Cintaku Tertinggal Di Jakarta
Ok, nak start story ni. About my last vacation. A trip to remember.
Kisah macam mana saya boleh tersampai di Jakarta : Two days before hari raya korban, saya pergi la kat tailor. Pastu belek-belek la baju kurung, baju kebaya dan segala macam baju kat situ. Punya la cun kain-kain yang dah siap tu. Then orang kat situ kata tu kain dari Indonesia la, India la. Saya terus suggest kat mummy nak pergi Jakarta, nak shopping kain.
About six weeks before fly, saya booking Malaysia Airlines from KB to KL, KL to Jakarta. Actually booking only for me & mummy. As only both of us yang nak shopping kat sana, walaupun kami punya decision di tentang hebat oleh daddy & my sister. Haha. Macam peduli sajala kan diaorang nak sekat-sekat saya nak shopping kat Jakarta. 2 weeks after that, suddenly daddy & my brother pula yang sibuk nak join sama. So that’s why la kitaorang punya flight lain-lain, & jumpa kat Jakarta terus.
Flight from KB to KL 6.45am, KL-Jakarta 1.55pm. Rasa transit macam lama je kan. Memang saya sengaja ambil gap lama-lama. Haha sebab nak bagi chance untuk shopping & jalan-jalan kat terminal international KLIA. Macam masalah je saya ni suka lepak sana. Relax, makan-makan kat restaurant yang view various airlines. Best kan ?
Flight KL to Jakarta. Macam biasala, saya buat perangai mabuk-mabuk lagi. Sampai lunch set pun saya letak tepi je, tak selera nak makan. Haha banyak kali turun naik flight pun, masih dengan perangai yang sama, tak habis-habis mabuk je setiap kali naik flight.

Then, sampai kat Jakarta about 2.55pm. Dah ada supir yang tunggu (supir ni macam driver la), jadi tak payah susah-susah nak naik taxi ke, bajai ke. First sampai kat Soekarno-Hatta Airport, terus pergi money changer. Tukar duit & memang dapat berjuta-juta rupiah la. Haha. Semua tu untuk shopping punya best. Supir kami di sana namanya Pak Sufyan. Handsome bangat ! haha gatal~ .. Actually my uncle Nik Aminaldin yang suggest kat kitaorang supaya ambil Pak Sufyan ni. As my Uncle Din tu boleh dikatakan selalu pergi Jakarta untuk main Golf, jadi dia selalu pilih Pak Sufyan sebagai supirnya. Pak Sufyan punyala baik, sabar lagi. Bayangkan, dari pagi sampai la tengah malam kitaorang shopping, dia tunggu je. Tolong angkat barang yang banyak tu lagi, banyak tolong mummy lagi-lagi bila mummy suruh beli itu ini la. Memang amatla baik. Kat sana kami sewa lagi Toyota Innova (barang shopping banyak kan), lepas tu Pak Sufyan ikut je bawa kami nak pergi mana-mana. Memangla macam mahal kan sewa kereta lagi, bayaran untuk supir lagi, tapi semua tu untuk kesenangan diri, jadi macam takdela nak berkira pun kan. Even, bagi supir lebih lagi dari upahnya.
Stay kat Hotel Cemara, Central Jakarta. Betul-betul central. Nak cakap macam mana lagi betul-betul central Jakarta. Haha. Dalam 5 minutes je ke Tanah Abang, 3km ke Plaza Indonesia. Dekat saja kan ?
Shopping Mall : Banyak sangat shopping mall kat Jakarta. Ciputra Mall, Plaza Senayan, Taman Anggrek Mall & beberapa yang lain lagi tak ingat dah. Yang paling high class punya Mall kat sana Plaza Indonesia & Grand Indonesia. Ni standard Pavillion, Starhill KL la.
Shopping kain untuk jubah, baju kurung, baju kebaya pula kat Tanah Abang, Magestic, Mangga Dua ada la sikit-sikit. Paling best Tanah Abang. Memang shopping habis, entah berapa juta rupiah habis. Sampai saya dah naik pening kepala tengok kain. Satu bag yang penuh kain-kain ni saja dah 20kg. Dahla saya dengan mummy je masa check-in kat airport, memang berat sangat nak angkat. Adehh.. Belum masuk dua bag lain lagi, semua total 42kg. Haha.
MU Café : For Manchester United punya fan Club. Memang cun. Tapi saya takdela minat MU pun kan. Jadi macam tak excited sangat. Other places, try foods yang takde kat Malaysia. I mean yang original come from Indonesia la kan. Bakso. Haha. Yang ni makan banyak sangat, sekali makan two bowls. Saya pun macam tak percaya boleh makan Bakso sebanyak itu. Haha. Pastu try juga makan pempek. Boleh la tahan. Kat mana-mana je mesti ada Nasi Padang. Memang glamour habis nasi padang kat sana.
Masa nak balik, can you imagine, only me & mummy je yang malay dalam flight MAS tu. Haha. Yang lain ramai Chinese, Korean, mat saleh tak payah cakapla memang ramai. Dahla women pun tak ramai sangat. Man je ramai. Adehh mana pergi semua malay ni ? haha actually diaorang ramai naik Air Asia. Even masa pergi Singapore dulu pun, flight MAS pun ramai Chinese je. Malay kami 5 6 orang je. Soekarno-Hatta Airport lebih cantik dari KLIA. Sebab banyak landscape. Tenang je kat sini. Kalau macam KLIA & Changi Airport tu high class punya airport.
Waiting for Boarding to KLIA
Suddenly mood saya baik sangat masa nak balik. Dah takde mabuk-mabuk dalam flight. Bukan setakat tu, siap makan banyak lagi. Selera tak payah cakapla. Haha. Stewardess pun macam pening kejap nak itu, kejap nak ini. Kenapa saya punya mood baik semacam ? Because~~ Something happened masa kat Soekarno-Hatta Airport. Masa tu tengah online sorang-sorang kat Plaza Bali. Mummy masa tu hilang entah kemana. Haha. Then, something sweet happened. Memang gila punya sweet. Ok, itu rahsia. Family saya saja yang tahu. Ya Allah, sujud syukur padaMu Atas Segala Cinta. Hehe. Masa tu la Ketika Cinta Bertasbih.
Actually banyak sangat sweet things happened kat sana. Memang sweet habis. Tapi macam tak larat nak cerita. Even, some of them are my privacies. Haha. Anyway, nanti boleh tengok kat my Facebook all those photos. Tak banyak pun gambar sebab tak ingat ambil gambar, asyik shopping je.
**Cintaku Tertinggal Di Jakarta~ Great Holiday~






Assalamualaikum,
Nampak menarik pengembaraannya.
Semoga mendapat keberkatan.
waalaikummussalam..
best~~ insyaAllah… syukran
salam..
cam menarik je? cite la ape yg dpt kat sna plak~ =)
ws.. dpt jodoh. haha. xdala. grau je
.. dpt shopping kain byk2
salam singgah..
apa yang sweet tu yer?? mcm cinta tsudah terpaut
..hoho tersibuk lak
ws tiha..
hehe sweet~~ errr cnta pndang pertama~ hehe.. .. pndai tul awk teka~ haha
best gileerr kamuuu.. gi melancong.. shopping sana sini.. ~~~ dpt pgg lagi wang berjuta2… jutawan sehh..
erm, sweet dpt jmpe teman istimewa yerr… ptutlahh senyum je smpai ke telinga… hahaha…~~
holiday, travel, sume best. hehe. shoping sna sni smpai adehhh.. pasni kna tahan nafsu shoping lg. hehe.. juta2 rupiah je. klau juta2 pound br best. hehe
teman istimewa ? ahah no comment~~ kontroversi nti..
saya akan ke jakarta oct ni. blh dapatkan No pak sufiyan tu? terima kasih
ok.. nanti sy bagi malam ni. number phone ada dgn my dad.
pak sufyan indon : +6285882336009
Kita nak k Jakarta disember ni, Hotel cemara utk satu malam berapa harga? Boleh bagi contact k booking? Terima kasih
sorry.. dah tak ingat la berapa rate. tapi kalau nak hotel murah2 boley tgk kat http://www.agoda.com