Archive for January 3rd, 2011

Cinta Bukan Hanya Di Mata

First Song Sharing on this New Year 2011.. Apa kaitan ? Saya mampu senyum je..

Sebenarnya saya penat sangat. My mind pun macam tak boleh nak tulis baik punya ayat sebab dah tak boleh nak fikir sangat. Biasalah, balik dari office akan collapse macam ni.. ok sambung;

Lagu ini.. Teringat kisah pada malam 21 April 2010. Kuat betul kan ingatan saya. Padahal takde pape sangat pun. Orang lain yang bersama saya pada malam tu pun mesti tak ingat punyalah. Tapi saya still ingat, still terbayang-bayang. Seolah-olah baru last month semua ni berlaku. Tapi masa; ia takkan dapat berulang kembali. Dan mereka ini, mereka ini patut appreciate saya. Betapa saya prihatin pada memori yang simple tapi indah ini. Tapi, dia hargaikah ?

Suci Dalam Debu by Iklim

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa

Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Lagu ini pasal apa ? Google patut beri saya kerja jadi Song Translator. Boleh kan ? haha. Baiklah, pada saya la kan, lirik lagu ni mestila bermakna. Kalau tak, kenapa saya suka kan.

Cinta.. Cinta tu rasa di mana ? Di mata, di telinga, di paru-paru atau jauh di sudut hati tersebut ? Jika sekarang anda sedang merasai cinta itu jauh di sudut hati anda, pasti airmata anda akan menitis sepertimana menitisnya airmata saya tika ini. Kenapa ? Hanya Allah yang tahu. Saya pasti tak siapa yang tahu. Terima kasih kerana menangis kerana saya, juga terima kasih banyak-banyak jika tak menangis kerana saya. Sebab saya dah faham sejak dari dulu kenapa tak pernah menangis kerana saya. Sebab kita tak pernah tahu ada orang yang selalu menangis kerana kita. Sebab baaaaaanyak lagi kita tak tahu tentang orang yang sayang kita.

Kita boleh tipu orang lain, tapi bukan diri kita sendiri. Kita boleh berpura-pura depan orang lain, tapi kita tak boleh berpura-pura berlakon pada diri sendiri. Hati tak pernah menipu kita. Tapi kita yang sering tipu hati kita. Kenapa kita tipu hati kita ? Kenapa kita menafikan semua ini ? Sebab kita EGO. EGO yang membunuh jiwa kita, EGO yang merosakkan ukhwah kita.

Kita cintakan seseorang kerana apa ? Kerana harta, pangkat, darjat, paras rupa, status, pekerjaan ? Percayalah, kita sedang menipu orang lain sebenarnya. Saya tak kata saya baik, saya tak kata saya ni ikhlas sangat, saya tak kata saya ni setia sangat, saya tak kata saya ni jujur sangat, tapi satu yang perlu tahu, saya sayangkan seseorang tu bukan semua tu, tapi saya sayang dia sebab dia takde pape. Sounds like stupid. Tapi itulah hakikatnya.

Orang boleh kata macam-macam. Orang boleh hukum kita dengan pelbagai cara, orang boleh lemparkan pelbagai kata-kata yang mengutuk kita. Tapi perlu ke kita peduli ? Sebab kita yang sedang merasai cinta tu. Orang lain sibuk kenapa ? Siapa mereka nak membanding-bandingkan kita. Bukan ?

Semua orang boleh buktikan satu hari nanti pasti mereka akan berjaya. Saya pun tak pernah lupa satu ayat pada 13 December 2010 : “saya akan buktikan saya akan senang macam orang lain walaupun saya tak mewah macam orang lain”.. Do I Have to recall it back ?

Benar, jika benar kita cintakan seseorang seluruh hati & jiwa kita, pasti kita sanggup berkorban apa saja untuk dia selagi tak langgar batasan syara’. Pasti kita sedia menerima seseorang seadanya walaupun seburuk mana dia sekalipun. Persoalannya di sini; sanggup ke kita hidup susah senang bersamanya ?

Jawab sendiri-sendiri, jawab sorang-sorang. Hanya kita & Allah yang tahu. Juga jangan lupa pengorbanan seseorang pada kita yang juga telah menerima kita seadanya walaupun kita ni Zero. Tiada apa-apa..

Filed under Song