Archive for July 14th, 2012

Sorry tak update blog

Salam people. So sorry lama tak blogging. Alhamdulillah. Syukur kali ni dapat blogging balik. Tak tahu sampai bila akan blogging ? Tak tahu.

Subhanallah. Syukur. Indah nikmat sihat itu. Indah bila Allah bagi peluang kita rasa sihat tubuh badan. Syukur sangat. Hargai lah masa kita sihat. Bila dah tak sihat, apa benda kita nak buat pun terbantut.

Kenapa tak update blog ? Alasan busy macam biasa lah. Juga sebab saya tak berapa sihat. Pergerakan terbatas. Baru-baru ni saya “terjatuh”. Jadi luka-luka kat badan, kaki, siku, lutut, tapak tangan. So jadi nak buat pape pun terbatas. Kena buat slow-slow. Kenapa terjatuh ? Adalah sebabnya. Kecuaian sendiri. Salah saya juga. Buka salah orang lain. Diri sendiri yang cuai. :( :( :(

It’s ok. I’m ok. Kawan-kawan jangan risau. Luka sikit je. InsyaAllah tanggal kesan-kesan parut ni. Kena guna cream la ni. Hehe. Maybe sebab baju pun nipis, kalau baju tebal maybe tak luka macam ni. Tapi luka memang pedih. Kena air pun rasa nak menjerit je. Semua benda kita buat guna tangan. Pentingnya tangan. Bila macam ni, susahnya nak buat kerja. Kena tahan. Nak shampoo kepala pun susah. Rasa mandi pun tak bersih. hehe.

Sakit-sakit urat, sakit-sakit badan. Tersalah urat. Nak angkat tangan pun sakit, nak gerak-gerak pun sakit. Masa nak drive  selepas dua tiga hari tu, sakit sangat nak pusing-pusing tangan. Juga lebam sikit kat lengan. Terkejut juga tengok bila buka baju semua. Bila luka kat lutut, nak sujud masa nak solat pun memang sakit. Tahan je. Maybe sebab hentakan kat atas jalan macam tu kan. Syukur kat muka takde pape sangat. Cuma bibir sebelah kiri macam lebam. It’s ok. Takde pape. Semuanya ok. Cuma kulit macam ada calar-calar & macam tu la. Tak nak cakap lebih-lebih.

Sedih bila tengok flat shoes yang di pakai tu macam dah rosak sikit. Sayang sangat. Takpelah, sekarang dah simpan elok2. Sayang nak guna. Takut rosak lagi. Nak jaga elok-elok. Errr juga pastu baru perasan ada kesan darah sikit kat phone putih ni. Haih. Cuai betul diri ni.

Biala hanya Allah yang tahu. Korang jangan risau. Saya cuma terjatuh je. Penat nak jawab. InsyaAllah. I’m ok. Don’t worry. Cuma lain kali kena be careful. Tu je. Salah diri sendiri juga. Diri sendiri yang cuai.

Anyway, syukur d atas nikmat Allah saya ok. Tak teruk. Thanks orang-orang yang tolong. It’s ok. Saya boleh buat sendiri semua. Kita manusia saling tolong-menolong. Bercakap yang baik-baik saja tentang lain. Jangan cakap keburukan orang lain dan jangan buka aib orang lain. Jaga rahsia orang lain. Selagi boleh simpan, simpan. InsyaAllah.

Syukur ya Allah. Syukur..

Filed under Uncategorized