab dah ada kan, nanti diaorang akan pergi pada next question yang tak akan habis. Senyap sudahla evisoraya.com . let it be. Tak payah heboh-heboh, tak payah show-off sana sini. Nanti sampai wedding card, nah, ambik ko. Itu je. keh keh keh. Ini tidak, berkepit sana sini 24 jam, akhirnya tak jadi juga. buat malu saja.

Korang bila berangan-angan nak kawen ? aku pula adalah !@#$%^&* phew~ aku tak kata pape pun ok. ahah

The two weddings I like are Nadia Nasimuddin & the other one is Dato’ Sani.

Nadia Nasimuddin :

Nadia Nasimuddin is a daughter of late Tan Sri Nasimuddin (Naza Motor). Wedding dia, phew. Angan-angan saja la kalau aku nak buat wedding reception macam ni. mestila tak mampu. Memang best tengok, syok je kan.

The other one is; Dato’ Sani (owner of Sani Express)

Yang ni buat kat Ri-yaz. Phew, mestila suka. Muda lagi Dato’ Sani ni, business pun dah mantap. Yang ni aku grab photos from Ri-yaz Heritage punya page kat Facebook http://www.facebook.com/pages/Ri-Yaz-Heritage/246225119118 . ni pun sebab roommate aku yang bagitahu, pastu dia tunjuk kat page Ri-yaz. Credit to Ri-yaz Facebook page.

haa.. Fei dengan Supian pun glamour masuk sekali dalam gambar haha

Apa kata aku ?

Bagi aku la, terpulang pada individu tersebut nak buat majlis macam mana pun. Tapi ikut kemampuan la, jangan melampau sangat. Inikan tidak, nak buat grand punya pasal, pastu habis hutang sana hutang sini. Sampai anak keempat pun hutang tak habis-habis lagi bayar. Janganla macam tu kan.

Kalau diaorang nak buat majlis yang berjuta-juta pun, biarlah diaorang, dah diaorang mampu. Tak payah la kutuk-kutuk kata itu ini. Dah duit dia, bukan dia minta duit korang pun. Orang yang busuk hati, yang ada masalah hati je main kutuk-kutuk ni. please stop your kampung mind lah. Tak suka, tak payah tengok, tak payah ambil tahu. Tapi orang yang suka mengutuk ni, lagi dia tak suka, lagi dia nak ambil tahu. Engkau kutuk, apa engkau dapat ? engkau dapat dosa, dia dapat pahala. Please, stop it.

Membazir ? memang kita tak patut membazir. Aku pun tak suka membazir. Yang ni, biar Allah yang menilai membazir ke, macam mana ke. Kita manusia tak berhak nak menilai semua tu. kalau kita rasa membazir, kita jangan la buat. Lagi satu, tak payah la konon kata “dari diaorang buat wedding yang mahal-mahal, baik diaorang sedekahkan duit pada orang yang memerlukan..” tak payah la kata gitu, engkau orang apa tahu, mana tahu dia dah infakkan sebahagian harta dia ke jalan Allah, tinggal lagi yang ni untuk bahagian lain pula. Jadi sila jangan menghukum sesuatu tu dari luaran je. Jangan timbulkan fitnah.

Bagi aku lagi (dah blog aku, jadi banyak la pendapat aku), aku tak mengimpikan pun wedding reception sehebat ni. cukupla memenuhi syarat yang paling penting akad nikah mengadap tok imam. Selebihnya, buat makan-makan sikit-sikit pun dah cukup. Aku tak expect pun grand macam ni. sebab aku tahu aku tak mampu macam diaorang dan macam korang semua ni. tapi aku tak pasti kemampuan bakal suami aku nanti tu macam mana. Ahah. Well, itu aku punya mind lah. Aku tak tahu orang lain macam mana. Aku tak demand dalam hal macam ni. simple kan aku ? sebab aku tak nak bakal suami aku terbeban dengan kehendak aku yang pelik-pelik. Kita ni nak hidup dengan dia selamanya, sanggup ke kita nak menyusahkan dia ?

kalau kita buat wedding kecil-kecil pun ada orang mengata, kalau buat sederhana pun ada orang mengata, kalau buat grand habis pun orang mengata. Serba tak kena. Mulut orang yang busuk hati memang macam tu. Jadi, ikut saja cara kita & kata hati kita. Pedulikan apa orang kata. Yang penting, kita sah nikah, itu antara kita dengan Allah.

Sejak akhir-akhir ni engkau asyik cakap pasal marriage je, engkau kenapa evisoraya.com ? ha ha ha… erk. Saja ambil pengajaran.

Doakan semoga hati aku ini tetap sabar. Ameen… sabar lah ni !@#$%^&* ;)

Sedikit tambahan : yang ini pula ? langsung tak expect akan dapat box yang cantik macam ni. sweet kan ? benda tak seberapa pun, type of food je tapi *blushing*.. hahahaha.. ohh thank you. errrr gimik betul~~

Filed under Uncategorized

Aku Wanita & Cinta Sekufu

Assalamualaikum pembuka bicara.. Topic kali ni, saya rasa taklah hot mana. Suam-suam kuku gitu kot ?

Cinta sejati tak memandang pada duit, tapi duit penting untuk memelihara cinta- Hukamak .. Cinta tak kenal siapa, ia hadir tanpa di paksa. Kalau dah cinta tu, tak nampak pun kekurangannya. Menerima sesuatu itu dengan seadanya, tidak mengira walaupun sejuta kekurangan.

Sebelum itu, banyak saya ambil maklumat dari forum ni : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=10176 , lepas tu saya hurai ikut suka hati saya, lebih-lebih tambah pada yang tak patut. Ahah

Apakah yang dimaksudkan dengan sekufu?

Sekufu ialah keadaan di mana bakal suami dan isteri adalah sama dari segi kedudukan keluarga kedua-dua belah pihak, darjat, akhlak, kedudukan kewangan, taraf pendidikan, taraf keturunan serta taraf pekerjaan.

Sekufu ni taklah diwajibkan, tapi di galakkan. Sebaik-baiknya suami lebih tinggi taraf, sebab suami tu kan ketua keluarga. Bimbang nanti isteri yang naik kepala pula kalau taraf dia yang lebih tinggi. Ya, Islam mengakui taraf suami isteri. Tentulah tidak sama orang yang berilmu & tidak berilmu, sangatlah berbeza orang yang solat lima waktu & tak solat lima waktu, semestinya tak sama dengan mereka yang berbuat maksiat dengan mereka yang warak.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu’ dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. Contoh :

Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu.

Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu itu penting dalam perkahwinan.

Sekian untuk sumber dari forum tersebut.

******************************************************************

Sekarang, dari perspektif saya pula;

Baiklah, saya sebagai wanita. Apa pendapat saya, apa kata saya pula tentang cinta & perkahwinan sekufu ?

Memanglah, kalau dah betul-betul cinta tu, tak kisahlah dia tu tak handsome ke, dia tu kurus kering ke, dia takde duit ke, dia tak educated ke, dia cacat sikit ke, dia tak tinggi ke, dia gelap ke, muka dia penuh jerawat ke, apa ke, semua dah tak kisah sebab cinta punya pasal.

I am the type of can accept people just the way they are. For me, kita semua ni sama di sisi Allah, beza kita hanyalah keimanan & ketaqwaan kita pada Allah. Jadi, semestinyalah saya pernah menerima orang yang jauh kurang dari saya. Ini bukan suatu penghinaan. Tapi sila baca betul-betul dulu.

Bila saya berkomunikasi dengannya, automatically I’m not respect him as a man. Bukan saya dah mengira apa kekurangannya dari saya, but it happens naturally. Memang kita akan rasa diri kita ni berilmu, I’m a university student, compares to you that never enter the college,  who is my family, who is your family, where I live, where do you live & all those things.

Saya tak menyedarinya sebenarnya, sebab dalam kepala saya ni, saya memang boleh terima seadanya. Tapi saya tak sedar dalam masa yang sama, saya di kaburi oleh sikap saya tu sendiri. Orang boleh cakap, “kalau rasa tak boleh terima, jangan terima awal-awal” ..

Bila saya fikir balik, renung balik, orang jenis macam mana yang saya patut bersama ? iyerlah, kalau hati kita ni boleh terima seadanya segala kekurangan serta perbezaan taraf, tapi adakah sikap serta layanan kita itu sendiri nanti melambangkan bahawa kita ni respect pasangan kita ? mesti kalau nak buat keputusan pape, nak ikut kita je sebab kita rasa kita lebih dari dia. Kalau decide nak beli pape, mesti kita yang nak decide sebab kita rasa kita lebih tahu dari dia. Lepas tu, mesti kita malu nk tunjukkan dia pada friends kita sebab dia tak sehebat orang lain.

Conclusion :

Bagi saya seorang wanita, sekufu itu penting. Ini untuk masa depan kita, demi kebahagiaan serta ketenangan dalam sesebuah rumahtangga tersebut. Cukuplah sekali sahaja pernikahan dalam hidup saya, bukan nak nikah banyak kali dengan banyak orang. Nikah bukan sekejap, tapi untuk selama-lamanya selagi hayat di kandung badan. Syurga di bawah telapak kaki suami. Semestinya saya sebagai seorang isteri nanti perlu patuh pada suami, hormat suami. Tapi kalau nanti dah memandang rendah pada suami, tak hormat suami, jadi mana suami tu sebagai ketua keluarga ?

Memang pada dasarnya saya tak kisah, saya boleh terima seadanya. Tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku satu hari nanti bukan ? saya bimbang, saya gusar. Saya takut satu hari nanti saya tak menyenanginya, saya takut saya terungkit benda sebegini. Jadi, bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, lebih baik awal-awal lagi saya pilih yang sekufu atau lebih dari saya. Cukuplah kisah lalu memberi 1001 pengajaran pada saya.

Memang kat dunia ni tiada yang sempurna. Memang tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Saya tak kata saya mengharapkan kesempurnaan. Bukankah pasangan itu saling melengkapi. Ye, maybe ada sesetengah ciri tu dia kurang dari kita. Saya masih boleh terima, asalkan yang lebih itu di lebihkan. At least, takdela kurang semua dari kita kan. Maksudnya, ada lagi benda yang seorang suami itu lebih dari isteri.

Pada saya, terpulang pada individu tersebut nak yang macam mana. Saya tak kisah apa orang nak kata, Sebab saya tahu diri saya macam mana. Malah, Allah lebih tahu tentang diri saya & apa yang terbaik buat kita. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan dan mengizinkannya.

Apa-apa pun, agama juga saya letak paling atas. Wallahualam..

This is another story;

Saya dengar, ramai yang nak tackle dia. Ialah, maybe sebab apa yang dia ada, telah mengaburi mata-mata awak semua kaum hawa. Tindakan saya ? biarkan saja. Sebab saya terlalu percaya pada takdir & janji Allah. Kalau memang dia untuk saya, sejuta kaum hawa berdamping dengannya sekalipun, mereka takkan bersama dia juga. Sebab saya tak macam awak-awak semua yang tergilakan dia sebab tu. Perasaan ini hadir sejak 13 tahun yang lalu. Pada umur 9 tahun yang saya tak tahu apa-apa, tapi Allah dah campakkan dia dalam hati saya sejak itu. Saya pun tak boleh nak fikir kenapa pada usia 9 tahun tu dia juga jadi pujaanku. Hahaha.. pada masa itu juga, he is nothing. Dia bukan macam dia yang sekarang, dia takde apa yang dia ada macam sekarang pada masa tu. Beza saya dengan awak-awak semua; perasaan ini tanpa sebab, tapi perasaan awak semua bersebab; sebab apa yang dia ada sekarang. Jadi, perasaan saya lebih suci bukan ? bermula dari bawah, mengambilnya tanpa dia adalah sesiapa pada masa tu.

Bukan saya tak berusaha untuk memenanginya, malah saya dah berusaha berdoa untuk masa depan saya. Habis, takkan saya nak pergi melutut depan dia cakap “tolonglah kawen dengan saya” . saya masih waras. Cukuplah kiriman salam berbalas doa di antara kami. Tak guna pertahankan sesuatu yang selamanya tak akan menjadi milik kita. Yakin dengan janji Allah.

Orang kata, cinta ni ibarat benih. Kalau tak semai, maka tak bercambahlah. Bagi saya, selagi belum halal, tak semai pun takpe, sebab ia akan tersemai sendiri kalau ianya memang untuk kita. Dan saya, saya tak pernah semai benda tu sejak 13 tahun yang lalu, tapi semakin bercambah pula. Macam mana ?

Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni pelbagai benda yang mendatang yang menguatkan lagi ikatan hati saya ni. Thanks doakan saya.

Cuma buat masa ni, saya nak menikmati keindahan hidup sebagai teenagers, nak kebebasan yang tak lari dari syariat agama. Lepas ni saya janji, nak kurung saya dalam gua pun takpe asalkan anda bersama saya di dalam gua tersebut nanti.. erk.

Sekian.

Filed under Uncategorized

Kenapa Orang yang Salah ?

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?

Aku Copy Dari Sini

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Thanks mengajar saya tentang erti hidup ni. Thanks buka mata saya seluasnya. Thanks for everything.. Pengalaman dalam mengenali orang yang salah adalah pengalaman yang terlalu bermakna & pengajaran yang terbaik buat saya.. Thanks kerana mengingatkan saya tentang hari-hari yang mendatang.. Awak buat saya lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja di sekeliling saya..

Bukan hanya untuk kekasih, tetapi juga untuk sahabat. Mengenali sahabat yang salah juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar ;) .. kawan ramai, tapi Sahabat ? … hanya diri kita sendiri yang dapat jawab semua ni.. -sekian. Thanks to F.


Filed under heart

Ubatilah Kelukaan Di Hatimu

Saya tak pasti sama ada saya layak atau tidak untuk berbicara tentang ni. Tapi saya akan try untuk mempersembahkan tajuk ini dengan baik, sekadar yang termampu. Saya bukan seorang penulis, saya hanya ordinary blogger. Di tambah lagi, sudah lama tak mempersembahkan artikel yang lahir dari hati ni. Lama tak berbicara soal hati. Yang saya selalu update blog hanyala semalam-semalam punya dear diaries.

Petang ni saya ada masa sekejap untuk menulis. Saya tak tengok tv, saya tak tidur, saya tak SMS dengan sesiapa. Jadi saya ada masa untuk bersendirian sekejap. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya pernah lalui serta pemerhatian di sekeliling saya. Sekadar yang termampu, saya persembahkan. Terimalah seadanya.

People around me always asked :

“macam mana nak lupakan seseorang ?”

“macam mana nak buang perasaan ni pada seseorang”

“macam mana nak ubati kelukaan serta kekecewaan di hati ni ?”

“macam mana nak tenangkan hati yang resah gelisah ni ?”

& pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan kelukaan di hati, kekecewaan, kesedihan, merana & mana-mana perasaan –ve. Kalau dah topic macam ni, confirm semua dah understood, semuanya berkaitan dengan cinta, cinta & cinta lagi.

Siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? yang meninggalkan atau yang di tinggalkan ? yang bahagia atau yang merasai kekecewaan itu ? kadang-kadang orang kata, “saya meninggalkan dia sebab dia yang buat perangai, sebab saya dah tak boleh nak tahan dengan dia lagi” , tapi bagi pihak yang di tinggalkan pula, “saya sayang dia, cinta dia. Kenapa dia tinggalkan saya. Dia zalim.”

Saya Tanya lagi, siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? siapa yang terlebih dahulu mengecewakan sesiapa ? Antara lelaki & wanita, yang mana lebih ramai merana, yang lebih kecewa ? Siapa yang mengkhianati siapa ? Siapa yang sentiasa menjadi mangsa keadaan ?

Saya di sini, bukan untuk menghukum sesiapa. Saya tampil untuk berkongsi sedikit tentang apa yang saya pernah lalui. Kalau boleh memang saya tak nak ingat lagi benda lalu. Tapi saya manusia biasa, masih berakal & masih belum hilang ingatan. Jadi nak tak nak, benda-benda sebegini kadang-kadang datang bagaikan angin lalu. Alhamdulillah, saya sudah kuat untuk berbicara tentang ni. kalau dulu, saya masih lemah & tak berdaya nak berbicara tentang kelukaan. Tapi sekarang, jika kenangan lalu itu datang pun, ia hanya sekadar datang untuk menziarahi fikiran saya, bukan datang untuk mengganggu pemikiran saya. Bukan.

Saya ingin berkongsi, bagaimana saya handle diri saya, suasana ketika saya terluka, ketika saya kecewa, ketika saya sedih, ketika saya di tinggalkan begitu saja. Tanpa sebarang kata, ianya senyap. Sunyi. Tiada khabar berita. Ah, tak usah ingat lagi.. Akan tetapi, dalam senyap itu, gerak geri saya masih di perhati olehnya, perkembangan saya dari masa ke semasa masih di ikuti olehnya di blog ini, sehingga tengah hari tadi.

Pelbagai cara saya try untuk lupakan kenangan lalu, kenangan yang pahit itu. Tahap klimaks, saat genting semuanya berlaku pada December 2009. Ini bermakna, dah lima bulan berlalu. Tapi berapa lama manakah saya mengambil masa untuk ubati kelukaan ini ? kalau di kira balik, sejak January 2009 lagi saya dah mula makan hati sedikit demi sedikit. Hampir setahun bukan ? Tapi masa yang di ambil untuk saya berusaha merawat luka ini tidak sampai setahun. sekejap saja. kita tengok lepas ni. Saya tak mengerti apa perasaan orang yang suka mengecewakan orang lain. Saya tak faham.

First, fikir balik apa yang pernah kita buat. Maybe Allah nak mengajar kita, nak sedarkan kita tentang kesalahan serta dosa yang pernah kita buat. Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan. At least, Allah nak bagi lebih baik untuk kita, that’s why Allah hilangkan sesuatu itu. Benar saya sentiasa pujuk diri saya dengan kata-kata macam ni. Percaya pada janji Allah, yakin dengan kurniaan Allah.

Second, bila rasa banyak sangat benda kita buat salah serta dosa masa perhubungan lalu, segera mohon ampun dengan Pencipta kita. Selagi pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah. Mohon ampun, mohon maaf sebanyak yang mungkin. Yakin dengan Allah yang maha penerima taubat. Tak semestinya nak tunggu jadi alim, nak tunggu jadi baik gila baru nak bertaubat. Tidak. Semua orang boleh bertaubat bila-bila masa. Tiada prasyarat orang tu mesti seorang ulamak la, mesti seorang ustaz la, apa la. Tiada. Asalkan betul-betul dah sedar, menyesal & berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi. Kita beragama Islam bukan ?

Third, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Pencipta kita. Dia yang mencipta kita, dia yang memberi nikmat pada kita. Jadi, semestinya pada Dia juga kita kembali. Berharap padanya. Bukan buat benda-benda yang tak berfaedah, yang merosakkan diri sendiri. Itu hanya menyerlahkan lagi kebodohan serta kejahilan sesuatu individu itu. Banyak-banyak ingat Allah, cover balik dosa lalu dengan ibadat wajib serta sunat. Banyakkan berdoa, merayu-rayu padaNya. Titiskanlah air mata untukNya, bukan untuk manusia.

Fourth : cuba untuk cari mana-mana pengganti sebagai hiburan ? terpulang pada individu itu. Tapi bagi saya, ianya tak kekal, tak ikhlas. Sebab, kita perlukan seuatu itu bukan atas kehendak diri sendiri tapi semata-mata untuk hiburkan kita. Bagi saya la, saya pernah try, tapi tak bawa apa-apa makna pun. Selebihnya, sesetengah tu membawa lebih banyak masalah pada kita. Jangan biarkan seperti “sudah jatuh di timpa tangga” . jangan tambah masalah pada diri sendiri lagi. Pada saya, saya lebih senang menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. Itu lebih senang pada saya. Bersendirian. Tiada yang mengganggu. Kalau ada pun, ignore je. Jangan di layan.

Seterusnya, buat sesuatu yang boleh melupakan kisah lama. Contohnya menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Juga boleh. Tambahan lagi, buang atau simpan segala benda yang boleh mengingatkan kita pada seseorang tu. Lagu cinta bersama dia, mahupun barang-barang yang pernah dia bagi, serta tempat-tempat bersejarah dengan dia. Elakkan semua tu. Sebab, makin kita tengok, makin kita ke situ, makin kita dengar lagu sebegitu, jadi kita makin akan teringat & membuai-buai perasaan ni. contoh macam saya, saya tak boleh dengar langsung lagu Imran Ajmain “Selamat ulang tahun sayang” . & memang saya tak dengar langsung selama 4 bulan lebih. Bila saya dah rasa saya dah cukup kuat, saya dengar balik, saya dah ok dah. Tak terkesan apa-apa pun kat hati ni. ini bermakna saya dah sihat dari segala kesedihan tu.

Jangan selalu rasa kita sudah berada di zon yang selesa. Jika kita dah senang, dah happy, dah bahagia, tolong jangan lupakan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan ini. Enjoy-enjoy juga, tapi biarlah berpada-pada. Jangan melampau sangat. Prinsip saya : balance dunia akhirat. Lagi boleh, lebihkan akhirat. Macam saya sekarang, walaupun saya dah bahagia, happy dengan apa yang saya ada, dengan orang yang melayani saya dengan baik, tapi saya tak rasa saya berada di puncak yang selamat. Berhati-hati, bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Bukan senang untuk saya buka hati saya balik pada sesiapa. Setelah bertungkus-lumus bina baik hati ni, tak semudah itu saya serahkan balik hati ini ke lembah kelukaan. Saya pasti jaga ianya dengan lebih baik.

Berapa lama masa yang perlu di ambil untuk kembali pada keadaan normal ? terpulang pada individu itu. Pada saya, ianya mengambil masa lebih kurang 4 bulan sehingga betul-betul saya tough & strong. Dalam masa 4 bulan tu, walaupun dah ok, tapi kadang-kala ada dalam sehari dua tu ada down sekejap. Tapi selepas 4 bulan tu, memang datangla apa pun, memang dah tough & strong habis. Alhamdulillah, 4 bulan bagi saya tak lama sangat. Ada juga yang lain-lain sampaikan bertahun-tahun bagi orang lain.

Ini saya nyatakan bagi benar-benar yang nak ubati luka. Jika benar kamu ingin mengubati rasa kelukaan serta kekecewaan kamu, pasti sedikit sebanyak kamu akan mengambil serba sedikit perkongsian saya ini. Jika tidak, teruskanlah berada dalam dunia kesedihan, kelukaan, kekecewaanmu. Teruskanlah. Terpulang. Tiada siapa yang dapat tolong diri sendiri jika bukan kita yang sendiri berusaha demi kebahagiaan kita. Sayangilah masa depan kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Peluang tak datang banyak kali. Kalau ia datang banyak kali pun, benar Allah betul-betul turunkan rezeki pada kita.

Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta. Siapakah dulu membina harapan & siapa yang memusnahkan impian. Tanpa sebab & alasan kau mainkan perasaan. Bagai taufan tiba-tiba datang & menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam. Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah. – Mimpi yang tak sudah by Ibnor Riza

Filed under heart

Islam-fr [.] Com

Saya landing di sini kali ni untuk update blog. Bukan macam sebuah flight landing di bumi Madinah untuk bawa passengers. Bukan bukan. Eh, kenapa tiba-tiba mention pasal Madinah ? Ada kaitan ? Lepas ni ada kaitan, kita tengok nak membebel apa untuk entry kali ni.

Nak tahu lebih lanjut, sila surf http://www.islam-fr.com/ . Kat sini, kita boleh tengok setiap waktu solat jemaah yang di upload terus kat website ni. Terdiri dari beberapa tempat iaitu, Masjid An-nabawi di Madinah & Masjidil Haram Mekah. Dua tempat ni je saya perasan. Tak tahu pula kalau terlepas pandang ada lagi kat tempat lain. Lagipun saya baru je explore this site, baru dalam seminggu lebih macam tu kot ? Tapi korang tak payah la nak cari masjid kat kampung korang, takde takde. Haha.

Beberapa orang shaikh yang terdiri dari imam kat sana. Shaykh Husayn al Shaykh, Shaykh ‘Abdul Rahman Sudays, Shaykh ‘Abdul Muhsin al Qasim & lain-lain lagi. Best je dengan suaranya, dengan nadanya. Indah sangat mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Nak tahu, try la buka. Dengar betul-betul.

Macam mana saya dapat tahu website yang best ni ? Ala mesti korang-korang dah lama tahu kan, lagi-lagi bakal-bakal ustaz ustazah ni. Mesti dah lama explore this website right ? Saya je macam lambat sikit. Saya tahu this website dari ehem2. Eh tak la. Saya buat cerita je. Saya tahu ni dari seseorang la. Actually dia baru balik mengerjakan umrah dalam bulan lepas. Juga seorang huffaz dari MTQ Pulai Chondong, Kelantan. Dia memang layan website ni je. Jadi dia share la dengan saya sambil share gambar-gambar dia buat umrah. Eh tak boleh upload gambar dia kat sini. haha. Thanks ye dik. Eh, adik ? Comel !

Masa bulan ramadhan, ada kat TV1 ke TV3, yang live solat tarawikh dari masjidil haram kan. Masa tu dalam pukul 1am macam tu la. Setiap kali ramadhan, tengok dengan ayah, sebab ayah ajak tengok solat tarawikh kat sana. So lepas ni, ajak ayah layan kat internet saja. ahah

Ini sahaja yang saya nak share untuk kali ni. Jimat masa kali ni sebab entry tak panjang. Layan benda yang berfaedah dari layan Facebook tu. (tiba-tiba je tak pasal-pasal nak marah facebook). Sharing is Caring~ Jangan terlebih caring sudah. Bahaya.

Filed under Uncategorized

Jodoh tu Jumpa Macam Mana ?

Siapa yang tak pernah terfikir macam mana diri dia akan bertemu dengan pasangannya. Mesti semua orang pernah terfikir kan.

Kita sering dengar, kita sering ucapkan, “jodoh pertemuan semua Allah tentukan” . Tapi dalam masa yang sama, kita juga perlu berusaha untuk mencarinya. Macam sahabat saya kat Jordan kata, “ini bukan cerita fairy tale, tiba-tiba turun prince charming dari mana entah datang meminang terus nikah..” Bukan bukan. Kita juga perlu berusaha. Ada juga dia cadangkan supaya minta pandangan naqibah usrah tentang ni, minta carikan jodoh. Err saya tak rasa itu cara terbaik untuk saya. Tidak tidak. Macam takde hal tiba-tiba saya nak kemukakan benda sebegini dalam usrah. Ya Allah, saya dengan usrah saya pun entah macam mana nak bagitahu. Macam mana saya boleh ter join, macam mana saya boleh mendekati semua tu, kalau nak cerita panjang pula. Saya tak rasa saya boleh cerita benda ni. It’s personal. Hanya sahabat terdekat yang tau. Walau apa pun, saya redha, saya tahu Allah buat semua elok dah, takdir Allah untuk saya amatla baik dah.

Takde cara yang salah dalam usaha mencari jodoh selagi tidak bertentangan dengan syara’. Dan juga tak salah jika pihak perempuan meminang pihak lelaki sekalipun, kerana ianya tak bertentangan dengan syara’ tapi hanya masyarakat punya mentality saja yang memandang pelik pada perkara sebegini. Lagikan Saidatina Khadijah juga meminang Rasulullah saw.

Jodoh. Kat mana-mana pun boleh jadi asbab jika itu memang jodohnya. Bila-bila masa pun boleh jadi asbabnya jika memang jodoh dah tiba. Jika memang jodohnya, tak pernah jumpa ke, tak pernah cakap ke, tak pernah ada perasaan sekalipun, kalau dah jodoh, bersatu juga. Punyala sayang, cinta, berkasih-kasihan, ke sana ke mari setiap masa, contact 25 jam sehari, 8 hari seminggu sekalipun, kalau bukan jodoh, kalau Allah tak izinkan, tak payah melayan mimpi indah untuk bersama. Buang masa je semua tu.

Ya, buang masa. Saya juga pernah mengalami saat-saat sebegitu. Biasala, kemuncak perasaan pada umur sekitar 18 hingga 22 tahun. Bukan saya saja, tapi itu lumrah kehidupan, lumrah remaja berumur lingkungan itu. Buang masa bila ternanti-nanti orang di sana call, SMS, membuang masa lagi dengan berborak di telefon, menghabiskan masa lagi meluangkan masa-masa yang tak sepatutnya di luangkan bersama pasangan yang belum ada ikatan yang sah & juga belum tentu akan ada ikatan yang sah dengannya nanti.

Baiklah, macam saya katakan di atas tadi, jodoh boleh bertemu di mana-mana, juga pada bila-bila masa saja. Seperti yang selalu saya bisikkan pada diri saya, “semua yang berlaku, Allah buat elok dah. Allah lebih tahu”.

Kebiasaannya mereka bertemu dengan pasangannya di tempat belajar mahupun tempat bekerja. Ini perkara biasa. Dalam suasana belajar, tempat kerja, bercampur lelaki mahupun perempuan. Buat kerja bersama, jeling-jeling, tengok-tengok, intai-intai, maka terjatuhlah cinta itu.

Dipertemukan oleh parents, family or friends. Ini juga perkara biasa yang kita dengar. Ada yang parents kenalkan, ada yang abang kakak adik cousin yang kenalkan, tak kurang juga sahabat mereka yang kenalkan. Kawan kepada kawan, kawan punya abang, kawan punya kakak, kawan punya adik & seangkatan dengannya.

Ada juga yang jenis terjumpa sebab terlanggar bahu ke, lepas tu sebab tersalah ambil barang ke, tolong angkat barang ke, tolong selamatkan dari orang jahat ke & pelbagai jenis cara pertemuan that can be categorized as pertemuan yang tak di sengajakan. Macam cari asbab je jenis-jenis pertemuan yang tak di sengajakan tu.

Dunia moden : Social Networking. Beberapa tahun lepas, mula-mula macam pelik bila mereka berkenal-kenalan di Social Networking lepas tu terus nikah. Memangla pelik. Tapi sekarang macam dah biasa dah. Tak kira la social networking tu Friendster ke, Facebook ke, Myspace ke, mahupun blog. Kira macam kenal dalam internet world la. Not exactly can be categorized as Social Networking, but more to internet World. Ada orang memandang lekeh dengan cara sebegini. Dulu saya pun memandang lekeh dengan cara sebegini. Tapi bila fikir balik, nak buat macam mana, memang dah tu jodoh dia. Allah dah tetapkan cara macam tu mereka bertemu dengan pasangannya.

Memangla kalau boleh, saya pun tak nak cara sebegini. Kalau la sekarang berada dalam fairy tale punya story, boleh la saya choose, boleh la saya create kat tempat mana, masa bila & macam mana saya nak jumpa dengan bakal suami saya. Kalau boleh saya nak jumpa pada tahun 2012, di tempat itu, di hadapan itu, di perkenalkan oleh mereka, & di situ menjadi saksi segala-galanya. Indah bukan ? Ok, keluar la dari dunia fantasi. Hehe. Lagi nak tambah, nak ciri suami yang macam mana pula kan ? Itu tunggu entry seterusnya. Ciri-ciri suami pilihan dah ada dalam draft, dah berapa bulan dah, Cuma tak publish je lagi.

Setakat ni itu saja la jenis macam mana bertemu jodoh. Tak pasti pula kalau ada yang lebih pelik selain tu. Ada sesiapa nak share ?

Di sini saya tampilkan gambar yang entah apa-apa. Actually, before saya pergi melayan perasaan di pantai, ada la orang tu kan dia rindu kat Pantai Tok Jembal kat sini. Jadi dia mintak letak gambar sekali. Tapi saya lebih-lebih letak gambar saya, bukan gambar di sekitar sana. Yela, orang tu entah bila boleh ambil angin di Pantai Tok Jembal lagi. Orang tu dah pergi Cairo tengok konsert Maher Zain. Hehe.

************************************************

Saya ada cerita lagi, cerita lain pula. Cerita baru tentang Facebook. Tidak tidak. Bukan facebook saya. Kalau kita takde facebook sekalipun, kita still boleh tengok profile orang lain kan, lagi-lagi yang public profile. Baiklah, mula-mula saya tengok blog & YM. Dengan orang yang saya cerita dalam entry sebelum ni, yang saya kata nak YM tiba-tiba tu. Tak payah bagitahu la kan sejak bila YM dengan orang tu. Saya juga tengok blog dia walaupun teramat jarang dia update. Then, saya nampak je Facebook Badge dia kat blog tu, Cuma selama ni saya macam tak rasa pun nak tengok. Sekali, petang tadi tiba-tiba rasa nak tengok. Memang la tak add pun, just tengok macam tu je. Tengok & tengok. Baik punya orang ni. Ada seramai 200++ dalam friends list dia, tapi tak sampai 10 pun muslimat dalam friends list dia. Bukan saya baru perasan, dah lama perasan kat blog dia, seingat saya takde pun link blog akhawat. Saya tak rasa dia takde sahabat akhawat, even dia seorang pemimpin yang hebat, semestinya banyak terlibat dengan anak buah yang juga terdiri dari akhawat. Saya tahu, dia amat menjaga.

Rupanya masih ada lelaki sebaik itu, sesuci itu. Ya Allah, bukan saya nak puji ke, puja ke. Bukan bukan. Ye, mesti dia filter mana-mana muslimat yang add dia. Memang saya bersangka baik habis dengan dia selama ni. Sangatla beruntung pada sesiapa yang berdamping dengan dia. Bukan saya kata lelaki lain tak baik. Bukan, saya tak maksudkan begitu. Dan saya juga tak kata dia perfect. Tapi itula dia. Susah kan nak cari lelaki umur sebaya saya yang memang siqoh macam tu.

Ya Allah, ini kah dikatakan jodoh ? Haha berangan pulak~ Tiada tiada. Saya tak layak degan orang sebaik dia walaupun dia melayan saya dengan baik. Saya masih teringat kata-kata dia “saya busy macam mana sekalipun, tapi saya tetap ada masa untuk berdakwah..”

Last night saya YM dengan dia bukan apa. Macam dalam entry sebelum ni, saya macam takde mood nak study. Jadi macam luahkan la sikit pasal tu. Then bla bla bla. Nak push up balik semangat.. syukran :)

Filed under Uncategorized