Piya The Red Warriors
Kali ni mesti ramai terkejut sebab tak pasal-pasal saya story pasal Piya kat blog. Kenapa dalam ramai-ramai footballers, saya pilih Piya ? lalala~~ Saja nak promote Piya ehem !
Red Warriors 2011
Oklah, saya kan Kelantanese, pure Kelantanese. So mestila akan support Kelantanese player juga. Habis takkan nak pergi support negeri lain punya players kot kan ?
Cover Magazine Red Warriors
Nak kata saya ni minat sangat dengan bola ni tak juga. Tapi tahu la sikit-sikit pasal bola ni. Lagi-lagi pasal Piya, auw ! boleh la nak minat Piya sebab takde orang nak halang. Kan suka Mat Yo kan dia dah laki orang. Hoho. Saya ni takdela bersemangat pergi stadium tengok bola pun. Alasan tak pergi sebab saya takut la ramai sangat lelaki kat sana. Gerun. Kalau sikit-sikit tu takpela hoho.
Ok lah, fine then. Kita story pasal Piya. For the first time saya jumpa Piya depan-depan masa Mat Yo punya wedding. Tapi takdela cakap pun. Just tengok, senyum macam tu je. Erk. Agak-agak Piya perasan & ingat lagi tak saya ada kat situ ? haha !
Kalau saya tengok bola, bila mana sampai je bola kat kaki Piya, terus excited. Pastu lagi suka bila The Red Warriors menang, salah satu goal tu Piya yang sumbat. Hoho. Good aa bro..
Comelnyeee
Actually, I wanna thanks to one of the my friend ni. Dia yang beria bagi photos and information about Piya ni. Dia yang beria suruh saya update blog pasal Piya juga. Ok thanks bro yang merupakan orang yang involve dalam publish Red Warriors punya magazine. Sebab dia sendiri yang pergi interview Piya. That’s why lah dia banyak gambar team Red Warriors ni. Kalau salah, salah la information ni. Kalau salah, kita pergi serang bro ni hoho. First, mari kita tengok some of the Piya punya biodata. Siapa Piya The Red Warriors ni ?
Nama : Mohd Badhri Bin Radzi
Tarikh Lahir : 2 June 1982 (sama June la kita Piya ! hehe)
Asal : Jalan Post Office Lama KB
Tinggi : 175 cm
Berat : 60 kg
Posisi : tengah (penyerang)
No jersi : 16
Panggilan Glamour : Piya
Pemain Idola : Malaysia : Zahasmi Ismail, Dunia : Kaka (Brazilian Footballer)
Ketua pasukan Red Warriors
Mula aktif dalam bola sepak semasa berumur 12 tahun, ketika darjah enam di SK Padang Garong 2, Kota Bharu. Juga sering menjadi wakil sekolah dan daerah Kota Bharu. Mendapat galakan bermain bola sepak dari ayahnya sendiri yang merupakan bekas pemain Kelab Penjara & TNB Kelantan.
Sejarah :
2002 - Bermain untuk Piala Milo Kelantan
2003 - Piala Presiden Kelantan
2004 sehingga 2006 - Liga Malaysia Kelantan
2007 sehingga 2008 - PDRM
2009 hingga sekarang – Team The Red Warriors
Pencapaian :
1. Juara Liga Perdana Bersama PDRM 2006 – 2007
2. Juara Liga FAM 2005 Bersama Kelantan
3. Piala Malaysia 2010 Bersama Kelantan
4. Piala Sumbangsih 2011 Bersama Kelantan
Tu je la kot setakat ni tentang Piya. Nanti kita sambung lagi kalau ada masa. Yang penting Piya single, tak kawen lagi. Ada makwe ke tak tu tak tahula. Peribadi sangat tu hoho. Adakah Piya tanak kawen lagi selagi dia tak jadi pemain bola sepak Malaysia ? hoho. Hanya Piya yang tahu. Mesti ramai yang berebut Piya ni phew~
Actually all those photos ni aku tak tahu la nak credit to siapa, sebab bro Pi bagi macam tu je. So, saya watermark all those photos dengan nama blog saya sendiri la ok. So apa-apa hal nanti boleh claim sini. Nanti saya argue dengan bro lagi macam biasa bergaduh-gaduh dengan dia dalam email hoho.
Tags: football









pas ni wat psl player klate hok lain plop deh…bulih gok ore kenal player dop eh?
InsyaAllah.. Nati2 ada bahan.. Thanks bro..
Rasa mcm sesuai jer cik Evi ni dgn Piya. Ape lg, cuba la test market, mane tau…ahaks. Just kidding!
hehehe.. ye ke ? ahah.. kitaorang kawan2 jee.. takde pape pon
hehe..
saya pun minat Piya, hoho, sama2 lah kita menyokong The Reds Worrior n Piya, hehe
saya pun minat Piya kot.dia main bola bagus.
la ingat dia dah kwen.
Piya the best
dia single lagi.. belum kawen.. makwe ada ke x tu x sure