Archive for November 12th, 2011

Facebook; In a Relationship

Belek-belek Facebook, sekali terjumpa ni. Baru ku tahu. Ye lah, sometimes kita rasa benda ni takde apa sangat kan. Now I realized~.. Hukum meletakkan status in a relationship di Facebook..

“Seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu.. Ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah.. Kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya.. Seperti istiharkan kemaksiatan… Tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah ??? Dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa ??? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri…

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan nabi saw sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan… Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram… Tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana sabda nabi s.a.w:

“rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (hadith riwayat ahmad dari abdullah bin zubair radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-albani di dalam irwa’ al-ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja… Nak selamat dan elak diri difitnah… Halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat…

***********************************************************

My Opinion :

For me, memang dari dulu lagi  aku tanak buat status relationship ni kat FB, sebab takut jatuh saham. Wakakaka.. Tapi baru-baru ni dalam bulan April 2011 ada aku buat “in an open relationship” with someone ni. Lepas tu tak buat dah. Tak kisahla kan hal ni hal lama. Dah kalau statement macam tu dah kata macam tu, dah bawa maksud macam tu, maka siapala kita nak bangkang-bangkang kan. Terpulang pada individu la.

Reason aku tak buat status relationship ni sebab takut nanti suddenly tak jadi & terputus di tengah jalan, maka buat malu je. Sedangkan dah habis tunjuk kat orang dah pape kemesraan tu. errr Privacy please. hehe. Sometimes orang buat relationship ni ada akan rasa bangga sebab dia nak tunjuk la dia ada pakwe/makwe. Macam aku cakap, terpulang pada individu. Aku jenis tak masuk campur pun.

***********************************************************

Just sharing. Thank you. I prefer Single. hehe

Filed under Uncategorized