Archive for the ‘heart’ Category
Nothing’s Gonna Change My Love For You
Hello ! I’m back ! I’ve been disappeared for few weeks & just realized that only 1 entry I have posted for this month, May.
Hey where have I been ? Nothing. I’m just here. And I was too tired lately, and I slept a lot ! I was so busy with my work & a lot of things that playing in my mind..
Yeah, I know this is the old song. Suddenly it was playing in my mind lately..
Nothing’s Gonna Change My Love For You – George Benson
If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh, so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strongOur dreams are young and we both know
They’ll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you.Nothing’s gonna change my love for you
You ought a know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love.Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through but nothing’s gonna change my
love for you.If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us like a guiding star
I’ll be there for you if you should need me
You don’t have to change a thing
I love you just the way you are.So come with me and share this view
I’ll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you.
If this is love, Nothing’s gonna change my love for you..
Alhamdulillah. Thankful to Allah for every single gifts he gave to me.. Never expect to be like this. Yes, if it’s meant to be happen, then it happens..
We have lots of dreams. As a woman, we want our partner/couple/boyfriend/husband to be like this, like that. We want a handsome guy, nice face, educated, bla bla bla.. Am I correct ? Ah, me too. I want a handsome guy, blond/brunette hair, grayish greenish blueish eyes, tough & tall, educated, gentleman, sweet & bla bla bla.. haha !
But remember, we will never get what actually we want. That’s the fact ! You can dream of this, of that, but not really you can get that.
Like he said to me : A girl accepts the man at the first place & after that want him to change like she wants. Unlike man, he wants that girl just all the same when the first he met that girl.. hehe..
Ok lah, even you’re not handsome, you looked old, emo, high temper, talking a lot & bla bla bla, I will just accept you just the way you are, Mr. Bear ! It’s been 10 months from the day you said “Hello” to me.
I like this kind of friendship/relationship.. You feel secure, calm, trust & even you don’t need to contact each other all the time everyday. Even if you are not contact each other for few days but still; he/she is in your mind.
When I think back, even though sometimes suddenly I crushed to someone else @ closed to some other guy, however; He is still the one that I’m thinking of. No one can take this feelings..
Finally, I go back to him..
Jodoh itu Rahsia Allah
School Holiday .. (Tak suka school holiday) .. Jalan jam ! !@#$%^&*.. Budak-budak tak pergi sekolah, guru-guru makan gaji buta. erk. Banyak kenduri kawen.
Anyway, congratulations to all of you friends yang baru kawen, yang baru tunang, yang baru dapat baby, yang akan bertunang, yang akan kawen & yang bakal dapat baby. Congratulations to all of you.
Too many invitations, of course la banyak tak pergi lagi-lagi banyak kat Kelantan. Bila umur dah macam ni, umur just nice, so ramai la yang meninggalkan status single masing-masing. Sekaligus dengar orang ni nak kawen, nak tunang & macam-macam.
I kat sini hanya mampu wish congratulations. Sorry banyak tak dapat pergi. Just wanna wish congratulations globally. Tak sempat nak wish sorang-sorang.
Jodoh itu Rahsia Allah
Syukur jodoh korang sampai dulu, syukur rezeki korang sampai dulu. Yang lain-lain, banyak-banyak berdoa minta dengan Allah. Bagi yang lelaki, jadilah suami yang soleh & bagi perempuan, jadilah isteri yang solehah. Jaga rumahtangga betul-betul. Perkahwinan tak semudah yang di sangka. Belum kawen lain, lepas kawen lain. Ingatlah, perasaan manusia boleh berubah. Sama-samala jaga perasaan masing-masing. Semoga rasa cinta, kasih & sayang tu kekal selamanya & makin bercambah dari hari ke hari.
Bagi yang baru kawen, bagi yang dah kawen; Jangan rasa kita ni dah lebih dari orang lain sebab kita dah kawen. Jangan rasa bangga & jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan pada orang yang belum kawen. Jangan rasa hebat, jangan rasa berlagak bila jodoh korang sampai dulu. Beringatlah, jangan takbur. Anything can happen in the future. Pernah jumpa orang-orang macam ni. Berlagak habis bila dah kawen, sebab diaorang rasa hidup diaorang dah sempurna. Bila dah jadi pape, diaorang sendiri yang malu..
Carilah, pilihlah orang yang betul-betul sayang kita, terima kita seadanya, orang yang jaga hati kita & orang yang membahagiakan kita. Jangan buat keputusan terburu-buru. Bila dah kawen, bukan senang-senang nak undur balik. Kalau couple je memangla senang untuk putus, tapi bila dah kawen, tak semudah tu untuk putus.
Jodoh itu ketentuan Allah…
Kawen ni bukan 2 3 4 kali seumur hidup, kalau boleh hanya kawen sekali seumur hidup. Semoga ikatan perkahwinan kekal selamanya & tak terputus di tengah jalan. Tapi jika itu takdir Allah, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan salahkan takdir Allah. Redha & terima je. Tak semua ikatan kekal. Tak guna mempertahankan sesuatu yang sememangnya bukan milik kita..
Jodoh itu Rahsia Allah…
Relax lah. Baru 23++.. Tak masuk 24 pun lagi hehe. Buat apa kawen muda-muda, awal-awal kalau tak kekal. Biarlah kawen lambat sikit asalkan kekal selamanya..
Kisah Hati – Alyah
Hello people. Hows your day ? Me ? Just fine. Just like this~
And today is Sunday.. 11.12.11 ~ Tomorrow will be 12.12.11.. The day after tomorrow will be 13.12.11~ Is there something sweet happened today ? Yes.. Alhamdulillah.. Memang sweet.. Apa yang sweet ? Perlu ke aku bagitau semua ?
I’m very sure that a lot of people love this song. Kalau dulu aku tak suka sangat this song. Tapi tak tahu kenapa lately ni suddenly suka. Is there anything relate to you Evi ? haha.. Kita tengok je la. Mungkin sekarang ni mood nak cakap pasal perasaan..
Kisah Hati by Alyah
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan akuTapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhirCinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia iniMungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Bila cakap pasal hati & perasaan ni, memang susah. SUSAH. Kau tahu SUSAH ? Siapa faham SUSAH macam mana ?
Aku selalu pesan kat diri aku. PESAN PESAN PESAN. Dari dulu sampai sekarang aku PESAN kat diri aku. Aku PESAN macam ni;
“Evi, tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Evi, kalau kita sayang orang tu, cinta orang tu sangat-sangat pun, kalau dia bukan jodoh kita & kita tak ditakdirkn untuk bersama dia, kita takkan bersama dengan dia juga. Evi, cintailah & sayangilah orang tu bersederhana, jangan bagi seluruh hati perasaan tu kat orang tu, kerana kita tak tahu masa depan kita macam mana. Evi, sayang & cintalah orang yang sayang & cinta kat kita, jangan kita je lebih-lebih terhegeh-hegeh kat dia. Evi, hargailah orang yang sayang kita, cinta kita, jaga kita.. Evi, jangan paksa orang sayang & cinta kita, biar dia sayang & cinta kita sebab dia sendiri yang nak.. Evi, kalau dia tinggalkan kita & tak sayang kita lagi, lepaskan dia je, jangan merayu-rayu supaya dia kembali pada kita, jangan mempertahankan sesuatu yang bukan milik kita..”
Ok, dah habis ke pesanan untuk aku kat diri aku sendiri ?
Biarlah orang lain tak tahu, tapi hanya Allah yang tahu macam mana kita sayang seseorang tu..
Perasaan. Salah ke ? Siapa kata perasaan cinta, sayang, kasih tu salah ? Perasaan tu tak salah. Tapi cara kita gunakan perasaan tu salah. Perasaan atas dasar iman @ nafsu ? Sendiri jawab la. Kau tahu kau cinta & sayang orang tu sebab apa kan ? Aku pun tahu aku sayang seseorang tu sebab apa.
Kalau aku sayang dia sebab dia kaya, aku akan selalu minta duit dari dia.. Kalau aku sayang dia sebab dia handsome, aku akan tayang & tunjuk kat semua orang muka dia yag handsome tu.. Kalau aku sayang dia sebab pangkat & kuasa dia, mesti aku dah tumpang guna kuasa dia.. Kalau aku sayang dia sebab dia glamour, mesti aku ikut je dia pergi mana-mana sebab nak jadi glamour juga. Kalau aku sayang dia sebab mulut dia manis, mesti everyday aku nak dia ucapkan kata-kata sayang, cinta kat aku.. Kalau aku sayang dia sebab nafsu, mesti tiap-tiap hari aku main dengan dia..
TAPI; aku sayang dia sebab dia, diri dia sendiri.. Sebab tu aku tak minta duit dari dia, aku tak tayang dia kat orang lain, aku tak gunakan kuasa dia, aku tak ikut dia pergi mana-mana, aku tak minta dia cakap sayang & cintakan aku everyday, aku tak main dengan dia. TAK. I just Love him just the way he is..
People, readers.. Jangan risau kalau cinta kita tak bersatu di dunia ni. Jangan bersedih.. Kalau itu ketentuanNya, redha & terima. Ada yang lebih baik Allah nak bagi kita. Maybe kita tak bersama dia di dunia, tapi insyaAllah nanti kita akan bersama dia di alam akhirat nanti, di syurga nanti.. Dunia hanya sementara, bukan ke di sana nanti alam yang abadi ? Kita nak yang sementara @ nak yang kekal selamanya ?
Memang sakit & perit bila terputus di tengah jalan. Nak capai kebahagiaan bukan senang (ayat ex-bf). Allah akan uji macam-macam pada setiap perhubungan tu. Kalau Allah tak uji masa tu, maybe Allah akan uji selepas tu..
Manusia.. Maybe pada dasarnya mereka boleh memisahkan & memutuskan perhubungan dua insan. TAPI ingat, selagi kau manusia biasa, selagi itu kau tak boleh pisahkan dua hati perasaan ni. Zahirnya kau boleh pisahkan. Tapi, hati & perasaan kedua-dua insan ni kau tak dapat leraikan.. Walaupun kau boleh guna bomoh, guna sihir untuk pisahkan orang lain & seksa orang lain, tapi ingat, kau takkan terlepas. Maybe sekarang kau senang. Maybe sekarang kau boleh lepas di dunia yang sementara ni. Tapi di hari pengadilan nanti, kau tak akan terlepas.. Kau nak kesenangan yang sementara @ kesenangan yang kekal selamanya ?
Bagi aku, selagi aku ada agama, bukan sekadar agama, selagi ada Iman dalam dada, Iman dalam diri, selagi aku waras & tak gila, aku takkan buat macam tu kat orang.
Segalanya aku serah pada Allah swt. Dia yang memberi, Dia yang berhak mengambilnya semula. Aku tak kisah kalau aku tak bersama orang tu sebab orang lain nak pisahkan aku dengan dia. Aku tak kisah. Sebab Allah lebih tau. Apa gunanya Allah yang mencipta kita kalau bukan pada Dia kita memohon ampun & meminta pertolongan ?
Istikharah.. insyaAllah Allah akan bagi kita petunjuk.. Yakin dengan hati. insyaAllah, apa pun keputusan aku lepas ni, semuanya kerana Allah yang bagi petunjuk kat aku. Aku hanya minta tolong Allah selesaikan dalam hal ni, aku hanya minta Allah bantu aku buat keputusan, aku hanya minta Allah untuk menentukan aku buat pilihan yang mana 1.. Tak susah, tak senang. Tapi Allah ada..
Just sharing.. Thanks for reading
I’m Just Evi..
My Dear July 2011; Pressure Month
Starting; not bad lah.
Sekarang; week 4.. end of July. Macam tak bagus. Sebab; di saat aku main tulis-tulis blog ni, di saat ni aku sangat pressure. Bertimpa-timpa. Bukan aku saja yang merasainya, tapi orang yang tengok aku pun merasainya sampai ada orang offer aku kerja kat office dia sebab kesian tengok aku penat manage cafe. ok. Aku masih boleh bersabar di sini, insyaAllah niat nak kerja untuk uncle.. untuk family.
Memang kerja bukan kepentingan untuk aku buat masa ni. I still can eat, mummy ayah still can afford me, boleh bagi apa aku nak. Ikhlas, aku kerja semata-mata untuk jaga business uncle, jaga TRW. Itu je.
Memang aku pressure. Today aku sangat pressure. Last night aku tak cukup tidur. Last night ada final Piala Presiden 2011, lawan dengan MP Muar kat stadium sini. Lepas tu player datang makan situ. Memang terjadi lagi masalah macam terjadi masa Lawatan Coaches from Cardiff City.
Macam ni ceritanya; Diaorang booking contoh untuk 30pax. Sekali, yang datang 50 pax dan memang confirm tak cukup foods & drinks. Adakah kami yang salah ? Ya, sebab ada yang tak di undang yang suka makan free. Dah dua kali terjadi kat aku macam ni. So, memang tak kira kau siapa, aku sembur balik. eleh, buat-buat nak marah, & aku lawan balik. Aaahh memang aku pressure. Last night pun jadi macam tu, maka aku masih dapat mengawal temperature aku supaya tak high sangat. Paling tak suka bila tekan-tekan kitaorang prepare cepat-cepat. Come on lah, !@#$%^&* .. ok sekian.. Lebih-lebih nanti susah jadinya. Bukan apa, tak nak buka aib orang je. Nanti ada yang malu. Aku masih ingat ajaran agama.
Last night aku balik lepas closing semua pukul 2am. Engkau bayangkan ? Tidur pukul 3am, bangun Subuh & pagi pergi kerja lagi. Can you imagine macam mana ? Dan kau akan rasa sangat terkilan kalau dalam satu team tu lepas tangan & tak bekerjasama. Tak adil. Bukan ? Tapi sabar. Aku boleh tutup mata kalau sikit-sikit. Tapi aku tak boleh nak tutup mata kalau dah banyak sangat.
Tapi walaupun penat, aku akan berasa lega bila aku total up sales, Alhamdulillah. Banyak. Aku lega. Memang aku lega. Tu usaha aku, itu yang dapat. Syukur bukan ?
Pagi ni aku kerja. I went to Tesco, went to bank, bank-in duit sale last night lagi. Balik cafe, can you imagine, kiri kanan menekan aku. Lunch hour; ramai orang. Sampai petang. Tak sabar nak balik, tapi tak dapat balik bila customers makin ramai. Hah ambik kau, Lamb Chop, Chicken Chop, semua chop diaorang order & macam-macam. Lastly, aku lembik & lembik, tapi aku masih kuat bekerja di kitchen. Aku masuk kitchen lastly. Maghrib balik. Sekian.
Aku ada invitation dari kawan-kawan nak pergi makan itu, ini. Tapi ada ke aku dapat tunaikan ? Aku hanya dapat pergi breakfast sekali tu je dengan staf HUSM dulu, Dim Sum sekejap dengan gang aku & selebihnya, takde lebih. Tak cukup masa.
Life aku di cafe; aku takde masa nak pegang phone. Dan memang aku akan dapat bertimbun missed calls & SMS. Ada juga tak dapat langsung. Hampa tengok phone. Maybe kawan-kawan dah boring dengan aku sebab aku tak macam dulu boleh hang out sama-sama, spend time together. Takde. Tak banyak tweets, Facebook dah macam “hidup segan mati tak mahu” .. eh betul ke ? Blog pun juga sama. Apa nak jadi ?
Memang aku mengeluh. Aku murung sikit hari ni. Aku nak marah kat orang lain tapi aku lepaskan kat orang lain, aku luahkan kat orang lain. Thanks friend sebab sudi datang jenguk aku kat cafe, ada yang sanggup singgah banyak-banyak kali walaupun aku tahu semua busy dengan kerja masing-masing. Di sini la tempat aku marah, di sini la tempat aku suka, di sini la tempat aku meluahkan perasaan. Tapi di sini bukan tempat aku bercinta. Bukan. Aku tak tahu. Aku takde masa nak fikir.
Mesti orang cakap; “best la kerja sini, glamour, tempat orang business, orang high class meeting, mesti ramai kenal” .. Ok, aku mengaku. Memang aku mengaku, memang aku tahu, sesiapa kerja sini memang akan glamor, akan ramai contact. Tapi aku sikit pun takde niat macam tu. Bukan. Glamour ke, apa ke, bukan satu kepentingan aku di situ. Bukan. Aku low profile. Walaupun hakikatnya memang ramai kenal sebab “anak sedara tokey” ..
Aku tak heran dengan semua tu. Sebab selama ni pun aku dah ramai kawan, ramai contact. Cuma aku tak tunjuk, aku cover. Tak semua benda kita tahu, banyak lagi yang tersirat. Yes I Like ! Aku suka. Memang itu yang aku buat sekarang. Act like nothing happened di khalayak ramai.
Yeap, bila orang kenal kita, memang kita kena treat them well. Kena jaga customer. Orang cam aku, tapi aku tak cam orang. Dan aku tak suka show off sangat aku kenal orang tu orang ni. Kalau ada orang datang nak ngorat, nak borak, ok fine. Setakat di cafe ni je. Kalau sampai nak keluar-keluar ajak kat luar, ok sorry. Sebab focus aku kerja. Bukan focus aku nak cari buaya darat. Aku tak nak jadi gundik pada seiapa. Di situ dah nampak ketegasan aku. Bukan ?
Memang sekarang banyak dah ubah life aku. Kalau dulu aku macam ni, macam ni; tapi sekarang aku dah tak gitu. Seriously. Maybe sebab bila kita dah jumpa ramai sangat orang, macam-macam orang, jadi kita dah tak heran. Aku macam lantaklah kau handsome ke, kau kaya ke, kau macho ke, tu semua bukan tarikan pada aku dah. Sampai aku pun takut kenapala aku macam ni, takde perasaan ? Maybe sebab kesetiaan aku tu sangat mendalam. hahahaha
Dan aku tahu. Aku akan merapu-rapu lagi kalau di biarkan aku di sini. Bagi aku rehat.
Aku cuma nak cakap, nak luahkan. Aku sangat-sangat pressure today. Since last night maybe ? Dan malam esok ada live bola lagi. Tunggulah tengok apa akan jadi pada aku lagi ?
ya Allah, ampunkan aku, kuatkanlah hati ni, permudahkan segala urusanku. Ameen..
ya Allah, semoga aku tak tergoda dengan nikmat dunia semata-mata. Di mana saja aku berada, semoga aku sentiasa mengingatiMu. ya Allah, jagalah hatiku supaya aku terus kuat, tabah, supaya aku tak mudah jatuh cinta, supaya aku tak tergoda dengan keindahan & kesenangan di dunia semata-mata.
Memang banyak dugaan di sini. Aku percaya, selagi Iman di dada, Selagi itu kita mampu untuk mencegah perkara mungkar. Aku takut, takut aku kalah dengan nafsu. Selagi aku mampu bertahan, aku harap aku dapat jaga peribadi aku sebagai seorang muslimah, menjaga maruah diri & batas pergaulan.
Aku perlukanMu ya Allah, kerana hanya engkau satu-satunya penolongku. Aku bersyukur di atas nikmat kurniaan yang engkau kurniakan. Kerana terlalu banyak pertolongan, nikmat rezeki dariMu. Kerana engkau, aku masih mampu bernafas di sini.. ya Allah, peliharalah diriku ini… Ameen…
~Nik E S…
21 June 2011; I am 23 years old…
Ye, saya genap berumur 23 tahun.
Terima kasih pada Allah penciptaku, terima kasih kerana masih bagi peluang untukku bernafas & mengecapi nikmat hidup di dunia yang sementara ni.
Terima kasih kerana memberiku kekuatan untuk masih beribadat kepadamu, melaksanakan perintahMu & menjauhi laranganMu walaupun kadangkala ada yang aku tewas.
Terima kasih Allah kerana engkau, aku masih bernafas di dunia ini. Terima kasih dengan nikmat Islam & Iman. Kerana itu aku masih berada dalam agama yang diredhai Allah.. “Innaddi na indallahil Islam”
Terima kasih kerana sentiasa melindungiku. Terima kasih di atas segala kebahagiaan, ketenangan, kedamaian untuk menikmati hidup ini.
Terima kasih ya Allah..
Terima kasih kawan-kawan, sahabat-sahabat dari kecik sampai besar. Ohh sekarang memang dah besar kot. haha. Thanks for all your wishes.
20June2011; Malam sebelum birthday. Lepas maghrib dah tidur awal-awal. Memang mengantuk + penat. Dan saja nak tidur awal supaya bangun nanti, hoping that something miracle will be happen. Kau nak miracle ? Nak apa ? Nak suddenly ada prince charming duk sebelah kau Evi ? haha.. Bukanlah, something miracle benda lain.
Tersedar pukul 1.37am. Nak juga sharp time. Dengan mata yang bukaannya tak berapa luas, maka; berusaha explore apa jadi dengan social networking aku. Dan selepas itu, sampai pukul 3 4 pagi relax sorang-sorang dalam bilik sambil layan Breathless by Kenny G Instrumental. Betapa romantic + sentimental nya jiwa aku ni kan. haha
Before pukul 12am 21June2011 lagi dah dapat birthday wishes. Bukan setakat tu, dua tiga hari sebelum pun dah dapat. Excited korang. Aku pun excited sama cuma cover. ekekeee..
Thanks to mummy yang kacau-kacau aku tengah tidur semalam semata-mata nak wish birthday. Juga thanks to ayah bangun pagi kiss me walaupun saya tak mandi lagi haha. Takpe, anak ayah. Anak bongsu perempuan. haha.
SMS from both phones, Tweets, Twitter Message, FB Wall Posts, FB Message, Gtalk, Skype, BBM, YM, e-mail bla bla bla. Segala macam bagai social networking. Sampai tak terlarat nak baca. Kalau kat Wall FB aku tu nak nak je flood. haih. Aku terharu *ceyceycey* Dan ada aku tak sempat reply lagi. Nanti.
Masih sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Tiada yang sangat special. Maybe special sebab dari tahun ke tahun, amount of friends semakin bertambah & aku semakin mengenali kehidupan di dunia. Memang aku mengumpul kawan-kawan; bukan mengumpul MUSUH. Masih celebrate birthday yang ke-23 ni secara single seperti tahun-tahun lalu.
.. Sebab tu aku cakap tiada yang special. haha.
23 bukan angka main-main. 23; perlu lebih matang. 23; perlu belajar untuk menjadi lebih setia. 23; perlu tetapkan hati nak buat keputusan. 23; insyaAllah pada usia ni juga aku akan grad. Dan 23; adakah pada usia ini juga aku akan menamatkan zaman single aku ? haha..
Harapan pada umur 23; Harapan tinggal harapan. *over* .. Tak tahu nak berharap apa. Supaya hidup lebih baik. Sekarang dah baik, dah happy, dah bahagia. Tapi bahagia cara single. Nak bahagia berdua pula. haha. Untuk diri sendiri;
Semoga menjadi muslimah & bakal isteri yang solehah. Semoga di panjangkan umur & di permurahkan rezeki. Semoga bertemu dengan jodoh yang baik, sesuai, sepadan. Semoga hidup ni lebih bahagia, sempurna. Semoga mendapat lebih banyak ilmu. Semoga dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah swt. Ameen..
Macam aku cakap kat atas tadi; Hoping for something miracle.
Kalau orang tanya lagi; “Evi, what kind of present do u want ?” .. haaa mari sini aku jawab.. “aku tak memerlukan hadiah sebesar gunung yang nilainya tinggi. Tapi kalau nak bagi juga, is it enough to treat me some foods..” I’m a foods lover I am ? haha.. Chinese foods, Dim Sum for good, Steamboat + Seafood Dinner @ Riverview, craving for ABC @ New Pacific, cim cum @ Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, hi-tea @ Ri-yaz Heritage & segala macam bagai makanan aku nak makan. haha. If I state all those foods here, nanti memang macam over.
Thanks to all of you. Thanks sebab treat aku well sangat. Thanks sebab korang sayang aku. Dan buat aku makin tahu yang raaaaaaaaaaaamai sayang diri ni. Alhamdulillah. Treat people well, so that they will love you aite. Korang buat diri ni terharu sebab ramai sangat wish. Tak sampai 12 jam pun dah 100++ wishes for my birthday. Orang dekat, mahupun orang jauh yang lama tak contact pun still wish for my birthday. Sorry kalau turn korang nanti aku tak ingat nak wish. Aku manusia biasa, kadang-kadang lupa. Aku appreciate sangat walaupun hanya birthday wishes. Dan aku rasa serba salah kalau aku tak dapat wish kat korang balik. Sorry sangat-sangat.
Maafkan diri ni jika tak dapat jadi anak yang solehah pada mummy & ayah, Maafkanku jika tak dapat jadi kawan yang baik untuk korang, maafkanku jika tak dapat jadi seorang kekasih yang setia, maafkanku jika tak dapat jadi seorang hamba yang taat sepenuhnya kepadamu.. Maafkanku bila ku tak sempurna..
Lupakan benda-benda lepas yang tak best. Jadikan semua itu pengajaran buat diri sendiri. Hoping that life would be better. Bertambahnya usia means that; semakin dekat ajal mautku..
23; Please show me the way..
Datang, Pergi, Datang & Pergi Selamanya ?
Adakah ini cinta ? walaupun saya tak mengakui itu adalah cinta.. Hakikatnya memang saya tolak benda ni jauh-jauh..
Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh kan ? Dan adakah saya tergolong dalam kes ni ? Kisah seorang kawan. Hanya kawan. Tapi mungkinkah berperasaan lebih dari kawan ?
Saya dah penat dengan semua ni. By the time saya post entry ni, saya harap dia tak kembali lagi. Dan saya sangat menyesal kenal awak. Cukupla kot.
At first, memang awak nice, so nice. Bukan saya tak pernah kenal lelaki, tapi saya pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai dia yang paling top kat hati saya.
And you are too special. Dalam ramai-ramai, awak yang lebih di hati saya. I admit. Dan sebab awak saya sanggup tinggalkan orang yang sayang saya. Saya sanggup abaikan few people around me just because of you. Saya tak hiraukan orang yang nak tackle saya. Just because of you.
But, pada satu masa tu, suddenly awak jauh & makin jauh dengan saya. SMS tak reply. Dan awak dah tak call saya macam awak call saya before this. Sampai hampir setiap malam saya tertunggu-tunggu..
April; Masih ingat dengan entry ni ? Mainan Perasaan .. Kat akhir entry tu ada story pasal awak sikit. Memang saya quite down just because of you. hebat betul kan penangan awak. Sampai ada orang lain yang tolong saya, tolong contact awak.
Ye, sebab saya ego. Bila cakap macam ni, awak akan cakap “kenapa tak call je, saya ok la” .. Memang saya takkan call awak. Ok, ego saya mengatasi segalanya. Saya takkan tunjuk yang saya suka awak.
Di pertengahan April awak diam, bisu 1000 bahasa. Tak tahu perkembangan awak. Tahu pun dari orang lain. Pada masa tu saya tertanya-tanya, dan lagu inila yang bermain di fikiran saya; Dadali~ Di Saat Aku Mencintaimu..
And I keep asking myself; kenapa awak pergi masa saya dah start suka awak, sayang awak. Belum sampai tahap cinta. Dan saya rasa macam, ohhh.. Saya perlukan masa untuk lupakan awak. Yeap, saya dapat lupakan awak. Saya cool. Walaupun kawan saya bagitau saya pasal awak, saya cool lagi. Saya tough.
Tapi dalam masa saya cool tu, I cannot lie to myself. Seriously. Of course saya still teringat awak. And I still hope that;
Yeap, I want you to come here, meet me & I will tell you about my feelings.. And guess what, penantian saya selama 3 weeks akhirnya.. Pada satu malam tu saya masih berharap awak akan call saya seperti malam sebelumnya. Suddenly awak call. Seolah-olah Allah makbulkan permintaan saya, harapan saya & seolah-olah awak tahu apa yang terbuku kat hati saya yang saya pendam selama ni tanpa bagitahu sesiapa, seolah-olah awak tahu saya menanti awak.. Bila saya tanya “kenapa call saya” .. Just a simple answer “sebab teringat kat awak”
3 weeks. Saya rasa macam entah pape je kan. Selama tu juga everyday saya menanti awak. Bila je dapat call dari awak, saya rasa terlerai segala keresahan saya. Dan saya menghamburkan segala kata-kata yang saya pendam selama ni. Marah, benci, suka semua ada. Bercampur baur. Dah tak boleh nak kawal mulut ni nak cakap apa. Dan maybe saya yang lemah, cair dengan pujukan awak. 3 4 hari selepas tu, we met each other & only Allah knows.. Maybe saya rasa macam mimpi. Mimpi bila orang yang saya nantikan selama ni ada di depan mata saya. ya Allah.. why did you make me miss him ?
Selepas jumpa, awak masih take care pasal saya. Maybe sebab awak faham macam mana keadaan saya tanpa awak. Awak tengok sendiri dengan mata awak macam mana perasaan saya terhadap awak. Tapi dalam masa yang sama saya seolah-olah mengkhianati perasaan orang lain.
Dan selepas itu saya di tinggalkan lagi. Awak pergi lagi. Senyap, jauh dan makin jauh. That time saya dah ready kalau awak pergi lagi. Walaupun masih ada secebis harapan; tapi saya redha. Dan saya juga berusaha menjauhkan diri walaupun dalam masa yang sama saya masih mengikuti perkembangan awak dari jauh.
10 days after that.. Suddenly awak datang kembali. Penantian 10 hari tu.. Memang saya dah terlalu redha kalau awak tak kembali lagi. Tapi di saat saya dah boleh lupakan awak & tak perlukan awak lagi, masa tu juga awak kembali lagi. Saya masih ingat pada masa tu; selesai solat Maghrib. Hati saya rasa something. Saya rasa awak akan call. Saya tak tahu kenapa saya rasa macam tu. Suddenly dengar phone call, pastu tengok awak yang call. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan saya masa tu.. Dan hari tu merupakan hari paling bahagia sebab awak treat saya nice sangat. Saya rasa lebih kenal awak macam mana.
Dan sehingga sekarang; dah beberapa minggu, awak senyap membisu. Saya masih menanti setiap hari seperti biasa. Dan saya nak sangat awak tahu bahawa saya masih menanti walaupun satu call. Tolong bagitahu something before awak tinggalkan saya. Saya tak kisah kalau awak pergi selamanya pun, tapi tolong bagitahu kata putus. Jangan gantung macam ni. 1001 persoalan dalam kepala ni. Dan supaya awak tahu saya pernah ‘gila’ kat awak.
Saya harap awak jangan contact saya lagi. Jangan cari saya lagi. Saya tahu saya akan goyah bila awak contact saya. Dan di situ kelemahan saya dengan awak. Kalau dengan orang lain saya boleh reject orang lain, boleh dump orang lain, tapi dengan awak saya tak mampu. Saya mengaku. But I will try my best to push you far away from me. insyaAllah..
Please. Jangan cari saya lagi. Walaupun saya rasa awak akan kembali cari saya. Mungkinkah malam ini juga ? hanya awak yang tahu. Apa yang tak cukup pada saya sampaikan macam ni awak treat saya ? Maybe saya pun ada salah. Saya tahu salah itu.
Or I’m too fool because of this ? Berhenti berharap. Thanks mainkan perasaan saya. Pergi jauh-jauh. Jangan dekati saya lagi. Berilah saya peluang untuk buka hati saya menerima orang lain.
Don’t ever come again.. People, can you imagine how special this guy erm ? Susah untuk jatuh cinta, susah untuk berperasaan macam ni. Guys come and go in my life. Too many. But not this one, special case. Sukar untuk lepaskannya.. Memanglah, sekali kena panahan benda ni, hancus.
Tapi saya cool kan ? I can smile to all people around me. Saya simpan semua. Saya pendam segalanya. Bukankah saya sangat bagus simpan semua apa yang saya rasa sampai takde yang dapat kesan ? Yeah, saya meneruskan hari-hari bersama kawan-kawan yang lain tanpa menunjukkan sikit pun reaksi ni. heeee.. Don’t worry. Saya seorang yang sangat bagus memendam rasa & menyimpan rahsia. Takde orang dapat kesan. haha
Just a short story
*wink* … Cerita dongeng
..
Sayangilah Seadanya
Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?
Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..
Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..
Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.
Bagi saya, saya menyayangi semua orang, saya sayang kawan-kawan saya, sayang orang yang baik dengan saya. Tapi sayang tak bermakna cinta. Cinta hanya satu, tak mudah untuk jatuh cinta walaupun mudah untuk menyayangi. Sebab bagi saya, cinta tu terlalu tinggi nilainya. Cinta tak boleh di paksa, tak boleh buat-buat cinta, tak boleh di jual beli, tak boleh cari di mana-mana. Ia hadir sendiri tanpa di rancang. Ramai orang keliru dengan cinta, sayang dan suka. Cinta adalah untuk hidup bersama dengannya selama-lamanya, tapi sayang dan suka cukuplah untuk menemani kita sahaja.
Cinta tak harus memiliki. Benar. Walaupun kita cintakan dia, mengimpikan untuk hidup bersama dengannya, tapi tak semestinya impian kita tu akan tercapai. Dalam perjalanan untuk hidup bersamanya, maybe kita akan terjatuh, tergelincir sekaligus impian untuk hidup bersamanya tu hancur. Jangan biarkan kehancuran cinta tu menyebabkan kita menghancurkan tanggungjawab diri kita yang lain. Bangkit semula dan terima hakikat. Sebab itulah, berikan cinta kasih dan sayang kepada orang lain dengan bersederhana, sekadar secukup rasa.
Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar. Suka yang jenis gentleman, cool, relax je. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga. Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.
Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Macam saya pernah cakap dalam entry sebelum ni. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.
Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan. Kalau dulu-dulu masa zaman kat matrik, selalu di beri pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal. Indah kan..
Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak. Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..
Tiada Jodoh Bersama
Hidup Mati Jodoh Pertemuan semua dah di tentukan sejak azali, sejak di Loh Mahfuz lagi. Tapi kita boleh doa banyak-banyak dengan hati yang ikhlas, mohon la apa yang kita ingin sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ghafir ayat 60;
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Bila cakap pasal jodoh, susah nak terluah dengan kata-kata. Kalau saya cakap saya single, memang sumpah orang tak percaya. Alah, sorang dua je kot kalau percaya. Biarlah. Single ke, in a relationship ke, semua tu istilah je. Yang penting hati & perasaan.
Tabah by Mazleela
Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercintaSudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimuTak apalah… ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksaBiar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahanAndai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa… ohMoga engkau… berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu
Tenda Biru by Desy Ratnasari
Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapaTak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci iniTanpa undangan, Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
Ku tak percaya . . . Dirimu tega
Nodai cinta . . . Khianati cinta
Kalau hayati both songs, the lyrics are very meaningful lah, memang relate kedua-duanya. Semuanya pasal bercinta dengan orang lain, tapi kawen dengan orang lain. Lastly, perempuan juga yang jadi mangsa. Aduh. Memanglah. Habis takkan nak paksa lelaki kawen dengan kita kan.
Itulah di katakan jodoh. Takdir Allah tak siapa yang tahu. Kalau kita rasa kita dah bertahun-tahun bercinta, 10 tahun sekalipun, dah kenal hati budi, dah faham each other sekalipun, kalau dah memang tiada jodoh untuk bersama dia, kita takkan bersama dia juga.
Tapi kalau memang dah jodoh, sehari dua kenal pun terus boleh kawen pastu bahagia juga selama-lamanya. Sebab itu takdir, itu jodoh yang di tentukan oleh Allah dah. Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Actually banyak je kes macam ni bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain. Tak di nafikan la ada juga yang bercinta bertahun-tahun pun kekal juga. Depends pada orang la. But for me, kalau dah bercinta bertahun-tahun ni macam waste je, takde makna juga. Dan saya pun bukan jenis yang boleh bercinta lama-lama. Sebab bagi saya, tak kemana juga, lagi tambah masalah adala.
Buat apa kita pertahankan sesuatu yang bukan milik kita ? Siapa kita nak lawan takdir Allah kan ? Bagi yang single & tak kawen lagi, buatla pilihan yang terbaik. Kawen hanya sekali seumur hidup. Takkan nak nikah cerai dua tiga kali. Kalau boleh, elakkanla kan.
Banyak-banyak doa semoga kita kekal dengan orang yang kita sayang. Sekalipun kita terpaksa melepaskan dia pergi, lepaskan saja dia pergi. Tetapi jika suatu hari dia kembali pada kita, benar; Dia untuk kita..
Sesiapa yang tengah buntu, ataupun dah melalui kes macam ni, banyak-banyak sabar. Saya faham, berpisah dengan orang yang kita sayang tu memang perit. Tapi ingatlah, ada Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita. Redha je lah kalau kita hilang orang yang kita sayang..
Dan ingatlah, jangan terlalu berharap pada cinta yang belum halal untuk kita. Mungkin nikmat tu sekejap saja. Cinta lepas kawen lagi sweet. Jangan bagi seluruh hati, jiwa serta perasaan pada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita. Simpanlah sedikit ruang di hati itu. Semoga bila mana hati kita hancur suatu hari nanti, masih ada secebis hati untuk kita bina kembali.. Berharap pada Allah, bukan manusia semata-mata… Jangan di risau akan jodohmu, pasti ianya akan tiba..
Be tough, be strong to all women..
Aku Terlanjur Cinta
Lagu yang tak berapa baru, tak berapa lama. Seingat aku, masa tahun 2008 gitu. Biasalah, aku ni jenis post lagu ikut mood kan. Phew~ jadi mood kau sekarang macam ni la Evi ? haaaa kantoi. Haha..
Terlanjur cinta ni macam mana ? means that dah jatuh cinta sangat ke apa ? aku pun tak tahu nak describe macam mana. Macam aku cakap la, perasaan ni bukan boleh diukur, takde lagi alat yang boleh ukur tahap perasaan ni. Kalau la boleh, phew~ Kalaula boleh baca hati orang juga aaaa…. ??? Alahai, kalau dah cinta ni, susahla jugak kan.
Terlanjur Cinta by Rossa & Pasha..
Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskanMalam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskanAku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintakuAku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta
Highlighted : Fahami saja lyric yang telah di merahkan. Best kan ? Deep meaning. Jadi siapa yang nak tolong selesaikan segala persoalan ni. Tolong ?
Ini BUKAN kisah aku tadaaa… taraaa…
Kita di pertemukan sejak 8-9 tahun yang lalu. Tapi kita tengok each other secara jauh. Tapi kenapa selepas 8-9 tahun itu, kita dipertemukan kembali dengan cara macam ni ? Kita tak tahu yang dulu kita pernah tengok each other.
Kita di pertemukan dengan cara macam mana ? Kita di pertemukan kembali dengan pelbagai rintangan & halangan untuk kita bersama.. “Kalaulah saya boleh undur masa”…
Love at first sight ? Boleh percaya ke ? Love without reason.. “ya Allah, saya dah lama tak rasa perasaan cinta macam ni” ..
“Thanks buat saya happy walaupun dengan cara macam ni. Ini dah cukup untuk saya.. Awak dah buat saya lupa tentang kisah lama.. Thanks sangat..” ; “Saya boleh buat awak happy, boleh bahagiakan awak lebih dari ni.. tapi…” ; Siapa nak jawab persoalan ini ?
Lagi apa ? “awak nak hidup dengan saya tak ?” ; “saya tak sanggup awak dengan orang lain” .. “saya pun”
Life is getting complicated. In a week; no calls, just a SMS in a week, I thought that you already forget me.. But suddenly, by the time you promised me within a week, yeap.. I received a call that I haven’t received for a week.. I was very shocked and will I ? God, will I get my life with him back ? Let Allah decide it. Please show me the truth..
“Solat hajat banyak-banyak, minta Allah kuatkan hati kita.. Ini ujian buat kita.. InsyaAllah you will get someone better than me. But, I Can’t forget you..” ; “I thought that you will not contact me anymore ?” But, my expectation was totally wrong.. you came back into my life.. But still; we act like nothing happened. We are the good actor & actress.. We do ?
ya Allah, why did Allah make you are so perfect to me ? All I want is, is in you, inside you.. But still; I’m sorry that I hurt you a lot..
end of Drama.. lalalalalala~~ ahh lepas ni nak menulis novel la pulak. Malas dah nak menulis blog. haha..
Final Sem; Sem 8
Hye people. How are you ? Saya ? tak berapa nak sihat sangat. Kesihatan yang tak ok sangat 2 3 hari ni. flu, sore throat~~~ ohhhh… ahh proceed. Banyak benda nak story..
Baiklah; Welcome to new sem, my final sem of final year. insyaAllah dapat grad macam orang lain juga. Ameen. Final sem : dah tak stay campus, tapi stay kat rumah sebab intern kat sini. Jadi life tu quite different la kan.
Ex-housemates; janganla buat saya sedih. Awal-awal sem diaorang masuk rumah dah teringat-ingat kat saya. Auw, terharu pula. Saya pun rindu diaorang. Ahah. Yang sedihnya bila diaorng SMS, call menyatakan kata-kata rindu, masuk rumah teringat saya, buat itu ini terbayang saya. Erk ? ya Allah, hanya Allah tahu perasaan rindu kat diaorang. Tapi saya harus sabar menahan rindu yang mencengkam jiwa ni haha.
Ini result saya haha
Result; erk. Yang ni kisah 23December2010 punya story. Tapi punyala kita main perap entry sampai kumpul dalam satu entry. Padan ah sebab dah dua hari tak update blog. Saya akan busy sampai 11.1.11. tak payah Tanya ah busy apa, tapi busy ah. Haha. tapi, tweet2 sempat je k. ahah jom. Haih sambung result, Alhamdulillah everything’s fine. Unexpected. Sebab apa, sebab saya kan banyak main-main masa final sem, enjoy gila pula tu, pastu asyik takde kat campus sebab banyak lepak kat luar & macam-macam !@#$%^&*. Walaupun saya takdela DL, tapi syukur dah macam tu. saya ingat saya akan dapat rendah lagi. Thanks to lecturer, lagi-lagi FYP. Rasa tak layak je dapat macam tu sebab target macam, ah lulus pun takpe. Ini jauh lebih dari lulus. Syukur.
Social life; No life. I mean, takde nak fun sangat. Bukan sebab tak happy, tapi sebab rotate benda sama yang membosankan. Pagi bangun, pergi kerja pukul 7.45am, masuk pukul 8.10am, biasa ah sebab 2km je kan haha. pastu kalut cari parking, pastu jalan nak pergi office lalu kat macam-macam clinic, pastu best ah jumpa orang handsome-handsome pakai white lab coat. Haha. eh takde maknanya lah. Jaga mata. Tapi memang banyak choice ah kat sana boleh buat calon suami. Tapi hati aku ni tak terusik pun tengok mereka ni. sebab kita tahu kan apa ada dalam hati kita walaupun takde orang tahu. Shhh !!! Malam tidur awal, blog pun tak sempat nak update. Entry dalam draft pun tak sempat nak publish.
ahhh Sleeping Beauty me !
Kadang-kadang rasa bagus juga bila takde kekasih hati, tak terikat dengan sesiapa. Lebih baik single. Sebab bila kita penat, tak larat, tak cara kat fon, tak sempat nak SMS, penat nak cakap banyak dalam fon, mula la tak angkat fon, tak reply SMS. Bila macam ni, ada je kita kena marah, kena tuduh macam-macam. Tak semua orang faham kita kan. Of course la orang ingat kita ni dah tanak kawan la, apa la. Biarlah saya tak nak cakap pape. Semua boleh fikir sendiri. Andai itu takdirnya, biarlah. Saya dah malas. Betul la kan, takde makna semua ni. yang penting hati & perasaan kita. Love need trust & loyalty. Terpisah jauh sekalipun, selagi perasaan ni kuat, selagi tu ia tetap tersemai dalam hati. Adeh jiwang pula hek hek.

Sila faham, tolong faham. Saya memang malas nak pegang fon. Jangan marah-marah, jangan tuduh-tuduh bila saya tak respond kat fon. Hadoi. Dan saya pun banyak belajar dari ni. saya faham macam mana orang kerja, balik kerja penat, nak tidur & semua itu. insyaAllah lepas ni saya akan lebih faham & bertolak-ansur. It’s time for me to change.
ya Allah, baru dapat tahu dalam sebulan lepas, kawan saya accident agak teruk jugalah, Kawan saya yang merangkap anak Pengarah Campus HUSM (sila google siapa), juga future doctor, juga dia merupakan kisah silam saya masa zaman sekolah dulu haha. ahhh lupakan. Nanti datang hospital bagitahu ey. Boleh la saya pergi visit walaupun takut waaaaa… Get well soon.. Ameen…
Bagaimana permulaan 2011 ? macam itulah. Sedikit kata-kata motivasi untuk diri sendiri; insyaAllah saya lebih tough. well, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Orang akan pelik & Tanya, “apalagi yang engkau tak dapat Evi ?” bukan itu maksud saya. Tapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Biarlah kita miskin harta di dunia, tapi jangan miskin ilmu, jangan miskin pahala untuk bekalan di akhirat. Got it ? ada hikmahnya, besar hikmahnya yang mana kita tak nampak. Percayalah, Allah sayang pada hambaNya yang banyak berdoa padaNya. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Last but Not least, all the best semua-semua. Ayat pun dah tunggang terbalik sebab dah tak boleh nak fikir dengan elok. Siang hari perah otak habis-habis fikir itu ini untuk kerja. Malam kena rest habis-habis. Ahhh ini ke life saya sekarang ? tak sabar nak chow bulan June nanti. Tolong jangan suggest pada saya suruh stay kat HUSM walaupun cable besar peha seklaipun. Phew. Sekian.
Sekarang saya lebih banyak memendam. Banyak lagi saya pendam. Maybe saya dah balik pada perangai dulu yang banyak pendam. Baru ni saya berubah kejap jadi boleh meluahkan pada housemates. Sekarang kita jadi orang yang memendam balik. Ahah. Dalam hati orang tak tahu kan. Relax ah babe, Allah kan ada. Allah tak pernah kecewakan kita.
Tak kisah la tak dapat harta yang banyak di dunia, tapi sangat kisah kalau tak dapat redha & keberkatan Allah di dunia, juga sangat takut kalau tak dapat syurga Allah di akhirat nanti.. Wallahualam..











