Archive for May 3rd, 2011
Jangan Sibuk Boleh Tak ?
Jangan sibuk pasal orang boleh tak ? Jangan ambil tahu pasal orang boleh tak ? Jangan buat cerita dari mulut tu boleh tak ? Jangan Perasan Boleh tak ? OK complete. Jangan, jangan, jangan. Please don’t hoho
Susahla hidup kalau ada orang macam ni. Is like, bila la orang macam ni nak !@#$%^&*.. Ok fine. Come here lah, nak story ni. tapi kalau tak suka tak payah bacalah.
Kenapa perlu sibuk hal orang ? I mean, saja nak cari bahan nak sakitkan hati si mangsa tu, saja nak jatuhkan orang lain. aduhs.
Fine lah. Actually benda ni kat mana-mana pun ada. Dan aku dah terbiasa dengan benda macam ni. dulu-dulu masa belajar pun ada. Lepas tu dengan takde niat & takde perasaan pape aku akan cakap, “come on lah. Kenapa kisah sangat dengan apa aku buat, aku pergi mana, aku dengan siapa ? aku eviSoraya je pun” lepas tu ?
Aku tak kisah kalau nak ambil tahu just minat or suka cara aku ke. Ehh mestila suka kalau orang suka kita pastu minat kita haha. tapi tak perasan pun hoccayy. Then why my blog punya visitors 100++ per day ? hoho. Memangla tak tahap 1000++ per day sebab macam aku kata aku bukan superstar pun ? I’m just an ordinary blogger je pun.
Pastu kan, jangan buat cerita dari mulut yang tak berapa comel tu. serious tak comel walaupun asalnya comel. Di sebabkan mulut tu dah bawa nahas kat orang, terus jadi tak comel dowh. Hoho.. Pasal mengumpat & mengata orang. Mesti nak juga, ibarat diri tu macam tak sedap kalau tak mengumpat & mengata orang. Macam rutin harian gitu. Macam tak complete hidup dia kalau tak memburukkan orang lain, menjaja story sana sini. Kepoh betul.
Sila rujuk surah Al-Hujurat ayat 11.. banyak-banyak la insaf hoccayyy..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Sometimes ada orang perasan. Lagi susah bila ada orang perasan konon aku ni ambil tahu pasal dia, cara hal dia. Ohhh please ! tolonglah jangan perasan sedemikian. Nanti aku muntah hijau wekkk.. sebab kan, aku ni jenis tak heran dengan orang; tahu bukan ? jadi siapala kau tu yang aku nak ambil kisah & nak ambil tahu ? sikit punya banyak pun aku tak pandang heh. Sometimes rasa nak tergelak kot kalau orang macam ni syok sendiri. Is like, kau tu siapa ? kau tu best sangat ke ? aku rasa macam zero je pun ? takde benda yang best aku nak tahu pasal kau. Lain lah kalau kau ni macam vogue & gorgeous gila kot ?
Tolong sedar diri sikit before perasan lebih-lebih. Depan orang mulut manis tapi belakang macam !@#$%^&*.. Actually bila dia macam ni, dia terperasan sebab dia sendiri yang buat benda tu. Umph.
Come on lah, aku takde masa kot nak cara hal ni. Even 24 hours a day pun rasa macam not enough for me. Lagikan aku nak buang masa cara pasal orang yang entah pape. Bukan setakat perasan macam tu tapi siap sangka buruk kat orang pula kata orang tu macam ni orang tu macam tu. Pandai pula dia tafsir suka-suka hati macam la dia boleh baca hati orang. Aduhai Syok Sendiri ! erk.
Lepas tu kan, Surah Al-Hujurat ayat 12.. Baca, baca..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Aku kesian orang macam ni sebab hati dia tak tenang, hidup dia tak bahagia sebab asyik akhir fikir pasal orang lain dengan busuk hati umph ! pastu telinga selalu panas & hati macam nak pecah. baik aku bahagia buat hal sendiri hoho.
Last but not least, Al-Hujurat : 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sorry lah. sebab aku kalau berbahas aku suka sertakan Dalil sekali. Ikutla dengan sesiapa pun, even dengan mummy atau sesiapa je, mesti aku sertakan dengan dalil mahupun hadis. Bukan nak tunjuk pandai atau tunjuk alim, tapi dua benda ni of course orang tak boleh nak argue. Tapi tak tahula kalau ada orang berani argue benda ni.
Sebab bagi aku, kalau orang yang selalu explore tafsir, pastu amalkan semua ni, of course tak akan buat benda-benda macam ni.
Ni aku ambil dari FB Naqibah Usrah aku masa kat Kuala Terengganu dulu :
Kita berusaha membicarakan yang baik-baik tentang saudara-saudara kita dan berusaha mengurangkan pembicaraan tentang aspek negatif tentang saudara-saudara kita. Para salafus soleh, sangat jarang membicarakan kekurangan sahabat dan orang-orang yang mereka kenali. PETIKAN ARTIKEL UST WAN AHMAD – PTUBUHAN IKRAM.
So, pandai-pandai la nak hidup.. Korang nak hidup ni nak collect enemies or what ? Entry umum. Tak specifically tuju pada sesiapa. Tak pasal-pasal ada yang perasan lagi. haha. Siapa makan garam dia lah yang terasa masinnya. ehem..

