Archive for the ‘UDM’ Category

Rindu Campus Life

Campus life. Tak lama, sekejap saja. 3 tahun setengah di UniSZA dan setahun di Matrik Melaka dah banyak bagi saya pengalaman hidup berdikari, semua kena manage sendiri, cari makan sendiri, basuh baju sendiri, nak bebas nak buat apa pun buatla, sebab takde orang tua yang akan kawal kita kecuali warden asrama. hoho. Tapi warden pun takde masa la nak kawal sorang-sorang anak buah diaorang.

Night View from my Block F

Now nak story pasal campus life kat university. Saya rindu keempat2 bilik yang di tukar setiap tahun. Masuk tahun baru, tukar bilik, tukar blok, tukar kolej. Tapi yang paling best sebab masa final year, dapat stay kat apartment. Ala-ala apartment lah sebab semua complete macam sebuah rumah. Beza stay kat asrama lama sebab bilik semata-mata dan toilet pun kat luar share dengan berpuluh orang. Tapi kat apartment ni toilet share pun 10 orang je.

Living hall + Dining Hall

Kat apartment ni juga ada pantry, living hall bersama dining hall. Kalau dulu nak makan, makan atas meja tempat kita study. Tapi kat sini tak dah. Memang ada dining table, pastu boleh makan sama-sama dengan house mate lain. Kat living hall pula boleh lepak-lepak gelak-gelak sama-sama pastu nak study sama pun boleh.

Hujung sana Pantry

Bila nak compare dengan apartment and asrama lama, rasa macam apartment ni banyak bagi benefits lah walaupun yuran kolej mahal sikit dari yang lama. The things I like the most is sebab ianya boleh mengeratkan silaturrahim. Kita lagi mesra dengan kawan-kawan sebab stay satu rumah kan. Kalau dulu duk sebilik-sebilik jadi tak bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang satu sem pun tak tegur dengan orang bilik sebelah, tak kenal pun. hoho

My room paling hujung

About my room; rindulah. Rindu nikmat tidur, nikmat study kat bilik (study lah sangat) haha. Rindu my single bed, rindu semua la suasana that room. My roommate pun, saya rindu awak la Sara. haha ! Saya ni takdela tidy sangat kan saya punya room. Heh, itu rahsia girls room. Jadi jangan bagitahu orang. hoho.

Beloved Bed..

Time exam tak payah cakapla. Memang berserabut habis. Bukan setakat time exam, tapi yang final project baru ni. Tengoklah saya serabut habis, pastu dengan mini table naik atas katil, buat kerja situ, tidur pun seciput je. Books, papers, stationery, files bersepah entah pape. Sebab bila time macam ni, kita akan rasa selalu nak berdamping dengan all those notes. Berdamping je, bukan baca. haha

Exam mood :P

Lepas itu kan, saya punya study table tak guna pun. Saya tak study kat study table pun. Tapi letak barang-barang je kat atas study table ni. haha. Ye lah, saya bukan the type yang study sangat kan. Banyak tidur, banyak online, banyak hang out, banyak makan, pastu banyak blogging. Jadi memang untidy jugalah study table ni hoho.

Our Study Table

Block saya ni memang agak jauh la dari kelas dan faculty. Lepas tu kan, selalu ponteng kelas lagi-lagi yang pukul 8am sebab ngantuk sangat selalu tidur lambat. Haha slumber je kan ? itulah, sebab lena sangat tidur kat sini. erm

Sekarang dah tak sama macam zaman muda-muda zaman study dulu. Boleh borak-borak, bergurau senda dengan kawan-kawan. Sekalipun nanti kita jumpa diaorang balik pun, still tak akan sama.

So, hargailah waktu korang jadi student. Nikmatilah sepuasnya. Memang kadang-kadang rasa malasnya nak belajar lagi, nak kerja je. Hakikatnya kerja lagi pressure la kot. Pastu dah takde cuti dua tiga bulan masa macam zaman belajar. hoho.

Filed under UDM

You Make Me Cry

23 November 2010 :- Dear Housemates; Kak Yat, Mun, Lisa, Ma, Amy, Zati, Jannah, Ila & also roommate; Sarah.. Juga bukan housemate; Kitty. Thanks buat saya menangis pada malam itu..

Thanks for the surprise. Ohh how I Love Surprise.. Surprise ~~~~ !!!!!! yeaaahaaaaa..

Surprise pada malam itu. Memang betul-betul surprise. 5-stars surprise for all of you. Memang saya di tipu habis-habis, memang saya di perdaya habis-habis. Banyak je hint, tapi saya ni yang buta tak nampak. Haha.

This surprise were planned by them since study week, means that before Hari Raya Aidiladha. Sedangkan, banyak punya sikit pun saya tak tahu, saya tak dapat detect langsung.

Bermula dengan petang tu, Sarah suddenly nak keluar dengan Ila kata nak pergi beli barang tanpa mengajak saya. Sedih juga. tapi think positive lah kan, maybe diaorang taknak ganggu saya nak exam dan diri dah berserabut macam orang gila bila air takde.

Sampai maghrib, saya nak pergi Masjid sebab dah terdesak sangat takde air. Tapi macam serba salah nak tak nak pergi ke tak. Berbekalkan air yang ada, cukup-cukup je untuk ambil wudhuk. Bila ajak Lisa & Jannah pergi masjid, diaorang macam teragak-agak je. suddenly tengok Jannah bersiap-siap nak keluar dengan Zati pula. Bila Tanya nak pergi mana, mereka kata nak pergi jumpa kawan. Lepas tu, Jannah beria cakap kat café makcik dah tak ambil order makanan sebab air takde. Saya macam, ohh k fine.

Lepas Isyak, saya terfikir macam tak boleh nak hidup dalam keadaan macam ni. terus nak pergi rumah cousin sebab nak pergi mandi. That time saya dah siap pakai tudung dah nak keluar.  Bila saya nak keluar, Lisa dah start sekat-sekat saya tak bagi keluar, pastu suddenly hujan lebat. Saya ingatkan sebab dia risau hujan lebat. Memang boleh dikatakan mereka ni memang caring macam ni. tapi malam tu caring sangat. Haha

Sesi tadah menadah air hujan. Saya macam dah ready nak mandi hujan lah kiranya, tak jadi nak keluar. Bila ajak Amy mandi hujan sama, dia macam tak nak pula. Yang Lisa ni tak payah cakapla, asyik mengekori saya. Sampai saya nak pergi rumah sebelah pun dia tak bagi. saya macam pelik, kenapa jaga saya sangat ni ? Takkan sebab lantai licin kot ?

Bila hujan dah reda, saya nekad nak keluar juga. sekali, semua sekat. Ehh macam kenapa ? Sampaikan Amy terjatuh kat pintu sebab nak tutup pintu tak bagi saya keluar. Erk. Kesian sakit bontot dia. Haha. saya macam dah dapat syak something. Tapi suddenly Lisa cakap, nak buat surprise untuk birthday kak Yat. So saya macam ohh k. takpela, kejap je nak pergi mandi. Tak tahan.

Bila sampai je campus, Ila dah tunggu depan rumah. Apesal la korang ni bersemangat sangat. Saya terus masuk bilik letak barang semua. Pastu dengar diaorang jerit-jerit sebut nama kak Yat. Masa tu camera saya dah tak tahu kat mana. Tengah cari-cari camera nak masuk bilik Lisa, sekali sarah terus heret pergi living room and…

“Surpriseeeeeeeeeeeeee”

Waaaaaaa terkejut gila. Ambil feel kejap pastu terus menangis. Finally boleh menangis sikit depan orang ramai. 10 orang menyaksikan saya menangis. Ahah..

Foods tak payah cakapla. Baaaaaaaaaaaaaaanyak sangat. Rupa-rupanya Sarah, Ma & Ila keluar pergi beli semua ni. Jannah & Zati pula pergi ambil nasi yang order kat café. Ohhh kelentong saya rupanya.

Wrote “ Just 4 u kak Evi”

Got two cakes, chocolate cake & icing cake. Asal cake, mesti sedap. Telan sedalam-dalamnya. Juga ada ice cream yang dah cair. Sorry saya buat korang tunggu lama. Ada ayam KFC juga. Sweets, sumi jelly, junk foods, sausage buns, root beer float. Ya Allah, banyak sangat. Berapa la cost korang habis semua ni ? sedangkan akhir-akhir sem ni semua budget dah kurang. rasa terharu sangat saya di raikan macam ni sekali. Terasa nikmat kasih sayang, ikhlasnya mereka.

Sambil makan-makan, borak-borak seakan-akan kami semua terlupa ada exam esoknya. Tak terkata saya dengan sambutan macam ni. rasanya sambutan kali ni paling happening dari friends. Walaupun dulu-dulu ada birthday party surprise from school friends, tapi yang ni lagi happening.

Next, dapat hadiah video sedih. Sedih. Lagu sedih. Tengok semua gambar yang kami hang out. Laaaagi sedih. Menangis lagi, terlerai semua airmata.

Speechless. Saya tak tahu nak kata apa. dalam hati ni, hanya Allah yang tahu. Saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Saya juga seorang yang memendam. Saya simpan dalam hati. Jauh tersemat di sudut hati. Ukhwah yang terbina selama lima bulan ni seolah-olah dah bertahun-tahun lamanya.

Segala gelak tawa, suara, tingkah laku korang semua akan saya ingat sampai bila-bila. Sekali saya sayang orang itu, selamanya saya sayang. Juga sekali saya benci orang itu, selamanya saya benci. Tapi takde perasaan benci pada mereka. Setiap hari makin sayang, makin berputik cinta di hati ini.

Sahabat-sahabatku, kakakku, adik-adikku, hati ni dah sayang sangat kat korang semua. Sekalipun kita terpisah di dunia, moga nanti kita bertemu di akhirat kelak. Semoga ukhwah ini sentiasa dalam redhaNya. Terima kasih untuk segalanya, terima kasih kerana pernah menerima saya seadanya, menerima segala kekurangan pada diri saya. Saya tahu, hanya ucapan terima kasih dari saya tak cukup untuk apa yang korang dah buat, pengorbanan korang semua.

Hayatilah… Doa Perpisahan by Brothers

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan”

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

saya akan sentiasa mendoakan korang.. semoga kalian semua sentiasa di lindungi Allah. Saya serahkan kalian semua di dalam jagaan Allah. Ya Allah, jagalah mereka untuk aku. Sediakan tempat yang paling indah untuk mereka nanti ya Allah..

Filed under UDM

FYP Presentation

Draft saved on 11/11/10

Masa type ni pun tak hilang lagi debaran ni. Debaran buat report pula. Ahah

Alhamdulillah, 11/11/10. I’ve done. Aku punya presentation paling biasa-biasa kalau nak compare dengan orang lain punya lagi hebat. Sebab memang aku tak bersungguh mana pun. Tapi at least aku tak treat lecturer macam kawan. Means that takdela nak kurang ajar nak main-main masa presentation. Kan ? haaa because En. Khalid mentioned that : “don’t treat your lecturers like you treat your friends” .. ahah..

Kalau nak story symptoms nak present ni macam-macam lah kiranya. tak cukup tidur atau lebih tepat tak tidur langsung pun ada. Ini bukan ‘bijok’, tapi sebab buat kerja last minute. Biasalah. Aku punya tahap kerajinan tu kan kurang. Tahulahkan.

First day of Presentation

First of all, aku nak thanks pada semua yang terlibat, yang tolong aku, yang bagi idea, bagi semangat & apa-apa sajalah yang berkaitan dengan ni. err to lecturers, thanks a lot. Hanya Allah dapat balas jasa lecturers semua. Tak perlu mention la kot apa, siapa, macam mana. Biarlah semuanya menjadi kenangan yang manis untuk aku. They treat me very well, bagi nasihat, semangat, and problem solver. Ehem.

My BFF; Syuzana.. (err muka ngantuk)

Seminggu before presentation tu memang dah tak berapa lena nak tidur, tak berapa lalu nak makan (betul ke ni ?) , tak berapa syok nak buat itu ini. Kemana aku pergi, apa aku buat, sekalipun masa bersuka ria, mesti fikir FYP. Sebab aku macam dah buntu nak buat macam mana bila testing tak jadi. Memang give-up pun bercampur dengan; malas dah. haha. Ini memang masalah diri sendiri. Tak melibatkan orang lain.

Malam sebelum presentation; aku bangga bagitahu aku menangis. Haaaa sebab sangat di ketahui yang aku susah nak nangis. Paksa punya paksa, tak menangis juga. kalau nangis pun, dua tiga titis airmata, terus takde. Tak keluar-keluar.  Malam tu boleh termenangis sebab cakap dengan mummy, jadi nangis. Tu pun sikit. Bila housemate tengok, dia kata “macam tak menangis pun” haha.

During presentation tu aku pun tak sedar apa aku cakap, cara aku cakap. Just go with the slides flow gitu. Last-last sedar bila ada satu slide hilang. Haha. Siapa curi entah. Mujur dalam handouts yang dah bagi panel tu ada slide tu.

Soalan-soalan power; memang power pun. Terlebih power sampai lari dari topic aku. Bila aku buat comparison pasal AES tu, means memang aku compare dengan AES lah. Nak propose something yang dari AES. Tapi entah. Itu masalah diri sendiri lah tu.

Sampai satu tahap give-up, aku Cuma harap lulus pun takpe. Tak expect A pun sebab memang jauh sekali. Sebab aku tahu diri aku macam mana, performance aku macam mana, usaha aku takat mana, level kesungguhan aku tu sampai mana. Sebab aku tahu apa aku buat.

Dewan Persidangan Bangunan Akademik UniSZA

Apa benefits yang aku dapat ? erm dari segi benefits, memang la dapat gain knowledge kan. Lagi faham apa itu cryptography. Rupa-rupanya banyak sangat di sebalik tu. dalam pada tu juga, rasa macam banyak lagi yang tak tahu pasal ni. memang luas, sangat, besar sangat. Baca research papers sampai muak. Tapi tak habis sangat pun baca semua ni. haha.

Pape pun, thanks to Allah sebab permudahkan segala urusanku. Report pula report.

Filed under UDM

Goodbye MS Sharepoint

Goodbye MS Sharepoint. Macam sedih saja rasa. Macam sebak pun ada. Sensitif sungguh sejak akhir-akhir ni. haha. Alhamdulillah selesai sudah kursus ini petang tadi. Habis je, terus balik tidur. Berakhirnya kursus hari ni bererti tak payah pergi lab seawal pukul 8.45am & berada di lab sampai pukul 5pm. Kira macam 8 jam mengadap computer saja. Belajar hanya 2 3 jam, selebihnya online & blogwalking. haha. YM pun ada juga la sikit-sikit. Lepas tu layan perasaan. Apakah itu perasaan ? haha

s2

Mr. Albert Jeremy.. A very good trainer/instructor. Memang ‘bijok’ la. haha. Lepas tu tak kisah menjawab segala persoalan. Lagi-lagi saya yang memang banyak tanya. We have a very great time with u Sir. Macam sedih pula nak berpisah. haha. Control Evi, control.

Macam duduk lepak saja dalam lab. Dengan pelbagai posing. Petang tadi saya tertidur dalam lab. Penat la ok ! Macam ngantuk sangat. ahah. Selalu je online, cuma tolak masa tidur saja. Balik bilik online lagi. Tapi, pukul 12am dah kena offline, kena off laptop, kena off lampu, kena baring, lepas tu saya di dodoi sampai tertidur. Selagi tak tidur, tak akan letak phone. Siapakah itu ? Rahsia. Baik sungguh dapat saudara macam ni ahah. Bagus juga, bangun pagi rasa fresh sangat. Semangat nak pergi lab.

s

Ok, Congratulations & thank you so much. Saya dah grad dah. Dah grad MS Sharepoint. Pasni boleh kerja terus. haha. Bajet macam dah terror sangat. Pre-test tadi pun tak dapat full mark, 1 soalan salah. Orang lain ramai yang betul semua & dapat full mark. Itula Evi, tak focus sangat ! Main-main lagi.

Next week real exam, real test, the final one. Jom la study. Tapi sir dah cakap awal-awal “i don’t trust that you will study” . haha.. memang betul pun. Malam nak exam baru study. Classmate saya ni macam dah ‘bijok semacam sebab tu study last minute.

Sir excited nak snap class photo. Jadi kita pun lebih excited juga. Pilih tempat yang macam best, depan block G. Macam ala-ala garden gitu. ahah. Mesti terus nampak saya yang mana 1. Hari ni pakai baju cos jadi macam menyerlah sangat. Sampai tadi masa lunch pun kena tegur dengan tauke kat cafe, dia katamenyerlah baju awak. dalam ramai-ramai, awak paling nampak..” haha.. malu sudah saya.

s3

To Mr. Albert Jeremy~ Thanks for being so nice trainer to us. You are such a workaholic, brilliant trainer. Thanks for everything, thanks for the useful knowledge. All of that meant a lot to us. We will practice what u had teaches us. Thanks for known me as Evi LoLyta. Thanks for always mentioned, use example of my blog. We appreciates u a lot.. See you in Singapore next week sir ! haha..

Filed under UDM

Happy BB Miss Fatimah Ghazali

Happy Belated Birthday to Miss Fatimah Ghazali. Who is Miss Fatimah Ghazali ? She is my lecturer for subject Design Engineering & Software Testing.

Actually birthday Miss Fatimah is on 2nd December. Ingat nak celebrate on 2nd December. Tapi beliau ada bengkel SMSKPP kat Kelantan. So, hari ni 7 Dec baru celebrate. Kitaorang celebrate kat corner depan FKI je. Sebab tak sempat nak keluar. Lunch break kejap sangat..

1

Blueberry Cake yang kitaorang sponsor untuk our beloved lecturer

Here she is~ We always pray for your happiness, May you always in Allah’s LOVE. Thanks for everything. Tak ternilai dengan sebiji cake nak dibandingkan dengan ilmu yang terlalu banyak Miss bagi pada kitaorang. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki serta sentiasa dalam kesihatan yang baik..

Doakan kami supaya berjaya, grad dalam masa di tetapkan & lagi-lagi doakan kami supaya tak fail subject Design Engineering & Software Testing. haha..

2

Saya sayang Miss Fatimah Ghazali…

Filed under UDM

By The Lake

Hari ni kepala pusing-pusing & sangat mengantuk. Selepas pukul 2pm, terus tak boleh nak focus dah. Macam dah muak dah tengok computer. I mean tengok virtual machine tu. Tengok blog tak bosan pun. haha.

Pagi-pagi nak pergi lab, sangat teruja sebab jalan nak pergi lab banjir. Pagi-pagi dah main air sampai buku lali. Baik pakai slipper toilet je kan. Habis rosak sandal i. haha. Dah tak adala high heels ni. Sebab kak Iqa cakap high heels tak elok, nati tak subur susah nak dapat baby. Terus saya takut & tak nak pakai high heels lagi. Terus pakai yang biasa-biasa je.

Kali ni nak tunjuk keindahan tasik dalam UDM. Tak terkira la berapa tasik semulajadi yang tiba-tiba wujud dalam UDM ni. Maybe dalam 7 8 tasik kot. haha entah. buat ‘bijok’ je. Petang pukul 5 lepas lab, masa nak balik, tiba-tiba excited nak snap picture tasik depan FKI. Then kak Lily cakap, “mari akak tunjuk satu lagi tasik yang lagi best, lagi cun, marila marila..”

tas

haha yang ni memang best. Kira size XL la. macam dalam jugak tasik tu. Kak Iqa cakap, boleh bawa kayak main kat sini. Yang lain-lain pula cakap, nanti Monsoon Cup buat kat sini sudah, tak payah susah-susah buat kat Pulau Duyong nak kena sewa Ri-Yaz Heritage yang mahal lagi tu. UDM punya apartment pun apa kurangnya. Best jugak. haha

Kira classmate saya teruja la dengan tasik-tasik sekitar dalam campus ni. Bagusla, mengagumi ciptaan Ilahi, kekuasaan Ilahi.

Kisah sharepoint : memang main-main la masa belajar. Ada yang baca cerpen, ada yang surf blog, ada yang main game online, ada yang tengok video kat Youtube. haha..

Filed under UDM

Second Day With Sharepoint

Sekarang musim sejuk di UDM & wujudla tasik semulajadi di sekitar UDM. di mana-mana sahaja ada tasik. bertuah bukan ? haha. Belakang lab kitaorang @ depan FKI pun ada tasik. Beautiful scenery..

All of us third year students Faculty of Informatics joined the course Microsoft Sharepoint. There are two groups, and our group uses Lab FKI at Blok E. Our instructor is Mr. Albert Jeremy from Indonesia.. He is Brilliant, can solve the problems fast & well in explanation.. What is Microsoft Sharepoint ? Ahah you can ask Abg Google la. Nak summarized this entry, jadi tak nak cerita panjang lebar~

From 9am till 5pm stay dalam lab, mengadap computer, balik bilik after lab mengadap laptop kat bilik lagi, smpaila tidur. haha. Asyik online je sampai dah tak tahu nak surf apa. Cuma Facebook, update blog tu kena buat kat bilik la. Tak sesuai di lab.

Baru je dua hari, tapi dah macam-macam berlaku dalam lab. Saya ni macam tak boleh duduk dalam lab lama-lama. Mesti ada je yang tak kena. Dulu kisah kelakar yang semua orang ingat dengan lecturer web programming yang  : “siapa pulak yang main pukul-pukul ni” . Today pula incident yang lebih kurang best juga la. Haha. Masa break 15 minutes, pergi berjalan-jalan menziarahi sahabat-sahabat di table lain, sekali nak balik ke my place, then boleh pula terberlari sampai nak terlanggar my instructor. Saya tak nampak la. haha. Yang ini sungguh memalukan. Mujur sempat break. Diaorang hanya tengok & gelak~ haha

Yang paling best, saya duduk paling depan sekali. Biasala, dalam lab kena duk depan-depan. Kalau kat belakang memang tak boleh nak concentrate. Lagipun, bukan ke saf depan lebih afdhal ? haha. Hari ni best sebab instructor gunakan example www.evilolyta.com sepanjang explanation dia. Best bukan ? heh kenapa promote blog kat instructor ? bukan promote, tapi tertanya soalan yang berkaitan hosting & terpaksa bagi je la address blog ni.

ok ok~ instructor dah tahu blog saya ! haha

Sudahla cerita pasal diri sendiri. Kita cerita pasal other friends. Diaorang ni macam-macam bunyi buat dalam lab. instructor pun senyum je dengan diaorang yang slumber je. Ada yang kantoi tiba-tiba dengar lagu jepun la. Macam-macam. Memang fun la bersama diaorang. Tak pressure pun walaupun sekarang orang lain tengah best holiday tapi kita kena attend this course.

Lebih kurang 11 bulan lagi nak industrial training tapi saya, haziqah, hidayah & syuzana dah kecoh nak cari tempat nak industrial training. haha. Macam bersemangat sangat tiba-tiba. Oit final project apa cerita ? Fikir yang tu dulu la. haha

1 December~

Happy birthday to Abg Ji yang ke-29 & Syuzana yang ke-21. Sama-sama 1 december. Syuzana punya birthday kitaorang celebrate dalam lab juga. haha. Awal-awal pagi masuk lab, siap makan chocolate cake lagi.

May Allah bless u always~ Do pray for our success..

Filed under UDM

All the Best Seniors

Baik punya junior buat entri untuk seniors lagi. Ahah. Anyway, Seniors sem 7 yang nak masuk sem 8 nanti dah start praktikal dah hari ni. 17 Nov 2009. Tarikh keramat tu.. Dan selamat melangkah ke alam berkerja. hoho..

We are quite close with seniors sem 7. Sebab ada ambil subject sama la, siap group sama pun ada. Thanks to seniors yang banyak tolong tunjuk ajar kat juniors. Seniors terror~ ahah

ppSome of them with Dr. Nordin..

Di antara senior yang paling rapat dengan saya ialah saudara Harris Alimuddin. Clap-clap to him sebab final project dapat A. Mantap ! Before this ada group dengan dia, group presentation & macam-macam. Selamat berpraktikal di Bangi to you. Thanks for everything gak.. Harap-harap makwe dia tak marah la saya buat entri macam ni. haha

pKak Iqa & Senior Harris

Tak lupa untuk mereka-mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, ada yang nak tunang, ada yang dah berumahtangga.. Congratulations k. May Allah bless all of u always..

Filed under UDM

Facebook is Unavailable

Good for me. My facebook account is temporarily unavailable. Sabar-sabar. Memang sangat cuak bila jadi macam ni. Tapi ada la tu hikmahnya. Lebih kurang macam, go study la Evi. Stop Facebooking. Haha. One more thing, facebook macam merajuk dengan saya pula, macam tau-tau je saya join twitter senyap-senyap. *sigh* haha..

Now, Alhamdulillah after maghrib tadi dah ok balik. Tak tau la apa masalah facebook sebenarnya. Sampai ada kawan nak add, nak approve pun tak boleh. Padahal orang lain elok-elok je boleh access facebook.

Satu hal lagi saya nak highlight kat sini, asif jiddan, saya hanya accept/approve orang yang saya kenal sahaja. Itu sudah tentu. Security punya pasal. Haha. Tak adala, saya Cuma malas nak melayan orang yang tak dikenali. Saya hanya accept sahabat-sahabat sejak sekolah dulu, matriculation, & UDM. Memang tak semua students UDM saya kenal. Tapi kalau rasa kenal sikit-sikit, kawan kepada kawan, pernah jumpa ke & senyum-senyum tu, saya accept juga. Apa salahnya kan. Anyway, thanks.

Paper OS 8 Nov 2009

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Sahabat-sahabat lain pun macam tu juga. Ada yang kami study tapi tak masuk. Ada yang kami skip (konon boleh pilih soalan) yang tu pula masuk. Lagi-lagi bila tak faham sangat soalan sebab dah di putar belit oleh kertas tersebut. Haha. Tak tahu chapter mana pula tu. Haih~ Ada chapter depan-depan tapi soalan letak kat belakang sekali. Ada 1 soalan ni, macam complicated tapi sebenarnya nak suruh explain tentang ‘process concept’ je. Subhanallah, mujur la Allah masih bantu saya di saat-saat akhir. Baru dapat tangkap apa soalan nak. Mujur study pasal tu. Kalau tak, macam tu je hilang 15 marks. Rupa-rupanya sahabat lain pun macam tu juga, blur juga. Pastu lama fikir baru dapat ilham. Alhamdulillah..

*s0b*s0b* bila mummy Tanya paper macam mana. Saya jawab je la “agak susah”. Boleh pula mummy kata saya tak study betul-betul. Padahal saya dah try the best, walaupun masih dengan Facebook. Haha ayah dah faham dah & gelak je pasal facebook.

Akibat paper OS, kepala pun jadi pusing-pusing macam naik rollercoaster . Terus tak sihat, tak larat. Sampaila malam. Ingat dah ok, tapi masih sama. Ya Allah, jika kesakitan ini sebagai menebus dosa-dosa kecilku, aku redha, aku pasrah.. Tak study, tak dapat buat apa-apa pun sampai malam. Mujurla ada seseorang yang bagi advice supaya minum air kosong banyak-banyak & pergi minum sekarang ! haha. Ok2.. Thank you so much. Orang-orang lain Cuma kata pergi la makan ubat, pergi la rehat, tidur. Tapi sebenarnya, simple je. Kata-kata seseorang itu paling bagus, Banyakkan minum air kosong yang jernih without colours. Haha.

Lagi satu, ramai yang tertanya-tanya mana saya lama tak nampak kan. Exam week, di bilik sahaja. Nak jumpa, datang la my room. Haha. Anyway, dah beberapa orang sahabat tanya saya makan kat mana, tak pergi café ke. Sebab saya tak nampak di café. Ahah memangla, sebab saya selalu makan kat luar kat tempat favourite saya bersama roommate saya, kecuali pada hari-hari tertentu saya puasa. That’s why jarang melepak di café. Tapi hari ni pergi café sebab tak sihat, tak larat nak keluar, nanti drive jadi apa-apa pula kan. Lagipun, tak nak expose sangat dengan persekitaran luar cuaca yang tak menentu ahah..

Tak sangka kakak saya terharu & suka my previous entry. Ingat ke dia marah sebab banyak kutuk dia dalam previous entry. haha.. Pasal Zoo tu dia sangatla perli saya ! *sigh* haha

untitled

OK, study Network Security !

Filed under UDM

Study Week + Finals

Final Exam Sem 1 09/10

Here is my Final Exam Timetable~

Bachelor of Computer Science (Software Development) Sem 5

1 Nov 2009 2.30-5.30pm : Data Communication & Networking OTH03

3 Nov 2009 9.00-11.30am: Web Programming AH08

8 Nov 2009 9.00-11.30am : Operating Systems AH01

11 Nov 2009 9.00-11.30am : Network Security AH08

12 Nov 2009 2.30-5.00pm : Design Engineering & Software Testing OTH01

19 Nov 2009 9.00-11.30pm : Ethics, Communication & Strategic Planning DABS

Wish you all the best for finals. Sorry for everything of any mistakes that I’ve done, whether I realized or not.. Do pray for our success. :)

Study Week :23-31 Oct 2009

Saya setia berada di UDM. Tak balik & tak rasa nak balik pun. Ada kawan-kawan yang pelik & tanya saya tak balik ke study week. Ahah pelik ke ? Sebab kalau hal balik, mesti saya orang first yang balik. En.Faisal pun dah faham dan siap tanya “tak balik rumah ke minggu ni ?” haha.. Sebab setiap kali dia nak buat kelas ganti masa weekend, mesti saya cakap “En.Faisal, saya balik rumah minggu ni. Tak boleh buat kelas masa weekend” .. haha..

Saya tak balik sebab banyak kerja & saya rasa buat penat je balik kena drive lagi. Lainla kalau ada orang volunteer nak jadi driver saya hantar & ambil saya untuk balik. Baik jadi masa sem 1 dulu, ayah datang ambil & datang hantar. Bila masuk sem 2, semua kena buat sendiri. Bila saya minta ayah saya hantar, dia akan cakap “ayah boleh hantar, kereta tu hantar balik rumah, tak payah guna kereta” .. haha.. Nak ke ? Habis nak pergi makan macam mana ? haha..

Kerja yang kena buat :

1. Hantar complete Testing system “Newspaper Delivery”

2. Report MANET ad-hoc

3. Report Demilitarized Zone (DMZ)

4. Install IDS & Hacking Tools dalam LINUX

Anything else that I’ve missing ? Owh kata-kata lecturer yang saya perlu ingat :

“Baca apa yang saya ajar je untuk final nanti. Tak payah baca lebih-lebih”

“Siapa rasa diri dia lemah, datangla jumpa saya before paper nanti”

Saya paling takut paper Operating Systems & Web Programming. Tapi sekarang saya lebih focus pada Operating Systems. Tidur pun bersama buku OS. haha. Web Programming tu sebab entahla. Tak boleh nak study lagi. adeh.. Study coding dalam hosting ni jela boleh tak ? haha.. Tapi sejak akhir-akhir ni saya agak bersemangat nak study. Study online. Means that, tak faham, tanya je orang kat YM. Terus boleh jawab. Kalah Abg Google ! :) .. Selain tu, bila kita discuss benda yang berfaedah, pasal ilmu lagi-lagi dengan orang yang berilmu, memang kita makin rasa semangat nak belajar, makin rasa nak tahu. Thank God ! Semoga saya sabar & terus bersemangat~ Because I Like to Learn Something New & Unique ahah..

All the Best for Finals peeps.. ;)

Filed under UDM