Archive for April 4th, 2011
Tiada Jodoh Bersama
Hidup Mati Jodoh Pertemuan semua dah di tentukan sejak azali, sejak di Loh Mahfuz lagi. Tapi kita boleh doa banyak-banyak dengan hati yang ikhlas, mohon la apa yang kita ingin sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ghafir ayat 60;
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Bila cakap pasal jodoh, susah nak terluah dengan kata-kata. Kalau saya cakap saya single, memang sumpah orang tak percaya. Alah, sorang dua je kot kalau percaya. Biarlah. Single ke, in a relationship ke, semua tu istilah je. Yang penting hati & perasaan.
Tabah by Mazleela
Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercintaSudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimuTak apalah… ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksaBiar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahanAndai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa… ohMoga engkau… berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu
Tenda Biru by Desy Ratnasari
Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapaTak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci iniTanpa undangan, Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
Ku tak percaya . . . Dirimu tega
Nodai cinta . . . Khianati cinta
Kalau hayati both songs, the lyrics are very meaningful lah, memang relate kedua-duanya. Semuanya pasal bercinta dengan orang lain, tapi kawen dengan orang lain. Lastly, perempuan juga yang jadi mangsa. Aduh. Memanglah. Habis takkan nak paksa lelaki kawen dengan kita kan.
Itulah di katakan jodoh. Takdir Allah tak siapa yang tahu. Kalau kita rasa kita dah bertahun-tahun bercinta, 10 tahun sekalipun, dah kenal hati budi, dah faham each other sekalipun, kalau dah memang tiada jodoh untuk bersama dia, kita takkan bersama dia juga.
Tapi kalau memang dah jodoh, sehari dua kenal pun terus boleh kawen pastu bahagia juga selama-lamanya. Sebab itu takdir, itu jodoh yang di tentukan oleh Allah dah. Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Actually banyak je kes macam ni bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain. Tak di nafikan la ada juga yang bercinta bertahun-tahun pun kekal juga. Depends pada orang la. But for me, kalau dah bercinta bertahun-tahun ni macam waste je, takde makna juga. Dan saya pun bukan jenis yang boleh bercinta lama-lama. Sebab bagi saya, tak kemana juga, lagi tambah masalah adala.
Buat apa kita pertahankan sesuatu yang bukan milik kita ? Siapa kita nak lawan takdir Allah kan ? Bagi yang single & tak kawen lagi, buatla pilihan yang terbaik. Kawen hanya sekali seumur hidup. Takkan nak nikah cerai dua tiga kali. Kalau boleh, elakkanla kan.
Banyak-banyak doa semoga kita kekal dengan orang yang kita sayang. Sekalipun kita terpaksa melepaskan dia pergi, lepaskan saja dia pergi. Tetapi jika suatu hari dia kembali pada kita, benar; Dia untuk kita..
Sesiapa yang tengah buntu, ataupun dah melalui kes macam ni, banyak-banyak sabar. Saya faham, berpisah dengan orang yang kita sayang tu memang perit. Tapi ingatlah, ada Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita. Redha je lah kalau kita hilang orang yang kita sayang..
Dan ingatlah, jangan terlalu berharap pada cinta yang belum halal untuk kita. Mungkin nikmat tu sekejap saja. Cinta lepas kawen lagi sweet. Jangan bagi seluruh hati, jiwa serta perasaan pada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita. Simpanlah sedikit ruang di hati itu. Semoga bila mana hati kita hancur suatu hari nanti, masih ada secebis hati untuk kita bina kembali.. Berharap pada Allah, bukan manusia semata-mata… Jangan di risau akan jodohmu, pasti ianya akan tiba..
