Archive for April, 2011

Watch Your Mouth, Watch Your Words

Entry campur aduk macam-macam story nak cakap. Campur punya campur maka jadilah macam ni. hoho.

Watch your mouth, watch your words. Manusia ni lagi-lagi perempuan (tak semua perempuan) lelaki pun ada juga, selalu cakap lepas ikut suka hati tanpa fikir perasaan orang lain. kalau boleh nak cakap, nak tunjuk kat orang la dia ada ayat power, dia la yang hebat boleh cakap macam-macam dan lebih tepat untuk menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata sindiran dia dengan lebih tepat lagi orang Kelate cakap ‘nyekik’.

Bagi aku, orang macam ni tak lain tak bukan dia lagi sengaja nak tunjukkan perangai kebodohan dia & low public relation. Lagi nak tunjuk keburukan dia, kelemahan dia. Maybe dia ingat puas hati la cakap itu ini, dia rasa orang akan takut dengan kata-kata dia, tapi hakikatnya orang lagi menyampah & pandang rendah dengan orang macam ni. Nak bergaul sama-sama dia yang jenis cakap macam tu boleh la.

Benda gini, hal gini tak lain tak bukan sebab takde kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang tu. Assobru minal iman; Kesabaran separuh dari iman. Come on lah, apa yang kita dapat kalau kita cakap tak elok dengan orang, marah-marah, kasar-kasar, tinggi suara, tengking, lagi teruk kalau makin hamun ? apa yang kau dapat ? kau fikirla sendiri.

Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 2

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Aku pun pernah kena kata macam-macam dengan sorang lelaki ni sebab kononnya aku tak balas cinta dia. Erk. Hakikatnya memang aku tak pernah cintakan dia. Ok fine aku tak salahkan dia kalau pun dia berperasaan macam tu kat aku. Cuma aku dah cakap awal-awal aku takde perasaan kat dia, hanya kawan. Bila lama-lama, dia konon nak aku takut, nak aku terima dia juga, pastu dia start la kata macam-macam kat aku kasar-kasar. Pastu dia minta maaf cakap nak kembali balik, pastu dia kasar balik. Ohhh maybe dia ingat aku akan terima dia. Hakikatnya, aku lagi nak jauh dengan orang macam ni.

Apa yang kau cakap, setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut kau, dengan nadanya sekali, dengan grammar semua tu, dengan raut wajah cara penyampaian, tu dah menunjukkan macam mana diri kau sebenarnya. Kalau rasa tak pandai nak berbahasa dengan orang, pergi gam mulut tu. takut nanti kena lempang dengan orang lain. belum jumpa belum tahu la. Jangan ikut sedap je keluar dari mulut tu. apa banyak cantik sangat mulut tu ? Orang yang tak rasa pape dengan kau tapi bila jadi macam ni orang akan jadi benci kat kau.

Biasanya orang yang jenis low PR ni jenis yang tak mix with people sangat and must be family dia & seangkatan dengannya jenis cakap macam tu juga. Hidup dalam cara cakap macam tu. Senang cakap, ibarat bawah tempurung je. they didn’t know how to treat people. Dia ikut meter angin dia je. tak ikut meter angin orang lain. that’s why orang macam ni akan bergaduh sana sini dengan orang lain. dan orang bila tengok muka dia pun jadi macam menyampah tak nak cakap. Come on lah, tak baik gaduh-gaduh sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat : 9-10

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Lagi-lagi perempuan. I think, beware lah. Come on lah, please change your attitude. Aku dah banyak dengar orang laki selalu cakap, diaorang kalau nak pilih perempuan, dia ambil kira kata-kata yang keluar dari mulut perempuan tu serta cara seseorang perempuan tu cakap. Kalau tak, memang dia reject lah. Sebab diaorang cakap, nanti kalau dah hidup bersama, mesti asyik lawan je suami. Tak boleh buat kira dengan perempuan macam ni. Kalau perempuan jenis macam ni, memang orang laki pun tak ingin nak dekat & terus lari. Tapi tak tahula kalau dia pun akan dapat lelaki jenis mulut gini juga. nasiblah. Sebab kau pun macam tu.

One more thing, bila bercakap tu, kena sedar-sedar apa yang kita tengah cakap. Sebelum bersuara tu fikir dulu. Guna akal, bukan guna nafsu. Sometimes, manusia ni jenis cakap lepas sedangkan belum tentu hal tu betul atau salah. Lebih malang jika orang yang mendengar tu jenis pak turut je ikut je dengar apa tanpa selidik sejauh mana kebenaran kata-kata serta cerita yang di bawa oleh orang lain.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat : 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Aku suka surah Al-Hujurat ni. Kita patut suka semua surah dalam Al-Quran kan. Macam kat blog ni, kat atas sebelah kanan ni pun aku letak ayat ke-6 dalam surah Al-Hujurat. Sebab aku rasa mendalam sangat maksud ayat tu.

Jaga mulut, jaga kata-kata, jaga perangai. Jangan buat orang menyampah dengan kata-kata yang keluar dari mulut tu. Aset yang penting tu. Tak guna kalau diri tu cantik, handsome tapi mulut hampeh. Itupun kalau cantik, handsome. Kalau tak ? lagila macam buruk semua benda.

Aku jenis tak suka bergaul dengan orang yang jenis tak pandai cakap ni. Tak suka berurusan jauh sekali nak buat kawan dengan orang yang jenis suka cakap perli, sindir, nak jatuhkan orang lain, nak sakitkan hati orang lain. Aku laaaaagi tak heran dengan orang macam ni. Sebab aku pun jenis tak heran dengan orang lain, tak heran dengan sesiapa. Melainkan aku hanya heran dengan orang yang jenis complete attitude serta agamanya. Tak main ikan bilis, main jaws terus hoho.

ok goodbye April, welcome May.

Filed under Uncategorized

Intern : HUSM Week 18; Report

Week 17 and week 18 sama. Takde beza sangat. Buat benda sama. Week 17, tengok je la past entries. Cuma penghujung week 18 ni lain sikit. Lain sebab ? erm

Week 18 : lagi-lagi hari Khamis. Hari ni la. Tengah bosan ni. sebab tu boleh update blog. Ramai cuti kot hari ni. sunyi. Pastu bila sunyi, takde orang yang kacau aku macam hari-hari biasa. Mwahaha.. ehh rindu ?

Salah. Semua orang buat salah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku still boleh terima orang buat salah. Sebab aku ni simpan semuanya. Jadi terima je la. Tapi walaupun kita terima orang buat salah, tapi adakah orang lain terima salah kita ? –yang ni apa kaitan dengan entry ni erm ?

Pagi ni. just received two calls. Satu boleh cakap, satu tak boleh nak cakap sini. Yang boleh cakap tu, bila my lecturer called me. Aduhs. Aku dah agak. Mesti dua sebab. Satu lecturer nak datang, satu lagi nak suruh submit report by 8 May. Aduh.

How I’m going to do all these things, mana nak fikir yang tu, mana nak fikir yang ni. erhhh..

Report; apa khabar report ? tak tahu. Blank. Report nak kena ikut format macam buat yang final year project punya report. Korbankan waktu tidur & main game. Hoho..

System ? macam itulah. Email notification tak settle lagi. Masalah betul yang ni. tambah lagi satu.

And lastly, I need rest. Ingatkan takde final exam macam diaorang tengah exam sekarang ni maka aku lega. Tapi sama juga. pagi petang siang malam even tidur pun mesti termimpi benda sama, semua pasal study. Hoccayy fine. Aku dah tak fikir benda lain sekarang, cuma fikir pasal system, report, pastu presentation lecturer nak datang.

Three things yang menghantui diri ni sekarang ni. dah tak peduli-peduli benda lain (memang aku jenis tak peduli hal lain pun kan ?) .. thank god takde masalah peribadi yang lain. Alhamdulillah..

Evi, eda.. you need focus. Dulu kalau kat campus boleh buat kerja sama-sama dengan friends, study sama-sama, help each other, bila down diaorang bagi semangat, bila malas nak buat kerja diaorang ingatkan. Pastu boleh pergi mengadu kat lecturer pasal itu ini. Now, dah takde campus life macam tu dah. Rasa nak life macam duluuuu… Siapa nak layan macam diaorang layan ?

Rasa sebak kot. Rindu campus friends, rindu my beloved lecturers. Rindu nak tengok diaorang, rindu sokongan diaorang. Huarghhh..

 


Filed under Uncategorized

Susahla Ada Perempuan Macam Ni

Jaga-jaga baca ni. Takut ada yang sakit jantung bila baca. *entry yang fire orang* .. Sebab dah lama tak fire orang dalam blog. Entry ni patutnya dah lama nak publish tapi tak sempat. Dah lama tak buat entry kontroversi macam dulu-dulu. Tapi bila ada yang try nak interfere life aku, adala ada yang aku nak buat juga. Kau rasa kau hebat ? uhhh..

Susahla kalau ada perempuan macam ni. Perempuan macam mana ? Perempuan yang akan aku cakap lepas ni hoho. Actually dah banyak je aku jumpa perempuan macam ni. Tapi walaupun ada perempuan macam ni, at least benda lain dia ok. Tapi perempuan yang ni macam semua tak berapa ok. Macam complete. hoho

Susahla kalau ada perempuan rasa yang “aku cantik, aku cun, aku hebat, aku ada tu, aku ada ni, aku complete, aku perfect, aku taraf mana, aku keturunan mana, family aku siapa & aku aku aku” ok FINE ! Sebab aku pun menyampah dengan perempuan yang rasa macam ni.. Pastu dia rasa dia patut bersama dengan orang yang gila punya perfect ah.

Sometimes aku rasa nak je heret perempuan macam ni, pergi depan cermin pastu cermin diri dia betul-betul. Kalau dia tak pandai nak cermin dia, mari sini aku tolong cerminkan. phew~

Perempuan macam ni nampak je ok, sopan, tak social dengan guys sebab nampak dia macam susah nak dengan guys. Ok fine. Hakikatnya kan, dia memang pandang rendah to guys. Maybe dia rasa anak raja je yang sesuai dengan dia. Tapi bagi aku kalau dah perangai macam ni lagi kan anak raja yang nak ? Memangla at first orang akan tertarik & nak masuk line kan. But once bila dah kenal, orang pun lari umph !

Rasa macam bangga kot when many guys nak dekat dengan dia. Pastu dia suka collect guys, collect peminat. Playing with people’s hearts. Suka kot tengok guys macam duk gila kat dia. Come on lah, masa muda-muda awal remaja dulu boleh la nak buat macam ni. Tengok aa zaman sekarang macam mana. Takkan nak keep playing kot ? Tapi bila orang lain ada orang lain, dia pula yang sibuk nak cakap macam-macam.

Entah bila nak sedar nak kata tak matang, macam matang, lagi matang dari aku. Dia rasa dia hebat ? Rasa nak je heret dia pastu datang compare dengan aku. Tang mana hebat sangat & perfect sangat tu ? haaa kan aku dah start buat perangai macam ni. Bukan apa, nak bagi orang macam ni berpijak pada bumi yang nyata.

Kalau kau rasa kau cantik, cun sangat, kau tu miss World ke ? Perfect ke muka, kulit, body kau ?

Kalau kau rasa kau educated, educated sangat ke ? Kau ada berapa PHD ? Kalau PHD yang satu lagi tu memang tak masuk list ah. Kau graduate Harvard, Oxford ?

Kalau kau rasa kau punya taraf tinggi habis ah, kau rasa family kau ni, siblings kau ni. Ohh kira the whole family datuk nenek moyang cousins uncles aunties semua hebat-hebat ahh ? Kau relate dengan semua Ministers ke ?

Kau rasa kau ada everything harta benda. Semua best, semua branded, semua paling mahal ? Kau ada semua branded things like LV, Gucci & etc. semua ke ? Baju duk rumah pun Christian Dior ke ? heh. Memang semua overseas punya stock ah ? Macam ah.

Kau rasa kau dah berdamping dengan orang macam-macam, orang hebat-hebat, orang high class. Kau rasa kau hebat sebab dah kenal macam-macam orang, kira banyak contact ah. Macam tu ? Ok, tell me now besar mana sangat cable kau tu ?

Kau rasa ramai ah laki suka kau, teruja dengan kau & bla bla bla ? Kau rasa kau tu memang menggoda ah ? Orang laki tengok kau macam cair eh ? Heh, berapa ramai dah yang kau jatuhkan ?

Kau rasa kau banyak tahu semua benda ? Kau rasa kau ni universal, flexible & boleh buat multiple task ? Kau rasa kau serba boleh ? ok apa yang kau boleh ?

Ok lastly pasal agama. Memang aku pun tak nak comment banyak pasal agama sebab aku punya ilmu pun still cetek. Tapi kau perfect ke pasal agama ? Apa kalau berbahas dengan kau, kau boleh bagi dalil-dalil sebagai bukti @ kau memang dah hafal sebiji Al-quran dengan tafsirnya sekali ? Kira kau perfect ah bab ilmu agama ni ?

Kalau setakat rasa lengkap hal dunia je aku tak heran, Allah pun tak heran. Kalau perfect bab agama baru perfect semuanya.

Oklah, no ones perfect. Aku pun tak perfect. Aku tak rasa aku perfect. Dan aku tak kata aku perfect bila aku cakap macam ni. Aku pun ada kurangnya. Ni pun aku nak ingatkan diri aku sendiri supaya aku keep low profile & minta jauh la rasa diri hebat semuanya. Aku takut dengan apa yang aku ada jadi buat aku lalai. Tapi aku selalu ingatkan diri apa yang kita ada hakikatnya itu ujian dari Allah, nak tengok sejauh mana kita manfaatkan apa yang Dia bagi.

Sorry la kan kalau entry ni memang sakit hati sangat. Sebab bila dah banyak sangat aku jumpa orang macam ni, pastu jumpa yang lebih dari ni, tu yang jadi aku nak bercerita. Sebab kalau nak face to face tu memang takkan sampai maksud juga. Sebab tiada siaran ulangan. Kalau sini, orang lain nak baca beratus kali pun boleh.

Tapi, kalau dah gaya macam tu, buat macam tu, dah dah dah macam tu, memang something wrong~ phew~

Filed under Uncategorized

Medan Ikan Bakar Kedai Buloh

Sorry. Photos tak berapa ok sebab guna camera phone je. Tak ingat bawa camera aaa.. !@#$%^&* marah kat diri sendiri.

Slot makan-makan. Kita cakap pasal tempat dulu. Foods best ke tak kita cakap lepas ni. Yang penting tempat. Ohh really nice. Memang saya suka tempat macam ni, tepi sungai, riverview gitu hoho.

Nice view aite ;)

Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, jalan nak pergi Kuala Besar. Ayah pun orang dekat-dekat sini dulu. Kecil-kecil lagi saya suka pergi Kuala Besar sebab tak tahu kenapa. Sebab ayah selalu bawa pergi sana, jadi memang suka kat sini, cuma sekarang dah besar jarang pergi.

Medan Ikan Bakar ni baru je kot buka. Food Village punya kedai. Cim cum pun ada. Tapi takde ala-carte. Just ada buffet Cim Cum dengan package yang ikan bakar & lain-lain seafoods.

The view, hoho. Tak payah cakap. Sometimes I feel like stay kat Kuala Terengganu je. Oh hooo how I miss my life masa kat KT. Lepaking along the river, beach. Memang rasa sayu jugala sebab teringat zaman muda-muda dulu. Saya dengan air tak dapat di pisahkan. Memang layan perasaan habis.

*Nik Evi Soraya*

Tenang je sini. Hilang serabut-serabut, walaupun tak serabut pun, bahagia je ! Lagi-lagi kat sini pasang lagu yang jiwang-jiwang haha ! Kalau dulu masa study kat KT, masa otak dah blank, terus pergi lepak kat mana-mana tempat di pesisir Sungai Terengganu. Now, kalau serabut kat sini boleh datang sini la, boleh lari ke sini hoho.. Ada sesiapa nak ikut ? hehe..

I’m the youngest daughter heee

Ayah dah sihat. Alhamdulillah. Actually mummy and ayah yang nak makan ikan bakar ni. Saya takdela suka sangat ikan bakar. Macam takdela priority sangat. haha. Because I love chinese foods even more ! hoho.. Tu je yang buat saya selera nak makan. And I don’t know why lately ni kurang selera makan. Aduh !

Just for four of us..

Bila stay sini, rasa teringat je kat orang tu. Feel like, ‘awak, jom kita pergi sini’ hoho. Mesti lagi sweet and best ! Ehh saya ni memangla, kami kalau di biarkan memang akan pergi merata-rata macam tiga malam berturut-turut hoho~ :P phew~

Filed under foods

Jangan Pernah Berubah

Memang ramai pun suka lagu ni. Lagi-lagi kalau kena dengan diri sendiri. Memang masuk lah. Nak tuju kan takut nampak sangat. Jadi pendam je lah hoho.

By the way, this song tak relate dengan saya pun sekarang ni. Tapi saya suka certain lyrics. Nanti saya highlight. Songs by ST12 memang best pun. Layan je. His voice pun aaahh ! Feel habis lah hoho.

Biarkan Waktu Teruslah Berputar
Ku Cintai Kamu Penuh Rasa Sabar
Meski Sakit Hati Ini Kau Tinggalkan
Ku Ikhlas Tuk Bertahan

Cintaku Padamu Begitu Besar
Namun Kau Tak Pernah Bisa Merasakan
Malah Kini Kau Ucapkan Selamat Tinggal
Membuat Keresahan

Meninggalkanku Tanpa Perasaan
Hingga Ku Jatuhkan Air Mata
Kekecewaanku Sungguh Tak Berarah
Biarkan Ku Harus Bertahan

Jangan Pernah Kau Coba Untuk Berubah
Tak Relakan Yang Indah Hilanglah Sudah
Jangan Pernah Kau Coba Untuk Berubah
Tak Relakan Yang Indah Hilanglah Sudah

Jangan Pernah Kau Coba Untuk Berubah
Ku Relakan Yang Indah Dalam Hatinya

Saya suka lyric yang saya highlight tu je la. Hoho. Macam nak pesan, nak sampaikan maksud. Tapi tak tahu sampai ke tak. Tak sampai pun takpela. ahah

Jangan Berubah Please ! Tapi kalau nak berubah juga nak buat macam mana kan. Biar je la. Dah memang takdir macam tu. Takkan kita nak lawan takdir kot. Sebab saya dah ajar diri saya supaya redha dengan semua yang terjadi. Perancangan Allah lebih baik kan ?

Jangan berubah di sebabkan orang lain, jangan berubah di sebabkan dengar cakap orang lain. Manusia suka main cucuk-cucuk, tak boleh tengok orang senang.

Lepas tu main-main pesan Jangan Pernah Berubah, Jangan Pernah Berubah, Jangan Pernah Berubah.. :P .. Boleh tak sama-sama Jangan Pernah Berubah ? :)

Filed under Song

Kelate VS Perlis; 4-0

4-0 babeh.. Kelllasssss… mwahaha !

22 April 2011. Last night, believe it or not ? Saya pergi stadium lagi tengok game Kelate VS Perlis. Haaaa ni namanya dah every week pergi stadium. Macam got prawn behind the rock aaa kan. haha !

So last night pergi and stay kat stadium macam lain sikit. Still kat grandstand tapi ambil tempat orang lain tak ikut seat number sebab saja nak stay sama. macam sweet. haha o0o0pssss…

By the way, congratulations to four of you and to the team also. Takde hatrik dah last night. Semua ambil sorang satu goal. Sepatutnya 11 orang tu bagi satu goal sorang kan bagus. haha !

First goal by : Mohd Izuan Salahuddin..


 

Second goal : Shahrul Idlan Talaha…

 

Third Goal : Mohd Nizad. He’s cute isn’t it ? haha.. Takde gambar la pula. Aduh.

 

Last goal : Piya..

OK 4-0. Finish

All photos by : Bro Pie.. Thanks for the exclusive photos, bro ! Actually macam dah malas update pasal ni, dah jadi macam blog bula pula aduh ! Tapi di sebabkan bro bagi photos, so saya update je la. ahah.

By the way, best je semalam. Happy je. Sambil tengok bola sambil, sambil, sambil macam-macam. Cakap banyak. Takdela focus bola sangat hoho.

Next game : Kelate VS Selangor @ Stadium Sultan Muhammad ke-iv.. Nak pergi lagi ke tak ? Macam tak nak. huhu..

Filed under Uncategorized

Ayah; Discharged Ward

Alhamdulillah, today is Friday. Ayah dah discharged ward. Sebab nanti ada pula yang akan tanya “ayah kat hospital lagi tak ?” Soalan standard. hoccayy fine, saya baik nak jawab semua phone calls hoho.

Last Monday, 18 April 2011 ayah masuk ward kat KPJ. That time ayah sihat je actually. Dia tahu dia akan masuk ward petang Isnin tu, tapi dia slumber je pergi sana sini. Petang tu terus serah diri masuk ward. hehe. Kira ayah tak kena heart attack pun. But just for treatment la kan nak check jantung.

Angiogram is on Wednesday, 20 April 2011 at 12.30pm. That time saya kat office. Sebab rasa tak perlu kot take leave. Lunch hour keluar kejap pergi sana. After balik office, terus balik rumah kejap, tidur kejap (sempat lagi) pastu terus pergi hospital sebab adik & mummy tak balik rumah, diaorang tak nak tinggal ayah sebab after angiogram, ayah terus masuk kat ICU specifically High Dependancy Ward (HDW).

High Dependancy Ward

At first dengar ICU tu macam berat sangat kan. Tapi saya still cool lah. Macam ni. Sebab saya macam confident ayah ok je, ayah sihat. Padahal mummy & adik dah risau semacam. Cool dear, cool..

Sampai sana, macam biasa terketar-ketar nak masuk ICU. ICU kat KPJ tak besar mana pun & memang tak ramai orang pun. Masuk sana, mummy terus tarik-tarik heret-heret saya pergi dekat bed ayah. Ehh tahu bukan saya ni gerun. Lepas tu tak pasal-pasal buat drama kat situ sebab saya duk cakap ‘takut, takut’ sambil berhenti jalan, nak reverse balik. Mummy heret-heret lagi, ‘takpe, takpe’.. Haha ! ehh sumpah malu. Come on lah Evi !

Bila tengok ayah, memang gerun. Gerun sebab ya Allah ! Banyaknya wire. Serious tak boleh tengok wire macam ni. Ayah ok je, sedar je, biasa je. Habis kenapa ayah masuk sini ? Sebab kena lebih perhatian la kan. Jantung quite lemah after buat angiogram. Ada darah beku, sebab darah ayah macam agak pekat kan. Yang ni keturunan kot.

By the way, yang saya faham la kan, ada blocking sikit. Tapi dah buang kot. Ehh apa entah terms yang betul nak explain saya tak tahu. Seriously tak tahu nak cakap pasal medical ni hoho. Kat HDW just a night je. Then transfer to ordinary ward, Rafflesia Ward.

Konon jaga ayah. haha

That night saya & adik balik je tidur. Saya tak pernah tidur kat hospital pun selama ayah kat sana. Erk. Tak boleh pakai, tak guna betul anak perempuan sorang ni. Aduh. Mummy je stay kat sana masa ayah kat HDW. Tapi memang saya pun banyak stay kat hospital. Cuma tengah malam pukul 12am baru balik. Hari Khamis saya tak larat nak bangun, tak pergi. office. Konon nak pergi hospital pagi tu, tapi lepas Asar baru sampai hospital. Useless betul Evi ni hoho.

Alhamdulillah, ayah just need more rest. Thanks to all of you family and friends yang mendoakan ayah. Hope that he will be better. Ameen..

Kalau orang tengok saya, macam ayah tak masuk ward. Sebab saya relax habis.. Banyak berumahtangga di hospital. Tapi hakikatnya banyak juga lepak di TRW Station. Kan sebelah KPJ je hoho..

Filed under Hosp.

Majalah Khas Red Warriors 2011

Sticky Post. Please Scroll Down For The New Entries. Thank You :)

By the way, saja nak promote Majalah Khas Red Warriors 2011.. Now dah ada kat pasaran. Mana nak beli ? Kat mana-mana kedai la kot. Tak pasti pula kedai mana ada.

Tapi kalau nak beli online pun boleh. RM4 termasuk dengan postage. Haaaa murah kan ? Actually RM5 majalah ni. Pastu bro ni tanya pendapat la kan, ok ke tak dengan tebal macam ni dengan harga RM5 ? Saya saja suggest RM4. Tak sangka dapat harga RM4 juga hoho..

Cover majalah

Nak tahu apa ada dalam ni, boleh beli lah hoho

Boleh contact En Rodli no h/p 0192873817..

That’s all..

Filed under Uncategorized

Hatrik Betul; Kelate VS Perlis

Red Warriors VS Perlis kat Stadium Perlis 19 April 2011. 5-1 tu dah satu hal. Pastu kan, Hatrik betul bila Piya bagi tiga goal berturut-turut pada minit ke 48′ 68′ 80′; Before that Shahrul Idlan menyumbat dua goal pada minit ke 7′ & 44′.. Balas dendam betul kan korang ni hehe..

Congratulations pada semua-semua. Kan dah semangat. Congrats tu Presiden KAFA juga sebab dah basuh players bersih-bersih. Salute la sebab dengan ketegasan tu lagi bersemangat diaorang ni..

Congrats Piya. Kan dah kembalikan balik kepercayaan peminat-peminat hehe. Memang confident pun Piya boleh punya. Just give him some time la kan. Jangan push, force & seangkatan dengannya..

Now Red Warriors dah ranking ke-3. Tunggu tumpaskan Terengganu & Selangor. hoho..

Next match : Kelate VS Perlis lagi kat stadium kita.. yay ! Piya, prove it~ and others too~

Filed under Uncategorized

Ayah; Warded

Malas pun nak update pasal ni. Tapi macam kena. Sebab nanti ramai pula yang banyak tanya pastu buat saya macam kaunter pertanyaan. haha. Lepas ni, sila baca sini & harap jangan tanya lagi.

Bila ada orang SMS, YM @ call tanya saya kat mana, mestila saya jawab ‘hospital’. Lepas tu tanya buat apa, siapa sakit, sakit apa, bla bla bla.  Ok, fourSquare kan ada. Tengok je la saya check-in mana. Bagi yang takde fourSquare, sila sign-up fourSquare. ahah.

Duk hospital pun 24jam cakap phone

Ayah is Warded at KPJ @ Perdana Specialist Hospital. Nothing serious. Just macam medical check-up @ treatment je. Relate to blood & heart. Angiogram. That is. Ni second time buat Angio. First time dulu masa tahun 2008.

Hah jangan nak tanya angiogram tu apa pula ? Google sendiri. Saya bukan kaunter pertanyaan. Tolong lah. haha. Serious malas nak jawab soalan sama dari ramai orang. Aduh.

Alhamdulillah everything’s fine. Ayah sihat je. Cuma saya yang tak berapa sihat bila ayah takde kat rumah. Can you imagine, siapa nak prepare milo pagi-pagi. Saya tak pernah buat air sendiri pagi-pagi. Ala mummy buat tak sama macam ayah buat la. Ayah punya lagi sedap. haha. Dulu masa kecil-kecil, mummy cakap saya ni memang tak nak orang lain yang buat susu. Mesti nak ayah yang buat. Haha kecil-kecil pun dah mengada. Dah tua sekarang lagi mengada.

Bukan setakat tu, tapi pagi-pagi mesti ayah siapkan kereta terus. Kira saya turun, terus keluar tak payah susah-susah nak reverse itu ini. Mwahaha. Tapi bila takde ayah yang buat semua tu, haaa pagi-pagi kena buat sendiri, pastu terus naik angin pagi-pagi sebab nak kena buat sendiri. Adik, help me please ! Aduh.

Now penat sikit la this week. Not enough rest, not enough sleep. Bukan setakat office hours duk hospital, tapi lunch hour pun lepak sana, pergi sana. Malam pun lepak hospital, tertidur kat hospital. Tapi balik tidur kat rumah juga la. ahah. Walaupun Hospital Pakar Perdana takdela jauh sangat, hanya 4km je, tapi dengan jalan jam lagi aduh. Kan senang kalau ayah stay kat HUSM je. Senang tak payah saya pergi sana sini.

Masa kat hospital, saya macam biasa lah, ‘galok’. Bergurau dengan ayah, mummy, adik macam kat rumah. haip ! Bising betul saya ni. haha. Aduh. Sunyi juga bila ayah takde kat rumah. Sebab jarang ayah takde kan. Bila kat rumah, dengar kereta ayah, mesti ingat ayah baru balik. Padahal tak ingat ayah duk hospital :(

When tired, not enough sleep; ermm.. Mulalah saya emo kat sesiapa je. Sorry.. :P .. Next month, saya pula yang warded. erhhh…

Filed under Hosp.